teknik menyoal aras tinggi

22
Teknik menyoal aras tinggi Disediakan oleh : Najihah Zarith sofia Aqilah

Upload: zarith

Post on 14-Dec-2015

94 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

generik kemahiran belajar

TRANSCRIPT

Teknik menyoal aras tinggi

Disediakan oleh :

Najihah

Zarith sofia

Aqilah

Teknik menyoal

• Soalan mengarah pelajar supaya bertanya dan menggunakan pemikiran peringkat tinggi.

• Semua pembelajaran bermula dengan persoalan. Soalan mencetus interaksi, pemikiran, aktiviti, perbualan atau perbahasan.

• Persoalan mencetus interaksi dinamik dan soalan yang baik menggalakkan penglibatan aktif pelajar.

Soalan dan penyoalan

• William Wilen dari Kent State University, USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajar yang bertanya adalah seorang yang berfikir.

• Kindsvatter (1992) Sekiranya soalan yang ditanya berasas kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi.

• Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam bilik darjah. Oleh itu untuk meningkatkan KBKK, soalan yang berasas tinggi harus diperkembangkan.

5W1H• Soalan yang berdasarkan kata tanya dikenali sebagai “5 Wives

1 Husband” atau “5 waktu 1 Hari”

• What? (Apa)• Who? (Siapa)• Where? (Di mana )• When? (Bila)

Aras Kognitif Rendah

• Why? (Mengapa)• How? (Bagaimana)

Aras Kognitif Tinggi

Penyoal yang mahir menyebabkan pelajar:

• Memberikan perhatian terhadap isu semasa.• Mengintegrasikan idea baru dengan pengetahuan

terdahulu.• Meneliti nilai dan kepercayaan mereka.• Mengaplikasikan pengetahuan dengan kehidupan

sebenar.• Meluaskan bidang pertanyaan.

Jenis-jenis soalan

• PENGETAHUAN

…Siapa, apa, bila, di mana, yang mana, adakah, kenal pasti, jelaskan, senaraikan, ingat semula.

• PEMAHAMAN

…. Menjelaskan,bandingkan, apakah hubungan, perbezaan, terangkan dengan menggunakan perkataan sendiri.

• APLIKASI

….. Tunjukkan, bagaimana anda boleh menggunakannya, ke manakah ia membawa anda, aplikasi, uji.

• ANALISIS

…... Bagaimana, mengapa, apakah sebab-sebab, apakah akibatnya, analisis, klasifikasi, kaitkan.

• SINTESIS

….. Wujudkan, bagaimana lagi, apa akan berlaku sekiranya, bangunkan, andaikan, mereka bentuk, menggabungkan, menjangka, bagaimana sekiranya.

• PENILAIAN

….. Yang mana terbaik, ukuran daripada baik kepada kurang baik, memilih, mengadili, menentukan yang mana satu, bagaimana, mengapa.

Soalan bertumpu

• Soalan bertumpu ialah hanya memerlukan jawapan yang tetap.

• Sekiranya jawapan yangditerima berbeza dengan apa yang dikehendaki maka jawapan itu adalah salah.

• Foidea/konsep

• Spesifik dan objektif

• Jawapan betul atau salah

• Memerlukan sebab dan penjelasan

….contoh

Apakah ibu negara Malaysia?

Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

Soalan mencapah

• Memerlukan kemahiran pemikiran peringkat tinggi: kritikal, kreatif, rasional.

• Terbuka, meluas dan subjektif

• Mencari pelbagai jenis jawapan untuk soalan

• Memerlukan pelbagai jenis jawapan yang betul

• Proses penilaian membuat keputusan tentang ketepatan, kebaikan atau kesesuaian maklumat

Contoh :

….Mengapa sesetangah komuniti tidak prihatin terhadap pencegahan jenayah?

…. Pada pendapat anda, apakah impak teknologi terhadap pembangunan manusia?

…. Bincangkan kesan pencemaran terhadap kualiti kehidupan?

Perbezaan soalan bertumpu dan mencapah

Lingkaran soalan

• Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop - skop tertentu :• Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau

teks. 

• Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat. 

• Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara

• Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.

I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ?

LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah- buahan di Malaysia ?

Alat CoRT

• Edward de Bono berkelulusan D.Phil. Perubatan dari Universiti Cambridge telah memperkenalkan Program CoRT (Cognitive Research Trust).

• Program ini mempunyai enam bahagian iaitu:• CoRT I : Keluasan persepsi

• CoRT II : Organisasi proses berfikir

• CoRT III : Interaksi, argumen, pemikiran kritis

• CoRT IV : Pemikiran kreatif

• CoRT V : Maklumat dan perasaan

• CoRT VI : Tindakan

• Dalam pendidikan, CoRT I dan CoRT IV digunakan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

• CoRT I merupakan asas bagi program CoRT dan bertujuan memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktur dan kritis.

• CoRT IV pula melatih pelajar mencambahkan idea-idea baru dengan menggunakan satu perkataan rawak.

CoRT I

• CoRT menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat CoRT. Antaranya termasuklah :• PMI : kebaikan, keburukan dan menarik

(Plus, Minus, Interesting)

• CAF : Mengambil kira semua faktor

(Consider All Factors)

• C & S : Kesan mengikut jangka masa

(Consequence Sequal)

• AGO : Tujuan, matlamat dan objektif

(Aims, Goals & Objectives)

• FIP : Keutamaan mengikut kepentingan

(First Important Priorities)

• APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices)

• OPV : Pandangan orang lain

(Other People’s Views)

TEKNIK ASAS DAN TEKNIK PADUAN DALAM CoRT I

• CoRT I terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga paduan (Rajah 1). Sebagai contoh teknik asas PMI dan CAF boleh digunakan untuk mencipta PERATURAN baru.

• Rajah 1 menunjukkan tujuh teknik asas bagi CoRT I.

ALAT-ALAT CoRT IV

• CoRT IV membantu meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru.

• CoRT IV lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de Bono.

• Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.

• CoRT IV terdiri 10 teknik.

• Alat-alat yang terdapat dalam CoRT IV biasa digunakan adalah alat penggunaan YA, TIDAK dan PO

• Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK . Ia telah mantap dan kukuh. Tidak dapat diubah dan dipindah.

• CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil Po.

• Po merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian. Iaitu, kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul atau salah.

• Po digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru atau cara baru mengkaji sesuatu.

• Po berasal daripada perkataan poetry (puisi) , dimana idea-idea yang ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu.

• Po juga berkaitan dengan supposition (andaian) dan hipotesis di mana idea-idea yang belum dibuktikan digunakan untuk merangsang pemikiran yang selanjutnya.

SEKIAN TERIMA KASIH……