kemahiran mengarang
DESCRIPTION
KemahiranTRANSCRIPT
-
BMM 3104PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
-
KEMAHIRAN MENULISKemahiran Mengarang Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan Penggunaan Penanda Wacana dan peta minda
-
KEMAHIRAN MENULIS Matlamat dan Peringkat
-
Objektif MengarangObjektif mengarang bagi sekolah rendah pada umumnya adalah untuk melatih murid:melahirkan ideamenghujah dan mengembangkan ideamengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.
-
menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.menggunakan format karangan yang betulmenggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian
-
Mencari isi menggunakan bahan rangsangan
Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu.
Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan.
-
Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.
Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah.
-
Mengaitkan isi dengan tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan
Terdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan.
Keempat-empat ini saling berkait antara satu sama lain.
Merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik.
-
Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk.
Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya.
Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis.
-
Setiap perenggan isi mempunyai kohesi dan koheren nya yang tersendiri.
Kohesi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan.
Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut.
Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohesi serta koheren antara isi-isi tersebut.
-
Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingannya.
-
Penggunaan Penanda Wacana
Amat perlu, khasnya untuk menyambung ayat dengan ayat dan menghubungkan perenggan dengan perenggan.
Penggunaan penanda wacana dengan bijak dan berhati-hati akan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.
-
Contoh Jenis Fungsi dan Penggunaan Penanda Wacana
-
Penggunaan peta minda
Peta Minda dan penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis.
Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri.
-
Teknik peta minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan.
Dalam teknik ini guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk peta minda di papan tulis.
-
Penggunaan peta minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.
-
SEKIANMOHD NOR HAMZAH IPG KAMPUS PERLIS
***************