kemahiran mendengar & bertutur

8
Kemahiran Mendengar & Bertutur Konsep , Objektif, Proses dan Bentuk Disediakan oleh : Chua Boon Keen Chin Pei Yiing Goh Kah San Ling Kuok Sieng Tiong Hie Huey Wong Wen Jing BMM 3043

Upload: gwen-wen-jing

Post on 10-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kemahiran Mendengar & Bertutur

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Mendengar & Bertutur

Kemahiran Mendengar & Bertutur

Konsep , Objektif, Proses dan Bentuk

Disediakan oleh : Chua Boon Keen Chin Pei Yiing Goh Kah San

Ling Kuok Sieng Tiong Hie Huey Wong Wen Jing

BMM 3043

Page 2: Kemahiran Mendengar & Bertutur

Konsep - Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada

keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan.

- Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.

Page 3: Kemahiran Mendengar & Bertutur

Konsep asas pendengaran

• Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.

• Aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: - gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;- proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;- berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan- berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Page 4: Kemahiran Mendengar & Bertutur

Konsep- Pertuturan

Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];

Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;

Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak

Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Page 5: Kemahiran Mendengar & Bertutur

Aspek Pertuturan

a. Sebutan - Murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku

kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya.

- Melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/

b. Tekanan - Cara dan bagaimana penutur menyebut dan

memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sesuatu pengucapan

Page 6: Kemahiran Mendengar & Bertutur

c. Mora - Panjang-pendek, tidak begitu membezakan makna

dalam bahasa Melayu.

d. Jeda (persendian)- Merujuk kepada aspek persendian – memisahkan

elemen-elemen linguistik dalam perkataan- Digunakan sebagai hentian sementara yang boleh

membezakan makna jika unsur ini digunakan.

e. Intonasi - Kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau

menaik sesuatu- Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun

atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat.

Page 7: Kemahiran Mendengar & Bertutur

f. Nada - Keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun

ketika sesuatu perkataan itu disebut.

g. Tatabahasa - Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula,

kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik.

h. Kelancaran - Aspek kelancaran menegaskan perihal dan

keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat.

Page 8: Kemahiran Mendengar & Bertutur

i. Kefasihan

- Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

j. Laras Bahasa- Menegaskan kemahiran murid-murid

menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan