kelebihan e dagang

7
5.0 KELEBIHAN “E-DAGANG” KEPADA ORGANISASI PERNIAGAAN ATAU USAHAWAN, KONSUMER DAN NEGARA Melalui penggunaan e-dagang, organisasi perniagaan dan usahawan mampu memperolehi kelebihan dari aspek kos di samping mudah dikendalikan. Hal ini demikian kerana e-dagang memerlukan kos yang rendah dan mampu meningkatkan keuntungan. Secara tidak langsung pihak organisasi perniagaan atau usahawan yang terlibat dapat menghapuskan atau mengurangkan kos sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain-lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan yang berlaku. Di samping itu, e-dagang hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial. Hal ini demikian disokong dengan kenyataan daripada Schneider P (2003), dalam satu penyataan berkenaan dengan kebaikan sistem e-dagang iaitu “Meningkatkan jualan dan mengurangkan kos pengoperasian”. Di samping itu, turut disokong oleh Mohd Hatta yang menyatakan, menurut Bank Negara Malaysia, pengguna e-dagang boleh mengurangkan kos transaksi berurusan di kaunter sebanyak dua peratus daripada jumlah keluaran dalam negaran kasar (KDNK) negara. E-dagang turut mewujudkan hubungan terus dengan pelanggan antara organisasi perniagaan atau usahawan. Organisasi perniagaan atau usahawan akan mendapat maklumat balas secara terus tanpa melibatkan orang ketiga. Malah maklumat balas tersebut turut dapat diperolehi dengan cepat dan secara talian terus (on-line). Oleh sebab itu, organisasi perniagaan atau

Upload: ilyani-omar

Post on 27-Oct-2015

870 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

secara ringkas berkaitan dengan e dagang

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan e Dagang

5.0 KELEBIHAN “E-DAGANG” KEPADA ORGANISASI PERNIAGAAN ATAU

USAHAWAN, KONSUMER DAN NEGARA

Melalui penggunaan e-dagang, organisasi perniagaan dan usahawan mampu

memperolehi kelebihan dari aspek kos di samping mudah dikendalikan. Hal ini

demikian kerana e-dagang memerlukan kos yang rendah dan mampu meningkatkan

keuntungan. Secara tidak langsung pihak organisasi perniagaan atau usahawan

yang terlibat dapat menghapuskan atau mengurangkan kos sewaan gudang,

insuran, sewaan, kawalan serta lain-lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan

dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan yang berlaku. Di samping

itu, e-dagang hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial. Hal ini

demikian disokong dengan kenyataan daripada Schneider P (2003), dalam satu

penyataan berkenaan dengan kebaikan sistem e-dagang iaitu “Meningkatkan jualan

dan mengurangkan kos pengoperasian”. Di samping itu, turut disokong oleh Mohd

Hatta yang menyatakan, menurut Bank Negara Malaysia, pengguna e-dagang boleh

mengurangkan kos transaksi berurusan di kaunter sebanyak dua peratus daripada

jumlah keluaran dalam negaran kasar (KDNK) negara.

E-dagang turut mewujudkan hubungan terus dengan pelanggan antara

organisasi perniagaan atau usahawan. Organisasi perniagaan atau usahawan akan

mendapat maklumat balas secara terus tanpa melibatkan orang ketiga. Malah

maklumat balas tersebut turut dapat diperolehi dengan cepat dan secara talian terus

(on-line). Oleh sebab itu, organisasi perniagaan atau usahawan dapat memperbaiki

segala kelemahan yang ada dalam penggunaan e-dagang mereka dengan segera.

Hal ini dapat mempercepatkan dalam melakukan perubahan terhadap polisi dan

strategi. Urusan-urusan dapat diproses dengan lebih cepat dan pada kadar yang

lebih murah.

Tambahan lagi, maklumat balas yang diterima secara terus melalui

penggunaan e-dagang kepada organisasi perniagaan atau usahawan tersebut,

maka mereka mudah untuk melakukan perubahan. Hal ini demikian perubahan dari

aspek bentuk pengiklanan, harga serta lain-lain perkara yang sesuai dengan

keluaran baru di samping bersesuaian dengan keadaan semasa. Perubahan yang

dilakukan tersebut adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan, memudahkan

Page 2: Kelebihan e Dagang

serta cepat untuk sampai ke sasaran yang dikehendaki. Pengeluar yang besar

mewujudkan spesifikasi mereka secara online, mengurangkan penangguhan

pengedaran dan meningkatkan skop pengedaran. Hal ini dengan terdapatnya

maklumat pada spesifikasi, rekaan, firma tersebut dapat menjalankan operasi ke

atas peluang yang benar-benar mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko

dan kos bertaruh atas peluang yang bernilai tambah.

Secara tidak langsung, penggunaan e-dagang mampu meluaskan kawasan

pemasaran bagi organisasi perniagaan dan usahawan. Melalui e-dagang yang

menggunakan internet, maka peluang untuk mengiklan dan memasarkan barangan

atau perkhidmatan tanpa sempadan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Pemasaran secara terus dan pengiklanan telah berkembang kerana perhubungan

yang rapat antara kumpulan-kumpulan lain di dalam internet mendatangkan

keuntungan, membuatkannya lebih efisen untuk mencapai sasaran hanya dengan

pengiklanan dan publisiti. Hal ini demikian secara tidak langsung memberi kelebihan

kepada peniaga lain untuk mengetahui akan kewujudan peniaga tersebut tidak kira

dimana ianya beroperasi. Secara tidak langsung para peniaga mampu untuk

memberi perkembangan yang sihat di antara pembekal dengan peniaga untuk

membincangkan segala masalah yang berkaitan dengannya.

Tambahan lagi, penggunaan internet yang semakin hari semakin ramai,

berupaya untuk mencapai jumlah pengguna seramai jutaan dalam masa yang

singkat kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24 jam sehari tanpa

sekatan. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja perniaga

atau usahawan dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan. Skala

ekonomi baru membenarkan organisasi perniagaan dan usahawan untuk meliputi

kawasan geografi yang luas dan menandingi organisasi perniagaan dan usahawan

yang besar secara berkesan.

Melalui penggunaan e-dagang kepada konsumer, maka mereka dapat diberi

banyak pilihan. Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi

perniagaan yang boleh didapati secara terus atau runcit. Hal ini secara tidak

langsung konsumer dapat membuat perbandingan dari segi harga, kualiti dan juga

perkhidmatan. Dengan itu, konsumer mampu membuat pilihan yang tepat dan

memenuhi kehendak mereka secara tidak langsung mewujudkan perasaan taat setia

Page 3: Kelebihan e Dagang

kepada sesebuah syarikat. Malah, melalui penggunaan internet yang merupakan

struktur kemudahan maklumat yang besar maka dapat menawarkan akses yang

mudah bagi konsumer dalam skala global. Di samping itu, penggunaan e-dagang

kepada konsumer juga adalah mampu untuk membantu konsumer mendapatkan

barangan yang sukar dicari. Konsumer berkemungkinan menghadapi kesukaran

memperolehi sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar

negara. Walau bagaimanapun, sekiranya menggunakan perkhidmatan e-dagang

maka segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang. Penggunaan internet

dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan. Konsumer boleh membeli

barangan dari kedai-kedai yang terdapat di negeri atau negara lain dan juga boleh

mendapatkan produk yang tidak wujud dalam format tradisional.

Selain itu, pembelian melalui e dagang dapat menjimatkan masa. Penjimatan

masa dari aspek perjalanan malah dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan

dengan tidak perlu pergi ke kedai atau kilang berkenaan. Konsumer hanya perlu

sekadar membuat pencarian di internet dan seterusnya membuat pesanan jika perlu.

Secara tidak langsung, penggunaan e-dagang mampu menggantikan konsep

manual. Konsep yang dahulunya memerlukan konsumer untuk datang ke kedai dan

mengisi borang untuk membeli barang. Namun semua perkara tersebut dapat

diminimumkan dengan hanya sekali klik di internet tanpa membuang masa dan

tenaga.

Penggunaan e-dagang juga memberi kelebihan kepada konsumer yang mana

dapat terus membeli dengan pembekal dan tiada atau mengurangkan penglibatan

orang tengah. Ketiadaan penglibatan orang tengah pastinya tidak akan

menyebabkan tambah kos atau komisen serta upah tambahan yang terlibat. Jumlah

pengguna yang membuat belian melalui internet merupakan bukti di mana pengguna

memperoleh kebaikan.

Konsumer turut dapat membuat perbandingan harga atau perubahan

spesifikasi dengan cepat di samping mengelakkan daripada dieksploitasikan oleh

penjual berkaitan dengan “permainan” harga murah dengan mengurangkan item

pada tawaran terdahulu. Hal ini dapat dibuat perbandingan jika tawaran terdahulu

telah disimpan(save) terlebih dahulu. Informasi yang baik dan pilihan yang banyak,

Page 4: Kelebihan e Dagang

tambahan pula dengan kos yang rendah untuk perniagaan internet, boleh

menurunkan harga dan meningkatkan kualiti.

Ekonomi merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara.

Perkembangan ekonomi yang pesat memberi kesan yang mendalam terutamanya

bagi negara yang sedang membangun. Maka, tidak hairanlah e-dagang turut

menjadi penjana ekonomi yang penting di Malaysia. Walaupun penggunaan sistem

e-dagang sangat meluas di negara-negara barat, penggunaannya dalam industri

perniagaan di Malaysia masih sedang melalui fasa perkembangan. Melalui

perniagaan atau usahawan secara e dagang, maka dapat memperluaskan pasaran

di serata dunia. Penjualan di pasaran luar negara bukan sahaja dapat

memperkenalkan jenama produk Malaysia, malah memberi keuntungan besar

berikutan wujudnya pertukaran mata wang asing dalam aktiviti jual beli antara

Malaysia dengan negara luar. Sekiranya, terdapat pihak luar negara yang berminat

dengan produk di Malaysia, maka hubungan yang erat dapat diwujudkan di samping

dapat menyebarkan berita berkenaan dengan produk Malaysia pada pihak atau

negara yang lain.

Tambahan lagi, penggunaan e dagang juga dapat memberikan kesan kepada

ekonomi negara, terutama sekali dari aspek pelancongan. Seringkali hotel serta

pusat pelancongan akan membuat jualan produk pelancongan mereka iaitu dengan

membuat promosi mereka melalui internet agar pasaran akan lebih meluas sehingga

ke luar negara. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pelancong

yang berminat untuk datang dan bercuti ke Malaysia. Peningkatan pendapatan

negara melalui pertukaran mata wang asing bukan sahaja dapat dilakukan,malah

persaingan antara negara maju yang lain juga dapat diatasi. Situasi ini menunjukkan

bahawa negara Malaysia juga mampu memberikan saingan yang hebat dari aspek

pelancongan melalui penggunaan alatan yang canggih dan berteknologi tinggi.

Melalui e-dagang juga, kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos

dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses

secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga kepelbagaian

perkhidmatan. Dari sudut ekonomi, pengguna e-dagang di Malaysia dijangka

meningkat sehingga 30 peratus pada setiap tahun dalam tempoh antara tiga hingga

lima tahun akan datang. Manakala, penggunaan e-dagang di seluruh dunia yang

Page 5: Kelebihan e Dagang

dijangka meningkat 32 peratus membabitkan transaksi RM92.4 bilion tahun 2010

berbanding RM67 bilion pada 2009.

Kewujudan sistem ekonomi e-dagang ini sedikit sebanyak memberi impak

secara serius kepada penggunaan wang kertas serta cek pada masa-masa yang

akan datang. Hal ini kerana pembayaran dalam bentuk baru ini ternyata lebih murah

dan mudah jika ingin dibandingkan dengan pembayaran yang dibuat secara

konvensional dan sekaligus akan mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang

tunai dan secara tidak langsung mengurangkan fungsi yang dimainkan oleh Bank

Pusat.