pendidikan al quran (modul 1/3 unit 1 & 2) · web viewsoalan 1 pilih mana-mana tiga kaedah...

40
Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111 PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) UNIT 1: METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF Latihan m/s : 16 Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada Kaedah Talaqqi-Musyafahah , Tasmi’, Takrir & Tadarus Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah اً انَ ءْ رُ قَ وُ اهَ نْ قَ رَ قُ هَ اَ رْ قَ تِ ل ىَ لَ عِ اسَ ّ ن ل ا ىَ لَ عٍ ! ثْ كُ مُ اهَ نْ لَ ّ % زَ نَ وً لاْ * نِ زْ نَ . ت زاء : س2 لا ا وره س106 Maksudnya : “ Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” اَ ذِ 2 اَ فُ اهَ نْ اَ رَ قْ عِ > تَ ّ ت اَ فُ هَ اتَ ءْ رُ ق : امه* ن ق ل ا وره س18 Maksudnya : “ Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.” 1

Upload: leanh

Post on 19-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2)UNIT 1: METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF

Latihan m/s : 16

Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada

Kaedah Talaqqi-Musyafahah , Tasmi’, Takrir & Tadarus

Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah

اس على لتقرأه فرقناه وقرءانا لناه مكث على الن ونز تنزيال

اإلسراء : 106سورة

Maksudnya : “ Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau

membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya

beransur-ansur.”

بع قرأناه فإذا القيامة : قرءانه فات 18سورة

Maksudnya : “ Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu

dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.”

أمMMرني اللMMه : إن ألبي قال الله رسول أن مالك بن أنس عن[ أن ماني : آللMMه أبي قMMال القMMرآن عليك أقرأ MMك سMMال لMMه قMMالل

] يبكي أبي فجعل لي سماكالبخاري رواه

Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata

kepada Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu” Ubay

berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah

telah memilih dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.

1

Page 2: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

بي قMMال[ MMد : من أربعMMة من القMMرآن : خMMذوا الن بن اللMMه عب مسعود ]كعب بن وأبي ومعاذ وسالم

البخاري رواهMaksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : “Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat

orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab”

Dalil Kaedah Tasmi’

بي لي : قال قال عنه الله رضى مسعود بن الله عبد عن[ : الن قلت القرآن علي اقرأ MMك : آقرأ MMك علي MMزل وعلي ي قMMال ؟ أن : إنساء سورة فافتتحت غيري من أسمعه أن أحب : بلغت فلما الن

هيدا هؤالء على بك وجئنا بشهيد أمة كل من جئنا إذا " فكيف MMش ]تذرفان عيناه فإذا إليه فالتفت : حسبك " قال

البخاري رواهMaksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata

kepadaku : “ Bacalah Al Quran kepadaku” Aku berkata : Adakah aku perlu membaca

kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi : “Sesungguhnya

aku suka mendengar bacaan daripada orang lain” Maka aku membuka surah Al

Nisa’ ,tatkala sampai kepada ayat : وجئنا " بشهيد أمة كل من جئنا إذا فكيف

شهيدا هؤالء على Nabi berkata : “Cukup!” Maka aku berpaling kepadanya dan " بك

mengalir airmata dari kedua-dua matanya

بي على يعرض : كان قال هريرة أبي عن[ كل القرآن الن عMMامة MMه فعMMرض مMMر تين علي في مMMر ذي العMMام MMه قبض ال MMان في وك

كل يعتكف رين فMMاعتكف عشرا عام MMفي عش ذي العMMام قبض ال]فيه

2

Page 3: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

البخاري رواهMaksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al

Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangi

Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di

bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.

Dalil Kaedah Takrir

ها المؤمنين أم عائشة عن[ الله رسول به بدىء ما أول قالت أن وحي منMMؤيا ال الحة الر MMفي الص وم MMان الن فك MMرى ال رؤيا ي إال

MMل جاءت MMق مث بح فل MMب ثم الص MMه حب MMان الخالء إلي بغMMار يخلMMو وكث حراء د وهو فيه فيتحن عب يالي الت Mل العMدد ذوات الل Mزع أن قب ينMMزود خديجMMة إلى يرجع ثم لذلك ويتزود أهله إلى حتى لمثلها فيت

فقال الملك فجاءه حراء غار في وهو الحق جاءه ما قMMال اقMMرأي بلغ حتى فغطني فأخذني قال بقارئ أنا من أرسلني ثم الجهد

فقال MMة فغطني فأخذني بقارئ أنا ما قلت اقرأ اني MMغ حتى الث بلي من فقال أرسلني ثم الجهد فأخMMذني بقارئ أنا ما فقلت اقرأ

MMة فغطني الث لني ثم الث MMال أرسMMفق اقMMرأ م MMك باس ذي رب خلMMق ال علق من اإلنسان خلق ك اقرأ ]الحديث آخر األكرم... إلى ورب

البخاري رواهMaksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mula-mula

turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi

itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik

hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak

pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah

bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya.

3

Page 4: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika dating kepadanya al

Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’

tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku tidak

pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan dipeluknya

sehingga aku merasa payah dan sukar” .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya

pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku

ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku

dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku

tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian

dilepaskannya seraya berkata :

اقرأ ك باسم ذي رب ان خلMMق خلق ال MMق من اإلنسMM عل ك اقMMرأ ورب

األكرم

Dalil Tadarus

اس ابن عن[ الله رسول كان قال عب اس أجود MMان الن وك أجMMودMMة كل في يلقاه وكان جبريل يلقاه حين رمضان في يكون ما ليل

الله فلرسول القرآن فيدارسه رمضان من من بالخير أجوديح ]المرسلة الر

البخاري رواهMaksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w adalah seorang yang

amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang

menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan

Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih

bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.”

4

Page 5: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Aktiviti tutorial

Soalan 1

Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan

kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap kaedah tersebut serta bincangkan cara-

cara mengatasinya.

Talaqqi Mushafahah

Kaedah mempelajari bacaan al- Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s

kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “ Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril

memmbaca ayat suci al- Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan

diperhatikan oleh Jibril. Seterusnya Rasulullah SAW membacanya kepada para sahabat,

para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya

tulisan itu di baca dan dihafalkan.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al- quran mesti

berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid

tahu betul secara amali bagimana pelaksanaan semua hokum-hukum tajwid dalam bacaan

yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat- sifat huruf dan lain-lain hokum tajwid.

Kelebihan

a) Kaedah ini murid-murid dapat membaca Al-Quran dihadapan guru secara

bersemuka dan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemudian di ikuti

oleh pelajar.

b) Kaedah ini merupakan kaedah yang pertama berlaku keatas junjungan besar

Nabi Muhammad (SAW) semasa Jibril menyampaikan wahyu keatas baginda.

Ketika itu Nabi Muhammad (SAW) memerhati cara bacaan dari Jibril kemudian

5

Page 6: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

nabi membacanya, begitulah seterusnya nabi menyampaikan pula kepada

sahabat-sahabatnya.

c) Murid-murid dapat menyebut huruf mengikut makhraj yang betul serta bacaan

mengikut tajwid.

d) Murid-murid dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya apa yang diajar

atau disebut oleh guru kerana kaedah ini berlaku didalam kelompok kecil.

Kelemahan

a) Murid yang kurang aktif atau lemah dalam meguasai bacaan akan tercicir jika di

bandingkan dengan yang aktif dan dapat menguasai.

b) Guru perlu memberi penumpuan yang sepenuhya ketika mrid-murid membaca

dan segera membetulkan jika berlaku kesalahan.

c) Peruntukan masa yang singkat ketika murid membaca dihadapan guru,ini

menimbulkan masalah kepada murid-murid yang kurang menguasai bacaan dan

sebutan huruf hijaiyah.

Cara-cara mengatasinya

a) Bentuk satu kumpulan seramai 6 orang murid yang mana 3 murid dapat

menguasai huruf hijaiyah dan 3 lagi lemah dalam menguasai huruf hijaiyah.

Ketika murid barada dihadapan guru untuk membaca, murid yang cerdas

mambantu murid yang lemah.

b) Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah

menayangkan carta huruf hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil

menyebut dan diikuti oleh murid. Dengan cara ini ianya dapat membantu

murid-murid untuk mengikuti kembali huruf tersebut.

c) Guru hendaklah sentiasa menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi,

contohnya: dan س disamping itu murid hendaklah memerhati gerakan ث

bibir guru sambil menyebut huruf tersebut secara individu dan kumpulan.

6

Page 7: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Tadarus

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4

orang. Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat

kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua

kumpulan. Murid-murid membaca secara berglir-gilir dalam kumpulannya.jika sampai

kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan

membimbingnya membaca atau mengeja.

Kelebihan

a) Murid-murid dapat berada dalam satu jemaah dan saling membantu diantara

satu sama lain.

b) Murid-murid dapat memberanikan diri ketika membaca didalam kumpulan

mereka.

c) Murid yang fasih dalam bacaan membimbing pelajar yang lemah. Contoh : Ajar

mengeja dan membaca.

Kelemahan

a) Guru tidak dapat memberi penumpuan sepenuhnya jika berlaku kesalahan

dalam bacaan murid-murid tersebut kerana adakalanya kaedah ini dibaca secara

beramai-ranai dalam halaqat dan adakalanya dibaca secara bergilir-gilir.

b) Pelajar yang fasih dalam bacaan akan merasa boring kerana ada segelintir

pelajar yang lemah perlu bimbingan daripada pelajar tadi. Contohnya bacaa

surah Al-Fatihah.

Cara mengatasi

a) Sebelum mengagihkan murid kepada kumpulan tertentu, guru hendaklah

membaca ayat tilawah beberapa kali dengan suara yang nyaring sambil diikuti

oleh murid.

b) Guru hendaklah memuji dan memilih beberapa orang pelajar yang baik dalam

bacaan Al-Fatihah supaya menjadi pembimbing dalam halaqat.

7

Page 8: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Tasmik

Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca

mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih, menelaah, menguji dan

mengesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid

diminta membaca dan guru mendengar.

Kelebihan

a) Dengan kaedah ini guru dapat mengesan kesalahan bacaan murid-murid serta

dapat memperbetulkan bacaan secara individu dan kumpulan.

b) Guru dapat memperkenalkan hukum-hukum tajwid kepada murid dalam ayat

yang dibaca.

c) Guru dapat menerangkan kepada murid-murid tentang kesalahan bacaan dari

segi tajwid.

d) Guru dapat mendisiplinkan murid-murid dari segi bacaan yang betul mengikut

hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.

Kelemahan

a) Kaedah ini sesuai untuk murid-murid membaca ayat tilawah dan hafazan, ianya

tidak sesuai untuk bacaan.

b) Ketika guru sedang mendengar bacaan ayat tilawah dan hafazan daripada

seorang murid, maka murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang

sepenuhnya dalam pembacaan mereka.

Cara mengatasinya

a) Ketika guru sedang mentasmik’ salah seorang murid, guru hendaklah

menyediakan lembaran kerja yang ringkas kepada murid-murid lain untuk

mengelakkan daripada berlaku kebisingan. Contohnya : Cantumkan huruf.

8

Page 9: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

2. Aplikasikan mana-mana kaedah pilihan anda semasa anda semasa interaksi dengan pensyarah anda.

Talaqqi Mushafahah

Kaedah talaqqi musyafahah adalah merupakan kaedah yang sering digunakan

semenjak zaman rasulullah lagi,kerana kaedah ini senang dan mudah untuk pelajar

menginggat.Kaedah ini walaupun pelajar tidak mengenal huruf-huruf tetapi pelajar dapat

mengingat dan dapat membaca melalui guru yang mengajar.

Contoh : guru membaca pelajar mengikut apa yang guru baca.Tetapi kaedah ini

melambatkan pelajar untuk mengenal huruf-huruf dan membaca dengan sendiri sewaktu

guru tidak ada di hadapan.Kaedah ini merupakan kaedah hafazan pelajar akan dapat

mengingat surah apa yang dihafal.

Tadarus

Kaedah Tadarus pula adalah kaedah halaqah kecil bersama kawan-kawan yang

lain kerana kaedah ini adalah pembacaan secara beramai-ramai tetapi pada satu ketika ia

akan didengar oleh kawan yang lain untuk membetulkan bacaan yang tersilap.Setelah

selesai orang pertama orang yang kedua akan pula akan membaca dan didengar oleh

ahli kumpulan yang lain sekiranya ada bacaan yang salah orang berada dalam kumpulan

akan menegur dan membetulkan cara bacaan tadi,kaedah ini sering digunakan didalam

kelas semasa pensyarah menyuruh membuat tugasan dalam kumpulan.

9

Page 10: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111Latihan m/s : 25

1) Anda dikehendaki membuat pengurusan grafik banding beza antara Model 6 Bulan Khatam Al Quran dengan Model Tasmi’

Khatam Al Quran.

PERBEZAAN

MODEL 6 BULAN MODEL TASMI’

Tumpuan kepada penguasaan bacaan Al Quran untuk tahun 1 dan aspek khatam Al Quran untuk tahun 2 – 6

Tumpuan kepada bimbingan & rekod perkembangan bacaan Al Quran murid secara individu

Tempohnya hanyalah pada 6 bulan pertama bagi setiap tahun (Jan-Jun)

Dibimbing secara berterusan

Dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan Dilakukan diluar waktu persekolahan

Proses P&P dijalankan secara individu menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah

Pembimbing terdiri dari guru j QAF .Akan tetapi pihak sekolah boleh melantik GPI atau guru akademik lain

Dikendalikan oleh GPI & 3 orang guru j QAF dalam satu masa

Menggunakan kaedah tasmi’ & seterusnya pencapaian murid dinilai.

Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan Iqra’ (6 bulan pertama)

Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan juzu’ 1

Pencapaian bacaan murid direkod dan dinilai sekurang-kurangnya sekali seminggu

Penilaian bacaan Iqra’ direkodkan pada setiap bulan.10

Page 11: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

2) Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua-dua model diatas

dengan menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan

penyelesaiannya

Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh saya ketika melaksanakan kedua-dua

model tersebut. Antara permasalahan tersebut ialah :

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran.

1. Bilangan murid ramai dalam satu kumpulan.

Cara penyelesaian :

Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut

tahap penguasaan murid. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi

dikehendaki mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai

pembimbing rakan al-Quran.

2. Kawalan murid semasa sesi pembelajaran.

Cara penyelesaian :

Ketika sesi murid membaca al-Quran di hadapan guru, murid-murid yang lain

dikehendaki menulis latihan dalam buku latihan.

Model Tasmik

1. Bilangan guru pembimbing tidak mencukupi.

Cara penyelesaian :

Guru Besar telah menawarkan kepada guru-guru akademik yang lain untuk

menjadi guru pembimbing.

2. Buku Iqra’ tidak mencukupi.

Cara penyelesaian :

Sekolah telah menfotostatkan buku iqra’ dan dibekalkan kepada murid.

11

Page 12: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111UNIT 2 : TILAWAH DAN TAJWID SERTA APLIKASINYA

Latihan m/s : 28

Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam cAsim riwayat Hafs torik Syatibi

رسوالله ل

بن عليطالب أبي

بن زيدثابت

بن الله عبدمسعود

بن أبيكعب

بن عثمانعفان

عبد الرحمن

عبد الرحمن

الرحمن عبدالسلمى

الرحمن عبدالسلمى

الرحمن عبدالسلمى

حبيش بن زراألسدي

عمرو أبوالشيباني

األسدى النجود أبى بن عاصم

سليمان بن حفصالمغيرة بن

شعبة

حبيش بن زراألسدي

حبيش بن زراألسدي

12

Page 13: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Latihan m/s : 32

Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada

ayat 4 surah al Muzzamil ( القرآن ورتل ترتيال )

o Mujahid Bin Jabar Al Makkiy ( المكى جبر بن مجاهد )

Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau

telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : “ Mengelokkan / berlembut-lembut dalam

bacaan”

o Al Dhahak ( الضحاك )Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : “ Menjelaskan bacaan huruf

demi huruf ”

o Ibnu Abbas ( عباس ( ابن“ Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya ”

o Tafsir Al Qurtuby ( رتفسي لقرطبيا )

“ Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahan-

lahan dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya ”.

Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melintasi

dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis .

Maka sabda Rasulullah : “ Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah taala yang

berbunyi : ( ل القرآن ورت ترتيال ) ? Maka inilah (yang dinamakan) Tartil.

o Tafsir Ibnu Kathir ( كثير ابن ( تفسير“ Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas kamu

untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya”.

o Tafsir Al Khazin ( الخازن ( تفسير

13

Page 14: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

“Tatkala Allah taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam ,

disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yang

bersembahyang itu hadir (khusyu’) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti pada

hakikat ayat dan maksud-maksudnya .Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati

Allah ,hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat

untuk balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala

sampai kepada ayat kisah-kisah dan perumpamaan terhasillah pengi’tibaran.Maka akan

tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju

akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang

dimaksudkan dengan perkataan tartil itu.”

o Tafsir Al Nasafi ( النسفي ( تفسير“ Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca

dengan tenang dengan menjelaskan satu-satu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan

harakat ” (yang perlu dipanjangkan)

14

Page 15: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain , mutaqaribain , mutajanisain.

MUTAMASILAIN

MUTAJANISAINMUTAQARIBAIN

Berlaku diantara huruf-huruf yang berhampiran dari segi makhraj dan sifat.

Hukum bacaannya Izhar mengikut Riwayat Hafs kecuali huruf lam dan ro’ wajib diidghamkan secara Idgham Kamil tanpa dengung.

Dinamakan juga dengan Idgham Al Mutaqaribaini Saghir

Contoh:

i. ي ب ر قل ii. إليه الله فعه ر بل

Berlaku diantara dua huruf yang bersamaan dari segi makhraj dan sifat.

Hukum bacaannya Wajib Idgham mengikut bacaan Riwayat Hafs

Dinamakan juga dengan nama Idgham Al Mutamasilaini Saghir

Contoh dalam 2 kalimah

تأتيهم كانت Contoh dalam 1 satu kalimah

يكرههن ومن Kecuali :

عاصف يوم في

Berlaku diantara dua huruf yang bersamaan dari segi makhraj tetapi berlainan sifat.

Hukum bacaannya Izhar mengikut bacaan Riwayat Hafs , kecuali pada enam tempat dari tiga makhraj wajib dibaca Idgham.

Dinamakan juga dengan Idgham Al Mutajanisaini Saghir

Contoh:

i. معنا اركبii. ذلك يلهث

15

Page 16: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Latihan m/s : 39

Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut :

mad wajib , mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin & mad taczim.

1. Mad wajib muttasil

Mad wajid muttasil ialah apabila huruf mad ( alif ( أ )bertanda sukun sebelumnya satu

huruf berbaris di atas atau wau ( و ) bertanda sukun sebelumnya satu huruf berbaris

hadapan atau ya (ي ) sukun sebelumnya satu huruf berbaris di bawah bertemu) dengan

huruf hamzah di dalam satu kalimah. Ia di namakan mad “wajib” kerana para ulamak

Qura’ telah bersepakat memanjagkannya lebih daripada mad asli iaitu empat, lima atau

enam harakat dan di namakan “muttasil” kerana huruf mad bertemu dekat huruf hamzah

dalam satu kalimah. Di dalam al- Quran rasam Uthmani huruf mad wajib muttasil di beri

tanda mad (~) seperti:

ا هنیئء أبنا2. Mad jais munfasil

Mad jais munfasil ialah apabila huruf mad ( alif bertanda sukun sebelumnya satu ( أ )

huruf yang berbaris di atas atau wau ( و ) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang

berbaris hadapan atau ya (ي ) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang berbaris di

bawah ) bertemu dengan huruf hamzah di dalam dua kalimah. Ia di namakan mad “jais”

kerana para ulamak Qura’ telah berbeza pendapat tentang kadar panjangnya ada yang

membacanya dengan kadar dua harakat, ada yang membaca dengan kadar empat atau

lima harakat dan di namakan “munfasil” kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah

di dalam keadaan berpisah dari satu kalimah iaitu huruf mad bertemu dengan huruf

hamzah di dalam dua kalimah. Di dalam al-Quran rasam Uthmani huruf mad jais munfasil

di beri tanda mad ( ~ ). Contohnya:

موسى إلى ما فأوحينا أن ألله~ واعلموآ إلى ا أدعو

16

Page 17: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

3. Mad lazimMad lazim ialah selepas huruf mad terdapat satu huruf bertanda sukun asli tetap.

Dinamakan mad “ lazim” kerana tanda sukun atau tashdid lazim dengan huruf mad dalam

satu kalimah dan lazim dimadkan dengan enam harakat tanpa khilaf. Mad lazim ini

terbahagi kepada dua iaitu:

Mad lazim kalimi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam

kalimah-kalimah al-Quran.

Mad lazim harfi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-

huruf pembukaan al-Quran.

Setiap mad lazim kalimi dan harfi pula terbahagi kepada dua bahagian:

Musaqqal iaitu huruf sukun selepas huruf mad di idghamkan ke dalam huruf

selepasnya.

Mukhaffaf iaitu huruf sukun selepas huruf mad tidak di idghamkan ke dalam huruf

selepasnya .

Contoh:

Mad lazim kalimi musaqqal ون لضآل*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim kalimi mukhaffaf ءآلن*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim harfi musaqqaآلم~*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim harfi mukhaffaf آلر*kadar bacaannya 6 harakat

4. Mad farq

17

Page 18: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Mad farq ( mad yang membezakan atau istifham) terdapat pada huruf hamzah istifham di

awal kalimah, pada pertemuannya dengan huruf hamzah wasal untuk mengekalkan

antara ayat pertanyaan dengan ayat pemberitahuan. Bacaan hamzah istifham dimadkan

dengan 6 harakat kerana huruf hamzah bersambung di tukarkan menjadi huruf mad alif

dan diikuti huruf lam bertanda sukun. Ia juga di namakan mad lazim kalimi. Jenis mad ini

hanya terdapat pada tiga kalimah di dalam al- Quran.

1. Surah Yunus ayat 59 dan Surah Naml ayat 59 ءآلله2. Surah al-An’am ayat 143 dan 144 ءآلذكرين قل3. Surah Yunus ayat 51 dan 59 ءآلن

5. Mad tamkin

mad tamkin ( mad tetap) mad pada huruf ya (ي ) bersabdu serta berbaris di bawah yang

diikuti dengan huruf (ي ) sebagai huruf mad. Bacaan madnya tetap dengan 2 harakat

pada ketika bacaannya bersambung dengan uruf yang berikutnya seperti: بين والن

6. Mad takzim

Mad takzim ( mad memperagungkan) mad pada perkataan beerti آل “ tidak” ketika

pertemuannya dengan perkataan (إله) yang terdapat pada kalimah tauhid. Di baca

dengan 6 harakat. Ia juga di namakan mad mubalaghah. Contonya:- ٱ إل آل لله إال ه

هو

18

Page 19: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Latihan m/s : 40

Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat didalam Al Quran &

kenapakah ditempat-tempat tersebut kita disunnahkan waqaf.

Waqaf Jibril 1

Waqaf ini dinamakan dengan nama Waqaf Jibril kerana malaikat Jibril mewaqafkan bacaan

pada tempat-tempat ini dan bacaan waqaf ini telah diikuti oleh Nabi s.a.w. Jadi oleh kerana

itulah ianya disunnahkan waqaf pada tempat-tempat tersebut. Di dalam Al Quran terdapat

sepuluh tempat yang telah disepakati oleh para ulamak.

Mengikut semakan ada terdapat sebelas tempat bagi wakaf Jibril iaitu:-

1. Surah al- Baqarah ayat 148 ت فاستبقواالخير2. Surah al-Imran ayat 29 الله يعلمه3. Surah al- Imran ayat 95 الله صدق قل4. Surah al- Maidah ayat 48 ت فاستبقواالخير5. Surah al-Maidah ayat 116 أقول أن لي يكون ما سبحانك قال

بحق لي ماليس6. Surah Yusuf ayat 108 الله إلي أدعوا سبيلى هذه قل7. Surah al- Ra’du ayat 17 األمثال الله يضرب لك كذ8. Surah al-Nahl ayat 5 خلقها واألنعم9. Surah Sajdah ayat 18 فاسقا كان كمن مؤمنا كان أفمن اليستون10. Surah annaziat ayat 23 فنادى فحشر11. Surah al-Qadr ayat 3 شهر ألف من خير

1 Muhammad Bin Shahadah Al Ghul , Bughyatu cIbadi al Rahman Litahqiq Tajwid Al Quran , Dar Ibn Qayyim , Al Mamlakah Al cArabiyyah Al Sucudiyyah , 1999M , hlm. 66-67

19

Page 20: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Akan tetapi berlaku perbezaan pendapat bagi sesetengah ulama’ dalam menentukan waqaf

Jibril ini.Sebagai contoh dalam kitab Haqqu Al Tilawah2 terdapat dua ayat yang berbeza

dengan ayat-ayat di atas iaitu :

1) Surah Al Maidah ayat 116 (dengan menggantikan ayat 48 dalam Surah Al Maidah)

وكم ولكنMM يبل MMاكم فيما ل تبقوا ءات MMرات فاسMM اللMMه إلى* الخي جميعا مرجعكم

2) Surah Al Qadr ayat 3-4 (dengan menggantikan ayat 76 dalam Surah Yasin)

ل* شهر ألف من خير القدر ليلة وح و الملMئكة تنز فيها الر

Namun begitu masih banyak lagi perselisihan dan perbezaan yang terdapat dalam kitab-

kitab ilmu Tajwid yang sebahagiannya tidak disebut disini

2 Husni Shaykh cUsman , Haqqu Al Tilawah , Maktabah Al Manar , Al Urdun , 1990M , hlm. 49

20

Page 21: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Latihan m/s : 42

Layari laman web qquran (www.qquran.com)

a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama Qari Mesir yang terkenal

1) Sheikh Muhammad Sidik Al Minshawi

Sheikh Muhammad Sidik Minshawi di lahirkan pada tahun 1920 dan meninggal

dunia pada tahun 1969. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik.

Sewaktu hidup beliau memberikan sumbangan yang besar kepada bidang al-Quran. Beliau

telah menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun dengan Sheikh Muhammad Al-Namki

sebelum beliau belajar berkenaan hukum-hukum bacaan dengan Sheikh Muhammad Abu

Al-cAla dan Sheikh Muhammad Sacudi di Kaherah. Beliau telah menziarahi beberapa

negara Arab dan negara Islam dan beliau sangat dihormati oleh sebahagian negara-negara

tersebut. Beliau telah meninggalkan lebih dari 150 rakaman bacaan al-Quran dengan stesen

radio Republik Arab Mesir dan stesen radio yang lain.

Beliau di ibaratkan dengan pepatah arab yg bermaksud " anak kepada angsa yang

pandai berenang" kerana beliau sebenarnya mewarisi bacaan yang baik dan ilmu al-Quran

daripada ayahnya yang juga seorang yang mahir dalam bidang al-Quran dan mempunyai

sejarah yang tersendiri dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan salah seorang yang

sanggup menghabiskan kehidupannya dengan Al Quran dan tidak ada tolok bandingannya

di dalam dunia tilawah Al Quran.

21

Page 22: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

2) Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi

Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi dilahirkan pada awal bulan Zulhijjah tahun 1330

bersamaan 17 September 1917 di kampung Shoubra An-Namlah ,Thanta di Muhafazah

Gharbiyyah, Mesir . Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berusia 8 tahun dan menerima

pendidikan di Al-Azhar. Kemudian beliau banyak meluangkan masa untuk mempelajari

ilmu al-Quran kerana beliau juga mempunyai suara dan bacaan al-Quran yang baik.Beliau

pernah mendapat tempat pertama didalam peperiksaan pemilihan untuk bacaan didalam

siaran Radio pada tahun 1944 . Disamping itu, beliau pernah menjadi Qari masjid Al-

Ahmadi dan masjid Al-Husaini serta pernah menjadi wakil kepada Qari-Qari di Mesir.

Beliau di antara orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs

daripada 'Asim pada tahun 1961. Kemudian pada tahun 1964 beliau telah merakam bacaan

riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri

dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al

Muallim (mushaf guru) . Beliau juga telah dilantik sebagai ketua bagi Persatuan Qari-Qari

Dunia Islam. Pernah menyampaikan bacaan pada muktamar-muktamar. Beliau juga banyak

menziarahi negara-negara arab , negara-negara Islam Asia dan negara-negara Afrika serta

telah mengislamkan ramai orang.

Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan

pertubuhan Qari al-Quran di Mesir dan menjaga kepentingan mereka serta menyediakan

jalan hidup yang baik. Beliau juga menyeru kepentingan penubuhan institut tahfiz al-Quran

di setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan

institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah.

Pada akhir hayat beliau, beliau berusaha memantapkan masjid-masjid, maahad-

maahad agama dan sekolah-sekolah tahfiz di tanah kelahirannya. Beliau telah mewasiatkan

1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan penghafaz-penghafaz al-Quran dan

derma untuk semua kegiatan yang baik. Beliau wafat pada petang hari Isnin 16 Muharram

bersamaan 24 November 1980 .

22

Page 23: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

Antara tulisan beliau :

الكريم .1 القرآن قراءة أحكامالدرة .2 و الشاطبية من العشر القراءاتو اإلبتداء .3 الوقف معرفة إلى اإلهتداء معالمالتكبير .4 و اإلستعاذة فى الكبير الفتحعشر .5 األربعة القراء تاريخ فى األثر أحسنالكريم .6 القرآن معالمدنى .7 نافع عن ورش قراءةالبصري .8 عمرو أبى عن الدورى قراءةيعقوب .9 اإلمام قراءة فى القلوب نورجعفر .10 أبى اإلمام قراءة فى الميسر السبيلالدرة .11 و الشاطبية بين الجمع فى المسرة حسنالتجويد .12 علم فى الجديد النهج13. Dan juga artikel-artikel beliau didalam majalah اإلسالم لواء

Sheikh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad

Kelahiran & Nasabnya

Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kampung Al Maracizah yang terletak di

bandar Armanat di Muhafazah Qina di selatan Mesir. Beliau dibesarkan di sebuah kawasan

yang penduduknya mementingkan pendidikan tahfiz dan tajwid Al Quran. Datuknya adalah

merupakan seorang yang kuat beribadat dan menitikberatkan hafazan dan hukum hakam

Al Quran. Begitu juga ayahnya yang merupakan seorang ulama’ Tajwid.

Sebahagian adik beradiknya juga merupakan penghafaz Al Quran dengan ini

mendorong beliau menghafaz Al Quran ketika umurnya mencecah 6 tahun. Pada masa itu

juga beliau telah meminta untuk belajar dengan seorang sheikh yang bernama Sheikh Al

Amir di Armanat dan sheikh tersebut telah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana

beliau melihat terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelayakan beliau untuk

berkecimpung dalam bidang Al Quran di samping bakat beliau yang boleh digilap ketika

sheikhnya mendengar beliau membaca Al Quran. Sheikhnya iaitu Sheikh Al Amir

23

Page 24: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

menyatakan bahawa beliau juga mempunyai kepintaran, keistimewaan serta cepat

menguasai apa yang diajar disebabkan keprihatinan dan kesungguhan yang jitu daripada

beliau dalam mengikuti apa yang diajar oleh sheikhnya. Beliau juga meneliti setiap hukum

hakam di dalam makhraj lafaz-lafaz, waqaf dan ibtida’ di samping kelunakan suaranya

yang sedap didengar. Begitu juga ketika beliau pulang ke rumah, beliau mengalunkan apa

yang dipelajari daripada sheikhnya dengan suara yang merdu sehingga akan berhenti setiap

orang yang mendengarnya.

Sheikh Abdul Basit telah berkata dalam karangannya “ Ketika umurku 10 tahun aku

telah dapat menyempurnakan hafazan Al-Quran yang tercurah ke atas lidahku seperti

sungai yang mengalir dan bapaku adalah seorang pegawai di Kementerian Perhubungan.

Manakala datukku merupakan seorang ulamak maka aku meminta daripada mereka berdua

untuk mempelajari ilmu qiraat dan mereka menyarankanku supaya pergi ke bandar Tanta

di Al-Wajhu Al-Bahri untuk mentalaqqi segala ilmu-ilmu Al-Quran dan Qiraat di hadapan

Sheikh Muhammad Salim, akan tetapi jarak di antara Armanat yang merupakan salah satu

bandar di selatan Mesir dengan Tanta yang merupakan salah satu bandar di Al Wajhu Al

Bahri amatlah jauh. Walaupun demikian, demi memikirkan matlamat dan masa depanku,

aku teruskan juga untuk bermusafir. Sehari sebelum bertolak ke Tanta aku mendapat tahu

Sheikh Muhammad Salim akan datang ke Armanat untuk menetap di situ sebagai seorang

guru Qiraat di sebuah maahad agama di Armanat. Ahli kampung Armanat telah telah

menyambutnya dengan meriah kerana mereka mengetahui kemampuan beliau dalam

bidang Al-Quran dan keilmuan. Takdir seolah-olah telah menetapkan bahawa sheikh ini

datang pada masa yang sesuai. Maka ahli kampung juga telah menubuhkan satu persatuan

Al-Quran di Asfun Al-Mutacinah yang mana di situ diadakan kelas tahfiz dan diajar ilmu

Al-Quran dan Qiraat. Di situlah aku mempelajari segala ilmu Al-Quran di samping aku

menghafaz matan Al-Shatibiyyah yang merupakan matan khas dalam ilmu qiraat”.

Setelah beliau mencecah umur 12 tahun, beliau memulakan penyebaran dakwah di

setiap bandar-bandar dan kampung-kampung di Muhafazah Qina khususnya di Asfun

Mutacinah dengan bantuan Sheikh Mohammad Salim di setiap tempat yang beliau pergi. Di

penghujung tahun 1951 Sheikh Al Dhiba’ yang merupakan salah seorang gurunya telah

meminta beliau untuk menjadi Qari di siaran Radio akan tetapi beliau ingin

menangguhkannya kerana memikirkan kepada kampung dan ahli keluarganya. Ini kerana

24

Page 25: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

proses rakaman memerlukan jadual yang khusus. Namun begitu Sheikh Al Dhiba’ berjaya

juga merakamkan bacaan beliau ketika sambutan Maulid Sayyidah Zainab. Disinilah

bermulanya kemasyhuran beliau dan rakaman ini telah dikemukakan kepada Lujnah

Penyiaran. Pada tahun 1951 ini juga beliau telah merakamkan bacaannya di Radio dan

seterusnya menjadi salah seorang yang terkenal didalam bidang tilawah Al Quran.

Beliau telah wafat pada hari Rabu, 30 November 1988 setelah sekian lama

mengidap penyakit kencing manis dan hati. Pada hari kematiannya puluhan ribu peminat-

peminatnya, duta-duta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara mengiringi

jenazahnya dan kewafatannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia tilawah

Al-Quran.

25

Page 26: PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) · Web viewSoalan 1 Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap

Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

b) Pilih satu tokoh Al Quran Mesir yang anda minati & nyatakan sumbangannya

terhadap Al Quran.

Sheikh Mahmud Khalil Al- Husairi

Pengenalan

Fadhilah sheikh al-Qari Mahmud Khalil Al- Husairi di lahirkan pada tahun 1335

bersamaan 17 September 1917 masihi di Syubra Namlah. Beliau mula menghafaz al-Quran

ketika beliau berusia 8 tahun. Beliau belajar di Al-Azhar. Kemudian beliau melanjutkan

pelajarannya dalam bidang ulum Quran. Beliau memiliki suara yang unik dan merdu.

Beliau wafat pada tahun 1401 bersamaan 24 November 1980.

Sumbangannya terhadap Al-Quran:

i. Beliau merupakan Qari di Masjid Ahmadi dan Masjid Husaini.

ii. Orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs daripada

‘Asim pada tahun 1961.

iii. Merakamkan bacaan riwayat Warsh dan pada tahun 1968 pula merakam

bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah

merakam bacaan yang dinamakan al-Mushaf al muallim (mushaf guru).

iv. Ketua bagi persatuan Qari-Qari Dunia Islam.

v. Merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan

pertubuhan Qari al-Quran di Mesir.

vi. Menubuhkan institut tahfiz al-Quran di setiap Bandar dan kampung dan

melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-insititut untuk

tahfiz al-Quran di Kaherah.

vii. Mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al- Quran dan penghafaz

–penghafaz al- Quran dan menderma semua kegiatan yang baik.

26