kelebihan manusia miliki akal, fahami...
TRANSCRIPT
+
34 AGAMA
Kelebihan manusia miliki akal, fahami ilmu
Tarof sebagai kh a lifo h
di buml tidak bo/eh
ditandingi malaikat
K eterbatasan ilmu manusia adalah didikan pertama yang dipelajari sejak Nabi Adam lagi. Kehambaan ini
merangkumi perkara digaris-kan ayat suci al-Quran yang memberi kefahaman bagaimana Allah SWT mengajarkan Nabi Adam segala benda dan perkara.
Hal ini dibincangkan melalui program 1brah yang bersiaran
SYAFlQ ZUlAKIFU
pada Isnin, 5.15 petang minggulalu di IKIMfm oleh Ustaz M u h a mmad Syaari Abdul Rahman. Kisah manusia pertama di muka bumi itu didedahkan secara terperinci dan gamba
ran Nabi Adam sebagai khalifah teruji dengan perselisihan oleh malaikat dikongsikan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan" menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikan-Mu? Tuhan beifirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Firasat malaikat Penjelasan ini membuktikan Allah Maha Berkuasa untuk menetapkan sesuatu perkara. Walaupun malaikat mendakwa firasat mereka tepat akan muncul satu golongan yang membuat bencana dan menumpahkan darah.
Ulama menyatakan dalam ayat ini, malaikat melahirkan kebimbangan terhadap kepu-
Manusia diberi kelebihan akal untuk memahami ilinu dipelajari.
Nabi Adam diberi kelebihan memahmni setiap ilmu, membeza
kallkedu 'ukannya .... denganllalaikat.
Walaupun ma/aikal mendapat firasat
manusia boleh membnwn mudarat, .tetapi tetap tunduk. kepada Allah.Jkuti kupasan
/arijut Ustnz Muhamrnad Syaari
Abdul Rahman dalam program Jbrah
dilKIMfm
tusan Allah SWT menjadikan khalifah di muka bumi. Allah SWT tetap menyatakan keputusan untuk menjadikan makhluk yang diberi nama manusia itu di atas pengetahuanNya.
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan 1a (A llah) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu 1a berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar." (Surah al-Baqarah, ayat 31)
Kekuasaan Allah SWT untuk mengajarkan Nabi Adam setiap nama benda dan kegunaannya adalah satu hikmah yang besar. Dalam hal ini, Allah SWT menyampaikan setiap sesuatu pengetahuan itu tanpa melalui malaikat. Betapa hebatnya manusia di sisi Allah SWT kerana Allah SWT sendiri yang mengajar Nabi Adam sesuatuilmu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya
Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jugalah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah alBaqarah, ayat 32)
Kepatuhan malaikat jadi pengajaran Ketundukan malaikat yang tidak pernah membantah setiap ketentuan Allah SWT adalah pelajaran penting kepada manusia kerana mereka diberi rahmat iaitu akal fikiran untuk mentafsir ayat Allah SWT dan melalui kefahaman ilmu yang mendalam itu akan menatijahkan keqaikan daripadaNya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?" (Surah al-Baqarah, ayat 33)
Ulama menjelaskan, pertanyaan malaikat itu bukan kerana cemburu kepada Nabi Adam, tetapi mereka memahami sebenarnya Allah SWT merakamkan hal itu.
Firman-Nya yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan 1blis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir." (Surah al-Baqarah, ayat 34)
Perselisihan malaikat me-
[GAMBAR HIASAN]
ngenai hal itujuga berlaku tatkala sebahagian mereka bertanya keputusan Allah SWT ingin menjadikan manusia.
Walau bagaimanapun, turun wahyu Allah SWT yang bermaksud: "Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan mengenai penduduk alam yang tinggi (malaikat), semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam -kalaulah tidak diwahyukan kepadaku)." (Surah Saad, ayat 69)
Mengapa Nabi Adam diberikan segala-galanya? Hal ini memberi gambaran supaya manusia bersyukur kerana dijadikan makhluk yang begitu sempurna dan istimewa. Allah SWT mengajar Nabi Adam hakikat ilmu itu datangnya daripada-Nya. Allah SWT juga menurunkan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW ayat pertama berkenaan perintah membaca.
Usaha pelajari ilmu IImu yang dipelajari dengan tepat akan mendekatkan jiwa
"kehambaan kepada Allah SWT. IImu dihiasi kesungguhan kefahaman akan menjadikan seseorang terus berusaha mempelajari dan mendalami apa yang dijelaskan menerusi wahyu serta sunah Baginda.
Allah SWT mengajar manusia untuk berfikir setiap penciptaan-Nya. Allah SWT juga memberi ilmu kepada Nabi Adam ketika berada di syurga, tetapi tidak di dunia. Semua hal itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan hamba kepada Tuhannya.
Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio IKIMfm
(f) SELASA 11 OG05 2015
Ibrah Istimewa Selasa di IKIMfm
10.15 pagi - Islam dan Perundangan
: :
Program membicarakan kedudukan Islam dalam sistem perundangan negara tokoh muda dalam bidang perundangan, Felo Utama Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz Program ini disiarkan secara langsung dan pendengar diberi peluang berinteraksi sarna ada melalui telefon, SMS, Twitter atau Facebook. Diterbitkan oleh Siti Rohani Surani.
12.30 tengah hari - Dimensi Perbincangan isu semasa yang diisi oleh pegawai akademik IKIM secara bergilir-gilir. Isu yang dibincangkan termasuklah isu agama, ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan pelbagai isu lain. Diterbitkan oleh Mona Jasman.
3.15 petang - Inspirasi Program ini memaparkan kejayaan tokoh dari pelbagai bidang termasuk usahawan, pendidikan, bahasa mahupun seni yang memberi inspirasi dan perangsang kepada masyarakat untuk sama-sama menjejaki langkah kejayaan mereka. Diterbitkan oleh Norhayati Paradi.
5.15 petang - Guru dan Pendidikan Rancangan khusus untuk guru dan pendidik membicarakan aspek pendidikan bukan sahaja pendidikan di sekolah,juga pendidikan dalam konteks umum yang lebih luas termasuk pendidikan anak di rumah. Diterbitkan oleh Norhayati Paradi.
9.15 Malam - Tafaqquh Fid-Din . Untuk musim baharu 1ni, program
pengukuhan ilmu agama ini akan meneruskan perbincangan berbentuk pengajian berkitab (talaqqi) dan kali ini membincangkan kitab Mukhtasar Riyadus Salihin karangan Imam Nabhani yang meringkaskan karangan asal Riyadus Salihin oleh Imam Nawawi. la disyarahkan oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz. Pendengar disarankan memiliki kitab berkenaan sebagai memudahkan rujukan. Diterbitkan oleh Syafiq Zulakifli.
10 Malam - Santai Malam Program hiburan untuk remaja dan sembang-sembang topik terpilih. Pendengar boleh membuat lagu pilihan melalui fanpage IKIMfm di facebook.comlikim.fm, SMS atau -