kelas kemahiran insaniah 1 bab komunikasi

11

Click here to load reader

Upload: kissanraj-raj

Post on 13-Jul-2015

133 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Kebolehan memindahkan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu

kepada individu atau sekumpulan individu yang lain".

Tujuan : Memberi Kefahaman.

Komunikasi wujud samaada secara lisan (bertutur/menggunakan suara) atau tidak,

misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 2: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Enam (6) elemen yang terdapat dalam komunikasi

1. Kandungan (apakah yang disampaikan?)

2. Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa?)

3. Bentuk (apakah bentuknya?)

4.Saluran (apakah perantaranya?)

5. Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa?)

6.Tujuan.

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 3: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Kategori Komunikasi

1. Komunikasi Interpersonal – berhubungan dengan individu lain samaada seorang /lebih)

2. Komunikasi Intrapersonal - pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),

monolog.

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 4: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Komunikasi Berkesan

1. Penerangan yang jelas

2. Menunggu giliran untuk bercakap

3. Tidak ada yang baik dan buruk

4. Membantah dengan tenang

5. Berkomunikasi dengan berkesan (pendek dan jelas)

6. Bertentang Mata

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 5: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Komunikasi Berkesan

7. Duduk/Berdiri tegak

8. Berkomunikasi dengan nada biasa

9. Bercakap bila perlu

10. Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah

11. Meminta pertolongan dengan baik

12. Menggunakan empati (berusaha menyelam perasaan orang lain) tetapi bahasa yang dihormati

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 6: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Ciri-ciri Perhubungan Yang Efektif

( Kajian oleh W.C.Redding dan F.M. Jablin – pakar psikologi)

1. Mereka percaya komunikasi yang betul adalah penting.

2. Mereka pandai mendengar dengan empati dan sedia membuka telinga kepada orang-orang bawahan.

3. Mereka suka menggunakan teknik-teknik bertanya dan mendorong orang-orang bawahan apabila mengarahkan

mereka melakukan tugas. (tidak menyuruh-nyuruh/mengarah-arah)

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 7: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Ciri-ciri Perhubungan Yang Efektif

( Kajian oleh W.C.Redding dan F.M. Jablin – pakar psikologi)

4. Mereka menjaga air muka dan maruah orang bawahan, mereka mengkritik secara tertutup

5. Mereka bersikap terbuka dengan maklumat. Mereka suka memberitahu awal-awal lagi apabila ada perubahan yang terjadi dan selalu menerangkan alasan-alasan disebalik

semua arahan dan dasar.

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 8: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Komunikasi Tidak Berkesan

1. Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar

2. Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap

3. Bercakap tanpa henti atau terlalu diam

4. Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap

5. Bercakap sambil lewa

6. Menjerit

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 9: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Prinsip-prinsip Komunikasi Berkesan

1. Mengekalkan pandangan mata dan ekspresi muka yang bersesuaian

2. Mendengar dengan minat

3. Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain

4. Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya

5. Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti pendengar

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 10: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Keberkesanan Mendengar

1. Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka

2. Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. Sila beri perhatian.

3. Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti “oh” ,

“ok”…”um..hhhmm”

4. Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan.

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 11: Kelas kemahiran insaniah 1  bab komunikasi

Kolej Unikop Cawangan Melaka

Tujuan-tujuan Umum Komunikasi

1. Menimbulkan kesan-kesan positif kepada individu lain –cerita kejayaan /pengalaman

2. Mendorong /mempengaruhi pemikiran individu lain. Contoh : ahli politik mempengaruhi pengundi

3. Menjadi usahawan yang berjaya – berupaya mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan

bank, para pelabur dan pelanggan

4. Kenaikan pangkat – mempengaruhi mereka yang menilai bakat , potensi dan prestasi.

MODUL 1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI