laporan kendiri kemahiran insaniah

10
LAPORAN KENDIRI KEMAHIRAN INSANIAH ‘’UNDER ONE ROOF PROGRAMME’’ NAMA : AIMAN NAJIB BIN MUHAMMAD NURUL AZMI NO. K/P : 940802-08-5297 NO. MATRIK : GA01728 PENASIHAT : EN. ABDUL QAIYUM BORHAN E-MEL : [email protected]

Upload: aiman-najib

Post on 15-Aug-2015

159 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

LAPORAN KENDIRI KEMAHIRAN INSANIAH

‘’UNDER ONE ROOF PROGRAMME’’

NAMA : AIMAN NAJIB BIN MUHAMMAD NURUL AZMI

NO. K/P : 940802-08-5297

NO. MATRIK : GA01728

PENASIHAT : EN. ABDUL QAIYUM BORHAN

E-MEL : [email protected]

Page 2: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t, pertama sekali alhamdulillah diucapkan kehadrat Ilahi kerana

dengan limpah dan kurniaNya dapat kami, mahasiswa Twinning Programme 2013 (TWP 13)

menjayakan program ini dengan tanpa sebarang kesulitan. Terima kasih juga diucapkan

kepada penasihat program ini En. Abdul Qaiyum Borhan atas tunjuk ajar yang telah diberikan

sebelum program ini dijalankan, semasa berlangsung, dan setelah program ini selesai. Sekali

lagi terima kasih kepada En. Qaiyum atas ilmu yang telah disampaikan berkenaan ilmu

protokol dan cara pengendalian majlis serta turut sama memeriahkan program ini.

Program ini pada dasarnya merupakan program bersiri di mana siri pertama telah

dilakukan di Simpay Asih dan diberi nama ‘’R.A.I.N.B.O.W. PROGRAMME’’. Pada kali ini

program ini merupan siri kedua iaitu ‘’R.A.I.N.B.O.W 2.0’’ yang diberi nama ‘’UNDER

ONE ROOF PROGRAMME’’. Program ini telah dikendalikan oleh mahasiswa yang sama

mengendalikan ‘’R.A.I.N.B.O.W PROGRAMME’’ iaitu mahasiswa TWP 13. Tujuan utama

program ini diadakan untuk memupuk rasa kebersamaan antara mahasiswa kedoktoran

dengan masyarakat luar, disamping meringankan beban masyarakat di sekitar ini.

Seperti yang sedia maklum, Negara Indonesia merupakan sebuah negara yang tinggi

jumlah populasi penduduknya. Disamping itu juga, penduduk di negara masih ramai yang

kurang berkemampuan. Oleh sebab itu, kami pelajar TWP 13 terpanggil untuk membantu

meringankan beban mereka. Bak kata pepatah ‘’yang berat sama dipikul, yang ringan sama

dijinjing’’. Melalui program ini dan sewaktu program ini dijalankan, banyak nilai murni yang

dapat disemai di dalam jiwa mahasiswa juga penduduk setempat. Antaranya ialah nilai kasih

sayang, tolong-menolong tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Hal ini jelas dilihat kerana

melinbatkan kerjasama antara dua bangsa yang berbeza. Walaupun begitu, di sini kami di ajar

bahawa kita serumpun tanpa mengira warna kulit dan agama.55

Page 3: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

Berikut adalah butiran program :

Program : UNDER ONE ROOF (DI HANDAPEUN HIJI ATAP)

Tarikh : 13 APRIL 2014

Masa : 0600-1700

Tempat : Jalan Kolanel Ahmad Syam

Bilangan ahli mahasiswa dan mahasiswi : 36 orang

Bilangan penduduk : 35 orang

Jumlah peserta : 71 orang

Page 4: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

VISI DAN MISI PROJEK

VISI

Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh kebertanggungjawaban serta memiliki

nilai sahsiah yang mantap dan jitu.

MISI

1) Membina semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi.

2) Mengimplementasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

3) Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap individu.

OBJEKTIF

1) Membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di samping membantu

meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

2) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk tempatan dan pelajar.

3) Melatih sifat- sifat kepimpinan dalam diri pelajar dan semangat bekerjasama di dalam

sebuah organisasi.

4) Membina etika dan keperibadian yang cemerlang ketika berinteraksi dengan golongan

masyarakat.

Page 5: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

LAPORAN AKTIVITI (BIRO MULTIMEDIA)

Saya Aiman Najib Bin Muhammad Nurul Azmi (GA01728) telah

dipertangunggjawabkan sebagai ketua bagi biro multimedia bagi program UNDER ONE

ROOF (UOR) ini. Biro Multimedia ini dikendalikan seramai empat orang. Tiga ahli yang lain

adalah Nadia Farhana, Syafiqah, dan Khadijah. Tugas untuk biro multimedia tidak lain tidak

bukan mengeluarkan idea-idea yang kreatif. Antara tugasan yang dipertanggungjawabkan

kepada kami adalah seperti berikut :-

Poster

T-shirt UOR

Kain rentang

Button badge buat ahli UOR dan buat para peserta yang terlibat

Video pelancaran dan video persembahan

Mengambil foto sebelum dan semasa program dijalankan

Seperti biro-biro lain yang terlibat dalam menjayakan program ini, biro multimedia juga

memainkan peranan penting. Biro multimedia ditugaskan untuk mempromosikan program ini

dalam bentuk poster, ‘’facebook’’ dan juga ‘’twitter’’. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi

dana kami agar dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik. Program ini dijalankan

dua hala antara Malaysia dan Indonesia. Oleh itu hebahan harus dilakukan untuk masyarakat

Malaysia.

Page 6: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

LAMPIRAN

GAMBAR 1 : Biro multimedia untuk UOR

GAMBAR 2 : Melakukan persiapan sebelum program bermula.

Page 7: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

GAMBAR 3 : Mahasiswa bergambar bersama En. Qaiyum sebelum program bermula dengan berlatar belakangkan kain rentang UOR.

GAMBAR 4 : Mahasiswi (ahli-ahli UOR) bergambar kenangan sebelum berangkat ke destinasi

sambil dengan memakai T-shirt UOR serta button badge.

Page 8: Laporan Kendiri Kemahiran Insaniah

TAMAT