kelas 1rk2.docx

2
Cinta datang bila kita mula mengenal seseorang. Sesuailah dengan mutiara kata Tak kenal maka tak cinta . Cinta ini luas. Namun, seluas- luas cinta masih ada batasan yang perlu dijaga. Cintaku bermula pada kelasku yang terkenal dengan 1 RK 2, kelas yang penuh kebahagiaan. Ketua kelas kami ialah Abdul Malik dan penolong ketua kelas kami ialah Auni Aqilah. Mereka memimpin 1 RK2 dengan baik sekali dengan kerjasama kami. Bilangan ahli kelas 1 RK 2 ialah 30 orang kesemuanya. Kedudukan kami yang unik menimbulkan rasa bekerjasama antara kami iaitu , duduk dalam keadaan berkumpulan. Kebolehan kami sering ditambahkan demi mendapat hasil yang baik. Hampir 8 jam, kami bersama meneruskan perjuangan untuk melakukan persediaan awal untuk menempuhi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), 2016 , Insya Allah. Kami bertekad untuk keluar dari bumi SUKSES yang kami cintai, dengan menghadiahkan kejayaan yang sering kami impi. Setiap hari, bakat kami sering dicari-cari, tidak kami sangka Danish Hamzah Al-Hadi amat berbakat dalam catur, dia mendapat tempat pertama dalam peringkat sekolah, daerah, negeri dan memasuki peringkat kebangsaan. Tidak kurang juga Mohd Zulfikar yang amat berkebolehan dalam mengalunkan ayat Al-Quran dengan merdu sekali. Aiman Aziq dapat menonjolkan sifat kepimpinannya dan diterima untuk menjadi pengawas percubaan. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Saya akui kelas kami bisingnya tahap tinggi. Biasalah kami baru mencecah ke era kedewasaan. Dahulu, bertegur sapa jarang sekali, berkelahi sahajalah kerja kami. Kini, semuanya berubah apabila kami cakna antara satu sama lain. Sering bertegur sapa dan bergurau senda menjadi rutin harian kami. Hormat pada guru prinsip kami. Jahillah kami jika guru kami

Upload: afandi-maelah

Post on 17-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelas 1RK2.docx

Cinta datang bila kita mula mengenal seseorang. Sesuailah dengan mutiara kata ‘

Tak kenal maka tak cinta’. Cinta ini luas. Namun, seluas-luas cinta masih ada batasan

yang perlu dijaga. Cintaku bermula pada kelasku yang terkenal dengan 1 RK 2, kelas

yang penuh kebahagiaan. Ketua kelas kami ialah Abdul Malik dan penolong ketua kelas

kami ialah Auni Aqilah. Mereka memimpin 1 RK2 dengan baik sekali dengan kerjasama

kami. Bilangan ahli kelas 1 RK 2 ialah 30 orang kesemuanya. Kedudukan kami yang

unik menimbulkan rasa bekerjasama antara kami iaitu , duduk dalam keadaan

berkumpulan. Kebolehan kami sering ditambahkan demi mendapat hasil yang baik.

Hampir 8 jam, kami bersama meneruskan perjuangan untuk melakukan persediaan

awal untuk menempuhi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), 2016 , Insya Allah. Kami

bertekad untuk keluar dari bumi SUKSES yang kami cintai, dengan menghadiahkan

kejayaan yang sering kami impi.

Setiap hari, bakat kami sering dicari-cari, tidak kami sangka Danish Hamzah Al-Hadi

amat berbakat dalam catur, dia mendapat tempat pertama dalam peringkat sekolah,

daerah, negeri dan memasuki peringkat kebangsaan. Tidak kurang juga Mohd Zulfikar

yang amat berkebolehan dalam mengalunkan ayat Al-Quran dengan merdu sekali.

Aiman Aziq dapat menonjolkan sifat kepimpinannya dan diterima untuk menjadi

pengawas percubaan. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

Saya akui kelas kami bisingnya tahap tinggi. Biasalah kami baru mencecah ke era

kedewasaan. Dahulu, bertegur sapa jarang sekali, berkelahi sahajalah kerja kami. Kini,

semuanya berubah apabila kami cakna antara satu sama lain. Sering bertegur sapa

dan bergurau senda menjadi rutin harian kami. Hormat pada guru prinsip kami. Jahillah

kami jika guru kami tidak sayangi. Guru kelas kami, Puan Lee Li Meng, sering

Page 2: Kelas 1RK2.docx

mengingatkan kami untuk bekerjasama dalam semua aspek seperti kebersihan kelas

supaya kami tidak dipandang rendah oleh guru-guru lain.

Tuan Doktor Haji Abdullah Zawawi juga tidak kurang hebatnya dalam membantu

kami untuk terus bangkit dalam usia setahun jagung ini. Guru cemerlang Bahasa

Malaysia ini, setiap hari mengajar ‘ibarat lilin membakar diri’ untuk mengukuhkan lagi

tatabahasa dan pemahaman kami seterusnya memantapkan lagi penulisan kreatif kami.

Dewasa ini, kami menjadi lebih erat dengan semangat yang kami bina atas dasar

kemanusiaan. Bila satu kelas bersatu, satu ‘batch’ juga bersatu. Hasilnya, kami

mendapat sebuah nama untuk kelompok besar kami iaitu ‘Batch Thriller

1001(BT1001)’.