kelab sukan & rekreasi eltc · pdf fileperlembagaan kelab sukan & rekreasi eltc 8.3...

6
Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC KELAB SUKAN & REKREASI ELTC Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC Fasal 1: Maklumat Asas Nama Pertubuhan : Kelab Sukan & Rekreasi ELTC Fasal 2 : Tempat Urusan English Language Teaching Centre, Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 7 & 8, Blok Menara IPBA, Lembah Pantai, 59200 Kuala Lumpur. Fasal 3: Logo Huraian: 1. Terdiri daripada 2 ikon berbentuk manusia yang berada dalam posisi melakukan senaman/regangan badan dan membentuk huruf ‘S’ dan ‘R’ yang membawa maksud “Sukan” dan “Rekreasi” iaitu aktiviti teras Kelab Sukan dan Rekreasi ELTC. 2. 2 ikon juga melambangkan 2 kumpulan staf utama iaitu Akademik dan Pengurusan yang saling berganding bahu dan memerlukan antara satu sama lain. 3. Warna yang digunakan pada ikon membawa maksud seperti berikut: Biru: Perpaduan Kuning: Mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara Merah: Keberanian Hitam: Kesaksamaan hak bagi setiap ahli-ahli Kelab SURIA 4. Warna yang melingkari 2 ikon diambil daripada ciri-ciri yang terdapat pada logo ELTC sebagai simbolik kepada tempat bernaungnya Kelab Suria. 5. Nama penuh kelab dipaparkan pada bahagian atas logo bertujuan menjadikan logo lebih bersifat self-explanatory (penjelasan kendiri).

Upload: tranquynh

Post on 07-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KELAB SUKAN & REKREASI ELTC · PDF filePerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC 8.3 Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

KELAB SUKAN & REKREASI ELTC Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC Fasal 1: Maklumat Asas

Nama Pertubuhan : Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

Fasal 2 : Tempat Urusan

English Language Teaching Centre, Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 7 & 8, Blok Menara IPBA, Lembah Pantai, 59200 Kuala Lumpur.

Fasal 3: Logo

Huraian: 1. Terdiri daripada 2 ikon berbentuk manusia yang berada dalam posisi melakukan

senaman/regangan badan dan membentuk huruf ‘S’ dan ‘R’ yang membawa maksud “Sukan” dan “Rekreasi” iaitu aktiviti teras Kelab Sukan dan Rekreasi ELTC.

2. 2 ikon juga melambangkan 2 kumpulan staf utama iaitu Akademik dan Pengurusan yang

saling berganding bahu dan memerlukan antara satu sama lain. 3. Warna yang digunakan pada ikon membawa maksud seperti berikut:

Biru: Perpaduan

Kuning: Mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun

Negara Merah: Keberanian

Hitam: Kesaksamaan hak bagi setiap ahli-ahli Kelab SURIA

4. Warna yang melingkari 2 ikon diambil daripada ciri-ciri yang terdapat pada logo ELTC sebagai

simbolik kepada tempat bernaungnya Kelab Suria. 5. Nama penuh kelab dipaparkan pada bahagian atas logo bertujuan menjadikan logo lebih

bersifat self-explanatory (penjelasan kendiri).

Page 2: KELAB SUKAN & REKREASI ELTC · PDF filePerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC 8.3 Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

Motto AKTIF, MESRA, BERSATU Fasal 4: Objektif 4.1 Mengeratkan silaturrahim di antara staf ELTC. 4.2 Mewujudkan suasana harmoni dan saling bantu membantu di antara staf. 4.3 Memupuk semangat kesukanan di kalangan staf ELTC. 4.4 Menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian secara dedikasi melalui kerjasama dan persefahaman antara ahli. Fasal 5: Keahlian 5.1 Semua Staf ELTC adalah secara automatik menjadi ahli kelab termasuk Pekerja

Khidmat Singkat (PKS). 5.2 Setiausaha akan menyimpan satu daftar keahlian yang mengandungi butir-butir berikut:

i. Nombor Ahli ii. Tarikh Menjadi Ahli iii. Nama iv. Tarikh Lahir v. No Kad Pengenalan vi. Warganegara vii. Jawatan viii. Alamat

5.3 Hak Ahli 5.3.1 Layak mengundi dan memegang jawatan dalam kelab. 5.3.2 Layak mendapat dan menggunakan kemudahan dan keistimewaan sebagai ahli kelab dan mengambil bahagian dalam aktiviti kelab. 5.3.3 Setiap ahli berhak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. 5.3.4 Ahli berhak mengetahui kedudukan kewangan untuk memastikan tiada penyelewangan. 5.4 Penangguhan Menjadi Ahli 5.4.1 Setiap ahli yang tidak membayar yuran mengikut masa yang ditetapkan tidak layak

menerima kemudahan dan keistimewaan sebagai ahli sehingga tunggakan yuran diselesaikan.

5.5. Penamatan Keahlian 5.5.1 Keahlian akan tamat sekiranya ahli bertukar ke jabatan lain. Fasal 6: Yuran dan Bayaran Lain 6.1 Setiap ahli wajib membayar yuran kelab berdasarkan jadual di bawah:

BULAN Yuran Januari – April RM 20.00

Mei – Ogos RM 20.00 September - Disember RM 20.00

Page 3: KELAB SUKAN & REKREASI ELTC · PDF filePerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC 8.3 Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

6.2 Bayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari kelab dalam bulan yang telah dinyatakan

seperti jadual di atas. 6.3 Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak akan menerima surat peringatan yang

ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya. 6.4 Bayaran kutipan khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan

persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

Fasal 7: Mesyuarat Agung Tahunan 7.1 Semua ahli dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. 7.2 Mesyuarat Agung diadakan setiap setahun sekali. 7.3 Antara agenda utama dalam mesyuarat adalah:

i. Pembentangan laporan jawatankuasa mengenai pengendalian persatuan sepanjang tahun.

ii. Pembentangan laporan kewangan dan akaun-akaun persatuan yang telah diaudit pada tahun tersebut.

iii. Melantik sebuah jawatankuasa dan juruaudit bagi tahun berikutnya. iv. Mengendalikan hal-hal lain yang dibentangkan.

7.4 Notis awal berhubung dengan mesyuarat agung yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta usul-usul yang akan dibentangkan perlu diedarkan tujuh (7) hari sebelum mesyuarat.

7.5 Korum 7.5.1 Korum bagi sebarang mesyuarat agung ialah sekurang-kurangnya dua per tiga (2/3)

jumlah ahli jawatankuasa atau satu pertiga (1/3) dari jumlah keseluruhan ahli. (Yang mana lebih berkenaan)

7.5.2 Jika jumlah korum tidak mencukupi, mesyuarat tersebut akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan oleh ahli jawatankuasa.

7.5.3 Sekiranya jumlah korum tidak mencukupi seperti yang ditetapkan dalam 7.5.1, mesyuarat agung tahunan akan diteruskan dengan urusan-urusan yang telah ditetapkan dengan syarat mesyuarat tersebut tidak meminda sebarang undang-undang atau membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

7.6 Mesyuarat Agung Khas 7.6.1 Satu mesyuarat agung khas akan diadakan sekiranya:

i. Ahli jawatankuasa memikirkan ianya perlu diadakan; atau ii. Atas permintaan bersama secara bertulis dari tidak kurang satu per tiga (1/3) ahli

dengan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mesyuarat tersebut.

7.6.2 Mesyuarat tergempar yang diminta oleh ahli-ahli akan diadakan pada satu tarikh dalam masa tiga (3) hari selepas penerimaan permintaan tersebut.

7.6.3 Notis agenda bagi mesyuarat tergempar akan dihantar oleh Setiausaha kepada ahli sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat tersebut.

Fasal 8: Jawatankuasa 8.1 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah melalui undian dalam mesyuarat agung tahunan. 8.2 Sekiranya ada ahli jawatankuasa yang bertukar ke jabatan lain, maka kuasa adalah diberikan kepada ahli jawatankuasa yang lain untuk melantik penggantinya melalui satu mesyuarat ahli jawatankuasa.

Page 4: KELAB SUKAN & REKREASI ELTC · PDF filePerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC 8.3 Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

8.3 Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan seperti berikut:

i. Pengerusi ii. Naib Pengerusi iii. Setiausaha iv. Naib Setiausaha v. Bendahari vi. Empat (4) orang Ahli Jawatankuasa vii. Dua (2) orang juruaudit

8.4 Mesyuarat jawatankuasa akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan. Fasal 9: Kewajipan-kewajipan Pegawai 9.1 Pengerusi

i. Bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat agung tahunan kelab dengan

sebaik-baiknya. ii. Beliau juga mempunyai suara pemutus dan akan menandatangani semua minit setiap

mesyuarat ketika ianya diluluskan.

9.2 Naib Pengerusi

Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. 9.3 Setiausaha

i. Menjalankan semua urusan-urusan persatuan menurut perlembagaan dan akan

menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa. ii. Bertanggungjawab menguruskan menyimpan semua buku, dokumen dan kertas-kertas

kecuali catatan akaun dan kewangan. iii. Perlu menghadiri semua mesyuarat dan mencatat perjalanan mesyuarat tersebut.

9.4 Naib Setiausaha

Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas. 9.5 Bendahari

Bertanggungjawab bagi kewangan persatuan dan menyimpan akaun semua urusan kewangan persatuan dan perlu memastikan kesahihan maklumat tersebut.

9.6 Ahli Jawatankuasa

Bertanggungjawab membantu Ahli Jawatankuasa lain dalam menjalankan tugas dan aktiviti kelab.

9.7 Juruaudit

Dikehendaki mengaudit akaun-akaun persatuan setiap tahun dan akan menyediakan satu laporan atau sijil bagi mesyuarat agung tahunan. Mereka mungkin juga dikehendaki oleh Pengerusi untuk mengaudit akaun-akaun kelab pada sebarang waktu dan menyediakan laporan kepada Ahli Jawatankuasa. Juruaudit tidak akan mempunyai kuasa mengundi dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

Page 5: KELAB SUKAN & REKREASI ELTC · PDF filePerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC 8.3 Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

Fasal 10: Kewangan 10.1 Tahun kewangan persatuan akan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember

setiap tahun. 10.2 Pendapatan dan harta benda kelab akan digunakan sepenuhnya untuk menggalakkan aktiviti

persatuan dan tidak boleh dibayar atau dialihkan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada orang-orang yang pada ketika itu menjadi atau pernah menjadi ahli kelab atau kepada sesiapa yang membuat tuntutan melalui mereka. Tetapi syarat-syarat ini tidak melibatkan sumbangan ikhlas kepada ahli atau individu lain sebagai bantuan atau ganjaran atas perkhidmatan yang diberikan.

10.3 Bendahari boleh menyimpan tunai runcit (petty cash) pendahuluan tidak melebihi RM100.00 (seratus Ringgit Malaysia sahaja) dalam satu masa. Semua wang yang melebihi jumlah tersebut hendaklah didebitkan ke dalam akaun kelab dalam tempoh tujuh hari memegang wang tersebut.

10.4 Semua cek atau notis pengeluaran ke atas akaun kelab akan ditandatangani bersama oleh dua orang iaitu di antara Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

10.5 Perbelanjaan yang melebihi RM500.00 (lima ratus Ringgit Malaysia sahaja) pada satu masa adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa.

10.6 Satu kenyataan mengenai pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira bagi tahun tersebut hendaklah disediakan dan diaudit oleh juruaudit yang dilantik tujuh (7) hari selepas berakhirnya tahun kewangan.

10.7 Harta Kelab 10.7.1 Kelab ini boleh memiliki harta tetap dan tidak tetap. Fasal 11: Tafsiran Perlembagaan 11.1 Diantara berlangsungnya mesyuarat agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya

kepada perlembagaan ini dan jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara- perkara yang tidak terkandung didalam perlembagaan

11.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

Fasal 12: Penaung & Penasihat 12.1 Penaung

Penaung adalah secara automatiknya Pengarah English Language Teaching Centre, Malaysia

12.2 Penasihat

Penasihat adalah secara automatiknya Timbalan Pengarah English Language Teaching Centre, Malaysia

Fasal 13: Larangan 13.1 Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli

atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai atau ahli jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak jawatankuasa.

Page 6: KELAB SUKAN & REKREASI ELTC · PDF filePerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC 8.3 Kelab ini akan diuruskan oleh ahli-ahli jawatankuasa tadbir yang dilantik dalam mesyuarat agung

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

Fasal 14: Pindaan Perlembagaan 14.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dengan keputusan mesyuarat

agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Fasal 15: Pembubaran 15.1 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada

tiga perlima (60%) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam satu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

15.2 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar

Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran. .................................................. .................................................. Pengerusi Setiausaha Nama: Norisham bt Abd Ghani Nama: Roger Chin Chuan Ngok