kekuatan kelemahan dan rumusan - azah

7
NOOR AZIZAH BINTI ZAMIR, 881211036090 , M20141000095 MODEL INCREMENTAL Kekuatan model polisi tersebut Model ini adalah spesifik kepada sesuatu isu sasaran atau masalah sasaran kerana apabila masalah terlalu banyak dan besar, model ini wajar digunakan bagi mengelakkan kerumitan yang berterusan. Oleh itu, model ini hanya menumpukan sesuatu isu untuk penambahbaikkan secara bertahap – tahap. Kekuatan kedua adalah mengutamakan ketepatan maklumat dan kajian bagi mengenalpasti masalah dan untuk mengatur strategi mengatasi masalah, ini disebabkan oleh penambahbaikkan yang dibuat apabila terdapat sesuatu isu yang

Upload: jelita-kasih-adinda

Post on 29-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kekuatan Kelemahan Dan Rumusan - Azah

TRANSCRIPT

Page 1: Kekuatan Kelemahan Dan Rumusan - Azah

NOOR AZIZAH BINTI ZAMIR, 881211036090 , M20141000095

MODEL INCREMENTAL

Kekuatan model polisi tersebut

Model ini adalah spesifik kepada sesuatu isu sasaran atau masalah sasaran

kerana apabila masalah terlalu banyak dan besar, model ini wajar digunakan bagi

mengelakkan kerumitan yang berterusan. Oleh itu, model ini hanya menumpukan

sesuatu isu untuk penambahbaikkan secara bertahap – tahap. Kekuatan kedua adalah

mengutamakan ketepatan maklumat dan kajian bagi mengenalpasti masalah dan

untuk mengatur strategi mengatasi masalah, ini disebabkan oleh penambahbaikkan

yang dibuat apabila terdapat sesuatu isu yang dibangkitkan sahaja tanpa

mengambilkira keseluruhan dasar tersebut. Oleh itu, ketepatan maklumat dan kajian

adalah penting bagi menentukan kejayaan dalam penambahbaikkan yang dibuat.

Selain itu, mengamalkan budaya rundingan dan perdebatan secara

demokratik agar dasar dan rancangan kerajaan benar-benar memberi faedah kepada

rakyat. Penggubal dasar tidak mempunyai banyak maklumat untuk sesuatu isu dalam

membuat penambahbaikkan bertahap-tahap ini kerana skop penggubal hanyalah pada

isu yang dibangkitkan sahaja. Oleh itu penggubal perlu membuat perundingan dan

perdebatan secara demokratik bagi memastikan kejayaan dasar yang digubal.

Kekuatan keempat adalah perubahan incremental yang dilaksanakan boleh diuji dan

disemak dalam masa ianya dilaksanakan. Untuk memastikan sesuatu dasar yang

digubalkan itu berkesan atau tidak, model ini membenarkan ia diuji dan disemak pada

masa dasar itu dilaksanakan, jika tidak berkesan penggubal akan melihat semula bagi

penambahbaikkan seterusnya. Kekuatan kelima adalah mengurangkan kesilapan

yang serius dan berpanjangan. Jika terdapat sesuatu isu yang timbul, penggubal terus

membuat penambahbaikkan segera supaya permasalah tidak berlanjutan dan menjadi

lebih serius.

Page 2: Kekuatan Kelemahan Dan Rumusan - Azah

Kelemahan model polisi tersebut.

Terdapat beberapa kelemahan dasar dalam model polisi ini antaranya adalah

ketidaupayaan membuat ramalan yang cukup mengenai masa hadapan. Ini

disebabkan oleh pembuat dasar yang mengunakan model ini mereka mempunyai masa

yang terbatas, kurang kepakaran, dan tidak mempunyai kos pembiayaan yang cukup

untuk meneliti kesemua pilihan dasar yang ada maka lebih mudah meneruskan dasar

sedia ada yang hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian pada bahagian yang perlu

sahaja.

Selain itu, pembuat dasar tidak mengetahui kesan dan akibat yang akan

wujud jika dasar baru diperkenalkan. Ini kerana pembuat dasar hanya menerima

perubahan-perubahan mendadak dan baru kerana model ini hanya mengutamakan

pengalaman dan ilmu lalu sebagai tapak perkembangan pada masa hadapan. Sebarang

perubahan dasar yang agak radikal dari dasar yang sedia ada sudah tentu melibatkan

pelaburan yang banyak samaada dalam bentuk perbelanjaan, amalan pentadbiran atau

melibatkan perubahan struktur organisasi. Selain itu, kelemahan model ini apabila

keputusan-keputusan yang diambil lebih mencerminkan kepentingan kumpulan

yang kuat sehingga kepentingan kumpulan yang lemah diabaikan kerana model ini

umpama satu cara permainan hidup yang menggalakkan berbagai – bagai

perkumpulan manusia mengatur strategi dari masa ke semasa untuk mempengaruhi

dasar dan rancangan kerajaan. Oleh itu, golongan yang kuat dan berpengaruh

mendapat bahagian atau faedah yang besar.

Selain itu, model ini tidak sesuai digunakan di Negara yang berkembang

disebabkan oleh perubahan inkremental yang tidak tepat kerana Negara maju atau

berkembang memerlukan perubahan yang besar. Menurut Yehezkel (1968)

pengunaan model inkremental dalam membuat keputusan cenderung menghasilkan

kelemahan dan terpeliharanya status quo. Kelemahan terakhir adalah tiada strategi

keseluruhan dapat dibina bagi mengatasi masalah perlaksanaan sesuatu dasar, ini

Page 3: Kekuatan Kelemahan Dan Rumusan - Azah

kerana penggubal hanya menfokuskan pada isu – isu dibangkitkan untuk

penambahbaikkan. Namun, penggubal tidak memikirkan strategi keseluruhan untuk

penyelesaian.

Rumusan

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh seluruh masyarakat

perlu berganding bahu seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar - dasar dan

rancangan baru. Mutu - mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat

yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan malaysia sebuah

negara maju dan dapat merealisasikan wawasan 2020.