fenomena kelemahan jiwa

60
Fenomena Kelemahan Jiwa رة ه ا ظ ف ع لض ا س ف ن ل اKANDUNGAN Kalam Presiden II Penterjemah III Penulis IV BAHAGIAN PERTAMA KATEGORI MANUSIA MENGHADAPI JIWA 1 Golongan Pertama 2 Golongan Kedua 5 Golongan Ketiga 7 BAHAGIAN KEDUA FENOMENA KELEMAHAN JIWA 9 Contoh – Contoh Kelemahan Jiwa 9 BAHAGIAN TIGA SEBAB-SEBAB MEMBAWA KEPADA KELEMAHAN JIWA 17

Upload: ejan1986

Post on 25-Jun-2015

125 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

KANDUNGAN

Kalam Presiden IIPenterjemah IIIPenulis IV

BAHAGIAN PERTAMA

KATEGORI MANUSIA MENGHADAPI JIWA 1

Golongan Pertama 2Golongan Kedua 5Golongan Ketiga 7

BAHAGIAN KEDUA

FENOMENA KELEMAHAN JIWA 9

Contoh – Contoh Kelemahan Jiwa 9

BAHAGIAN TIGA

SEBAB-SEBAB MEMBAWA KEPADA KELEMAHAN JIWA 17

BAHAGIAN EMPAT

RAWATAN 27Rawatan Umum 27Rawatan Khusus 43JIWA 49

PENUTUP 55

RUJUKAN 57

Page 2: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

KALAM PRESIDEN

Assalamualaikum wrt. wbt.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmatNya yang tiada batasan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta para penerus perjuangan baginda dalam membawa risalah Islam hingga ke hari kiamat.

Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang menekankan betapa pentingnya pembacaan dan penulisan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu sepatutnya sama-sama kita hayati dan dijelmakan melalui tindakan dan kesungguhan kita menghidupkan budaya membaca dan menulis.

Kedua-dua aspek ini (pembacaan dan penulisan) adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Masyarakat amat berhajat kepada bahan-bahan bacaan yang bermanfaat sebagai rujukan ilmu dan pedoman dalam mencapai ketamadunan mental dan material. Ini kerana, kedua-duanya adalah antara wasilah yang paling ampuh dalam membentuk dan mencetak pemikiran masyarakat.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita selaku para da’ie yang terpikul di atas pundak kita amanah untuk menyampaikan risalah Islam, menggiatkan dengan serancak mungkin bidang penulisan dan penterjemahan dalam rangka membentuk masyarakat dengan acuan Islam. Dalam masa yang sama menangkis serangan pemikiran yang dilakukan oleh penulis-penulis barat yang bermatlamat memesongkan umat Islam daripada agama mereka.

Semoga usaha ini menjadi agenda utama kita sepanjang permukiman kita di gedung ilmu ini sebagai satu hasil yang amat berharga untuk dibawa balik apabila kembali ke tanahair bagi menyalurkan ilmu yang kita perolehi kepada masyarakat dan mudah-mudahan ia dikira sebagai satu amalan soleh sebagai bekalan kita ke akhirat nanti.

Wassalam.

Haji Mohd Sabirin Hj NoordinPresiden PMRAM 1999.

1

Page 3: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

PENTERJEMAH

ونستغفره ونستهديه ونسعينه نحمده لله الحمد إن إنه .أعمالنا سيئات ومن أنفسنا شرور من بالله ونعوذ

وليا له تجد فلن يضلل ومن المهتدي فهو الله يهده من وأشهد له شريك ال وحده الله اال إله أن وأشهد .مرشدا

.ورسوله عبده محمدا أن

Buku kecil yang terdapat pada tangan pembaca sekalian ini adalah merupakan teks terjemahan dari buku berbahasa Arab yang bertajuk:

عالجها وسبل النفسي الضعف ظاهرةBuku ini adalah hasil nukilan oleh Dr Majdi Al Hilali yang

merupakan seorang tokoh ulamak terbilang kelahiran Mesir Beliau juga adalah seorang pendakwah gigih yang telah banyak menulis buku-buku dan risalah-risalah agama.

Kita melihat sebahagian besar masyarakat kita sekarang mengalami penyakit lemah dan kekosongan jiwa. Pada hakikatnya, sindrom inilah yang merupakan punca utama bercambahnya pelbagai gejala negatif dan seterusnya melatari budaya porno muda mudi umpamanya murtad, buang anak, dera, keruntuhan akhlak, seks bebas, hedonisme, ghairah kebendaan dan banyak lagi.

Buku ini menyentuh beberapa permasalahan penting yang sering dilupakan namun ia sangat perlu untuk dicerakin dan difahami oleh semua pihak. Demi untuk memberi kesedaran dan seterusnya menyuluh kegelapan yang menyelubungi segenap penjuru kehidupan masyarakat kita kini. Insyaallah, sinarnya akan dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan ke arah menikmati kehidupan yang lebih ceria dan harmonis berasaskan mardhotillah. Hidup yang tidak dipandu oleh cinta Ilahi adalah sesat Sesungguhnya masyarakat yang tidak memiliki kemantapan dan kepaduan jiwa akan musnah begitu sahaja dilanda arus kehidupan.

Justeru itu, rawatan awal diperlukan. Setiap individu perlu mendapatkan suntikan iman untuk menghapuskan segala “bakteria” yang mengotori dan menggugat ketahanannya. Hanya rawatan yang

2

Page 4: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

rapi sahaja yang boleh mencorak semula kehidupan yang lebih bermakna.

Semoga buku ini dapat memberi sinaran baru kepada masyarakat Malaysia dalam menangani kemelut ummah menuju wawasan mulia. Insyaallah

SALAM HORMAT DARI PENTERJEMAH:

AHMAD HASAN MOHD NAZAM ([email protected])MOHD NIZAM B MOHD ALI ([email protected])9, Al-Baramika Streets,7th District, Nasr City,Cairo, EGYPT16 April 1999.

3

Page 5: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

MUQADDIMAH PENULIS

ونستهديه ونستعينه تعالى نحمده لله الحمد إن سيئات ومن أنفسنا شرور من بالله ونعوذ. ونستغفره

فلن يضلل ومن له مضل فال الله يهده من إنه. أعمالنا ال وحده الله اال اله ال أن وأشهد. مرشدا وليا له تجد

الله صلى ورسوله عبده محمدا أن وأشهد.. له شريك… وبعد. وسلم عليه

Tidak syak lagi, pada nafsu manusia, sentiasa ada pelbagai tuntutan yang ingin dicapai, habuan tertentu yang diidamkan dan impian yang dicitakan. Ketika manusia berusaha untuk melaksanakan kehendak dan tuntutan hawa nafsunya, mereka tidak lagi berpandukan kepada hukum syarak, tetapi hanya mengukur dengan pertimbangan hawa nafsu.

Nafsu mempengaruhi jiwa dan tabiatnya sentiasa cenderong kepada kerehatan, sifat malas, bencikan kepayahan dan enggan memikul bebanan tugas. Leka dengan keinginan syahwat samada yang dapat dilihat dan dirasa dengan anggota (syahwat hissiah) seperti syahwat perut dan seks, dan juga keinginan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar (syahwat maknawiah) seperti rasa tinggi dan lebih dari orang lain, gila pangkat dan kuasa, ingin menakluki hati manusia dan ingin diampu dengan puji-pujian.

Nafsu di saat memujuk hati agar mengarahkan anggota melaksanakan tuntutannya, ia tidak peduli kepada akibat yang bakal menimpa. Segala apa yang kita inginkan semata mata berpandukan oleh rasa minat, lazat dan seronok. Keinginan nafsu tidak akan berkesudahan buat selama-lamanya. Jika telah dapat satu perkara ia inginkan yang lain pula dan bila diberikan habuannya inginkan lebih daripada itu.

Allah SWT telah menjadikan nafsu dengan segala sifat dan kecenderungan seperti ini adalah untuk menjadikannya sebagai medan pertarungan yang utama dalam menguji ketulusan pengabdian diri hambanya terhadap Allah Ta`ala. Seperti mana Allah telah berfirman:

من أفلح قد وتقواها فجورها فألهمها سواها وما ونفسدساها من خاب وقد زكاها

4

Page 6: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Maksudnya: Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah), lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan jiwanya. Dan merugilah orang yang mengotorkannya.

(As Shams: 7 - 10)

Sesiapa yang ingin menjadi hamba kepada Allah maka hendaklah ia melawan hawa nafsunya. Mentaati suruhan Tuhan dan menjauhi segala laranganNya. Orang yang hanyut bersama hawa nafsu dengan segala keinginannya bermakna telah menjadi hamba kepada nafsunya sendiri, sekalipun ia menafikannya.

Tiada siapa yang mampu untuk menafikan bahawa ia lemah ketika berhadapan dengan hawa nafsu dalam menghadapi pelbagai perkara. Nafsu telah mengheretnya ke lembah yang hina. Di sana terdapat perbezaan ketara antara tewas sementara waktu dalam situasi yang berbeza dan tewas yang berpanjangan. Tewas berpanjangan disebabkan oleh kelemahan jiwa yang telah sebati dalam pembentukan dalaman diri manusia. Adalah amat menyedihkan realiti yang kita lihat, membuktikan bahawa ramai manusia yang menjadi tunggangan hawa nafsu. Sangat mudah dan segera mematuhi serta menurut arahan nafsu. Sentiasa lemah ketika berhadapan dengan kehendaknya. Ini semua membuktikan bahawa adanya unsur-unsur kelemahan jiwa di dalam diri insan.

Adalah tidak keterlaluan jika sesiapa mendakwa bahawa fenomena lemah jiwa ini telah merebak dan berleluasa hingga sampai ke tahap yang perlu dibuat pengkajian dan penyelidikan untuk menentukan jenis penyakit, sebab musabab, penawar dan cara-cara untuk mengawalnya daripada merebak.

Orang yang menyangka bahawa dirinya jauh dari penyakit ini adalah silap dalam membuat perkiraan, memandangkan situasi persekitaran yang tidak sihat. Kebanyakkan dari kalangan kita - meskipun tidak majoriti - telah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif tersebut, malah ia telah dididik dalam suasana sedemikian yang menyebabkan penyakit ini bercambah dalam diri mereka. Ini semua dapat kita rasai sendiri kesannya.

Setelah memohon pertolongan dari Allah, saya cuba merungkai gejala ini, mengenali jenis, sebab dan menentukan beberapa cara mengubatinya di dalam ruangan yang terhad ini.

Untuk mengakhiri muqaddimah ini saya mengharapkan kepada semua pembaca agar tidak menganggap dirinya jauh dari fenomena ini, bukanlah dia yang dimaksudkan dengan tulisan ini tetapi orang lain. Akan tetapi kita semua telah pun menelitinya maka hendaklah merasakan bahawa kitalah yang dimaksudkan. Semoga

5

Page 7: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

kita mengenali penyakit, mengetahui pula ubatnya. Sesungguhnya yang perkara ini bukanlah sukar bagi Allah untuk menyelesaikannya.

Sesungguhnya Allah adalah penolong di atas segala kemahuan dan Dialah pemberi hidayat ke jalan yang lurus

PENGARANG

DR. MAJDI AL HILALI

BAHAGIAN PERTAMA

KATEGORI MANUSIA DALAM MENGHADAPI JIWA.

6

Page 8: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Firman Allah SWT:

من أفلح قد وتقواها فجورها فألهمها سواها وما ونفسدساها من خاب وقد زكاها

Maksudnya: Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah). Lalu diilhamkan oleh Allah kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya.

(As Syams: 7 – 10)

Sesungguhnya Allah telah menciptakan pada setiap hambanya nafsu ammarah yang cenderung pada kejahatan untuk menguji sejauh mana tulusnya pengabdian mereka terhadap Allah. Antara sifAt sifat tersebut ialah kejahilan, berlaku zalim dan bersifat bakhil. Semua sifat tersebut cenderung pada kejahatan dan menyimpang dari kebaikan, bencikan kepayahan dan bebanan tanggungjawab.

Allah telah mencipta sifat ini sebagai gelanggang pertarungan dan medan praktis untuk menguji kejujuran pengabdian hambanya kepada Allah. Tanpa sifat-sifat tersebut nescaya manusia akan menjadi seperti malaikat yang tidak pernah menderhaka kepada Allah.

Allah menggesa hambanya agar memerangi hawa nafsu dan sebagai habuan kemenangan mereka dalam pertarungan itu dijanjikan keredhaan dan syurga Allah buat mereka. Allah berfirman:

هى الجحيم فإن الدنيا الحياة واثر طغى من فأما ونـهى ربه مقام خاف من وأما المأوى

المأوى.. هي الجنة فإن الهوى عن النفسMaksudnya: Maka barang siapa yang durhaka dan

mengutamakan kehidupan di dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat kediamannya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya, maka syurgalah tempat kediamannya.

(An Naziaat: 38 - 41)

Manusia berinteraksi dengan jiwa dan nafsu dalam tiga kategori:

Golongan Pertama:

Mereka yang beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari akhirat, qada` dan qadar Allah Ta’ala;

7

Page 9: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

menjadikan syariat Allah sebagai landasan hidup dan percaya bahawa nafsunya adalah penghalang utama untuk mengikhlaskan dirinya untuk beribadat kepada Allah. Nafsu tersebut berada di antara dua tulang rusuk manusia dan ia juga merupakan salah satu daripada musuh-musuh manusia. Kita diseru berjihad menentang hawa nafsu dan sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dalam menghadapi musuh–musuh tersebut tak kira samada kecil mahupun besar. Memerangi hawa nafsu dan syahwat serta mematahkan sebarang kecenderungan terhadapnya. Mengikut keinginan nafsu sekadar dalam hal-hal yang diharuskan dengan syarat` secara tidak berlebih-lebihan dan melampaui batas serta tidak mengabaikan amal ibadat. Malah sanggup pula menggadai jiwa raganya sama-mata kerana ingin menyahut seruan Allah. Firman Allah SWT:

لهم بأن وأموالهم أنفسهم المؤمنين من اشترى الله ان وعدا ويقتلون فيقتلون الله سبيل فى يقاتلون الجنة أوفى ومن والقرآن واإلنجيل التوراة في حقا عليه

وذلك به بايعتم الذى ببيعكم فاستبشروا الله من بعهده .. العظيم الفوز هو

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji benar bagi Allah (yang termaktub) dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya dari Allah? Sebab itu bergembiralah dengan perjualan yang kamu jual itu. Demikian itulah kemenangan yang besar.

(At Taubah: 111]

Allah SWT menjelaskan dalam ayat berikutnya bahawa golongan ini adalah sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

الراكعون السائحون الحامدون العابدون التائبون المنكر عن والناهون بالمعروف اآلمرون الساجدون

. المؤمنين وبشر الله لحدود والحافظونMaksudnya: Orang–orang yang bertaubat, yang beribadat,

yang memuji Allah, yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang ruku`, yang sujud, yang menyuruh dengan ma`ruf dan melarang yang mungkar, lagi memelihara batas-batas (perintah) Allah. Berilah khabar gembira orang–orang yang beriman itu dengan syurga.

(At Taubah: 112)

8

Page 10: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Kita dapati segala pergerakan, diam, berdiri dan duduknya hanyalah kerana Allah SWT dan bukan mengikut nafsunya. Ini bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah SWT:

. الله مرضات ابتغاء نفسه يشترى من الناس ومنبالعباد رؤوف والله

Maksudnya: Setengah manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana menghendaki keredhaan Allah dan Allah Pengasih kepada hambaNya.

[Al Baqarah: 207]

Kemenangan mereka dalam melawan jiwa dan nafsu akan terserlah melalui perilaku dan ikrar taat setianya kepada Allah, mentauhidkan dan membesarkan syiar Allah, menjauhi segala larangan, tidak merasa marah dan menaruh dendam ke atas dirinya sendiri. Sebaliknya mereka berasa marah sekiranya melampaui batas larangan Allah. Kaya jiwa membawa erti, berpada dengan apa yang ada, tidak terlalu bergembira apabila memperolehi nikmat dunia dan tidak pula bersedih hati apabila kehilangan habuan dunia, tidak melihat mereka yang lebih hebat mengatasi dirinya dalam hal keduniaan dan tidak pula terliur apabila melihat harta.

Tawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuan-Nya. Mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan dunia, berterus-terang dengan kebenaran dan berpaut teguh dengannya. Segala yang halal menjadi pilihan, menjauhi perkara-perkara yang bersifat keduniaan, berakhlak mulia, mudah bergaul, lemah lembut, berhati-hati terhadap segala perkara yang haram, menunaikan amanah, menepati janji, bersedekah ketika senang dan susah, tangan kanan menderma tanpa pengetahuan tangan kiri, bercakap benar, rendah diri, melihat kekurangan dan kelemahan dirinya. Apabila melihat orang yang lebih tua daripadanya ia berkata: “Beliau mendahului aku dalam beramal soleh,” apabila melihat orang yang lebih muda darinya beliau mengatakan: “Aku mendahuluinya dalam melakukan dosa.”

Bersaudara kerana Allah dan tidak menaruh rasa dendam terhadap kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang lain. Jiwanya tenang ketika berhadapan dengan saudaranya yang lain, memahami Islam dengan kefahaman yang sahih, tidak mendahulukan perkara yang sunat daripada yang wajib, sentiasa menekuni setiap pekerjaan dan bidang pengkhususannya, sabar dan teliti dalam setiap tindak tanduk, sentiasa menyeru kepada Allah, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Memulakan dengan diri sendiri, keluarga dan kaum kerabatnya, sentiasa mengambil berat hal ehwal umat Islam, mempunyai sensitiviti yang kuat dengan isu mereka dan sentiasa mengharapkan pengiktirafan dari Allah. Tidak

9

Page 11: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

taasub dengan pandangan peribadi dan sentiasa berpandukan kata kata imam Syafie:

يحتمل خطأ غير ورأي الخطأ يحتمل صواب رأييالصواب

Bermakna: Mungkin kebenaran pandanganku ada kesilapan dan mungkin pada kesilapan pandangan orang lain ada kebenaran.

Tidak mendedahkan diri kepada cinta dunia, sukakan jawatan dan sentiasa mengharapkan agar dirinya dibimbing. Apabila diberi amanah, ia dapat menerimanya dengan hati terbuka dan penuh minat. Bersedia meninggalkan segala jawatan pada bila–bila masa jika diminta berbuat demikian dan menganggap hari perlucutan jawatannya sebagai suatu hari yang menggembirakan.

Menjadikan sunnah nabi sebagai pedoman dalam setiap perbuatan dan kata kata, sentiasa segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Inilah dia hamba yang sebenar terhadap Tuhannya dan mendapat pertolongan dari Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat, seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:

عزيز لقوى الله إن ينصره من الله ولينصرنMaksudnya: Sesungguhnya Allah menolong mereka yang

menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

[Al Hajj: 40]

Berjiwa kental mengharungi cabaran ketika di medan juang untuk menentang kebatilan di samping pertolongan Allah SWT, firman Allah SWT:

ويوم الدنيا الحياة في آمنوا والذين رسلنا لننصر إنا ولهم معذرتهم الظالمين ينفع ال يوم األشهاد يقوم.. الدار سوء ولهم اللعنة

Maksudnya: Sesungguhnya kami menolong Rasul-Rasul kami dan orang-orang yang beriman waktu hidup di dunia dan hari qiamat. Iaitu hari yang tidak bermanfaat segala alasan bagi orang yang zalim; mereka mendapat laknat dan untuk mereka penempatan yang buruk.

[Al Ghafir: 51 - 52]

Namun apa yang menyedihkan ialah manusia yang tergolong dalam kategori ini tidak ramai. Meskipun mereka itu wujud seiring dengan peredaran zaman tetapi tapi pada darjat yang berbeza-beza. Sepertimana sabda Rasulullah:

10

Page 12: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

ال الحق على ظاهرين أمتي من طائفة تزال ال.. كذلك وهم الله أمر يأتي حتى خذلهم من يضرهم

( عليه متفق) Ertinya: Akan tetap wujud segolongan dari umatku berterus

terang menyatakan kebenaran tidak memudharatkan mereka orang yang memperlecehkan mereka, sehinggalah datang ketentuan Allah (hari kiamat) dan mereka tetap begitu (menyatakan kebenaran).

Golongan Ke Dua:

Golongan yang kedua ialah mereka yang mengikut hawa nafsu dan langsung tidak menyanggahi segala tuntutannya. Mereka adalah golongan yang menuju kepada kehancuran. Apakah mereka ini tidak mendapat rahmat daripada tuhan? Masakan tidak. Mereka telah beralih daripada menyembah tuhan dan penciptanya kepada menyembah hawa nafsu mereka. Mereka ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

أم وكيال عليه تكون أفأنت هواه إلهه اتخذ من أرأيت إال هم إن يعقلون أو يسمعون أكثرهم أن تحسبسبيال.. أضل هم بل كاألنعام

Maksudnya: Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan? Adakah engkau menjadi wakil (penjaga) untuknya. Bahkan adakah engkau kira bahawa kebanyakkan mereka mendengar atau memikirkan? Mereka tidak lain hanya seperti binatang, bahakan mereka lebih sesat jalannya.

[Al Furqan: 43]

Nafsu telah mengheretnya kepada dunia yang penuh dengan segala perhiasan dan keindahan lalu tenggelam dalam runtunan nafsu tersebut. Meliarkan pandangan dan dikekang oleh kemahuan syahwat. Mengisi perut dengan segala apa yang disukai tanpa menghiraukan samada halal ataupun haram. Dirinya tidak berupaya memikul bebanan dan tanggungjawab, tidak menjaga sembahyang lima waktu dan puasa serta ibadat-ibadat yang lain, menjadi hamba kepada diri sendiri dan menjadi tawanannya, dirantai oleh nafsu syahwat. Apabila diberi peringatan dengan nama Allah SWT dan disuruh menunaikan segala hak-haknya mereka akan mengejek dan mempersendakannya. Mereka telah banyak melakukan pendustaan untuk membebaskan diri dari balasan dan celaan orang yang berada di sekelilingnya. Bersikap riak untuk memperelokkan

11

Page 13: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

tanggapan orang tentang dirinya, tidak jemu memperkatakan tentang diri sendiri, keperwiraan dan segala kejayaan. Tidak ada halangan baginya untuk menceritakan hikayat yang palsu agar dikagumi dan mempamerkan segala kebaikan di hadapan manusia, menjadikannya sebagai satu kebanggaan dengan cara yang keji. Melakukan kebaikan untuk kepentingan diri dan maslahah (kepentingan) peribadi. Slogan mereka ialah matlamat menghalalkan cara. Mereka ini mengikuti jalan syaitan dan menjadi tentera dan puak mereka.

حزب أولئك الله ذكر فأنساهم الشيطان عليهم استحوذ حزب إن أآل الشيطان

الخاسرون هم الشيطانMaksudnya: Mereka telah dikuasai (diperintah) oleh

syaitan, lalu dia melupakan mereka dari mengingati Allah. Mereka itulah golongan yang mengikut syaitan ingatlah bahawa pengikut syaitan itu amat rugi.

[Al Mujadalah: 19]

Apa yang menyedihkan ialah golongan ini sangat ramai, mudah dilihat dan dikenali berdasarkan pengabdian mereka yang mutlak terhadap diri dan nafsunya.

Golongan Ke Tiga:

Golongan ini adakalanya tunduk dengan kehendak hawa nafsu dan adakala menyanggahinya. Terdapat pada diri mereka pengabdian dua dimensi iaitu pengabdian terhadap diri sendiri dan pengabdian terhadap Allah. Kadar pengabdian dua dimensi tersebut berbeza bagi setiap orang mengikut sejauh mana mereka tunduk kepada hawa nafsu dan akur kepada perintah Allah. Golongan ini menumpaskan hawa nafsu dalam pelbagai perkara tetapi nafsu pula yang menjadi raja dalam beberapa perkara lain. Wujud pada diri mereka unsur kekuatan dan kelemahan dalam menghadapi nafsu

Mereka yang termasuk di dalam kategori ini sangat ramai. Terdapat di kalangan mereka yang terpedaya dengan keampuhan mereka berhadapan dengan hawa nafsu dalam beberapa keadaan, terutamanya ketika diperhati dan dilihat oleh orang ramai dan mereka menyangkakan bahawa mereka telah memperolehi kemenangan yang mutlak. Sebaliknya mereka lupa dengan teknik tipu daya syaitan. Dari segi zahir, mereka telah memperolehi kemenangan namun sebaliknya mereka telah menuruti kehendak diri dan hawa nafsunya tanpa disedari.

Kita perlu sedar bahawa pertarungan melawan hawa nafsu adalah pertarungan yang getir dan hebat yang tiada kesudahannya

12

Page 14: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

melainkan mati. Sepertimana yang disebut oleh seorang ulamak yang soleh:

دما يقطر وسيفه الموءمن يموتMaknanya: Orang mukmin mati dalam keadaan pedangnya

menitik darah.

Kita perlu sentiasa memuhasabah dan memeriksa hal dalaman diri secara berterusan agar mudah untuk membentangkan segala kelemahan dan mengubah diri serta tidak mudah tewas dengan hawa nafsu. Seterusnya kita menuju kepada kekuatan dan kemenangan. Allah Maha Perkasa untuk merealisasi tujuan tersebut.

13

Page 15: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

BAHAGIAN KEDUA

FENOMENA KELEMAHAN JIWA

Sepertimana yang kita sedia maklum, sesiapa yang ingin merawat sesuatu penyakit maka dia terlebih dahulu hendaklah mengenalpasti jenis penyakit kemudian mengkaji sebab-sebabnya, agar mudah untuk mengenal pasti penawar yang paling sesuai.

Dari sini, jelas kepada kita kepentingan mengenal pasti fenomena penyakit lemah diri dan jiwa ini. Sesiapa yang menganggap ianya suatu yang mudah dan enteng pada hakikatnya adalah silap. Kita berinteraksi dengan diri dan jiwa manusia yang sebahagian besarnya tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Tiada garis panduan yang jelas untuk berinteraksi dengannya. Hawa nafsu merupakan musuh manusia yang paling utama, kerananya nabi Adam as dikeluarkan daripada syurga lantaran bisikan syaitan yang tidak berkesudahan. Terdapat banyak bentuk kelemahan jiwa, antaranya ialah sentiasa akur dengan runtunan hawa nafsu dan keseronokan, meninggalkan perintah Allah, tidak menjauhi larangan-Nya, menghalalkan segala yang diharamkan oleh Allah. Manakala bentuk kelemahan jiwa yang tersembunyi pula ia memerlukan kesungguhan untuk ditanggapi dan ia berbeza antara seorang dengan seorang lain. Dengan izin Allah saya akan jelaskan pada helaian yang akan datang contoh-contoh gambaran fenomena ini sebagai perumpamaan untuk menyingkap ke dalam diri masing-masing dan memeriksa hal dalaman diri mereka dan seterusnya mengenal pasti tempat kelemahannya.

Sesetengah orang membuat rumusan bahawa contoh kelemahan diri yang dipamerkan di sini terlalu jauh dan tidak wujud pada diri mereka. Rumusan ini mungkin benar bagi sesetengah orang dan sebahagian besar daripada gambaran di dalam risalah ini hanyalah sebagai contoh sahaja. Ini bermakna boleh jadi realitinya

14

Page 16: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

tidaklah sedahsyat seperti yang digambarkan namun begitu ianya wujud dan berlaku pada sesetengah kalangan manusia yang lain dan kemungkinan ia bertepatan dengan realiti mereka. Dengan itu contoh tersebut mengenai sasaran sebahagian besar manusia.

CONTOH CONTOH KELEMAHAN JIWA.

Contoh yang pertama iaitu seseorang yang suka menceritakan tentang diri sendiri di hadapan khalayak ramai perihal kemuliaan diri, tidak jemu menyebut-nyebut tentang ketokohan dan kehebatan serta segala pencapaian yang telah lampau, berbangga-bangga dengan segala bentuk kekuatan, kemegahan, kekuasaan, keturunan, anak anak, harta benda dan segala bentuk kebanggaan. Sebaliknya kita lihat, mereka sangat takut untuk mengakui kejahilan diri, tidak menunjukan keinginan untuk mengetahui atau mempelajari dan memahami sesuatu. Sentiasa berhati hati agar tidak melakukan kesilapan di hadapan orang lain. Ketika diminta untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya, dia tidak sekali-kali akan mengatakan bahawa dia tidak mampu agar tidak menampakkan kelemahan dirinya. Apabila diajukan persoalan tentang agama, ia akan menjawabnya, meskipun tanpa pengetahuan untuk mengelakan diri dari dianggap tidak tahu atau seolah-olah dia berhajat kepada sesuatu maklumat dan sebagainya yang boleh mengurangkan kewibawaannya

Dari contoh-contoh tersebut, jelaslah kepada kita bahawa mereka yang berperibadi sedemikian tidak mahu melihat orang lain mengatasinya sedangkan itu semua adalah suatu yang di luar kemungkinan. Dia akan menggunakan pelbagai cara untuk menyembunyikan kelebihan orang lain dengan menyebut kelemahan mereka dan mendakwa bahawa dirinya lebih mulia daripada orang lain. 1

1) Taasub dengan pandangan peribadi.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini sentiasa merasa taasub dengan pandangan peribadi, tak kira samada benar mahupun sebaliknya. Apabila pendapatnya disanggah maka dia akan cuba mempertahankannya dan tidak merasa tenteram sehinggalah orang yang menyanggahinya akur dan tunduk kepadanya.

2) Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri.

Mereka ini terlalu sukar untuk mengakui kelemahan dirinya. Melakukan apa sahaja untuk mengelakkan diri dari melakukan kesilapan dan ada kalanya memaksa diri sendiri untuk melakukan pendustaan agar tidak dianggap oleh orang lain dia telah melakukan kesilapan.

لحنبكه. – بتصرف – وأسسها اإلسالمية األخالق 1

15

Page 17: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

3) Merasa sempit dada bila dikritik dan dinasihati.

Merasakan kepahitan dan kesakitan yang teramat sangat apabila dikritik dan diberi nasihat. Adakalanya jika dibelenggu oleh perasaan yang terlalu menghimpit dia akan merasakan seolah-olah dunia ini miliknya. Lebih-lebih lagi jika orang yang memberi nasihat tersebut lebih muda daripadanya. Keadaan ini berlaku lantaran diheret oleh runtunan perasaan yang menyebabkan api kemarahannya memarak.

4) Bahagia dan seronok dengan pujian

Pengidap penyakit ini terlalu ramai, mereka merasa terlalu sukacita dan seronok bila mendapat pujian khususnya jika orang yang memuji itu memiliki kedudukan dan pangkat. Dia akan sentiasa mengulangi pujian tersebut dan membuat sesuatu agar manusia sentiasa menyebut-nyebut tentang kebaikan dan kejayaannya

5) Gembira dan seronok apabila mendapat perhatian.

Contohnya, ketika memberi pertolongan kepada golongan miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan atau ketika menjawab soalan. dan juga ketika melakukan ketaatan kepada Allah dan lain lain lagi. Sebaliknya kita dapati dia akan bermasam muka ketika manusia lain memandang rendah pada ketika dia memang selayaknya mendapat kejian. Keadaan ini boleh berlaku ketika ia melakukan maksiat atau perkara syubhah dan melakukan kesilapan dalam pekerjaannya atau tidak mampu menjawab pertanyaan orang.

6) Gila kuasa, ghairah untuk menonjolkan diri dan mahu sentiasa dipilih.

Golongan ini biasanya berasa gah dengan tanggung jawab dan sentiasa bergelut untuk merebut suatu jawatan dengan apa cara sekali pun. Masakan tidak? Ini semua adalah jalan untuk kemegahan dan meraih pangkat serta memikat hati manusia agar mereka sentiasa mengagungkannya dan mengikut pandangannya.

Ada ketikanya syaitan cuba menggodanya untuk melakukan suatu tugas dan amanah serta membisikkan bahawa khidmatnya itu adalah untuk Islam. Sedangkan itu semua adalah untuk kemaslahatan dirinya semata-mata. Seolah-olah tidak terlaksana khidmat Islami jika tidak melantik dirinya sebagai pemimpin atau pengarah. Oleh kerana itu kita mendapati orang yang berpenyakit seperti ini sentiasa menantikan perbualan telefon atau temu janji yang berkaitan dengan tugas. Apabila disisihkan maka dia akan diselubungi rasa sedih dan merasa sempit dada. Bahkan ia cuba

16

Page 18: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

memburuk-burukkan orang yang menyisihkannya serta sentiasa meletakkan kesalahan kepada orang lain dan menghebahkannya di kalangan orang ramai.

Sebaliknya jika beliau terpilih untuk mentadbir suatu tugas, nescaya orang bawahannya akan menerima kecelakaan. Sergahan, kekasaran dan tempelakan merupakan tabiat dan kebiasaan. Terlalu mem-perhitungkan perkara yang kecil dan remeh-temeh ataupun perkara yang besar tanpa belas kasihan. Selalu mengherdik, bertindak kasar, menghina, mempersenda dan menuding kesalahan kepada orang lain. Segala bantahan dibuat secara terang-terangan tanpa mengambil kira perasaan orang. Sentiasa mengarahkan orang bawahan agar berkhidmat melakukan urusan peribadinya dan sentiasa sibuk dengan urusan luar serta mengabaikan tugas sendiri. Jika mereka cuai maka bersedialah untuk menerima padah. Membuat keputusan sendiri tanpa bermesyuarat dengan orang lain. Merasakan dirinya sentiasa berada di atas dan yang terbaik. Mana mungkin melakukan perbincangan dengan orang yang tidak setaraf. Lantaran itu, keputusannya sentiasa tergesa-gesa dan tindak-tanduknya membuta tuli.

Kita juga mendapati dia banyak membicarakan tentang bebanan tugas dan besarnya tanggungjawab yang dipikul. Sebaliknya dia sentiasa cuba bersikap lepas tangan terhadap tugasnya kecuali jika dalam keadaan terdesak. Apabila disuarakan “lepaskan jawatan kamu kepada orang lain” nescaya dia akan merajuk, jiwanya membuak-buak, melenting, marah, memberontak dan menuduh orang lain merancang membuat keputusan tersebut. Dia telah lupa tentang cinta dan kasihnya terhadap semangat keperwiraan dan kepahlawanan yang pernah dilaungkan. Apabila berada di dalam sesebuah pentadbiran, mereka akan sentiasa menyusahkan orang lain dan tidak mudah tunduk. Merasakan dirinya sahaja yang sentiasa layak menegur orang atasan. Seringkali cuba untuk berlepas diri bila melakukan sesuatu yang bercanggah.

8) Tidak mengakui kesilapan dan kekurangan diri.

Orang yang berkenaan sentiasa ingin lari daripada mengingati kepincangan diri dan cuba menyembunyikannya, agar orang lain akan menganggap bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang kesilapan atau meskipun ada tetapi terlalu sedikit. Untuk itu, ia sentiasa berusaha agar apa sahaja yang berlaku di masa lalu tidak lagi diingati, sekalipun ianya memang benar kesilapannya.

9) Tidak menunaikan hak orang lain.

Sentiasa merasa berat ketika melaksanakan hak orang lain seperti menziarahi orang sakit, melepaskan kesusahan orang lain, menolong orang dizalimi, menghulur bantuan kepada yang

17

Page 19: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

memerlukan dan sebagainya. Sebaliknya jika ia ditimpa sakit- contohnya- maka dia mestilah diziarahi, sekiranya orang lain tidak terdaya melaksanakan hak ziarah tersebut kerana urusan tertentu sudah pasti ia akan mengambil kira dan mencelanya.

10) Mengungkit-ungkit segala khidmat bakti dan amal kebaikkan.

Orang sebegini tidak jemu-jemu menyebut segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dihulurkan dan sentiasa mengharapkan ucapan terima kasih dan penghargaan dari sesiapa yang telah mendapat khidmatnya. Bahkan menghendaki orang lain segera menunaikan hajatnya, memulakan salam, berhenti ketika terserempak dengannya, berdiri tegap menghormatinya dan lain-lain perilaku yang melambangkan tanda hormat. Jika orang lain tidak melakukan itu semua nescaya cemuhan, celaan dan penghinaan merupakan balasan yang dinantikan.

Terdapat juga di kalangan mereka yang sentiasa menginginkan ganjaran mata benda atas segala khidmat yang diberikan. Jika ia tidak memperolehinya maka air muka dan tingkah lakunya akan berubah terhadap mereka.

11) Terpedaya dengan kebolehan dan kelebihan sendiri.

Mereka ini tidak menyandarkan segala kelebihan dan kenikmatan yang dikecapi kepada Allah. Sebaliknya menyandarkannya ke atas diri sendiri semata-mata. Tanpa kebolehan dan bakat yang dianugerahkan oleh Allah tersebut nescaya dia tidak akan memperolehi pelbagai nikmat yang lain. Baginya dialah sahaja yang layak mendapat kebaikan, orang lain tidak layak, “Kenapa tidak?!! Sedang dialah seorang yang mempunyai kebijaksanaan, akal yang tajam, keinginan tinggi, kecergasan yang berterusan, peka dalam menghuraikan segala peristiwa, berupaya mengistinbat hukum, kuat ingatan, banyak menghafal Al Quran serta teliti dari sudut pembacaannya, sentiasa bangun malam, berpuasa sunat, banyak merujuk kitab, mengenali ramai ulama, pendakwah yang berpengaruh, memiliki uslub yang istimewa dalam menarik orang. Tidakkah dengan kebolehan dan kelebihan dirinya ini, telah melorongkan dirinya untuk mengecapi pelbagai nikmat lain?! Kedudukannya disisi Allah telah melayakkannya untuk memperolehi pelbagai nikmat lagi!!” Demikianlah sangkaan dan dakwaan mereka, seperti dakwaan Qorun:

عندي علم على أوتيته إنما قالMaksudnya: Qorun berkata: “Aku memperoleh harta benda

adalah dengan ilmu pengetahuan aku sendiri”.

18

Page 20: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

(Al Qasas: 78)

12) Tidak suka orang lain memperolehi kebaikan.

Berasa sedih dan sempit dada apabila sahabatnya mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat tersebut tidak kekal. Sebaliknya seronok dan gembira apabila sahabatnya ditimpa musibah.

13) Merasakan dirinya sahaja yang berhak untuk bercakap di dalam mana-mana majlis yang dihadiri.

Anda melihat mereka yang terdiri dari golongan ini sering memintas percakapan orang lain, menjawab apa sahaja yang diperkatakan, suka memperkatakan tentang perihal diri sendiri, kisah hidupnya, meninggi diri dengan tujuan untuk berbangga dengan pencapaian sendiri dan kehandalannya.

14) Menghebahkan amal kebajikan sendiri.

Apabila mendapat taufik daripada Allah untuk melakukan amal kebajikan atau amalan yang menghampirkan diri kepada Allah(taqarrub) dan meninggalkan perkara mungkar, dia akan menghebahkan segala amalan yang telah dilakukan samada secara sinis ataupun terus terang. Berusaha untuk menyandarkan segala yang telah dilakukan adalah hasil daripada usahanya sendiri, bukan hasil usaha orang lain. Golongan ini amat marah apabila hasil kerja dan kebajikannya disandarkan kepada orang lain dan jiwanya menjadi tidak tenteram. Sebaliknya jika disandarkan amalan orang lain kepadanya maka dia tidak akan melakukan sesuatu untuk menyatakan hakikat yang sebenarnya.

15) Sentiasa takutkan kemiskinan.

Ini juga merupakan salah satu daripada contoh kelemahan jiwa yang terdapat pada sesetengah orang. Terlalu bakhil, takut ditimpa kemiskinan dan kesempitan hidup adalah antara identiti mereka. Jiwanya sentiasa diburu ketakutan untuk menghadapi hari-hari mendatang yang belum pasti. Ini semua menjadikannya tidak mahu menyumbang khidmat bakti di jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

16) Tidak mampu untuk berhadapan dengan orang lain kerana merasa lemah diri.

Tidak terdaya menerima hakikat kesalahan diri sendiri dan cuba lari daripadanya. Jika orang lain menjelaskan kesalahannya dia

19

Page 21: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

sanggup berdusta untuk membebaskan diri dari dakwaan yang diajukan kepadanya.

17) Mudah berubah pendapat dan goyah pendirian.

Apa yang menyedihkan ialah dia telah telah tewas di hadapan orang lain dan diri sendiri tanpa disedari. Dia seringkali mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tetapi tidak berani untuk menyatakannya kerana takut celaan, dipersendakan dan seterusnya tewas di hadapan mereka.

20

Page 22: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

BAHAGIAN TIGA

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA KELEMAHAN JIWA.

1. Sikap ibubapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil.

Tanpa disedari, keadaan tersebut membawa kepada penyerapan nilai-nilai yang negatif ke dalam jiwa anak-anak. Umpamanya, mengatakan bahawa:

“Kamu lebih baik dan mulia daripada orang lain. Kamu adalah daripada keturunan yang baik. Kamulah golongan yang berharta banyak jika dibandingkan dengan orang lain.”

Sentiasa memuji dan menyanjung mereka atas sebab-sebab tertentu ataupun tanpa sebab. Memenuhi tuntutan anak-anak,

21

Page 23: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

tidak kira samada mendatangkan manfaat ataupun tidak. Enggan mengenakan hukuman ataupun memberi tunjuk ajar sekiranya mereka melakukan kesilapan samada terhadap dirinya sendiri ataupun kepada orang lain. Sebaliknya dengan mudah membebaskan mereka, sedangkan mereka melakukan kesilapan. Perkara-perkara seumpama ini menjadikan mereka terbiasa dengan kesilapan.

2. Cara tarbiyyah yang terlalu keras, kasar dan berbentuk paksaan

Ini menjadikan anak-anak terperangkap dengan dirinya sendiri dan menjadikan jiwa mereka pasif. Akhirnya, mereka cuba untuk meneguhkan dirinya sendiri dan menjadi hero di hadapan orang lain. Mendakwa dirinya hebat dan handal malah seorang jaguh. Pada hakikatnya, semua itu adalah sangkaan yang meragukan dan palsu semata-mata. Dengan itu, leburlah keperibadian, tewas dengan diri sendiri dan tidak mampu untuk mempertahankan pandangan serta pegangannya di hadapan orang lain. Alangkah mudahnya tewas meskipun dalam pertarungan yang terlalu remeh.

3. Lemah dalam membina jiwa anak-anak dan suasana persekitaran yang tidak menggalakkan.

Anak-anak tidak sempat menamatkan pengajian dan tidak mampu menguasai ilmu serta rapuhnya hubungan kekeluargaan dan lain-lain lagi. Dengan itu, anak-anak akan menjadikan suasana luaran sebagai alternatif bagi meneguhkan diri dan menampung segala kekurangan diri. Ini semua akan menjadikan mereka ta`asub pada pandangan peribadi dan menggesa orang lain supaya menerima pandangannya. Cuba menampilkan diri sebagai seorang yang mengetahui segala perkara tersirat. Golongan ini tidak jemu bercakap tentang perkara yang boleh membersihkan imej sendiri dan mengangkat martabatnya di sisi orang lain.

4. Bakat dan keupayaan tertentu yang tidak dipupuk sejak kecil dengan norma-norma kehidupan yang mengiktiraf bahawa segala anugerah tersebut adalah dari Allah.

Sepatutnya mereka sentiasa bersyukur kepada Allah Ta`ala yang Maha Pencipta. Hal yang sedemikian perlu dititikberatkan, jika tidak, mereka akan membesar dengan rasa tinggi dari orang lain, perasaan membanding-bandingkan diri sesama manusia dan sentiasa berusaha untuk meyakinkan orang lain bahawa merekalah yang terbaik. Kadang kadang, bakat dan kebolehan sendiri menyebabkan kehancuran sekiranya ia tidak digunakan dengan bijaksana. Kisah Qarun boleh dijadikan pengajaran terbaik. Qarun yang telah Allah kurniakan segunung harta. Dikatakan kepadanya “Takutilah Allah dan

22

Page 24: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

bersyukurlah kepadaNya di atas harta yang telah dianugerahkan kepada engkau: Allah berfirman:

عندى من علم على أوتيته إنما قالMaksudnya: Qorun berkata aku memperoleh harta benda

itu adalah dengan ilmu pengetahuan ku sendiri. [Al Qasas: 78]

Kisah Qorun telah tersemat di dalam Al Quran. Firman Allah SWT:

من وآتيناه عليهم فبغى موسى قوم من قارون إنأولى العصبة لتنوؤ مفاتحه إن مآ الكنوز

الفرحين يحب ال الله ان تفرح ال قومه له قال إذ القوة الدنيا من نصيبك تنس وال اآلخرة دار آتاك فيما وابتغ

األرض فى الفساد تبغ وال إليك الله أحسن كما وأحسن .المفسدين يحب ال الله إلن

Maksudnya: “Sesungguhnya Qorun adalah salah seorang dari kaum Musa, kemudian ia dianiaya kepada bangsanya. Telah kami berikan kepadanya harta benda yang banyak, sehingga anak-anak kunci gudang-gudangnya amat berat dipikul ramai orang yang kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau terlalu bersuka-ria, kerana Allah tidak mengasihi orang-orang yang sangat bersuka-ria.

Hendaklah kamu menuntut akhirat dengan kekayaan yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupa bahagian nasib engkau di dunia dan berbuat baiklah kepada manusia seperti mana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berbuat bencana.”

[Al Qasas: 76-77]

Akhirnya Qorun menerima azab kemusnahan dari Allah. Allah berfirman:

ينصرونه فئة من له كان فما األرض وبداره به فخسفنا المنتصرين من كان وما الله دون من

Maksudnya: Maka kami benamkan Qorun berserta rumah tangganya ke dalam bumi. Tiada siapa yang menolongnya selain daripada Allah, tetapi dia tidak mendapat pertolongan.

23

Page 25: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

[Al Qasas: 81]

الله ويكأن يقولون باألمس مكانه تمنوا الذين وأصبح عباده من يشاء لمن الرزق يبسط

يفلح ال ويكأنه لخسفنا علينا الله من أن ال لو ويقدرالكافرون

Maksudnya: Orang–orang yang bercita-cita kelmarin untuk setempat dengan Qorun berkata: Ajaib, seolah-olah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Jikalau Allah tidak memberi kurnia kepada kami nescaya Allah membenamkan kami pula. Ajaib, kerana sesungguhnya tiada menang orang-orang kafir.

[Al Qasas: 82]

Kadang-kadang taat setia dengan ajaran Islam, bersusah payah dalam beribadat, memperbanyakkan amalan sunat menyebabkan manusia merasakan dirinya lebih istimewa dari orang lain. Mereka menyangka dirinya mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah dengan amalan tersebut lalu memandang lekeh terhadap orang lain dan menghina orang yang melakukan maksiat. Iblis telah membuat tipu daya dengan ibadat mereka. Ketika mana Allah memerintahkan iblis agar sujud kepada Nabi Adam AS lalu iblis enggan: Allah Ta`la berfirman:

منه خير أنا قال أمرتك إذ تسجد أال منعك ما قالطين من وخلقته نار من خلقتنى

Maksudnya: “Allah berfirman: Apakah yang melarang kamu tidak mahu tunduk, ketika Aku menyuruhmu. Sahut iblis Aku terlebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku dari api dan engkau jadikannya dari tanah.

(Al A’raf: 12)

Sebagai balasannya Allah telah mencabut segala rahmat daripadanya. Seorang ahli ibadat yang bernama Zulkhuaisoroh telah terpedaya dengan ibadatnya mendakwa di hadapan Rasulullah SAW: “Inilah bahagian amalan yang aku maksudkan untuk Allah.”

Berkata Ibnu Qaiyim: “Lihatlah kepada seorang yang banyak sujud dan beribadat, serta zuhud, terdapat pada dahi mereka tanda sujud iaitulah Zul Khuaisarah Al Tamimi Al Khariji. Dia adalah seorang pelampau yang mengingkari Nabi Muhammad SAW. Dia berpesan kepada para sahabatnya agar melakukan penghinaan terhadap orang-orang muslimin, sehingga sanggup menghunus pedang dan menghalalkan darah orang Islam.

24

Page 26: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Ayad Ibnu Himar RA seorang peminum arak yang sering mabuk, datang menemui Nabi SAW agar dikenakan hukuman hudud di atas kesalahannya. Kekuatan iman, keyakinan, kecintaan kepada Allah, sifat tawadhu` dan penyesalan dirinya yang tinggi menyebabkan Rasulullah SAW melarang para sahabat dari mencela beliau. Jelaslah dari sini, mereka yang banyak melakukan maksiat kepada Allah tetapi akhirnya bertaubat adalah lebih selamat berbanding dengan orang yang banyak beribadat namun akhirnya melakukan perkara yang dimurkai Allah Ta`ala.

Ibnu Qaiyim berkata: “Pendosa yang mencela diri dengan dosa-dosanya adalah lebih dicintai oleh Allah daripada orang yang melakukan ketaatan kepada Allah bertujuan menunjuk-nunjuk. Sesungguhnya kamu tidur dan bangun dalam keadaan menyesal lebih baik daripada orang yang bertahajud di malam hari dan bangun dalam keadaan ujub.” Orang yang ujub tidak diangkat amalan mereka.

Berkata seorang ulamak sufi Ibnu `Ataillah dalam kitabnya:

وربما القبول باب لك فتح وما الطاعة باب لك فتح ربما معصية .الوصول فى سببا فكان بالذنب عليك قضى

عجبا أورثت طاعة من خير وانكسارا ذال أورثت واستكبارا

“Mungkin Allah membuka pintu ketaatan tetapi ditutup pintu penerimaan (kabul). Sebagaimana adakalanya ditakdirkan engkau berbuat dosa tetapi menjadi sebab yang mendekatkan diri kepada Allah. Maksiat yang melahirhan rasa tercela dan penyesalan adalah lebih baik di sisi Allah daripada ketaatan yang membawa

kepada rasa sombong, ujub dan takabbur.”

( العطائية الحكم )[

5. Tidak ada sifat saling nasihAt menasihati sesama manusia.

Nasihat merupakan suatu perkara yang amat pahit untuk diterima. Lantaran itu, ramai yang enggan memberi nasihat dan bermuka-muka kerana bimbang orang yang dinasihati akan berubah hati terhadapnya dan menimbulkan kemarahan. Sentimen ini, boleh mencetuskan anggapan pada sesetengah pihak bahawa kesilapan adalah kebenaran maka mereka yang bersalah terus bergelumang dengan kesalahannya.

25

Page 27: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

Sebaliknya kita dapati sikap suka memuji dan mengampu berleluasa di kalangan manusia pada tahap yang tidak diterima akal, terutamanya apabila orang yang dipuji itu adalah di kalangan mereka yang mempunyai pangkat dan kuasa. Orang akan berlumba-lumba untuk memujinya samada pujian sebenar ataupun palsu. Ianya tercetus lantaran sifat tamak dan mengidamkan apa yang terdapat pada orang yang dipuji samada kemegahan, harta, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Kadang-kadang, perkara yang menjadi pendorong bagi sesetengah manusia suka memuji adalah kerana menagih kasih sayang daripada orang yang dipuji lantas menyanjung mereka. Sesetengah orang mendakwa bahawa perkara yang mendorong seseorang mengasihi saudaranya yang lain ialah dengan memuji-mujinya secara terang-terangan agar bertambah lagi kasih sayangnya. Benar, bertambahnya kasih-sayang dan kemesraan tetapi bukan kerana Allah. Cinta yang hakiki ialah cinta kerana Allah dan mendekatkan diri kepadaNya (taqarrub). Akan tetapi cinta sebegini menjauhkan hamba dari Allah SWT. Ungkapan pujian walaupun ringan tetapi membawa kesan yang membinasakan orang yang mendengar, sepertimana yang akan dijelaskan selepas ini.

6. Tidak menitikberatkan pembinaan dalaman.

Peringkat usia tiga puluhan dihabiskan tanpa sebarang usaha untuk menyempurnakan segala kekurangan yang ada, lantas menyebabkan gejala lemah jiwa sebati dalam diri dan keperibadiannya. Mendidik anak anak di waktu kecil umpama mengukir di atas batu. Sepertimana yang telah kita ketahui dalam kisah Ashabul Ukhdud, kita melihat apa yang diminta oleh tukang sihir daripada Raja.

Dari Suhaib RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ada seorang Raja sebelum zaman kamu yang memiliki seorang tukang sihir apabila tukang sihirnya tua, dia berkata kepada si Raja: “Sesungguhnya aku telah tua, utuskan kepadaku seorang budak agar aku boleh mengajarkannya ilmu sihir. Maka Raja tersebut mengutuskan seorang budak kepadanya untuk diajarkan sihir...”

(Riwayat Muslim)

Tukang sihir itu telah meminta seorang budak untuk diajar sihir kerana ia mengetahui bahawa umur muda adalah amat sesuai sekali untuk menerima, menghafal dan menguasai ilmu. Sepertimana pokok mudah dibentuk pada peringkat awal dan menjadi susah setelah sempurna pertumbuhannya.

Demikian juga manusia, alangkah mudahnya dididik sewaktu kecil dan amat sukar sekali setelah dewasa.

26

Page 28: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

7. Tidak memuhasabah diri secara berterusan. Berpuas hati dengan amal ibadat tanpa melihat kepada percubaan hawa nafsu untuk menguasai amalannya.

Apabila seseorang itu mampu menilik diri dan amalan lahiriah, sebaliknya mengabaikan amalan hati seperti ikhlas, membenarkan Allah, bertawakal kepada Allah dan mengembalikan diri kepada-Nya; takut akan berlakunya riya`, takbbur, ‘ujub terpedaya dan lain lain lagi yang berkaitan dengan kecacatan amal maka sifat tercela tersebut bermaharajalela dalam diri tanpa disedari lantas dia menyangka bahawa dia sudah beruntung. Merasa dirinya tergolong di kalangan orang-orang yang soleh dan ahli syurga sedangkan itu bukanlah ciri-ciri orang soleh yang sebenar. Hakikat ciri-ciri orang yang soleh seperti mana yang disifatkan oleh Al Quran:

ربهم الى أنهم وجلة وقلوبهم آتوا ما يؤتون والذينراجعون

Maksudnya: Dan orang-orang yang telah memberikan apa–apa yang telah diberikannya (sedekah, zakat dan sebagainya) sedang hati mereka itu takut kerena mereka akan kembali kepada Tuhannya.

[Al Mu’minun: 60]

Daripada Imam Ahmad, sesungguhnya Saidatina Aisyah telah berkata:

الذي هم وجلة وقلوبهم آتوا ما يؤتون الله رسول يا ؟ وجل عز الله وهويخاف الخمر ويشرب ويزنى يسرق

ويصوم يصلى الذي ولكن الصديق ابنة يا ال: قال أبى وابن الترمذى رواه )….وجل عز الله يخاف وهو ويتصدق

( ونحوه حاتم

Ertinya: Saidatina Aishah bertanya kepada Rasullullah SAW: Wahai Rasullullah orang-orang yang telah memberikan apa–apa yang telah dianugerahkan oleh Allah dan hati-hati mereka itu takut dan mereka juga adalah orang yang mencuri, berzina meminum arak, sedang ia takukan Allah? Sabda Rasullullah: Tidak wahai anak As Siddiq, akan tetapi adalah mereka yang sembahyang berpuasa bersedekah sedang dia takutkan Allah

Ibnu Qoiyyim berkata: “Amalan soleh yang telah dipengaruhi oleh hawa nafsu adalah amalan orang yang sangat berzuhud, banyak beribadat dan juga tekun dalam amalan mereka tetapi pada hakikatnya dirinya jauh daripada Allah. Sebaliknya orang melakukan banyak kemaksiatan kepada Allah tetapi hatinya lebih

27

Page 29: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

hampir kepada Allah dan tidak terkesan dengan hawa nafsu adalah lebih dekat kepada martabat ikhlas dan pelepasan dari azab.”

السالكين( مدارج تهذيب)

8. Menonjol dan menampilkan diri tanpa persediaan dan pembentukan awal.

Mereka yang tampil kehadapan dan terdedah kepada kemasyhuran sebelum sampai waktunya akan mudah tercicir dalam banyak perkara. Sepertimana yang disebut oleh Imam As-Syafie:

كثير علم فاته الحدث تصدر إذاBermaksud: Apabila terkehadapan orang muda yang belum

mantap ilmunya hilanglah darinya ilmu yang banyak.

Ini akan membantutkan usaha mencari ilmu, membentuk diri, mendidik jiwa dan menghidupkan hati. Sesetengah manusia apabila disuluh dengan cahaya kemasyhuran sedangkan dia masih belum ada persediaan diri yang mantap maka samalah keadaannya seperti orang yang menghampiri cahaya dan mendapati dirinya terlalu besar sedang itu hanyalah bayang-bayang, sedangkan dirinya tetap tidak berubah.

Bayang-bayang telah banyak memperdaya manusia. Mereka menyangka dirinya amat besar dan melihat orang lain tidak sepertinya di segi kehebatan. Gerak hati itu dizahirkan pada tingkahlaku mereka dan menggunakan segenap upaya untuk membenarkan kepalsuannya. Mengelakkan diri dari kelihatan jahil dan berhajat kepada ilmu pengetahuan. Mereka menyangkakan dirinya adalah di kalangan orang yang berilmu dan meletakkan dirinya sebaris dengan saf ulama` sedangkan dia tidak pernah bersusah payah untuk mengkaji, menghafal, belajar dan mengikuti jejak langkah penuntut ilmu. Mereka telah terpedaya dengan bayang-bayang kemegahan, dan populariti. Apabila ditanya sebarang persoalan maka ia akan menjawab membuta tuli untuk menyembunyikan kejahilan diri sendiri.

(Syarah العطائية الحم oleh Dr. Mohd. Said Ramadhan Al Buthi –

( بتصرف

Apabila pendapatnya ditolak dia akan merasa marah dan apabila berhujah ataupun berdialog dia akan terus melenting jika disanggah. Apabila diberi nasihat dan tunjuk ajar ia enggan menerimanya. Mereka melihat dirinya di atas permukaan cermin cembung yang menampakkan dirinya kelihatan lebih besar. Mengandaikan orang lain lebih sesat sedangkan pada hakikatnya dialah yang lebih sesat.

بتصرف- لحنبكة وأسسها اإلسالمية االخالق

28

Page 30: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Orang yang sebegini pada hakikatnya membuka pekung di dadanya sendiri, memandu diri sendiri kearah kebinasaan. Tidak mengunakan kesempatan yang ada untuk membentuk diri. Lambat laun, secara tiba-tiba sahaja mendapati dirinya telah dilingkungi manusia sambil menuding jari padanya. Terperangkap dengan rencah kehidupan dunia dan tidak lagi punya waktu untuk memelihara hati, membersihkan jiwa atau membajai akal fikiran dengan cahaya ilmu.

(Syarah Hikam Al Athaillah: Mohd. Said Ramadhan Al Buthi)

29

Page 31: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

BAHAGIAN EMPAT

RAWATAN

Rawatan tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu berbentuk umum dan khusus.

30

Page 32: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

RAWATAN UMUM:

Rawatan umum ialah apa yang dikatakan sebagai "tarbiyyah pencegahan الوقاية/ التربية yang membawa erti penyerapan secara meluas roh tarbawi di kalangan masyarakat kita. Jika ini dapat dilaksanakan nescaya penyakit jiwa ini akan berkurangan.

Antara rawatan yang perlu ialah:

1) Saling nasihat menasihati dengan adab yang baik.

Orang tua menasihati orang muda secara lembut dengan penuh rasa kasih sayang. Orang muda menasihati orang tua dengan beradab dan rasa penuh hormat. Kita jangan menganggap bahawa malu merupakan penghalang amalan nasihat menasihati. Ini adalah satu fahaman yang salah. Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kenaikan. Tidak mahu memberi nasihat adalah suatu perkara yang tidak baik dan ia berpunca daripada lemahnya keazaman dan kemahuan dalam diri. Takut merupakan salah satu daripada halangan untuk seseorang memberi nasihat. Justeru itu kumpulkan keazaman dan kuatkan kemahuan untuk mengatakan kepada orang yang membuat kejahatan: “Engkau telah melakukan kejahatan,” dan kepada orang yang melakukan kesilapan: “Engkau telah melakukan kesilapan.”

2) Tidak memuji orang lain secara terang-terangan.

Ini bertujuan agar kita tidak menghentam mereka daripada belakang. Rasulullah SAW telah banyak memberi amaran terhadap perkara ini. Seorang lelaki telah memuji sahabatnya di hadapan Rasulullah lantas Baginda Rasullullah SAW bersabda:

:قال ثم ، أفلح ما سمعها لو صاحبك عنق قطعت ويحك¿حس¿ب¾: فليقل أخاه مادحا بد ال أحدكم كان إن وال ف¾النا أ

كÀي ¾ز¿ ¿ح¿دا اللهÁ على أ غير يري كان وإن الله حسيبه أ عليه( متفق) ذلك..

Maksudnya: “Celaka engkau, engkau telah memotong leher rakanmu jika ia menerima kata-katamu itu ia tidak akan berjaya,” kemudian bersabda lagi Baginda junjungan: “Jika salah seorang dari kamu terpaksa juga untuk memuji hendaklah ia berkata:

31

Page 33: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

¾ه¾ ب ¿حÂس¿ Áك¿ أ ¿ذ¿ال كÀى و¿ال ك ¾ز¿ ¿ح¿د¿ا اللهÁ ع¿لى أ أ“Aku mengira ia demikian juga dan tidak aku memuji

seseorang (bahawa dia suci dari dosa) mengatasi Allah sekali-kali.” Allah Maha menghitung segalanya, sekalipun bercanggah dengan apa yang dia lihat.”

Rasulullah SAW bersabda lagi:

التراب وجوههم في فاحثوا المادحين رأيتم إذاErtinya: Jika kamu melihat orang memuji maka lumurkan

dimukanya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Saidina Umar RA pula berkata bahawa puji-pujian itu adalah suatu penyembelihan. Ini kerana mangsa sembelihan akibat pujian akan terbantut di dalam melakukan pekerjaan. Puji-pujian menjadikan seseorang itu terhenti dan seterusnya malas untuk bekerja, pujian juga menyebabkan timbulnya rasa u`jub dan takabbur dalam diri. Dua perkara ini boleh membinasakan manusia sepertimana mangsa sembelihan akibat dipuji secara terang terangan.

Orang yang dipuji terkesan dengan pujian melalui dua perkara:

Pertama : Mewarisi sifat takabbur dan ‘ujub yang merupakan faktor utama kebinasaan.

Kedua : Apabila ia dipuji dengan kebaikannya, akan melahirkan rasa gembira lalu menjadikan mereka malas bekerja dan menurut hawa nafsu. Sesiapa yang berasa u`jub terhadap diri sendiri maka kuranglah daya juangnya Sesungguhnya orang yang kuat daya juang ialah mereka yang merasakan dirinya cuai dari melakukan amal ibadat. Jika lisan telah menuturkan kata pujian terhadap seseorang maka sahabatnya itu akan merasa bahawa ia telah memperolehi apa yang dipuji. Dengan sebab itulah Rasullullah SAW bersabda:

أفلح ما سمعها لو صاحبك عنق قطعتMaksudnya: “Engkau telah memotong leher rakanmu, jika

ia menerima katamu itu ia tidak akan berjaya.”

Berkata Saidina Ali RA ketika mana beliau dipuji:

يقولون بما تؤاخذني وال يعملون ال ما لي اغفر اللهميظنون بما خيرا واجعلني

32

Page 34: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Ertinya: Ya Allah, ampunkanku pada barang yang mereka tidak ketahui, dan janganlah siksa aku dengan apa yang mereka perkatakan, dan jadikanlah bagiku suatu yang baik dengan apa yang mereka sangkakan.

Mutharif pula ada menyebut bahawa “tidak sekali–kali aku mendengar puji-pujian melainkan aku mengecil-ngecilkan (merendahkan) diriku.”

(Ihya Ulumuddin: 3/159-161)

Berapa ramaikah di kalangan manusia yang telah membuat perhitungan silap pada diri sendiri, sebab terkesan dengan pujian dan menjadi hamba kepadanya. Masakan tidak?! Pujian boleh melekakan seseorang, tenggelam dalam kesukaan dan kegembiraan. Tiada keseronokan yang lebih dahsyat selain rasa tinggi dan hebat akibat dipuji. Maka awasilah pujian secara berhadapan.

3) Jangan melantik orang yang tidak berkelayakan untuk memimpin.

Dalam mengarah dan memimpin manusia tanpa persediaan adalah amat bahaya kerana mereka ini belum lagi menjalani tempoh pembentukan diri yang sempurna terlebih dahulu, tidak digilap cermin hatinya dengan wirid, tidak disuburkan mindanya dengan ilmu yang bermanfaat dan tidak dilatih jiwanya dengan mujahadah. Sekiranya mereka telah melalui ini semua, barulah dapat melahirkan pemimpin yang benar benar menghayati syariat Allah SWT.

Ibnu A`thaillah telah menerangkan kepentingan perkara ini dengan katanya:

ال يدفن ال مما نبت فما الخمول أرض في نفسك ادفن بها يدخل عزلة مثل شىء القلب نفع ما ، نتاجه يتم

منطبعة ألكوانا صور قلب يشرق كيف ، الفكرة ميدان بشهواته مكبل وهو الله الى يرحل كيف أم ، مرآته فى

من يتطهر ولم الله حضرة يدخل أن يطمع كيف أم ،غفالته جنابة

Ertinya: “Tanamkan diri kamu di tempat yang tidak diketahui, apa yang tumbuh tanpa ditanam terlebih dahulu tidak sempurna hasilnya. Tiada suatu yang sangat berguna bagi hati sebagaimana dengan seseorang itu beruzlah (mengasingkan diri) dan

33

Page 35: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

ke medan berfikir (tafakkur), bagaimanakah hati boleh bersinar jika gambar dunia terlukis di cermin hatinya, bagaimanakah seseorang menuju kepada Allah sedangkan ia terbelenggu oleh syahwat, bagaimanakah ia boleh mendekatkan diri kepada Allah padahal dia belum dibersihkan daripada kelalaiannya.”

Ibnu A`thaillah telah mengumpamakan manusia ibarat biji benih yang perlu ditanam jauh dari cahaya matahari pada peringkat awal, setelah itu barulah ia mengalami proses tumbesaran. Dengan izin Allah ia tumbuh zahir di atas permukaan tanah setelah berupaya untuk menerima pancaran cahaya. Jika kita biarkan biji benih di permukaan tanah tanpa ditanam terlebih dahulu, ia tidak akan berhasil dan tidak berbuah kerana menerima iklim yang tidak sesuai.

Ibnu ‘Athoillah ingin menjelaskan bahawa engkau tidak dapat memberi manfaat dari dakwah dan ilmu yang sempurna kepada manusia lain melainkan dengan melalui marhalah penyembunyian diri dengan berzikir di tempat yang tidak diketahui orang. Di sana akal dapat dibentuk dan diisi dengan ilmu, hati digilap dengan zikir dan nafsu dididik secara mujahadah.

Rasulullah SAW telah berkhalwat sebelum nubuwwah (kenabiannya) di Gua Hira` dan beri`ktikaf sepuluh hari setiap tahun di akhir Ramadhan. Pada tahun Rasullullah SAW wafat beliau beriktikaf selama dua puluh hari. Bukanlah bermaksud melarikan diri dari manusia tetapi bertujuan mencari ketenangan untuk pembentukan diri sebelum tampil ke tengah masyarakat yang beraneka ragam.

Sewajarnya setiap orang pada peringkat ini lebih banyak menambah bekal daripada menyumbang. Jika ia gagal mendapatkan bekalan yang cukup untuk membentuk dirinya maka penampilannya akan pincang dan tidak berkesan.

4) Cintakan semangat keperwiraan dan bencikan

“kepimpinan” ( الرئاسة حب )

Perasaan cintakan semangat keperwiraan bencikan jawatan perlulah disemai di dalam setiap sanubari manusia dan menghindarkannya sedaya mungkin. Dalam pada itu, perlu juga diawasi diri dari rasa cinta untuk memimpin. Masakan tidak?! Tamak dan gila kuasa (hubburiasah) adalah salah satu tanda cintakan dunia. Orang yang inginkan akhirat tidak begitu meminta-minta kuasa dan mengidamkannya, kerana mereka mengetahui tentang bahayanya. Lambut-laun dunia dan akhirat kedua-duanya sekaligus akan terlepas. Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa:

34

Page 36: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

يوم الندامة وستكون اإلمارة على ستحرصون إنكمالقيامة

Maknanya: Sesungguhnya kamu akan tamakkan kuasa sedangkan kamu akan menyesal di hari qiamat kelak.

(Riwayat Al Bukhari)

Sesiapa yang mendapati dirinya memiliki sifat suka memimpin dan menagih kemuliaan dengannya – walau sebesar mana sekalipun – maka raguilah keikhlasannya. Usahakanlah agar dia memerangi jiwa dan perasaannya untuk melahirkan semangat kesatriaan.

Alangkah indah dan manisnya hidup jika dinaungi dan dipayungi oleh mereka yang tidak memburu kemasyhuran diri.

Sesungguhnya apa yang dikehendaki di sini ialah sifat saling dorong mendorong sesama kita ke arah bantu membantu di dalam memikul tanggungjawab. Kita menjadi orang beramal untuk Islam sebagai tenteranya sepertimana seorang pemimpin dan di waktu yang sama dia bekerja bahkan dialah yang terbaik dalam melakukan pekerjaan.

Apabila unsur ini berjaya disemai ke dalam diri kemudian dia menerima amanah untuk memikul suatu tugas – ia tidak dapat lari dari menerimanya – maka ia akan melakukannya dalam keadaan takutkan Allah dan patuh dengan perintahnya. Samalah halnya seperti seseorang yang mendapat musibah, kerana ia tahu kemungkinan ia boleh menempah neraka. Berfikir pada setiap langkah, berunding dengan orang yang hampir dengannya, tidak mengambil kata putus semata-mata dengan pendapat sendiri dan memuhasabah diri pada setiap perkara samada kecil mahupun besar. Walaupun demikian, dalam hati kecilnya sentiasa merasa ingin meninggalkan jawatan tersebut dan menganggap hari ia disingkirkan daripada jawatannya adalah hari yang paling indah dalam hidupnya. Dengan itu, ia akan menjadi pemimpin terbaik Insya Allah.

Manakala orang yang suka diberi jawatan, mengikut hawa nafsu, merasa mulia dengan tanggung jawab dan menagih jawatan, keinginan terhadap tugas tersebut hanyalah untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Ini semua akan terserlah melalui tingkah-laku dan sikapnya terhadap orang lain, dia tidak mahu bermesyuarat dan berbincang. Tindak tanduknya membabi–buta dan tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa mengira risiko.

Mengapakah manusia tidak sewajarnya menaikkan imej diri sendiri semata-mata ingin menjadi pemimpin?!

Berkata Syed Qutub:

35

Page 37: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

“…Di dalam masyarakat Islam, manusia tidak perlu membersihkan imej diri untuk menonjolkan kelebihan dan kelayakan diri sendiri. Kedudukan dan pangkat dalam masyarakat merupakan amanah yang amat berat yang tak perlu dijadikan rebutan. Lainlah sekiranya mengharapkan ganjaran dengan menunaikan kewajipan atau khidmat yang berat semata mata mencari keredhaan Allah. Orang yang mengharap-harapkan kedudukan dan jawatan pada hakikatnya hanya untuk memuaskan hawa nafsu, maka mereka ini wajiblah ditegah dari mendapatkan tugas dan jawatan tersebut.

Dalam konteks pergerakan demi menegakkan agama Allah, perbezaan kemampuan dan kedudukan seseorang akan jelas tertera. Segala nilai dan pertimbangan dibuat mengikut citarasa iman. Dengan itu, semua orang boleh mengetahui sehebat manakah ujian yang diterima dalam gerakan jihad; sekadar manakah taqwa, amal kebajikan, akhlak yang mulia, keupayaan dan kelayakan mereka. Semua sifat tersebut adalah merupakan nilai yang ditentukan oleh realiti dalam kehidupan. Sifat tersebut akan terserlah di dalam gerakan dan masyarakat mengetahuinya, jadi tidak perlu mereka membersihkan imej diri mereka dan tidak perlu meminta jawatan”.

5) Sentiasa mengiktiraf nikmat Allah.

Firman Allah SWT:

وباطنة ظاهرة نعمه عليكم وأسبغMaknanya: Allahlah yang menyempurnakan

untukmu nikmAt nikmatnya yang lahir dan batin.

[Luqman: 20]

Nikmat tersebut membawa maksud yang sangat luas iaitu meliputi segala nikmat yang dapat dilihat ataupun tidak, samada kita tahu ataupun sebaliknya

Firman Allah Ta`ala:

الله فمن نعمة من بكم وماMaksudnya: Apa-apa nikmat yang ada padamu, maka ia

dari Allah.

[An Nahl: 53]

Kita hendaklah mengiktiraf segala kebaikan yang diperolehi. Tiada sebarang kebaikan yang diberi oleh Allah kepada hambanya melainkan itu semua merupakan anugerah daripada Allah semata-mata.

36

Page 38: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Janganlah sesiapapun menyangka bahawa dengan ilmu, penonjolan, pengorbanan atau jihad yang dilakukannya, dia berhak mengecapi nikmat Allah. Bagaimanakah ia merasa sedemikian sedangkan perbuatannya sendiri adalah nikmat Allah? Di manakah amal yang kita dakwa dengan sebabnya kita berhak mengecapi nikmat sewaktu Allah memelihara kita di dalam kandungan!

Lihatlah hal–ehwal sendiri dan tanyalah diri: Siapakah yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya? Siapakah yang memberi petunjuk hidayah? Mengapakah kita yang dipilih, tidak pula orang lain selain dari kita? Tidakkah kita melihat sejumlah besar manusia berjalan mengikut telunjuk syaitan. Mengapakah kita tidak termasuk dari golongan mereka? Adakah dengan kelebihan dan kebolehan diri sendiri? Ataupun semata-mata anugerah Allah?

صادقين كنتم إن يمانلال هداكم أن عليكم يمن الله بلMaksudnya: Allah sahajalah yang berhak membangkit

bangkikan kurnianya kepadamu kerana Dia menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu orang yang benar benar beriman.

[Al Hujurat: 17]

Marilah kita lihat ketaatan masing-masing, jika ia bangun malam siapakah yang membangunkan ia dari tidur – contohnya. Tanyalah diri siapakah yang mengejutkannya dari tidur, kelebihan dan kekuasaan diri sendirikah atau kelebihan dan pemberiaan Allah. Siapakah yang melapangkan dadanya untuk qiamullail dan mengerakkan lidahnya untuk berzikir dan doa?!

Kita tenggelam dalam kenikmatan dan hanyut dilanda arus. Barangsiapa yang ingin mensyukuri nikmAt nikmat Allah ini, maka ia berhajat kepada nikmat yang lain pula yang membolehkan dia bersyukur kepada Allah. Kita tidak mampu untuk mensyukuri nikmat Allah melainkan dengan pertolongan dariNya. Berkata seorang hamba yang soleh dalam firman Allah:

علي أنعمت التي نعمتك أشكر أن أوزعني رب قال...والدي وعلى

Maksudnya: Tuhanku taufiqkanlah aku yakni tunjukilah hatiku buat mensyukuri nikmatmu yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada ke dua ibubapaku.

[Al Ahqaf: 15]

Berkata seorang ulamak tafsir bahawa terdapat tiga perkara yang dipohon dalam doa ini:

Taufiq daripada Allah supaya ia mensyukuri nikmat.

37

Page 39: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

Taufiq ke arah melakukan ketaatan yang diredhai Allah.

Taufiq supaya Allah mengelokkan zuriatnya.

Ini merupakan kemuncak bagi kebahagiaan manusia.

6. Tidak berpuas hati dengan diri sendiri

Berkaitan dengan perkara ini Allah SWT berfirman dengan apa yang diucapkan oleh Nabi Yusuf as:

رحم من إال بالسوء ألمارة النفس إن نفسى أبرىء وما رحيم غفور ربى إن ربى

Maksudnya: “Aku tidak berani membersihkan diriku kerana nafsu manusia sangat menyuruh membuat kejahatan, kecuali sesiapa yang yang disayangi Tuhannya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Penyayang.”

[Yusuf: 53]

Berpuas hati dengan pencapaian diri dan mengikut hawa nafsu adalah penyebab bagi segala bencana dan punca segala keaiban.

Kita hendaklah menanam dalam diri sikap tidak berpuas hati dengan diri sendiri dan seterusnya tidak cenderung kepada kehendak hawa nafsu. Ini semua tidak akan terhasil melainkan kita sentiasa menganggap tahap ketaatan kita terhadap perintah Allah sentiasa rendah dan tidak memuaskan. Hendaklah kita sentiasa melihat kepada diri sendiri dengan pandangan yang serba kekurangan dan sentiasa merasa diri sendiri kerdil meskipun kita memiliki bakat, kemampuan kekuasaan dan kedudukan di sisi masyarakat; sekalipun banyak melakukan ibadat dan ketaatan kepada Allah.

Bahaya terlalu berpuas-hati dengan diri sendiri.

Punca lahirnya segala ketaatan, kesedaran dan kesucian diri ialah sikap tidak berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri manakala punca segala kepincangan dan kecacatan ialah terlalu berpuas hati dengan diri sendiri serta mengikut hawa nafsu, kenapa?? Merasa puas dengan pencapaian diri sendiri dan suka mengikut hawa nafsu menjadi penghalang untuk berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, dari satu tahap kepada tahap yang lain serta tidak mahu bersusah payah untuk mencapai tahap kesempurnaan diri. Bahkan dia tidak mahu berusaha kerana menganggap dirinya telah mencapai tahap kesempurnaan, apa lagi yang dimahukan. Dengan

38

Page 40: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

itu, menjadikan hubungannya sesama manusia dalam keadaan u`jub, takabbur dan terpedaya dengan diri sendiri kerana mengangap dirinya sempurna, manakala orang lain hendaklah mendengar dan mentaati kata-katanya, meneladani dan mencontohinya. Mereka ini mencapai tahap menganggap diri dan ibadatnya suci. Semoga Allah melindungi kita dari perkara ini.

Ada beberapa kaedah yang membolehkan seseorang itu agar tidak bersifat suka menurut hawa nafsu dan tidak melihat amalannya sudah sempurna. Ibnu Qayyim menyebut dalam kitabnya Madarij As Salikin:

1. Seorang hamba itu sentiasa melihat kepada segala anugerah, kelebihan dan ihsan Allah terhadapnya serta taufiqNya. Segalanya adalah daripada Allah bukan dari dirinya sendiri dan segala kebaikan yang terbit dari dirinya sebenarnya adalah dari Allah tuhannya dan bukan dari hamba. Sepertimana firman Allah:

أبدا أحد من زكى ما ورحمته عليكم الله فضل ال ولوعليم سميع والله يشاء من يزكي الله ولكن

Maksudnya: Kalaulah tidak kurniaan Allah kepadamu dan rahmatNnya nescaya tiada seorang kamu menjadi bersih daripada dosa selama-lamanya tetapi Allah mensucikan siapa yang dikehendakiNya, Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

[An Nur: 21]

وكره قلوبكم في وزينه اإليمان إليكم حبب الله ولكنوالعصيان والفسوق الكفر إليكم

Maksudnya: Tetapi Allah menjadikan keimanan satu perkara yang kamu cintai dan menjadikannya perhiasan dalam hatimu dan menjadikan kekafiran fasiq dan kedurhakaan satu perkara yang kamu benci.

[Al Hujurat: 7]

Segala kebaikan pada diri hamba adalah semata-mata nikmat dan kelebihan dari Allah yang dianugerahkan kepada hambanya atas dasar ihsan.

2. Mencari kepincangan dan kecacatan amalan sendiri kerana mungkin berlakunya kecuaian kerana terpedaya dengan nafsu dan syaitan.

39

Page 41: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

Setiap amalan yang dilakukan sudah pasti terdapat habuan untuk nafsu. Ketika Nabi SAW ditanya tentang memaling-malingkan muka di dalam sembahyang, maka bersabda Nabi SAW:

.العبد صالة من الشيطان يختلسه اختالس هوErtinya: Ia adalah palingan, syaitan memalingkannya dari

sembahyang.

3. Segala amalan hamba hanyalah semata-mata untuk Allah dan Dialah yang selayaknya untuk dipersembahkan segala hak pengabdian. Kesempurnaan dalam ubudiyah amat sukar dicapai kerana ia merangkumi adab-adab hati dan anggota lahiriah serta pelbagai syarat yang perlu diikuti. Sesungguhnya hamba Allah terlalu lemah dan dhaif dalam menunaikan hak-hak ubudiyyah terhadap Tuhan dan untuk mendapatkan keredaan-Nya. Seseorang yang matang, amalannya tidak didorongi oleh hawa nafsu walaupun sedikit, sentiasa berburuk sangka dan bencikan nafsu buruknya. Keinginan untuk mendapatkan maqam yang tinggi di sisi Allah menyebabkan dia tidak mengikut hawa nafsu dan tidak merasakan amalan sendiri telah sempurna.

Berkata sesetengah ulamak sufi: Kecacatan hamba ialah apabila dia merasa puas dengan pencapaian diri sendiri. Mereka yang tidak merasakan pada dirinya terdapat pelbagai kecacatan adalah terpedaya.

Demikianlah keadaan orang-orang yang soleh, tidak melihat dirinya lebih daripada orang lain. Bahkan mereka menganggap diri mereka lebih hina dari segala apa yang terdapat di atas muka bumi.

Dengan itu tidak hairanlah, sekiranya anda membaca hal kehidupan orang soleh, anda akan mendapati mereka sentiasa mendakwa diri mereka dengan segala bentuk kekurangan.

Berkata salah seorang daripada mereka: “Aku menemui tiga puluh orang ahli Badar tiada seorang pun dari kalangan mereka yang tidak takutkan sifat nifak. ”

Al Musawwar bin Makhzamah tidak mampu menggagahi dirinya untuk mendengar ayAt ayat Al Quran kerana terlalu takutkan Allah. Ketika dibacakan kepadanya satu ayat atau satu huruf dari Al Quran ia akan menjerit secara lantang dan kuat kerana terlalu takut. Pada suatu hari datang kepadanya seorang lelaki dari Khas’am dan membacakan Firman Allah SWT

40

Page 42: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

ونسوق وفدا الرحمن إلى المتقين نحشر يوموردا المجرمين

Maksudnya: Dan pada hari (qiamat) Kami himpunkan orang-orang yang taqwa kepada Yang Maha Pengasih sebagai utusan. Dan kami halaukan orang yang berdosa ke dalam neraka dalam kehausan.

[Maryam: 85- 86]

Maka dia berkata: “Aku di kalangan orang orang yang berdosa, bukan di kalangan orang orang muttaqin, ulanglah bacaamu.” Maka diulangi, lantas ia menangis tersedu-sedu kerana teringatkan hari akhirat.

Berkata As Sariy As Saqathi: “Aku akan melihat hidungku setiap hari beberapa kali kerana takut wajahku menjadi hitam.”

Berkata Abu Hafs: “Sejak empat puluh tahun, aku meyakini pada diriku bahawa, sesungguhnya Allah melihat kepada aku dengan pandangan yang penuh kemurkaan, ini terbukti dengan amalanku sendiri.”

Berkata Al Hasan Al Basri RA: “Keluar seorang lelaki dari neraka selepas seribu tahun. Alangkah ruginya aku telah menjadi seperti lelaki tersebut.” Beliau berkata demikian kerana takut kalau dikekalkan di dalam api neraka dan su’ul khatimah (pengakhiran yang buruk). SahabAt sahabatnya melihat dia duduk seperti seorang tawanan yang menghulurkan tengkoknya untuk dipancung, apabila bercakap seolah-olah ia melihat akhirat dan menceritakan tentang apa yang dilihatnya, manakala jika ia diam seolah-olah api neraka dinyalakan di hadapan kedua dua biji matanya.

Hasan Al Basri pernah mencerca diri sendiri dalam keadaan yang teramat sedih dan berkata: “Aku tidak mempercayai bahawa Allah akan melihat amalanku kerana sebahagian daripada amalanku yang tidak disukai Allah dan kemurkaanNya. Seolah-olah Allah mengatakan padaku: Pergilah! Aku tidak mengampuni kamu.” Lalu aku mengatakan: “Sesungguhnya aku beramal mengikut cara yang tidak sepatutnya.”

Berkata Bakar bin Abdullah: Bila engkau melihat sesiapa yang lebih besar daripada kamu maka katakanlah: “Dia mendahului aku pada keimanan dan amal soleh serta lebih baik daripada aku.” Apabila melihat sesiapa yang lebih kecil daripada engkau katakanlah: “Aku telah mendahuluinya dalam melakukan dosa dan maksiat dan dia lebih baik daripadaku.”

Berkata As Sarriy bin Yahya daripada Malik bin Dinar: “Demi Allah, sekiranya malaikat berdiri di pintu masjid dan berkata:

41

Page 43: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

“Keluarlah sesiapa yang jahat dari dari masjid ini,” nescaya aku akan bersegera ke sisinya.”

Daripada Abdul Rahman bin Abdullah berkata: Berkata Sufian As Thauri: “Sesungguhnya aku meletakkan tanganku di atas kepalaku pada malam hari dan apabila aku mendengar suatu jeritan maka aku akan berkata: “Sesungguhnya telah datang kepadaku azab.”

Daripada Al Muzani, beliau berkata: Aku pergi menziarahi Al Imam As Syafie sewaktu ia sakit yang membawa kepada mati. Aku berkata: “Bagaimanakah kamu berpagi-pagi?” Al Imam As Syafie menjawab: “Berpagian aku dalam keadaan tidak mengendahkan dunia, berpisah dengan sahabatku, mengenangkan kematian, amalan buruk aku perlihatkan dan pada Allah aku datangi. Aku tidak mengetahui ke syurgakah aku, maka diucapkan tahniah atau ke neraka, maka diucapkan ta`ziah.” Lalu beliau menangis Kemudian beliau meyambung lagi kata-katanya dengan ungkapan syair yang bermaksud:

“Tatkala keras hatiku dan sempit perjalanan diriku, ku jadikan pengharapanku pada ampunan-Mu sebagai impian. Betapa besarnya dosaku tetapi jika dibandingkan dengan keampunan-Mu Tuhanku, keampunan-Mu lebih besar. Engkau masih lagi Maha Pengampun dosa dan berterusan Engkau Maha Pemurah dan Pengampun. Engkaulah yang menganugerahkan dan memuliakan seseorang.”

Berkata ibu Muhammad bin Ka`ab Al Quraziy kepada Muhammad:“Wahai anakku, kalaulah tidak aku mengenali engkau sejak dari kecil hingga besar bahawa engkau seorang yang baik, nescaya aku menyangka bahawa engkau telah melakukan dosa besar dari apa yang aku lihat pada amalan engkau di waktu malam dan siang”.

Lalu anaknya menjawab: “Wahai ibu, aku tidak merasa aman, bahawasanya Allah telah memerhatiku sedang aku berdosa maka Allah memurkaiku” dan berkata Allah: “Pergi!! Aku tidak mengampuni kau.”

Diriwayatkan daripada I`krimah daripada Muhammad bin Al Munkadir: Muhammad bin Al Munkadir keluh kesah ketika hendak mati, apabila dikatakan kepadanya: “Kenapa kamu keluh kesah?” Maka dia menjawab: “Aku takutkan ayat dari kitab Allah:

يحتسبوا لم ما الله من لهم وبداMaksudnya: Teranglah bagi mereka dari hukum Allah, azab

yang mereka tidak pernah fikirkan.

[Az Zumar: 47]

42

Page 44: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

“Sesungguhnya aku takut dengan apa yang ada pada diriku, kemungkinan aku bersangka baik pada suatu yang Allah tidak menyetujuinya, lalu kemurkaan Allah menimpaku.”

Tidak berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri mendatangkan faedah yang banyak. Di antaranya ialah:

Merasakan diri sentiasa mempunyai sifat kekurangan.

Merasakan dirinya paling tidak berkemampuan berbanding dengan orang lain.

Tidak merasakan dirinya memiliki kedudukan di sisi Allah dan juga di sisi manusia.

Menganggap amalannya sentiasa terdapat kekurangan dan dirinya tidak akan terlepas dari azab Allah.

Sentiasa bergantung dengan rahmat Allah. Allah Ta`la sahajalah yang dapat menyelamatkannya dari pelbagai kemelut dan segala pengharapan tertinggi hanya diserahkan kepada Allah.

Sentiasa menjauhi dirinya dari mengukur kesilapan orang lain kerana dia mengetahui bahawa mengukur kesilapan saudaranya kadang-kadang lebih berdosa. Sedangkan masing-masing mempunyai kelebihan sendiri dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan membersihkan jiwa serta memanjatkan kesyukuran kepada Allah.

Tidak bersukacita tatkala Allah membuka pintu hatinya, bahkan bertambah penyesalan terhadap Tuhannya dan beristighfar memohon keampunan dari Allah.

Berkata Ibnu Qaiyim: Orang yang terbuka pintu hatinya, sangat banyak beristighfar kepada Allah walaupun telah banyak melakukan ketaatan dan melaksanakan perintah. Ini kerana mereka dapat mengesan kekurangan amal sendiri, tidak melaksanakan perintah Allah sepertimana yang selayaknya. Seolah-olah jika tidak diperintahkan nescaya sesiapa pun di kalangan mereka tidak akan mempersembahkan pengabdian seumpama itu buat Tuhannya.

7. Antara kaedah yang penting dalam pendidikan pencegahan (

الوقائية التربية ) ialah ibu bapa perlu mengasuh anak-anak mereka

dengan didikan yang sebenar di dalam suasana yang sihat. Mengambil berat tentang hal peribadi mereka dan tidak membiarkan jiwa mereka menjadi lemah.

Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak seringkali meniru tabiat dan kebiasaan mereka tanpa disedari. Apabila ibubapa berbangga-bangga dengan keturunan, harta benda, populariti, kemewahan dan kekuasaan maka akan tertanam dalam jiwa mereka perasaan tinggi diri dan mengatasi orang lain.

43

Page 45: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

Apabila ibubapa hanya mementingkan kemaslahatan sendiri dan kepentingan peribadi, sukakan kebaikan hanya untuk diri sendiri semata-mata dan merasa benci serta iri hati terhadap orang lain maka anak-anak juga akan turut jadi sedemikian. Perlu diingatkan bahawa teknik pendidikan anak-anak perlulah bersepadu dan selari daripada kedua belah pihak. Tidak wajar jika bapa menggunakan cara sendiri manakala ibu menggunakan cara yang lain. Terangkum di sini kepentingan penjagaan dan pengawalan anak-anak yang perlu dilakukan secara teliti berdasarkan firman Allah:

الدنيا الحياة زينة تريد عنهم عيناك تعدوا والMaksudnya: Dan janganlah engkau palingkan pandangan

dari mereka, kerana menghendaki perhiasan hidup di dunia.

[Al Kahfi: 28]

Hendaklah diintai segala gerak-geri anak-anak sekalipun dalam perkara yang kecil dan diberi peringatan ketika perlu.

Rasulullah SAW telah menyebut beberapa contoh penjagaan dalam sabda baginda:-

1) عليها واضربواهم لسبع بالصالة أبناءكم مروا لعشروفرقوا

المضاجع في بينهمMaksudnya: Suruhlah anak kamu sembahyang apabila

sampai umur tujuh tahun, setelah berumur sepuluh tahun pukullah mereka jika enggan solat dan pisahkan tempat tidur mereka.

2) ويعلمه اسمه يحسن أن الوالد على الولد حق بلغ إذا ويزوجه الكتابة

Maksudnya: Hak seorang anak di atas bapanya ialah menamakan anaknya dengan nama yang baik, memberi pelajaran dan mengahwinkannya apabila baligh.

3) أهله فأيقظ فصلى الليل من قام امرأ الله رحم بالماء وجهها رش تقم لم فإن

44

Page 46: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

زوجها وأيقظت تصلى الليل من قامت امرأة الله رحم جحهه و على رشت يقم لم فإن

.الماء منErtinya: Allah merahmati seseorang yang bangun malam

dan sembahyang lalu mengejutkan ahli keluarganya, jika tidak bangun ia memercikkan air ke atas muka mereka. Allah merahmati seorang perempuan yang bangun malam dan sembahyang lalu mengejutkan suaminya dari tidur, jika tidak bangun ia memercikkan air ke atas muka suaminya.

Sewajarnya, pelbagai cara digunakan ketika mendenda anak-anak. Pukulan adalah cara yang terakhir sekali dan janganlah jadikan kekasaran sebagai keutamaan dalam bertindak. Sepertimana apa yang dilakukan oleh sebahagian para bapa yang bermain “politik kasar” dengan anak-anak mereka. Hasilnya anak-anak akan mengalami konflik jiwa dan menjadi seorang yang tidak bermoral, mudah terpengaruh dan berjiwa lemah samada suka bersendirian, pasif atau mengamalkan seks sumbang.

Menggunakan rotan dengan cara yang kasar adalah sangat berbahaya dan risikonya tidak terjamin. Demikian juga tidak memuhasabah diri anak-anak dan melepaskan mereka bebas tanpa kawalan dengan “melepas ikatan” tanpa sebarang perhatian. Ini akan menghasilkan natijah yang merbahaya dan melemahkan jiwa mereka.

Perlu juga diingat, jauhi sifat suka membeza-bezakan anak-anak walaupun dalam perkara yang remeh dan berikan peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan tanpa menghina dan mempersendakannya.

Demikian juga, tidak dapat tidak, kita perlu menanam rasa cintakan Allah dalam diri anak-anak bahawa Dialah yang memberi segala nikmat dan tiada siapa di kalangan kita yang memiliki kelebihan dengan bakat dan kebolehan yang dianugerahkan. Segala rezeki yang dibahagi-bahagikan oleh Allah di kalangan hambaNya adalah dengan kehendakNya dan sebagai ujian terhadap hambanya. Sekiranya kita mentaati Allah dan mengabdikan diri dengan rezeki yang dianugerahkan, nescaya Allah akan meredhai kita di dunia dan akhirat. Sebaliknya, jika sekiranya kita melakukan dosa kepada Allah dengan anugerah rezeki tersebut maka kita akan mendapat kemurkaan dan akibat buruk. Risiko yang ditanggung samada ke atas hal keadaan diri atau terhadap harta benda kita.

Kesimpulannya: Kita perlulah mendidik anak-anak dalam suasana yang sihat dan harmonis, bukannya menanam rasa iri hati, tidak suka orang lain mendapat kebaikan dan kelebihan. Tidak berbangga dengan diri sendiri dan tidak sukakan populariti serta tidak

45

Page 47: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

bermegah-megah dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah. Kita hendaklah bertaqwa kepada Allah dengan apa yang ada pada diri kita dan membersihkan diri dari sifAt sifat keji. Sejahtera anak-anak adalah dengan sejahteranya kita dan rosaknya mereka juga dengan rosaknya kita.

RAWATAN KHUSUS

Perkara yang dimaksudkan adalah cara untuk mengubat jiwa yang lemah. Terdapat banyak cara dan saya sebutkan di sini sebahagian darinya sahaja Insyaalah.

1. Perkara yang paling utama ialah kemahuan untuk mengubah diri. Mengakui kelemahan yang ada dalam jiwa. Sentiasa berusaha untuk menentukan jenis penyakit kerana dengan itu akan melahirkan keazaman dan kemahuan untuk mengubati penyakit jiwanya.

Ini bukanlah suatu perkara yang mudah. bahkan memerlukan kepada ketegasan terhadap dirisendiri, tafakkur dan memohon pertolongan mutlak dengan Allah

Firman Allah SWT:

حتى قوم على أنعمها نعمة مغيرا يكن لم الله بأن ذلكبأنفسهم ما يغيروا

Maksudnya: Demikian itu sebabnya (balasan), kerana Allah sekali-kali tidak mengubah nikmat yang dianugerahkanNya kepada suatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

[Al Anfal: 53]

Rasulullah SAW pula bersabda

بأنفسهم ما يغيروا حتى بقوم ما يغير ال الله إنMaknanya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan

suatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.

2. Membuat resolusi diri sendiri bahawa melakukan perubahan hanya kerana Allah. Segala

46

Page 48: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

urusan bermula dan berakhir dengan izin Allah SWT dan dengan keagungan rahmatNya.

Firman Allah SWT:

مع تجعلوا وال مبين نذير منه لكم إنى الله إلى ففروامبين نذير لكم إنى ءاخر إلها الله

Ertinya: Maka larilah kamu kepada (keredhaan) (Allah mengikut perintahnya). Sesungguhnya aku memberi peringatan yang terang kepadamu daripadaNya. Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah. Sesungguhnya aku memberi peringatan yang terang kepadamu daripadaNya.

(Az Zariat: 50)

Ibnu Al Jauzi menafsirkan ayat tersebut bahawa: Larilah dari kekufuran dan kederhakaan yang boleh mendatangkan balasan siksa daripada Allah kepada ketaatan dan keimanan yang boleh mendatangkan ganjaran yang baik.

Berkaitan dengan ayat ini Al Khazin pula menjelaskan:

Diulang lafaz ( مبين نذير منه لكم إنى ): Sesungguhnya aku memberi

peringatan yang terang kepadamu daripada-Nya. ketika suruhan supaya taat kepada perintah Allah dan tegahan daripada melakukan syirik kepada-Nya, agar dapat difahami bahawa iman tidak akan bermanfaat melainkan jika disertakan dengan amalan sepertimana juga amalan tidak akan menghasilkan manfaat melainkan jika disertakan dengan iman.

Sesungguhnya Allah Ta`la mengetahui bahawa kita sendiri tiada punya kuasa melawan nafsu bersendirian dan kita juga tidak mampu berdiri sendiri menghadapi serangan dan godaan syaitan. Maka Allah SWT tidak mengharap dari kita melainkan mengakui kelemahan diri sendiri. Kita hanya dikehendaki agar tidak memandang bahawa segala usaha dan kekuatan lahir dari diri sendiri semata-mata, sebaliknya segala usaha dan kekuatan hanyalah dari Allah. Hendaklah diyakini bahawa kita tidak memiliki keupayaan terhadap diri sendiri. Jika Allah membiarkan kita maka kita akan menjadi tawanan dan hamba kepada nafsu.

Allah hanya menghendaki agar kita kembali kepada asal dan hakikat kejadian yang sebenar. Setiap individu adalah bermula daripada kelemahan. Kekuatan, kesihatan, harta, kemegahan dan segala perkara yang mendatang akan lenyap dengan sekelip mata. Sepertimana fiman Allah SWT:

47

Page 49: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

ضعف بعد من جعلكم ثم ضعف من خلقكم الذي الله يشاء ما يخلق وشيبة ضعفا قوة بعد من جعل ثم قوةالقدير العليم وهو

Maksudnya: Allah yang menciptakan kamu (mulai) dari lemah, kemudian menjadikan kuat sesudah lemah, kemudian menjadikan lemah dan beruban sesudah kuat. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

[Ar Rum:54]

Segala penyesalan hanya semata-mata kerana Allah SWT, merasa hina diri dan sentiasa mengakui kelemahan diri. Sekiranya Allah Ta`ala membiarkan kita, nescaya kita akan menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan sebagai ikutan seterusnya hanyut kelemasan dalam lautan dunia. Kenapa tidak?, Allah SWT lah yang mencampakkan rasa kasih kepada keimanan dan menjadikannya perhiasan dalam hati dan menyematkan dalam hati manusia rasa benci kepada kekufuran, kefasiqan dan pendurhakaan terhadap Allah. Sesiapa yang inginkan pertolongan dan bantuan Allah yang tidak pernah putus, ia perlu menunjukkan kefakiran diri terhadap Allah dan berhajat kepada rahmAt Nya, hiduplah dalam hakikat kefakiran tersebut sekalipun ia memiliki kekuatan dan kekayaan demi untuk membenarkan firman Allah:

الغني هو والله الله إلى الفقراء أنتم الناس أيها ياالحميد

Maksudnya: Hai manusia kamu sebenarnya fakir (berkehendak) kepada Allah dan Allah Maha Kaya lagi terpuji.

[Fatir:15]

Inilah merupakan suatu inisiatif hakiki sebagai langkah permulaan untuk rawatan penyakit jiwa dan jalan untuk kembali ke pangkuan Ilahi.

Kata Ibnu Qayyim: Setiap hamba perlu mempersaksikan bahawa setiap zarah dalam dirinya, zahir dan batin berhajat kepada Allah secara mutlak. Allahlah yang mengurus segala galanya, Dialah yang memperelokkan dan memberi mereka kejayaan. Maka terhasilah dalam hatinya penyesalan tersendiri yang tidak menyerupai dengannya sesuatu pun. Melihat dirinya seolah-olah seperti sebiji bekas yang telah dihentak dan dikemekkan dengan kaki. Bekas itu tidak memberi sebarang manfaat lagi dan tidak boleh digunakan melainkan setelah dibentuk semula.

48

Page 50: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

3. Menggandakan usaha dalam melerai kemelut jiwa.

Perkara ini adalah berasaskan kepada firman Allah SWT:-

المؤمنين أول كنا أن خطيئاتنا ربنا لنا يغفر أن نطمع إناMaksudnya: Sesungguhnya kami amat mengharapkan

(tamak) Tuhan mengampuni kesalahan kami kerana kami orang yang mula-mula beriman.

[As Syu’ara: 51]

هب رب الدين يوم خطيئتى لى يغفر أن أطمع والذى فى صدق لسان لى واجعل وألحقنىبالصالحين حكما لى

.اآلخرينErtinya: Dan yang amatku harapkan (tamak) agar

mengampuni kesalahanku pada hari pembalasan. Ya Tuhanku berilah aku ilmu pengetahuan dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang soleh. Dan jadikanlah bagiku pujian yang benar dalam generasi yang kemudian.

[As Syu’ara:81]

Ketika ini, seseorang hamba itu perlu banyak bertafakkur dan merenung diri sendiri. Dengan itu, boleh mencetuskan kemahuan untuk berubah secara lebih efektif. Memperbanyakkan memohon pertolongan, petunjuk dan restu Ilahi. Sering membuat pertemuan secara peribadi dengan rakan-rakan yang banyak menghampirkan diri dengan Tuhan dan meminta mereka menjelaskan segala keaiban dan kesilapan dirinya. Berikan peluang sepenuhnya kepada mereka untuk menyatakan hakikat kelemahan dirinya dan jadikan mereka sebagai cermin diri. Dengarlah dengan baik segala apa yang diluahkan oleh mereka sehingga ia benar-benar mengerti tentang hakikat penyakit kelemahan jiwa yang telah bertapak di dalam dirinya. Akhirnya ia akan menyesali dan merasakan kepahitan penawar tersebut. Ini adalah suatu pendirian yang mencabar dan sukar untuk diterima.

Awasilah diri dari cubaan membela kesilapan diri sendiri di hadapan orang yang telah ditemui, supaya tidak berlepas diri dari kesilapan sendiri. Sebaliknya perlulah berlapang dada agar sahabatnya dapat memperkatakan segala kelemahan dan kesilapan dirinya.

Kata Ibnu Qaiyyim: Jika Allah menghendaki hamba-Nya dengan suatu perkara yang baik, Allah akan melontarkannya ke lembah dosa yang dikesalinya. Setelah itu, ia akan dapat mengenali

49

Page 51: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

keburukan diri sendiri dan “menundukkan kepalanya”. Menghindarkan diri dari penyakit takabbur dan besar diri. Itulah merupakan ubat untuk menyembuhkan penyakit yang melarat.

Dengan banyak merenung kesilapan diri di peringkat ini akan mencetuskan penyesalan dan melahirkan keinginan untuk bertaubat, beristighfar dan menyesali segala kesilapan yang lampau.

4. Membina diri.

Menitikberatkan pembinaan dan pembentukan dalaman iaitu pembentukan akal, hati dan jiwa. Berkembangnya akal fikiran dan tercetusnya globalisasi minda adalah dengan ilmu kerana tanpa ilmu manusia tidak berupaya untuk menuju kepada Allah dengan jalan yang betul dan selamat.

Jalan menuju Allah penuh dengan halangan dan liku-liku. Ia tidak dapat dikenalpasti melainkan dengan pertolongan Allah dan berbentengkan ilmu pengetahuan. Hati ialah tempat untuk mengenal Allah. Celik hati, bermakna mereka perlu menghambakan diri kepada Tuhan. Ubudiah (pengabdian) seperti ini dapat diserlahkan melalui tunduk dan penyerahan diri yang mutlak kepada qadha` dan qadar Allah serta kembali dan takut pada-Nya. Taat suruhan Allah menjauhi segala larangan-Nya, menyukai apa yang disukai Allah dan membenci apa yang dibenci Allah. Membuat perhitungan dengan Allah dan marah hanya kerana-Nya. Hati jika dibiarkan maka akan berkarat dan gelaplah cerminnya. Untuk itu, mengambil berat tentang hati dan mengembalikan sinarnya adalah asas terpenting dalam proses pembinaan diri insan.

Ia bermula dengan taubat nasuha di atas segala dosa yang lalu dan menghilangkan hijab yang menutup pandangan hatinya. Pemerhatian serius adalah perlu untuk memastikan sinarnya berterusan. Ini tidak dapat dilakukan melainkan dengan istiqamah dalam beramal soleh. Tugas ini, umpama proses penyuburan “pokok iman” dalam hati. Kesuburan dan kesegarannya akan terserlah pada cermin hati, seterusnya menambah sinaran cahayanya yang bergemerlapan.

Dengan itu maka perlulah kita memelihara sembahyang jemaah di masjid di awal waktu, sentiasa menanti azan bila berpeluang, mengakhiri solat dengan wirid yang ma’thur, bersembahyang sunat, bangun tidur sebelum subuh untuk sembahyang walaupun hanya dua rakaat bermunajat kepada Allah SWT dengan penuh khusyu`, merintih dan menghina diri sendiri atas segala kesalahan yang lampau. Menunaikan solat subuh di masjid dan beriktikaf sehingga terbit fajar. Mengisi waktu dengan bacaan Al Quran dan zikir. Setiap orang juga mestilah mempunyai wirid khusus untuk bacaan harian.

50

Page 52: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Di samping itu, kita perlu memperbanyakkan puasa, sedekah, doa, menziarahi kubur dan mengiringi jenazah serta menjauhi diri dari memakan benda haram dan segala apa yang ada kesamaran (shubhah) padanya kerana memakan makanan haram boleh mendatangkan penyakit di dalam hati yang susah untuk diubati.

Rasulullah SAW telah memberi amaran tegas agar menjauhi makanan yang haram dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Seorang lelaki yang bermusafir jauh perjalanannya, tidak terurus rambutnya dan berdebu, menadah tangan ke langit sambil berkata Ya Tuhan…Ya Tuhan, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, sumber makanannya haram maka bagaimanakah dikabulkan doanya!”

Bersabda Rasulullah SAW kepada Saad Bin Abi Waqqas:

الدعوة مستجاب تكن مطعمك أطبMaksudnya: Elokkanlah pemakananmu nescaya

dimustajabkan doamu.

Makan-minum dan pakaian dari sumber yang haram menyebabkan doa tidak dimaqbulkan oleh Allah.

JIWAKita perlu bermujahadah mendidik jiwa dan memerangi

hawa nafsu. Ini memerlukan kepada kesungguhan yang bukan kepalang kerana kita memerangi perkara yang menjadi kegemaran dan kesukaan yang menepati citarasa hawa nafsu.

Memerangi hawa nafsu bermula dengan menanam rasa permusuhan terhadapnya di dalam jiwa. sepertimana yang difirmankan oleh Allah:

جعل وما اجتباكم هو جهاده حق الله فى وجاهدوا هو إبراهيم أبيكم ملة حرج من الدين في عليكم

ليكون ليكون هذا في قبل من المسلمين سماكم الناس على شهداء وتكون عليكم شهيدا الرسول موليكم هو بالله واعتصموا الزكاة وآتوا الصالة فاقيموا

النصير ونعم المولى فنعم

51

Page 53: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

Maksudnya: Berjuanglah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dan Dia (Allah) menamakan kamu Islam dari dahulu dan dalam Quran supaya Rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu, Maka Dia sebaik-baik wali dan sebail-baik penolong.

[Al Hajj: 78]

Berhubung dengan ayat ini Ibnul Mubarak telah berkata: “Ia merupakan jihad memerangi hawa nafsu.”

Menurut ayat ini juga dapat difahami bahawa tiada sebarang kepayahan untuk iltizam dalam melaksanakan perkara yang dituntut oleh agama. Kepayahan akan dirasai oleh mereka yang sememangnya tiada kemahuan.

Kita hendaklah bertegas dengan hawa nafsu, menjauhkan diri dari segala gangguan yang boleh mengingatkan kita ke arah menuruti kehendaknya. Hendaklah kita bertanya kepada diri sendiri tentang segala dorongan yang menjadikan kita cenderung kepadanya. Apabila semua itu dapat dikenalpasti dan unsur-unsur kelemahan dapat dikesan serta dikenali, maka bolehlah dimulakan rawatan yang lebih menyeluruh merangkumi segala bentuk tingkah-laku yang bercanggah dengan kehendak agama.

Sesiapa yang merasakan dia terkesan dengan kehebatan diri sendiri, merasakan ia memiliki segala ketinggian dan kemuliaan diri mengatasi orang lain; maka mulakan dengan melazimi sifAt sifat tawadhu` secara berterusan, membiasakan diri mendampingi orang-orang faqir dan miskin, mencari orang-orang yang banyak menjalankan kerja-kerja dakwah dan berilmu untuk didampingi. Ini semua akan menundukkan jiwa dan nafsu apabila mendapati bahawa masih ramai lagi orang yang lebih tinggi kedudukan daripadanya. Dengan itu, dia tidak lagi ditimpa musibah sifat takabbur dan tidak terpedaya lagi dengan diri sendiri, bahkan dia akan sentiasa merendahkan diri.

Sesiapa yang mendapati dirinya suka bercakap manakala orang lain mendengar kata-katanya, maka hendaklah bermujahadah untuk membiasakan dirinya dengan berdiam. Jika mereka merasakan dirinya tidak suka kebaikan dan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain, hendaklah ia menemui orang yang berkenaan dan ucapkan tahniah di atas nikmat yang telah diperolehi serta memperbanyakkan puji-pujian tentang mereka di hadapan orang lain, mudah-mudahan dengan demikian dapat menghilangkan rasa iri hati dan dengkinya terhadap orang tersebut.

52

Page 54: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

Apabila berterusan dengan sifAt sifat tersebut dalam tempoh yang tidak lama akan berjaya memahatkan sifAt sifat yang mulia dalam diri insan. Seperti mana sebuah kereta apabila terbabas jauh ke sebelah kiri maka hendaklah kita segera membelokkan semula kereta ke sebelah kanan, agar kereta kembali berada di lorongnya yang sebenar.

Sesiapa yang ingin merawat dirinya maka hendaklah sanggup menanggung kepahitan penawar untuk mengubati hatinya. Al Imam Abu Hamid Al Ghazali menyebut: “Sepertimana perlu ada kesanggupan untuk menanggung kepahitan penawar dan kesabaran untuk mengekang segala keinginan ketika merawat badan, demikian jugalah kita perlu sanggup menanggung kepahitan bermujahadah dan kesabaran dalam merawat penyakit hati, bahkah ini lebih utama lagi daripada rawatan badan.”

Penyakit tubuh badan berakhir dengan mati manakala penyakit hati…? Penyakit yang kekal buat selama-lamanya.

5. Sentiasa bermuhasabah dan menghukum diri ketika perlu. Ianya tidak sempurna melainkan kita jadikannya sebagai wirid untuk muhasabah harian.

Mungkin kita boleh mulakan dengan satu atau dua elemen kelemahan diri dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya serta memerangi habis-habisan. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga menjadi kebiasaan, kemudian berpindah kepada elemen yang lain pula. Sehinggalah lenyap semua penyakit tersebut dari dirinya. Hendaklah dimulakan dengan perkara yang termudah untuk menanam sikap percaya pada diri dan melihat sendiri hasil gerak kerja mujahadah dengan mata kepalanya.

Ketika menilik diri, maka hendaklah meletakkan syarat bahawa kita tidak akan kembali kepada sifat keji tersebut, sekiranya ia berulang kembali maka kita akan mengenakan hukuman ke atas diri sendiri.

Telah berkata seorang lelaki kepada Umar bin Abdul Aziz: “Bilakah perlu aku bercakap? Umar menjawab: “Bila engkau sukakan diam.” Dan berkata lagi lelaki itu: “Bilakah perlu aku diam? Maka berkata Umar: “Bila engkau gemar untuk bercakap.” Saidina Umar – (semoga Allah merahmati beliau) – apabila menulis sesuatu kemudian takut akan berasa u`jub dengan amalannya maka beliau akan mengoyakkannya segala tulisannya. Lalu berkata:

نفسي شر من بك أعوذ إني اللهمErtinya: Ya Allah aku berlindung dari Engkau dengan sifat

buruk yang terdapat dalam diriku ini.

53

Page 55: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

Sesungguhnya Al Ahnaf bin Qais menghampiri sebuah pelita dan meletakkan jarinya, kemudian berkata: “Rasakankanlah” kemudian beliau berkata: Wahai Al Ahnaf yang kerdil ( ( حنيف jika engkau tidak terdaya berbuat demikian pada hari ini, bagaimana pula engkau akan menanggung siksaan api neraka.

Telah berkata Urwah bin Az Zubair RA: “Aku telah melihat sebekas air di atas bahu Saidina Umar RA. Maka aku pun berkata: Tidak selayaknya bagi engkau perbuatanmu ini.” Maka beliau menjawab: “Aku telah didatangi oleh satu rombongan yang sentiasa mendengar dan mentaatiku, telah masuk ke dalam hatiku perasaan gah dan aku ingin menghilangkannya.”

Ibnu Taimiyah apabila dipuji secara berhadapan akan berkata: “ Demi Allah, sesungguhnya aku hingga sekarang memperbaharui Islamku pada setiap waktu, aku masih lagi belum Islam dalam ertikata yang sebenar.”

Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan ke atas diri itu, berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Kadang-kadang, denda dengan cara mengeluarkan harta dan mendermakannya ke jalan Allah adalah terlalu berat bagi sesetengah orang. Terkadang pula, mendedahkan kesilapan dan kelemahan diri di hadapan orang lain adalah lebih berat dan amat menyakitkan bagi orang lain.

Yang paling penting ialah kita dapat mencapai maksud iaitu mengasuh jiwa bahawa hukuman sedia menanti sekiranya dia menyalahi perjanjiannya dengan diri dan terlanjur melakukan perbuatan salah.

Perkara yang paling penting dalam usaha untuk berjihad dengan diri sendiri ialah dengan membanyakkan puasa. Sepertimana yang disebutkan oleh Al Imam Abu Hamid Al Ghazali- Nafsu tidak dapat dipatahkan dan ditewaskan sepertimana berlapar, nafsu menjadi tenang bersama Tuhannya dan khusyuk kepada Allah seterusnya mengakui segala kelemahannya.

6. Berdamping dengan orang-orang yang baik dan mulia serta sesiapa yang lebih istimewa daripadanya di segi bakat dan kemampuan yang sama. Terutamanya bakat yang ia sangkakan dirinya mengatasi orang lain.

Berkata Ibnu A`taillah:

مقاله الله على يدلك وال حاله ينهضك ال من تصحب الMaksudnya: Janganlah bersahabat dengan mereka yang

tidak membangkit semangat untuk taat kepada Allah, amal

54

Page 56: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

kelakuannya dan percakapannya tidak memimpin diri engkau dekat kepada Allah.

Sahabat merupakan sebahagian daripada akal yang dimiliki seseorang. Ia juga merupakan cermin kepada diri kita.

Sekiranya seseorang merasakan dirinya memiliki potensi dalam berkhutbah dan memberi pengajaran kepada orang lain maka hendaklah ia mendampingi orang orang lebih hebat daripadanya dalam bidang yang sama. Dia akan melihat kesannya dan ini akan dapat menundukkan dirinya bahawa dia bukanlah hebat dalam bidang yang berkenaan, demikian jugalah dalam bidang-bidang yang lain.

7. Sentiasa mengikuti kisah perjalanan hidup para solehin dan orang-orang yang tawadhu’.

Mulakan dengan mempelajari kisah hidup Rasulullah SAW bagaimana tawadhu’nya Penghulu sekelian makhluk. Perhatikan juga perjalanan hidup para sahabat dan salfussoleh, bagaimana hal ehwal dan sifat tawadhu’ mereka, meskipun mereka telah mencapai tahap yang begitu tinggi.

Perlu juga ada suatu momentum yang melonjakkan kita untuk terus merawat diri tanpa ada rasa lemah semangat dan sifat malas.

Momentum tersebut adalah dorongan perasaan takut dan gelojak jiwa terhadap keagungan Allah kerana mengenangkan keadaan diri yang serba kekurangan untuk bertemu Allah SWT serta takutkan api neraka dengan apa yang ada di dalamnya rantai ( pohon zaqum dan bahang panas yang ,(أغالل) belengguan ,(سالسيل

membakar (لهب).

Segala kerunsingan ini akan mendorong kita untuk meninggalkan maksiat sama sekali kerana takut menjadi penyebab kepada kemurkaan Allah dan akan merasai siksaanNya. Sepertimana firman Allah:

الله سبيل عن صددتم بما السوء وتذوقواMaksudnya: Dan kamu rasai siksaan sebab kamu halangi

jalan (agama) Allah.

[An Nahl: 94]

Dengan itu, kosongkanlah diri kita daripada runtunan hawa nafsu dan hindarilah segala sumber yang meransang kepadanya. Bila bertambahnya tahap ketakutan kita kepada Allah maka bertambahlah

55

Page 57: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

keinginan dan berkobarlah semangat untuk membebaskan diri dari belenggu penyakit ini.

PENUTUP

Perbicaraan topik ini diakhiri dengan ucapan Syed Qutub:

القدرة من معين مستوى الى نصل عندما حتى ، لنا اآلخرين مساعدة نطلب أن يعيبنا ال أنه نحس قيمتنا من يغض وال ، مقدرة منا أقل هم الذين أولئك

الوصول على ساعدتنا قد لنا اآلخرين معونة تكون أن بأنفسنا شيء كل نصنع أن نحاول إننا ..فيه نحن ما إلى

56

Page 58: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

أن أو ، لنا اآلخرين من العون نطلب أن ونسكتنكف في الغضاضة نستشعر كما ، جهودنا إلى جهدهم نضم

صعودنا في أثر العون لذلك كان أنه الناس يعرف أن بأنفسنا ثقتنا تكون ال حين كل هذا نصنع إننا ..القمة الى

من ناحية في ضعفاء بالفعل نكون عندما أي كبيرة من نستشعر فلن حقا أقوياء نكون حين وأما ، النواحي

يدك يبعد أن يحاول الذي هو الطفل إن ، شيئا كله هذا.المسير في يتكفأ وهو تسنده التي

، القدرة من معين مستوي الى نصل عندما الشكر ..والفرح الشكر بروح لنا اآلخرين عون سنتقبل

بما يؤمن من هناك بأن والفرح ..عون من لنا يقدم لما .والتبعة الجهد فيشاركنا ..نحن به نؤمن

“…Ketika mana kita sampai pada peringkat keupayaan tertentu, kita akn merasai bahawa tidak menjadi keaiban jika kita meminta pertolongan orang lain, walaupun keupayaan mereka itu kurang daripada kita. Pertolongan mereka samasekali tidak menjejaskan kredibiliti yang ada pada kita sekiranya kita menjadikannya sebagai pemangkin ke arah membantu menyampaikan kita pada suatu tahap yang telah kita capai. Sesungguhnya kita telah cuba untuk melakukan segalanya dengan diri sendiri dan enggan meminta bantuan orang lain dengan tidak menggabungkan usaha mereka bersama usaha kita sepertimana kita merasakan menjadi suatu keaiban jika orang mengetahui bahawa pertolongan tersebut memberi kesan ke arah mengangkat diri kita ke kemuncak yang tinggi. Sesungguhnya kita lakukan semua ini di saat kita kurang percaya terhadap diri sendiri dan sememangnya kita lemah dalam aspek tertentu. Adapun ketika kita benar-benar mempunyai kekuatan, kita tidak akan merasakan semua itu sedikit pun. Hanya kanak-kanak sahaja yang cuba menepis tangan kita yang membantunya, sedang dia masih bertatih.

Apabila kita berada pada suatu tahap keupayaan, kita akan menerima bantuan orang dengan rasa syukur dan gembira. Syukur di atas bantuan yang dihulurkan. dan gembira kerana terdapat di sana

57

Page 59: Fenomena Kelemahan Jiwa

النفس الضعف ظاهرة Fenomena Kelemahan Jiwa

orang yang mempercayai seperti mana kita percaya.. Maka mereka turut serta bersama kita mengerah tenaga dan memikul bebanan.

Akhir sekali kita memohon kepada Allah SWT semoga menolong kita dan tidak membiarkan kita menentukan nasib diri sendiri walaupun sekelip mata, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Menjawab.

العالمين رب لله والحمد

RUJUKAN

الغزال حامد أبو- الدين علوم إحياء

0 قطب سيد- الروح أفراح

صالح المنعم عبد – القيم البن- السالكين مدارج تهذيب

الحنبلي رجب ابن- والحكم العلوم جامع

الجوزي بن الفرج ابو- الهوى ذم

البوطي رمضان سعيد .د -الطائية الحكم شرح

58

Page 60: Fenomena Kelemahan Jiwa

Fenomena Kelemahan Jiwa النفس الضعف ظاهرة

الجوزي بن الفرج أبو -الصفوة صفوة

قطب سيد -القران ظالل في

حسن الرحمن عبد -وأسسه اإلسالمية أخالق

الميدان حبنكة

النووي -المرسلين سيد كالم من الصالحين رياض

لحس للرئاسة التطلع- 1212- العدد: الكويت – المجتمع مجلة

بشير

اإلمام ورد على البوطي رمضان سعيد محمد الدكتور مقدمة

النووي

59