kek buah kukus lembab

2
Kek Buah Kukus Lembab Respi: Jamayah Bujang Size acuan- 10" Bahan bahan: 500 gm butter 6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B 2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm 2 sk vanilla Bahan Ayak: 600 gm tepung gandum 2 sk soda bikarbonat 1/2 sk cream of tartar 1 sk serbuk buah pala Gula Hangus: 600 gm gula 1/2 cawan air sejuk Cara cara: Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair. Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam. Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati. Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap. Masukkan adunan ke dalam bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Upload: intel-goh

Post on 18-Dec-2015

175 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

resepi sharing from Puan Jamayah Bujang

TRANSCRIPT

Kek Buah Kukus LembabRespi: Jamayah BujangSize acuan- 10"

Bahan bahan:500 gm butter6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm2 sk vanilla

Bahan Ayak:600 gm tepung gandum2 sk soda bikarbonat1/2 sk cream of tartar1 sk serbuk buah pala

Gula Hangus:600 gm gula1/2 cawan air sejuk

Cara cara:Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.

Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.

Masukkan adunan ke dalam bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.

Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.