kek lapis mentega kacang

19
Kek Lapis Mentega Kacang Kelas dah pi,barang dan peralatan membuat kek dah beli,apa lagi cuba try buat la.Guna handmixer,jenuh jugak la nak menggebukan adunan kek ni.Ni yang buat aku nak beli mesin yang bosar ni...tapi duitnyer tak do...ahak ahak.Ada saper-saper nak sponsor ke? Ni masa nak gebukan adunan telur... Adunan dah semakin gebu....

Upload: tiew-yik-ting

Post on 11-Aug-2015

191 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kek Lapis Mentega Kacang

Kek Lapis Mentega Kacang

Kelas dah pi,barang dan peralatan membuat kek dah beli,apa lagi cuba try buat la.Guna handmixer,jenuh jugak la nak menggebukan adunan kek ni.Ni yang buat aku nak beli mesin yang bosar ni...tapi duitnyer tak do...ahak ahak.Ada saper-saper nak sponsor ke?

Ni masa nak gebukan adunan telur...

Adunan dah semakin gebu....

Dipendekkan cerita,ni la hasilnya...kek lapis mentega kacang...

Page 2: Kek Lapis Mentega Kacang

Ambik masa hampir 4 jam la, ni baru separuh resepi je..kalau resepi penuh?lu pikirlah sendiri...

Apa-apa pun puas hati la kek lapis ni menjadi la jugak akhirnyer.Nak menyiapkan kek ni 4 jam,time menghabiskannyer tak sampai40 minit.Dibelasah habis oleh kakak dan angah.Tapi yangmerasmikannyer adalah abahnyer,masa kek tu dibalut untukdisimpan dalam peti ais. Lepas ni nak try resepi yg lain lak.

Ni la resepi drpd buku Resepi Kek Lapis Noraini Zakaria (http://resepinoraini.blogspot.com/)

KEK LAPIS MENTEGA KACANG

Bahan-bahan :

A

300 gm mentega

1/2 sudu teh serbuk penaik

150gm mentega kacang

Page 3: Kek Lapis Mentega Kacang

100 gm susu pekat manis

1 sudu teh esen vanila

B

200 gm gula kastor

150 gm tepung hong kong (saya guna tepung superfine)

30gm air sejuk

15 biji kuning telur

6 biji putih telur

1 sudu makan ovalette

Pewarna hijau dan coklat

Cara-caranya :1.Satukan semua bahan A dlm mangkuk adunan.Pukul hingga kembang putih.Tuangkan ke dlm mangkuk yg besar.2.bhn B :dlm mangkuk lain,satukan kuning telur,putih telur,gula kastor dan ovalette.Pukul selama 10 minit pd kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu.Masukkan air sejuk,tepung hong kong dan pukul lagi hingga adunan pekat.3.Tuangkan adunan mentega ke dlm adunan tepung tadi.Gaul perlahan2 hingga bercampur rata.4.Bahagikan adunan kpd 2.Satu bahagian dibubuh

Page 4: Kek Lapis Mentega Kacang

pewarna hijau.5.Bahagian kedua dicampurkan pewarna coklat.6.Tuangkan satu senduk adunan warna coklat ke dlm tin pembakar.Bakar dgn api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.7.Setelah masak ratakan satu senduk adunan hijau.Bakar dgn api atas shj hingga masak.8.Utk lapisan ke 3, ulangi lapisan warna coklat,begitulah seterusnya hingga lapisan terakhir di bakar.9.Tutup permukaan tin dgn kertas aluminium,bakar semula dgn api dan bawah selama 15 minit.

Tip : Jika adunan menggunakan ovalette,ia hendaklah dipukul bersama telur dan gula kastor hingga pekat.Jika tidak kek yg dimasak akan menjadi padat dan berminyak,ia tidak gebu seperti sepatutnya.

KEK LAPIS PRUNE AISKRIM

Resipi sumbangan dari Saudari Siti Adawiah dan telah dicuba oleh Kak Halimah Anang. Terima kasih kepada anda berdua yang sudi berkongsi resipi ini bersama D dulu.

KEK LAPIS PRUNE AISKRIMResipi Sumbangan: Siti AdawiahGambar Sumbangan: Kak Halimah Anang

Bahan-bahannya500gm mentega

Page 5: Kek Lapis Mentega Kacang

4 sudu makan susu manis1 sudu teh esen pisangBahan-bahan diatas ini dipukul hingga putih

22 biji kuning telur,gunakan 5 putihnya230gm gula150gm tepung hongkong1 sudu makan ovalette

250gm prune-digunting kecil2-diketepikan

Pukul telur dan gula hingga kembang lalu masukkan ovalette diikuti dengan tepung. Gaul sebati dan dibahagi 2. Satu diwarnakan hijau dan yang lagi satu diwarnakan merah dan dibubuh prune. Bakar selapis2 hingga selesai.Lapisan terakhir dibakar pada suhu oven selama 15 minit pada suhu 150C atau hingga tepinya merekah.

Kek Lapis Buah Delima Labels: Cake, Kek, Kek Lapis

Kek lapis ni sama dengan resepi ‘Cherry blossom layere cake’ dari buku resepi Jamie Wong. Bezanya Cuma bahan yg diguna. Jamie’s version guna tepung kastard & bukan guna horlicks & kaya. Kek ni sebenranya kek kukus & nampak lebih cantik kalau dikukus. Tapi boleh bakar.

Bahan2 (utk isi buah prune):4 oz butter

Page 6: Kek Lapis Mentega Kacang

4 biji telur4 sudu makan susu pekat manis1 cawan tepung gandum½ cawan gula3 peket kecil buah prune

Cara2 membuat buah prune :-1. Pukul butter dgn gula hingga kembang.2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang.3. Masukkan tepung & gaul hingga sebati & kemudian masukkan susu pekat & esen vanilla.4. Bahagikan kpd 2 warna, merah & hijau.5. Sediakan buah prune dgn membuka luas bhgn lubang biji .6. Paipkan adunan merah & hijau ke dlm buah prune.7. Kukus hingga masak.

Nota :Lebihan adunan tadi digunakan utk melapis kek. Bahagi dua setiap adunan merah & hijau utk setiap lapisan.

Bahan utk melapis (kek) :-6 biji telur12 oz butter1 cawan gula1 ½ cawan tepung gandum1 cawan Horlick½ tin susu pekat150 gm kaya1 sudu kecil esen vanilla

Cara2 :-1. Pukul butter & gula hingga kembang.2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang.3. Masukkan tepung & horlicks & kacau hingga sebati.4. Masukkan susu pekat, kaya & esen vanilla & gaul sebati.

Nota :-1. Utk melapis, gunakan loyang 8”.2. Masukkan 1 senduk @ 4 sudu besar adunan putih ke dlm loyang & bakar hingga masak.3. Masukkan adunan hijau.4. Kemudian masukan adunan putih.5. Masukkan adunan merah.6. Masukkan adunan putih & susun buah prune warna sama.

Page 7: Kek Lapis Mentega Kacang

7. Boleh letak 16 biji prune @ utk lebih cantik, susun 25 biji prune.

8. Teruskan melapis sampai menutup buah prune.9. Masukkan adunan putih & susun buah prune selebihnya. Lapis hingga menutup buah prune.10. Masukkan adunan merah, kemudian adunan putih, hijau & putih. Bakar pd suhu 160 – 174 darjah C.

Tips :-*Utk susunan prune lebih cantik & kemas tahan buah prune dgn ‘toothpick’

Kek Lapis Lengit

note: SEDAP sangat. cukup manis. LEMAK, LEMBUT. MELT-IN-YOUR-MOUTH. rasa rempah mild. Why is that so?

Bahan:25 biji telur kuning- med size -(430)gm5 biji telur putih-(+- 170gm)500g butter200g gula1 sk ovellete400gm susu pekat*2 tbs golden syrup*1 tbs vanilla*1 tbs mixed spices*-atau lebih1/2 tsp cream of tatar- 1 pinch170g cream flour/superfine-ayak

Cara:

Page 8: Kek Lapis Mentega Kacang

pukul butter & ovellet sampai kembang, masukkan bahan bertanda * ------(A) pukul telur kuning dgn gula sampai creamy---------(B) masukkan (B) dalam (A), mix well, kaup tepung dalam bancuhan dgn spatula------(C) Pukul putin telur dgn cream of tartar sampai kembang & pekat kacau kaup putih telur dlm (C) grease 8x8" tin. alas dgn grease proof paper 90-100g each layer, grill setiap layer 3min.buat sampai habis.( this one buat 90gm ) bila dah siap , tutup dgn alum foil, bakar api atas bawah 180 15-20 min

recipe adapted from rose:

note:

telur kuning mesti betul2 kembang. juga telur putih & butter. basuh pemukul & mangkuk betul2 sebelum pukul bahan2 tadi.

masukkan extra pan/mangkok berisi air panas dlm oven bahagian paling bawah-utk meghasilkan wap jd kek lg lembap..temperature grill bergantung pada oven. .Setiap layer masak selama 3-4min.kalau grill terlebih lama setiap lapisan, kek akan jadi KERING & keras. lepas 2/3 layer pandai2 adjust temp/gas mark oven.

btw, kek ni tinggi, pan 8x8" hampir penuh.

Page 9: Kek Lapis Mentega Kacang

Mari-mari semua order kek dgnku.. Aku jual murah2 jer.Skang ni D@pur D@n Oven ada menjual beberapa jenis kek iaitu 1.Choc Moist Cake/Muffin

2.Sponge Cake (Vanilla or Choc)3.Banana Cake 4.Marble Cake5. Yam Cake

Kepada sesiapa yang nak order dgnku sila call/sms:012-9112165 atau emel jer: [email protected]

Ini adalah kek keladi yang aku buat last week. Dulu2 mama aku selalu gak beli kek ni kt kedai kek kt Kb. Memang sedap dan berkrim. Oleh kerana dh lama tak makan n disamping nak try resepi baru, aku pun buatla kek ni. Memang sedap... Tak caya tanyala opismate hubbyku. Sedapkannn??? Order ye jgn tak order...hehehe

Page 10: Kek Lapis Mentega Kacang

Resepi: Kek KeladiSumber: Lupala. dah lama amik

Bahan-BahanKek Span (resepi aku dh bg)

Topping Keladi1 kg keladi1/2 cawan gula3 biji telur (A)120 g santan pekat300 ml air1/4 cawan tepung gandum20 g tepung jagung25 g gelatinbeberapa titik pewarna ungu1/2 sudu teh garamkelapa kering sebagai hiasan

Page 11: Kek Lapis Mentega Kacang

Cara-Cara1. Kupas keladi dan potong2kan. rebus hingga empuk2. blend keladi dgn telur. Masukkan ke dalam periuk. Campurkan bahan2 lain hingga sebati. Kacau hingga mendidih dan masak3. Potong kek span kpd 3 bhgn.4. Ambil satu lapis kek dan sapukan krim keladi ke atasnya. Ulang sampai lapisan kek yang ketiga.5. Tutup kek dgn krim keladi dan taburkan dgn kelapa kering6. Masukkan ke dalam peti sejuk bebrapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

Kek Lapis Nutella - Strawberry

Ni hasil kek lapis Nutella-Strawberry aku amik dari Blog Bro Rozzan...Kebanyakan resepi kek lapis Bro menggunakan 'butter method'...cara ni mudah, x yah nk tukar2 bowl & cepat jer...resepi

aku CNP terus...gambar aku CNP gak utk rujukan aku....rasanya aku pukul adunan x betul2 kembang sbb tu la mcm moist sesgt...pakai handmixer kan...hasilnya x sama cm guna

standmixer...

KEK LAPIS NUTELLA STRAWBERRY

Bahan-Bahan

Page 12: Kek Lapis Mentega Kacang

450 gm mentega160 gm gula1 sudu teh ovellette10 biji telur (saiz besar)1 tin (397gm) susu pekat manis240 gm tepong Hong Kong100 gm horlicks200 gm Nutella

secukup ceri atau chelory tips40 gm serbuk aiskrim strawberry1 sudu teh esen strawberry

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh serbuk aiskrim strawberry, esen strawberry dan pewarna merah jambu. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek. Manakala pada lapisan strawberry, kalau suka, bolehlah dibubuh cherry atau chelory tips.

Page 13: Kek Lapis Mentega Kacang

Ni lak hasil dari Bro Rozzan...calornya cantik jer...x mcm aku buat....

Aku taruk resepi Kek Lapis Nutella utk rujukan aku...Aku CNP terus dari blog Bro Rozzan...

KEK LAPIS NUTELLA

Bahan-Bahan500 gm mentega180 gm gula1 sudu teh ovellette

10 biji telur (saiz besar)1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong100 gm horlicks220 gm Nutella

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu

Page 14: Kek Lapis Mentega Kacang

masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.

contoh :

Page 15: Kek Lapis Mentega Kacang

KEK LAPIS OREO

Ini sebenarnya resipi kek lapis cadbury dari blog "Rozzan"....tapi mat tukar dengan oreo...Apa2 pun kredit harus dibagi kepada rozzan kerana kepakaran beliau dalam bab lapis melapis nihh!!!!.

BAHAN-BAHANNYA :-)500 g mentega10 biji telur gred A150 g gula kastor100 g biskut marie, kisar halus50 g serbuk santan100 g susu pekat manis180 g tepung gandumBiskut oreo secukupnya, dibuang cream

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.

2. Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (mat guba kaler oren dan hijau). Letak 4 camca besar adunan oren, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama 5 kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan kaler oren hingga masak.

4. Selang seli kan dengan warna hijau. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap...

Page 16: Kek Lapis Mentega Kacang