kedudukan modal insan malaysia di peringkat global

Upload: abdul-hadi

Post on 06-Mar-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Modal Insan di Malaysia

TRANSCRIPT

KEDUDUKAN MODAL INSAN MALAYSIA DI PERINGKAT GLOBAL

Kedudukan Malaysia yang ingin dibincangkan dalam laporan ini ialah berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2013. Terdapat empat cabang utama yang dijadikan sebagai kayu pengukur dalam mengukur kedudukan indeks modal insan sesebuah negara. Laporan kajian yang dibuat meliputi 122 negara iaitu mewakili 97% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dunia. Gambar 1: Kriteria yang dijadikan sebagai kayu pengukur dalam laporan Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2013

Empat cabang utama yang dinyatakan dalam gambar diatas ialah, tahap pendidikan, tahap kesihatan, bilangan sumber manusia bekerja dan tahap persekitaran. Empat cabang utama ini pula dibahagikan kepada kepada beberapa cabang kecil dengan beberapa penunjuk. Kesuluruhan jumlah penunjuk adalah 51. Sebagai contoh cabang kesihatan. Dibawah cabang kesihatan ada empat cabang kecil dengan 14 petunjuk. Empat cabang kecil ini merangkumi kelangsungan hidup, kesihatan, kesejahteraan dan perkhidmatan.Jika dilihatkan kepada peringkat global, pada tahun 2013 Malaysia telah menduduki tempat yang ke 22 secara kesuluruhan dari sudut penguasaan modal insan. Malaysia telah mengalahkan lebih dari 100 buah negara. Dapat dilihat kita dapat bersaing dengan negara-negara maju dan pesat membangun serta negara-negara yang berpendapatan tinggi.

Rajah 1: Kedudukan modal insan Malaysia di peringkat global

Rajah 2: Kedudukan modal insan Malaysia di peringkat negara-negara Asia dan Pasifik

Pada peringkat Asia dan Pasifik, Malaysia menduduki tempat ke 5. Malaysia berjaya mengalahkan Korea dan China. Jika diikutkan statistik, China pada 2013 mempunyai bilangan rakyat seramai 1.35 billion berbanding Malaysia iaitu 29.7 juta. Namun, demikian kita mempunyai bilangan rakyat yang dapat menyumbang kepada negara lebih tinggi berbanding mereka. Oleh itu, kita seharusnya berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi negara kita.