kecerdasan emosi menurut pandangan hamka · pdf filekecerdasan emosi kecerdasan emosi menurut...

3

Click here to load reader

Upload: lamnhi

Post on 12-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA · PDF fileKecerdasan Emosi KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA Disediakan Oleh MOZAIMI BIN MOHAMAD Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan

Kecerdasan Emosi

KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA

Disediakan Oleh

MOZAIMI BIN MOHAMAD Pengurus Besar

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

SEORANG BUDIMAN Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur dan budinya mulia. Kelakuannya baik, mukanya jernih, sebab dia memandang hidup dengan penuh pengharapan dan tidak pernah putus asa. Apa yang diyakininya, itulah yang dikatakannya, dan apa yang dikatakannya itulah yang diyakininya. Maka kita ambillah kesimpulan, bahawa dia seorang budiman.

SEORANG CERDAS Dia cerdas, akalnya tajam, buah fikirannya baik, dan iapun cepat mengambil kesimpulan; terang otaknya, luas pandangannya dan jauh tiliknya. ORANG MASYARAKAT Dia suka bergaul, suka menolong, tidak menyisih dari masyarakat, tidak memikirkan kepentingan dirinya sendiri atau keluarganya sahaja, tidak gila pangkat; mengerti akan kedudukan orang lain dan merasa dirinya turut dalam kedudukan itu. Hormat kepada orang tua, kasih kepada orang muda, pandai bergaul, pandai berkawan. ORANG SEHAT Badannya sehat, mukanya berseri-seri kerana kesehatan tubuh dan kesehatan jiwanya. Pakaiannyapun bersih kerana kebersihan hatinya. Dia gemar akan olah-raga untuk kesehatan tubuh dan dia suka muzik untuk kesehatan batin. ORANG CERDIK-PANDAI

MOZAIMI MOHAMAD Halaman 1/3 Kecerdasan Emosi Menurut Hamka

Page 2: KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA · PDF fileKecerdasan Emosi KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA Disediakan Oleh MOZAIMI BIN MOHAMAD Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan

Kecerdasan Emosi

Fahamanya luas, penyelidikannya dalam, bacanya banyak. Sebab itu banyaklah yang diketahuinya, sehingga dia tidak merasa canggung dalam pergaulan dengan segala lapisan. Oleh kerana pengetahuannya dalam sesuatu hal, maka dia berani bertanggungjawab. PERIBADI Semuanya itu; budi, akal, pergaulan, kesehatan dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu, pada suatu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. Lemah atau kuat, berlebih atau berkurang daripada segala yang tersebut itu, menyebabkan lemah atau kuat, lebih atau kurang peribadi. Dialah yang menentukan mutu seseorang. HARGA KERBAU & MANUSIA Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaianya menghela pedati, tentu harganyapun tidak pula berlebih berkurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama “harganya”. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya. ORANG BODOH Kalau kita berkawan atau bersahabat dengan orang, harus kita ketahui bahawa sebagai manusia, dia harus mempunyai suatu segi yang lemah dalam peribadinya. Hanya orang yang bodoh yang dipenuhi perasaan semata, sentiment semata, bila ia sayang, ia lupa akan segala kesalahan. Dan bila ia benci iapun lupa akan segala kebajikan. RINGKASNYA – PERIBADI ITU: 1. Kumpulan (himpunan) sifat-sifat dan kelebihan diri, yang

menunjukkan kelebihan seseorang daripada orang lain. Sehingga ada manusia besar dan manusia kecil. Ada manusia yang sangat bererti hidupnya, dan ada yang tidak bererti sama sekali.

Masuknya tidak menggenapkan, dan keluarnya tidak mengganjilkan.

MOZAIMI MOHAMAD Halaman 2/3 Kecerdasan Emosi Menurut Hamka

Page 3: KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA · PDF fileKecerdasan Emosi KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA Disediakan Oleh MOZAIMI BIN MOHAMAD Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan

Kecerdasan Emosi

2. Kumpulan (himpunan) akal-budi, kemahuan, cita-cita dan bentuk tubuh. Hal itu menyebabkan harga kemanusiaan seseorang berbeza dari yang lain.

RINGKASNYA: Semua yang dinyatkan oleh hamka itu menggambarkan kedudukan

kecerdasan emosi seseorang. Andalah yang menentukan segala-galanya untuk melayari hidup

anda!

Hamka, 1950, Pribadi

MOZAIMI MOHAMAD Halaman 3/3 Kecerdasan Emosi Menurut Hamka