keberkesanan kaedah belajar sambil main...

17
79 Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN DALAM MENINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA LISAN DALAM KALANGAN MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN Md. Nasir Bin Masran Ain Hazwani Binti Abu Kasim Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Abstract This case study is aimed to determine the effectiveness of play as a teaching method in improving oral reading competency among students with learning difficulty. The respondents of the study are three special education teachers and three students with learning difficulties. Three types of play as intervention strategies were utilized in this study. There are ‘teka teki suku kata’, singing and ‘kotak beracun bacaan bergred’. Data was gathered through interviews, observations and pre and post tests. Analysis of data was done manually. The results indicated that learning through play is effective in improving oral reading competency among students with learning difficulties. Key words Learning through play, oral reading competency, students with learning difficulties Abstrak Kajian kes ini bertujuan untuk mengetahui sama ada kaedah belajar sambil bermain dapat meningkatkan kemahiran membaca lisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran. Objektif

Upload: lamkhue

Post on 30-Jan-2018

266 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

79

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN DALAM MENINGKAT

KEMAHIRAN MEMBACA LISAN DALAM KALANGAN MURID-MURID

BERMASALAH PEMBELAJARAN

Md. Nasir Bin Masran Ain Hazwani Binti Abu Kasim

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

Abstract

This case study is aimed to determine the effectiveness of play as a teaching method in improving oral reading competency among students with learning difficulty. The respondents of the study are three special education teachers and three students with learning difficulties. Three types of play as intervention strategies were utilized in this study. There are ‘teka teki suku kata’, singing and ‘kotak beracun bacaan bergred’. Data was gathered through interviews, observations and pre and post tests. Analysis of data was done manually. The results indicated that learning through play is effective in improving oral reading competency among students with learning difficulties.

Key words Learning through play, oral reading competency, students with learning difficulties

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk mengetahui sama ada kaedah belajar sambil bermain dapat meningkatkan kemahiran membaca lisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran. Objektif

Page 2: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

80

kajian ialah mengenal pasti sama ada kaedah belajar sambil bermain berkesan dalam meningkatkan kemahiran membaca lisan bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Intervensi menggunakan tiga jenis permainan telah dilaksanakan, iaitu teka teki suku kata, nyanyian dan kotak beracun bacaan bergred. Tiga kaedah pengumpulan data, iaitu temu bual, pemerhatian dan ujian pos dan ujian pra digunakan. Hasil temu bual dianalisis secara manual. Kajian ini melibatkan tiga orang guru Pendidikan Khas dan tiga orang murid bermasalah pembelajaran Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah belajar sambil bermain berupaya meningkatkan kemahiran membaca lisan murid bermasalah pembelajaran.

Kata kunci kaedah belajar sambil bermain, kemahiran membaca lisan, murid-murid bermasalah pembelajaran.

PENGENALANMata pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu bidang akademik berfungsi yang penting kepada murid-murid Bermasalah Pembelajaran. Ini adalah bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani walaupun dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Komponen Bahasa Melayu dalam kurikulum ini menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi bersesuaian dengan tahap kefungsian mereka ke arah kehidupan yang bermakna (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Kaitan antara permainan dengan kehidupan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Permainan seringkali dijadikan wadah yang membolehkan gaya hidup seseorang itu menjadi tidak mendatar.

Justeru, dalam mengharungi alaf yang serba canggih, minat semula jadi seseorang itu boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk memenuhi objektif pembelajaran di dalam bilik darjah murid-murid bermasalah pembelajaran. Demi memenuhi matlamat ini, inovasi-inovasi baharu telah diperkenalkan, pendekatan silam dinilai semula dan dikemas kini dan kaedah pengajaran baharu dicuba dan dikaji. Maka proses pengajaran dan pembelajaran harus sentiasa bersifat dinamik untuk memenuhi keperluan serta kehendak semasa. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal bagi kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, murid-murid belajar tentang persekitaran

Page 3: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

81

dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan.

Di samping itu, membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya, 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya (Yahya, 2005).

Seterusnya, pembelajaran Bahasa Melayu juga perlu diajar dengan menggunakan pedagogi yang berbeza supaya ia kekal menarik dan tidak membosankan. Namun, jika terdapat penguasaan bahasa murid yang terbatas, hal ini berkemungkinan akan menjejaskan kelancaran proses pembelajaran di dalam kelas. Justeru, pengkaji bercadang untuk memperkenalkan kaedah belajar sambil bermain yang menarik dalam meningkatkan kemahiran membaca supaya murid-murid bermasalah pembelajaran lebih berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan baik.

Dalam masa yang sama, tidak dinafikan juga bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam akademik seperti masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah wajar mereka diberikan kemahiran dalam bidang bahasa yang mana secara relatifnya berkait rapat dengan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kebolehan dan kesediaan murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kemahiran bahasa yang dipelajari menerusi komponen Bahasa Melayu, sama ada aktiviti di dalam mahupun di luar bilik darjah memberi impak dalam kehidupan mereka.

PERNYATAAN MASALAHKajian ini bertujuan untuk melihat kaedah belajar sambil bermain sebagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran membaca lisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bab 8, Perkara 41 (3), kurikulum yang dilaksanakan berhubungan dengan pendidikan khas hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya

Page 4: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

82

secara praktikal. Pada masa itu tidak ada kurikulum khusus untuk pendidikan khas dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimanapun akta pendidikan membenarkan penggunaan mana-mana yang munasabah, sesuai dan praktikal untuk digunakan.

Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan pelaksanaan kurikulum bagi murid pendidikan khas. Perkara 4 menyatakan dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Peraturan Pendidikan 1997 ini bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas boleh dilaksanakan tanpa perlu mengikuti kurikulum kebangsaan sepenuhnya.

Sebaliknya pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian kecacatan murid pendidikan khas. Kurikulum khusus untuk murid pendidikan khas hanya dilaksanakan pada tahun 2004 melalui SPI 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kurikulum ini berasaskan kepelbagaian keupayaan dan keperluan individu murid pendidikan khas dengan matlamatnya ialah kehidupan bermakna.

Berdasarkan peraturan-peraturan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas perlu dirancang mengikut keperluan individu dengan menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi setiap murid. Ini juga bermakna mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada sesuatu Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke sekolah-sekolah. Isu penting yang perlu diberi perhatian ialah dalam pelaksanaan transformasi pendidikan, pengetua dan guru besar hendaklah mengambil kira situasi murid pendidikan khas. Mereka harus diberi peluang mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan keupayaan dan keperluan secara individu. Murid pendidikan khas tidak wajar dikerah mengikuti kurikulum aliran perdana sepenuhnya jika mereka tidak mampu.

Di samping itu, perkara ini wajar dikaji kerana proses pengajaran dan pembelajaran dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat sekolah menengah dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tambahan

Page 5: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

83

pula, penggunaan kemahiran bahasa turut merentasi hampir semua mata pelajaran yang diajar dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Oleh itu, komponen Bahasa Melayu yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah penting untuk diteliti kerana menjadi asas kepada pembelajaran kemahiran lain yang bakal dipelajari semasa berada di sekolah. Dalam konteks kajian ini, pengkaji berpendapat sekolah sepatutnya menyediakan peluang kurikulum yang bersesuaian dengan kepelbagaian kebolehan serta minat murid-murid bermasalah pembelajaran. Sokongan berterusan perlu disediakan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.

SOALAN KAJIANBerdasarkan masalah, tujuan dan objektif kajian, maka kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan kajian berikut:

Adakah kaedah belajar sambil bermain dapat meningkatkan kemahiran membaca lisan bagi murid-murid bermasalah pembelajaran?

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIANPendidikan merupakan satu proses pembelajaran yang telah lama dijalankan sejak dahulu lagi. Pendidikan satu masa dahulu adalah pendidikan secara tidak formal di mana tidak memerlukan institusi sebagai tempat untuk menimba ilmu. Namun begitu, peredaran zaman telah pun menaik taraf pendidikan di Malaysia. Wujud banyak sekolah serta pusat pengajian tinggi untuk memberi ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK secara tidak langsung telah memberi implikasi kepada kurikulum, pendidik, serta institusi pendidikan itu sendiri. FPK menegaskan mengenai kepentingan setiap kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu yang lain. Oleh itu, pendekatan pembelajaran bagi setiap pelajar pendidikan khas adalah berbeza-beza dan mengikut kesesuaian mereka.

Kajian Campbell (2004) menunjukkan penyesuaian dan akomodasi dalam pendidikan bagi murid-murid bermasalah pembelajaran mencakupi penyesuaian persekitaran atau latar aktiviti yang dijalankan. Penambahbaikan rutin atau penyertaan murid

Page 6: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

84

dalam rutin boleh dilakukan melalui pengubahsuaian kurikulum dan pengajaran atau strategi lain kerana kedua-duanya memberi manfaat kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.

Campbell juga mendapati bahawa pemilihan bahan khas, masa tambahan dan pengurusan peralatan bilik darjah boleh disesuaikan mengikut keperluan murid. Penyesuaian dan strategi lain yang digunakan diharapkan dapat membantu murid-murid menyertai kaedah belajar sambil bermain sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Berdasarkan Rajah 1 gabungan ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengajaran guru supaya lebih berkesan dan berkualiti menerusi kaedah pengajaran, pendekatan pengajaran, masa bagi aktiviti pengajaran, bahan bantu mengajar, ruang pembelajaran, mata pelajaran, susunan aktiviti dan penilaian bagi meningkatkan kemahiran membaca murid-murid bermasalah pembelajaran.

Rajah 1 Kerangka konseptual kajian

BATASAN KAJIANKajian dan dapatan kajian ini terbatas kepada kaedah belajar sambil bermain bagi meningkatkan kemahiran membaca lisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam program pendidikan khas integrasi di sebuah sekolah menengah.

Proses pengajaran dan pembelajaran

Kaedah belajarsambil bermain

Aktiviti di dalam bilik darjah

Aktiviti di luar bilik darjah

Kemahiran membaca murid masalah pembelajaran

Page 7: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

85

REKA BENTUK KAJIANKajian ini dijalankan secara kajian kes. Kajian kes dijalankan melalui pemerhatian, analisis ujian pra dan ujian pos, temu bual dan aktiviti intervensi melibatkan tiga jenis permainan. Sepanjang tempoh kajian kes dijalankan, tiga pendekatan pengumpulan data, iaitu (1) temu bual mendalam, (2) pemerhatian turut serta dan (3) ujian pra dan ujian pos bagi membolehkan pengkaji melaporkan dapatan secara menyeluruh.

RESPONDEN KAJIANSeramai tiga orang guru yang mengajar dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan tiga orang murid Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini.

DAPATAN KAJIANKes pertama adalah Syukri (bukan nama sebenar), seorang murid lelaki yang mengalami masalah pembelajaran dalam membaca. Syukri berumur 14 tahun dan dikategorikan sebagai murid bermasalah pembelajaran sederhana setelah dia dianalisis melalui ujian pra dan pos. Pemerhatian awal yang yang mengambil kira faktor kefahaman dalam membaca lisan terhadap Syukri mendapati dia boleh bercakap dalam ayat yang mudah secara spontan tanpa bantuan. Namun, Syukri mengalami masalah dalam mengingati bentuk nama dan abjad dan sering ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebayanya yang lain. Di samping itu, Syukri boleh memahami riak muka penutur seperti gembira, marah dan sedih serta memahami konsep bahasa termasuklah kata nama, warna dan kata sifat.

Kes kedua adalah Syahirah (bukan nama sebenar), seorang murid perempuan yang berumur 16 tahun. Syahirah dikategorikan sebagai murid bermasalah pembelajaran dan merupakan murid autisme. Pemerhatian awal yang dapat dilihat apabila bersama Syahirah mendapati dia mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang lebih panjang, sukar membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding dan diftong. Selain itu, Syahirah juga mempunyai masalah dalam mengeluarkan suara kerana suaranya yang sedikit sengau itu membuatkan dia seorang pemalu dan menyendiri di dalam kelas.

Seterusnya pula, kes ketiga Ikram (bukan nama sebenar), seorang murid lelaki yang berumur 17 tahun. Ikram dikategorikan sebagai murid bermasalah pembelajaran. Ikram pula fasih dalam membaca

Page 8: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

86

suku kata KV dan KVK, namun turut mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang panjang. Selain itu, Ikram pada mulanya tidak menunjukkan minat dalam kaedah belajar sambil bermain yang dilaksanakan oleh gurunya, tetapi lama-kelamaan dia semakin aktif kerana aktiviti permainan yang dibuat itu semakin menarik perhatiannya untuk menyertai. Di samping itu, dia juga mempunyai sikap malas membaca kerana mudah bosan dan suka tidur di dalam kelas.

1. Analisis Ujian Pra atau Ujian Diagnostik

Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran membaca lisan pada peringkat asas. Setelah dianalisis keputusannya, ada murid yang gagal menguasai kemahiran membaca lisan peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV, KVKV dan seterusnya ayat-ayat yang mengandungi perkataan KVKVKV. Jadual 1 menunjukkan perolehan markah bagi tiga orang murid bermasalah pembelajaran di Sekolah A.

Jadual 1 Keputusan ujian pra/ujian diagnostik

Nama murid (bukan nama sebenar)

Ujian Pra / Ujian Diagnostik (?/10) (%)

Syukri 1 10%Syahirah 2 20%Ikram 3 30%

Keputusan Ujian Pra atau Ujian Diagnostik menunjukkan tiga orang murid tidak mencapai tahap menguasai kemahiran membaca lisan kerana hanya peratus bagi markah 80% dan ke atas sahaja dianggap sebagai menguasai kemahiran dalam ujian yang diberikan. Dapatan di atas menunjukkan ketiga-tiga orang murid mendapat markah bawah daripada 50%. Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya intervensi atau tindakan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, beberapa intervensi atau tindakan telah dilakukan bagi mengatasi murid-murid masalah pembelajaran dalam kemahiran membaca lisan.

Page 9: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

87

2. Intervensi

Intervensi yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca lisan terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK ialah dengan mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah belajar sambil bermain di dalam bilik darjah. Pengkaji telah menyediakan tiga aktiviti ‘marilah bermain sambil belajar’ di salah satu sudut di dalam kelas. Aktiviti ini telah disediakan dengan pelbagai bahan bacaan bagi menjawab persoalan kajian yang pertama.

a. Aktiviti 1: Teka-Teki Suku Kata

Bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti ‘bakul’ dan ‘makan’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut. Kemudian, murid diminta untuk meneka suku kata yang ditampalnya itu.

Teka-Teki Suku Kata

+ =

+ =

Tomato Kereta

Kelapa Kerusi

Pelita Kemeja

Ketawa Berudu

Rajah 2 Carta/kad teka-teki suku kata

ba kul bakul

makankanma

Page 10: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

88

Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Hal ini bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid itu membaca dengan cepat. Pada mulanya, Syukri didapati sukar membaca, tetapi pengkaji membimbingnya mengeja dan menyebut suku kata secara berulang-ulang dan bersama-sama sehingga murid itu boleh membaca siri kad suku kata yang disediakan. Bagi Syahirah pula, pengkaji dapati murid itu boleh membaca sendiri namun perlu dibimbing juga bagi menyebut perkataan dengan jelas dan betul. Seterusnya Ikram pula, boleh membaca kad suku kata itu dengan baik, namun ada juga beberapa huruf yang terlupa.

3. Analisis Ujian Pos

Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah intervensi selesai dijalankan. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan. Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada peningkatan berlaku walaupun tidak secara keseluruhannya (rujuk Jadual 2).

Jadual 2 Keputusan ujian pos

Nama murid (bukan nama sebenar) Ujian Pos (?/10) (%)

Syukri 3 30%Syahirah 4 40%Ikram 5 50%

Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pos tiga orang murid bermasalah pembelajaran setelah intervensi dilakukan. Adalah didapati bahawa semua murid tidak mencapai tahap menguasai kemahiran dalam ujian pra tetapi ujian pos pula menunjukkan sedikit peningkatan iaitu seorang murid mencapai tahap menguasai kemahiran yang diuji, iaitu 50% dan ke atas. Selebihnya pula, masih berada di bawah tahap 50%. Justeru, ketiga-tiga orang murid bermasalah pembelajaran ini telah menunjukkan sedikit peningkatan dalam kemahiran membaca lisan melalui kaedah belajar sambil bermain yang pengkaji lakukan terhadap mereka.

Page 11: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

89

b. Aktiviti 2: Nyanyian

Aktiviti nyanyian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan bantuan komputer riba. Murid-murid diberi kad-kad huruf yang menarik. Semasa aktiviti nyanyian diajar, murid-murid mengangkat kad-kad huruf membentuk ejaan perkataan KVKVKV berdasarkan kad bergambar yang pengkaji tunjukkan seperti yang dipaparkan pada Rajah 2.

Rajah 3 Kad huruf dan kad gambar

Murid amat menggemari aktiviti ini kerana boleh meluahkan perasaan sambil mengukuhkan ejaan perkataan KV+KV+KV seperti ‘kereta’, ‘tomato’, ‘kemeja’, ‘kerusi’, ‘kelapa’, ‘pelita’, ‘ketawa’, dan ‘berudu’. Pengkaji mendapati Syukri telah pandai mengenal huruf dan tidak keliru lagi. Dalam masa yang sama, murid itu turut pandai menyanyi walaupun kurang dalam membaca lisan ini. Manakala Syahirah pula semakin tertarik akan aktiviti yang pengkaji lakukan malah bacaannya turut menunjukkan peningkatan yang baik. Seterusnya murid yang ketiga pula iaitu Ikram telah

Page 12: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

90

menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan yang mana murid itu semakin aktif di dalam kelas dan menyertai aktiviti yang pengkaji lakukan dengan senang hati.

4. Analisis Ujian Pos

Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah intervensi selesai dijalankan. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan. Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada peningkatan berlaku walaupun tidak secara keseluruhannya (rujuk Jadual 3).

Jadual 3 Keputusan ujian pos

Nama murid (bukan nama sebenar) Ujian Pos (?/10) (%)

Syukri 5 50%Syahirah 6 60%Ikram 7 70%

Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian pos tiga orang murid bermasalah pembelajaran mengenai intervensi yang pengkaji lakukan. Adalah didapati bahawa semua murid tidak mencapai tahap menguasai kemahiran dalam ujian pra manakala ujian pos pula menunjukkan peningkatan iaitu semua murid mencapai tahap menguasai kemahiran yang diuji, iaitu semua murid mencapai tahap 50% dan ke atas. Berdasarkan keputusan ujian pos, murid mencapai keputusan yang lebih baik berbanding keputusan ujian pra yang telah mereka lakukan. Oleh hal yang demikian, kaedah belajar sambil bermain dapat meningkatkan kemahiran membaca lisan murid-murid bermasalah pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.

c. Aktiviti 3: Kotak Beracun Bacaan Bergred

Bacaan bergred yang mengandungi suku kata KV + KV + KV atau ayat-ayat mudah setiap kali waktu pengajaran Bahasa Melayu turut dijalankan bertujuan untuk memantapkan bacaan lisan murid seperti yang ditunjukkan berikut. Pengkaji menyelitkan aktiviti kotak beracun sebelum meminta murid membaca bacaan bergred ini.

Page 13: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

91

Rajah 4 Bacaan bergred

Bacaan bergred atau ayat-ayat mudah tersebut telah dapat meningkatkan penguasaan bacaan lisan murid-murid terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV+KV+KV. Aktiviti permainan kotak beracun yang pengkaji laksanakan di dalam kelas telah menarik perhatian murid-murid bermasalah pembelajaran di samping dapat meningkatkan lagi kemahiran membaca lisan mereka. Di samping itu, pengkaji turut memasang muzik bagi bermain aktiviti kotak beracun itu supaya dapat menghidupkan suasana kaedah belajar sambil bermain di dalam kelas.

Page 14: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

92

Pengkaji mendapati Syukri amat suka akan aktiviti kotak beracun bacaan bergred itu. Hal ini demikian kerana murid itu sememangnya amat lemah dalam membaca perkataan yang ringkas dan pendek-pendek. Tetapi setelah menjalani aktiviti itu, Syukri telah dapat membaca perkataan yang ringkas itu dengan baik sekali. Bagi Syahirah pula, pengkaji melihat peningkatan yang amat ketara apabila beliau dapat membaca dengan lancar sekali dan mengeluarkan suara yang agak kuat. Pengkaji melihat perkembangan Ikram melalui penglibatan aktif yang ditonjolkan melalui pembacaan sendiri bacaan bergred dengan kuat dan sikap malasnya dapat diatasi melalui aktiviti kotak beracun bergred itu.

5. Analisis Ujian Pos

Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah intervensi selesai dijalankan. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik atau kaedah yang dilaksanakan. Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan peningkatan berlaku dengan memberangsangkan secara keseluruhannya (rujuk Jadual 4).

Jadual 4 Keputusan ujian pos

Nama murid (bukan nama sebenar) Ujian Pos (?/10) (%)

Syukri 8 80%Syahirah 9 90%Ikram 10 100%

Jadual 4 menunjukkan keputusan ujian pos tiga orang murid bermasalah pembelajaran mengenai intervensi yang pengkaji lakukan. Adalah didapati bahawa semua murid tidak mencapai tahap menguasai kemahiran dalam ujian pra manakala ujian pos pula menunjukkan peningkatan yang amat ketara setelah ketiga-tiga orang murid sebelum ini menjalani 2 lagi aktiviti intervensi yang pengkaji lakukan. Justeru, semua murid mencapai tahap menguasai kemahiran yang diuji, iaitu semua murid mencapai tahap 80% dan ke atas. Berdasarkan keputusan ujian pos, murid mencapai keputusan yang lebih baik berbanding keputusan ujian pra. Pengkaji mendapati bahawa aktiviti kotak beracun bacaan bergred telah dapat meningkatkan lagi kemahiran membaca lisan murid-murid bermasalah pembelajaran ini.

Page 15: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

93

6. Analisis perbandingan keputusan keseluruhan Ujian Pra atau Ujian Diagnostik dan Ujian Pos mengikut aktiviti intervensi

Jadual 5 Keputusan keseluruhan ujian pra atau ujian diagnostik dan ujian pos

Nama murid (bukan nama

sebenar)

Ujian Pra / Ujian

Diagnostik (10/10) (%)

Ujian Pos (10/10) (%) (aktiviti 1)

Ujian Pos (10/10) (%)(aktiviti 2)

Ujian Pos (10/10) (%)(aktiviti 3)

Syukri 1 10% 3 30% 5 50% 8 80%

Syahirah 2 20% 4 40% 6 60% 9 90%

Ikram 3 30% 5 50% 7 70% 10 100%

Jadual 5 menunjukkan perbezaan peratus pencapaian setiap murid setelah ujian pos dilaksanakan. Adalah didapati bahawa semua murid tidak mencapai tahap menguasai kemahiran dalam ujian pra manakala ujian pos pula menunjukkan peningkatan daripada aktiviti 1 hingga ke aktiviti 3 yang mana semua murid menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan memberangsangkan secara berperingkat-peringkat. Pada mulanya bagi aktiviti 1, semua murid mencapai tahap bawah 50% dan ke bawah. Namun demikian, semua murid mencapai tahap bagi menguasai kemahiran yang diuji, iaitu mencapai tahap 80% dan ke atas bagi aktiviti yang terakhir sekali setelah sebelum ini menjalani 2 aktiviti intervensi secara berperingkat-peringkat.

Berdasarkan keputusan ujian pos, murid mencapai keputusan yang lebih baik berbanding keputusan ujian pra. Aktiviti-aktiviti teka-teki membaca suku kata, nyanyian, dan kotak beracun bacaan bergred telah dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca lisan tiga orang murid dalam membaca ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV + KV + KV. Pengkaji mendapati murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca, kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara, hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKV tetapi perkataan yang lebih mencabar lagi. Ini membuktikan bahawa semua murid tersebut mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi tumpuan dan bimbingan yang mencukupi dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan lisan mereka (rujuk Rajah 5).

Page 16: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

94

Rajah 5 Perbandingan ujian pra dan ujian pos mengikut aktiviti intervensi

Hasil temu bual daripada ketiga-tiga orang guru bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, kedua dan ketiga itu telah mendapat maklum balas yang positif. Mereka bersetuju bahawa kaedah belajar sambil bermain dapat meningkatkan kemahiran membaca lisan dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran. Pengkaji berharap agar guru Pendidikan Khas haruslah mempelbagaikan lagi bahan bantu mengajar dan aktiviti yang menyeronokkan bagi menimbulkan minat dalam diri murid-murid bermasalah pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran membaca lisan mereka.

RUMUSANPengkaji mendapati ketiga-tiga murid menunjukkan minat dan reaksi yang positif terhadap kaedah belajar sambil bermain yang dilaksanakan oleh guru mereka. Di samping itu, sikap murid yang teruja dan gembira di dalam kelas membuatkan pengkaji berasa kaedah bermain itu sesuai untuk murid-murid bermasalah pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran membaca lisan mereka. Oleh itu, pengkaji berharap agar kaedah belajar sambil bermain perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 17: KEBERKESANAN KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ee5ad1e8-30a1-45c9-aaf... · masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara

Keberkesanan Kaedah Belajar Sambil Main...79-95

95

RUJUKANAnn Browne. (1998). A practical guide to teaching reading in the early years.

Paul Chapman Publishing Ltd: London. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah

penyelidikan. (Buku 1). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.David A. Sousa. (2001). How the special needs brain learns. Corwin Pres, Inc: California.Edward A. Polloway, James R. Patton & Loretta Serna. (2008). Strategies for

teaching learners with special needs. Kuala Lumpur: Pearson Education Malaysia Pte. Ltd.

Elena L. Grigorenko, Phd. (2008). Educating individuals with disabilities. (IDEA 2004 & Beyond). Springer Publishing Company: New York.

James Paul, Jeannie Kleinhammer- Tramill & Kathleen Fowler. (2009). Qualitative research methods in Special Education. University of South Florida: Love Publishing Company.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur: t.pt.

Noor Aini Ahmad, Nor Siti Rokiah Abdul Razak, Rohaizah Abdul Wahid & Marzita Mansor. (2011). Terapi pertuturan augmentatif dan alternatif bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjong Malim, Perak.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Sarah Newman illustrated by Jeanie Mellersh. (2004). Stepping out: Using

games & activities to help your child with special needs. Jessica Kingsley Publishers: London & Philadelphia.

WDEHA. (1994). World declaration on education for all. Thailand: WDEHA.