kc_kepimpinan bina sahsiah remaja.doc

7
Ubk/smkkdsk KERTAS CADANGAN KEM JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 1&2 SMK KDSK 2011 1. Rasional Pelajar merupakan golongan yang memiliki kualiti dan perwatakan yang unik serta istimewa. Namun begitu, daripada pemerhatian dan pandangan para guru mendapati para pelajar sendiri tidak merasai dan menghayati kualiti dan keistimewaan mereka. Dalam mencapai hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020, para pelajar perlu merasa keistimewaan dan keunikan yang ada pada diri mereka. Oleh yang demikian, Kem Jati diri ini perlu diadakan untuk menanam, memupuk dan menyuburkan rasa istimewa dan keunikan yang ada pada diri remaja supaya penghargaan kendiri remaja dapat ditingkatkan agar mampu menghadapi cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan 2. Matlamat Program ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang positif, mempunyai perasaan, cita-cita, bertanggung jawab dan berinspirasi untuk membangunkan dan memajukan diri sesuai dengan kehendak diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. 3. Objektif Di akhir kursus ini diharapkan dapat: 3.1. Menimbulkan kesedaran terhadap kelemahan-kelemahan dan kelebihan-kelebihan diri bagi diperkembang kelebihan serta kekuatan diri supaya lebih peka terhadap peranan diri kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. ’8/23/22 muka surat 1

Upload: ahfufuad

Post on 18-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KC_KEPIMPINAN BINA SAHSIAH REMAJA.doc

Ubk/smkkdsk

KERTAS CADANGANKEM JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 1&2

SMK KDSK 2011

1. Rasional

Pelajar merupakan golongan yang memiliki kualiti dan perwatakan yang unik serta istimewa. Namun begitu, daripada pemerhatian dan pandangan para guru mendapati para pelajar sendiri tidak merasai dan menghayati kualiti dan keistimewaan mereka. Dalam mencapai hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020, para pelajar perlu merasa keistimewaan dan keunikan yang ada pada diri mereka. Oleh yang demikian, Kem Jati diri ini perlu diadakan untuk menanam, memupuk dan menyuburkan rasa istimewa dan keunikan yang ada pada diri remaja supaya penghargaan kendiri remaja dapat ditingkatkan agar mampu menghadapi cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan

2. Matlamat

Program ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang positif, mempunyai perasaan, cita-cita, bertanggung jawab dan berinspirasi untuk membangunkan dan memajukan diri sesuai dengan kehendak diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

3. Objektif

Di akhir kursus ini diharapkan dapat:

3.1. Menimbulkan kesedaran terhadap kelemahan-kelemahan dan kelebihan-kelebihan diri bagi diperkembang kelebihan serta kekuatan diri supaya lebih peka terhadap peranan diri kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

3.2. Membina sikap, pemikiran serta perwatakan positif dan dinamik untuk berusaha, sanggup berdikari dan bekerjasama sebagai satu kumpulan.

3.3. Mempertingkat dan mengukuhkan rasa persaudaraan.

3.4. Membina daya tahan dan daya saing supaya mampu menghadapi dan berada dalam sebarang keadaan samada dibidang kurikulum atau kokurikulum.

3.5. Menyuburkan semangat kecintaan terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan agama.

’4/21/23 muka surat 1

Page 2: KC_KEPIMPINAN BINA SAHSIAH REMAJA.doc

Ubk/smkkdsk

4. Tema

“Insan Berwibawa Negara Sejahtera”

5. Jangka masa Kem

Kem ini akan dijalankan selama 2 hari 1 malam iaitu mulai jam 4.00 petang hari Jumaat 28 Oktober hingga 5.00 petang Sabtu 29 Oktober 2011.

6. Tempat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Dato’ Seri Kamaruddin, Perak.

7. Kumpulan Sasaran.

50 pelajar tingkatan satu, dan dua ( 50 pelajar lelaki )

8. Personalia.

8.1. Guru Kaunseling 8.2. Semua JK Unit Bimbingan dan Kaunseling.8.3. Semua guru.

9. Jawatankuasa Pelaksana.

Pengerusi : Tn Hj. Mohamad Nadzri b. IbrahimN.Pengerus ! : En Mohamad Hisham b. ZahariN.Pengerusi 2 : En. Ahmad Shuhaili b. Hashim.N.Pengerusi 3 : Pn.Haj. Zaini bt YusofSetiausaha 1 : En Khairi Azari b. Razali

Komanden : En Basardin b.Abd Razak.

Bendahari : Ustaz Abd Razak b. IsmailDisplin : En Shahrir b. Mohamed

: Ustazah Zarinah bt HamatPermainan/riadah : En Azhar b. MansorJawatankuasa Kecil:Peralatan : En Nizam b. Abd Ghani

: En BalakrishnanMakanan : Pn Zaharah bt Bani Yamin

Pn Bakiah bt Lop

Buku Program : Pn Siti Nor Rahimah bt Mohd NorCenderamat/Sijil : Pn Sarina bt SamJuru gambar : En Jabaruddin b.AhmadDokumentasi : Pn Rohani bt Dahali

’4/21/23 muka surat 2

Page 3: KC_KEPIMPINAN BINA SAHSIAH REMAJA.doc

Ubk/smkkdsk

10. PENDEKATAN

Kursus ini menggunakan pendekatan yang lebih praktikal dengan menggabungkan perkembangan mental, jasmani, rohani untuk mencapai kesedaran kendiri.

11. KAEDAH

11.1. Syarahan dan ceramah yang meliputi tajuk-tajuk yang khusus tentang pelajaran, moral dan motivasi.

11.2. Latihan Dalam Kumpulan (LDK).11.3 Latihan Fizikal.

12. Jadual Kem

HARI MASA AKTIVITI

JUMAAT28/10/11

4.00 PETANG

4.30 PETANG-

5.00 PETANG

5.30 PETANG-

6.30 PETANG

7.00 PETANG

7.30 MALAM

8.00 MALAM

9.00 MALAM

9.30 MALAM

10.30 MALAM

11.00 MALAM

PENDAFTARAN

SOLAT ASAR

TAKLIMAT DISPLIN & KESELAMATANOLEH :EN BASARDIN B.ABD RAZAK.

MENDIRIKAN KHEMAH: EN NIZAM B.GHANI

MANDI DAN BERSIAP.

MAKAN MALAM

SOLAT MAGHRIB

KULIAH MAGHRIB: UST.ABD. RAZAK B.ISMAIL

SOLAT ISYAK

ICE BREAKING & TEAM BUILDINGEN.KHAIRI AZARI & AZHAR B.MANSOR

MINUM MALAM.

TIDUR

’4/21/23 muka surat 3

Page 4: KC_KEPIMPINAN BINA SAHSIAH REMAJA.doc

Ubk/smkkdsk

SABTU29/10/11

4.30 PAGI

6.00 PAGI

6.45 PAGI

8.00 PAGI

8.30 PAGI

10.15 PAGI

12.30 TGH

01.15 PETANG

2.15 PETANG

3.15 PETANG

4.30 PETANG

5.00 PETANG

QIAMULAIL: UST.ABD. RAZAK B. ISMAIL

SOLAT SUBUH

AKTIVITI / LAPANGAN: EN.NIZAM &

EN. SHAHRIR

SARAPAN PAGI

CERAMAH 1: EN.A.RAZAK B. AHMADASERTIF DIRI.

KHIDMAT MASYARAKAT GOTONG-ROYONG DI MASJID ALANG ISKANDAR

MAKAN TENGAHARI

SOLAT ZOHOR DI MASJID

AKTIVITI KUMPULAN DAN

PEMBENTANGAN KUMPULAN.

PN.JASMIN & PN SHARIFAH

SOLAT ASAR / MINUM PETANG

PENUTUP & BERSURAI.

13. Kewangan.

13.1 - Sumber pendapatan

- Wang Pemantapan sahsiah = RM 800. 00 - Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan = RM 300. 00 - Panitia Agama Islam = RM 300. 00 - PIBG = RM 400.00

Jumlah = RM1800.00

’4/21/23 muka surat 4

Page 5: KC_KEPIMPINAN BINA SAHSIAH REMAJA.doc

Ubk/smkkdsk

13.2 Anggaran Perbelanjaan

- Makan dan minum = RM 1150.00 - Bayaran 1 penceramah = RM 100.00 - Hadiahkumpulan = RM 100.00 - sijil = RM 60.00 - Sewa khemah = RM 280. 00 - Air mineral = RM 48. 00

BAKI = RM 212 .00

Jumlah = RM 1800.00 14. Penilaian

14.1. Berdasarkan penglibatan dan minat peserta dalam setiap aktiviti.14.2. Ulasan, pemerhatian dan pendapat para jurulatih dan penceramah.

15. Penutup

Adalah diharapkan para peserta kursus yang tamat mengikuti kursus ini akan celik akal tentang falsafah dan nilai yang sepatutnya ada pada diri seorang pelajar. Ini diharap akan membimbing mereka untuk berdikari dalam merancang masa depan masing-masing dengan lebih tepat dan berkesan serta bergerak dengan penuh rasa tanggungjawab.

Disediakan oleh: Disemak dan disokong oleh:

(KHAIRI AZARI B. RAZALI) (EN. MOHD HISHAM B. ZAHARI)Guru Bimbingan dan kaunseling Guru Kanan HEMSMK Kg. Dato Seri Kamaruddin. SMK K. Dato’ Seri Kamaruddin

Diluluskan oleh,

(TN.HJ MOHAMAD NADZRI BIN IBRAHIM)Pengetua.SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin.

’4/21/23 muka surat 5