kbsr and kssr

7
Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih menekankan perkembangan individu dan aspek JERI sehingga tergubalnya KBSR dan dimantapkan semula dengan KSSR mampu merealisasikan elemen FPK . (Rujukan sekolah sendiri.) Pengenalan Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Fasa tersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020. Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Upload: loshjaya

Post on 23-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

guru

TRANSCRIPT

Page 1: Kbsr and Kssr

Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih menekankan perkembangan individu dan aspek

JERI sehingga tergubalnya KBSR dan dimantapkan semula dengan KSSR mampu

merealisasikan elemen FPK . (Rujukan sekolah sendiri.)

Pengenalan

Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki

fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Fasa tersebut juga

telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan

penambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir

untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa

Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi

penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Pelajar-pelajar ini akan

dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan ICT

dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak

secara rasional; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai

yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan

masyarakat.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha

menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan

murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk

memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan

KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi

persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata

pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri

Page 2: Kbsr and Kssr

daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam

satu tahap persekolahan.

Perbezaan KSSR dengan KBSR?

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;

Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan

Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M iaitu

membaca, menulis, mengira dan menaakul. KBSR pula adalah reka bentuk

kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam

Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan

Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada

3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping

penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras

Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. KSSR

terap 1 Malaysia . Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada 2011

dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih

interaktif. Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu

selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat

kenegaraan dan patriotik. KSSR diperkenalkan dan diterapkan kepada murid

tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam

persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan

menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Page 3: Kbsr and Kssr

Rendah (KBSR).

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) telah tertumpu kepada

penguasaan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul serta

kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan

sosial emosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu

kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan

sosial emosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya berubah. Hal

ini adalah kerana kerajaan menetapkan syarat supaya setiap guru menyediakan

modul pengajaran yang sesuai di sekolah. Guru-guru di sekolah saya membuat

pentaksiran setiap masa bagi mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam

pelajaran. Guru-guru juga bijak dalam mengajar murid-murid di sekolah saya.

Sebagai contoh, kami warga pendidik telah mempelbagaikan gaya pengajaran.

Kami tidak lagi menggunakan 100% sukatan buku teks, malah kami mengeluarkan

dan mengaplikasikan idea-idea dalam bentuk pengajaran di dalam kelas. Kami

juga menggalakkan murid-murid untuk memberi idea dan pendapat semasa

pembelajaran di dalam kelas. Akhir sekali, penerapan nilai-nilai murni ke dalam

jiwa setiap pelajar. Nilai-nilai kemasyarakatan seperti kecintaan terhadap alam

sekeliling dapat diterap melalui pengajaran subjek Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan di dalam kelas. Selain itu, nilai-nilai kepercayaan dan kesetiaan

beragama dapat dipupuk melalui Pendidikan Moral iaitu pendidikan yang penuh

dengan nilai-nilai holistik. Hal ini dapat melahirkan murid-murid yang berjiwa murni .

           

Kesimpulannya, kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen

menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembina dasar, pelaksana,

pengurus kurikulum, ibu bapa serta masyarakat Malaysia. Guru memainkan

peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. Hal ini kerana,

Kurikulum Standard Sekolah Rendah baru ini tidak akan memberikan impak yang

positif jika tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. Dalam hal ini sekolah

saya memastikan pelaksanaan KSSR dapat dilaksanakan dengan mantap dan

jayanya.

Page 4: Kbsr and Kssr

RUJUKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun

2014

Saedah Hj. Siraj. (1996). Motivasi Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur :Utusan

Publication Distributors Sdn.Bhd.

Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi:

Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.Kuala Lumpur. PTS Professional

Publishing Sdn.Bhd.

Ibrahim Saad 1990, Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran , Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 5: Kbsr and Kssr

g

atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.