kbat oum

21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN NAMA : MUHAMAD NORALISHAH BIN MD DAUD NO. MATRIKULASI : 820807085847001 NO. KAD PENGENALAN : 820807-08-5847 NO. TELEFON : 019-4774597 ALAMAT E-MAIL : !"#$$%"&'()%"!.*+% NAMA TUTOR : EN,IK AHMAD HUSAIRI BIN KHAIRUDDIN PUSAT PEMBELA ARAN : PERAK LEARNING ,ENTRE SEMESTER SEPTEMBER 2014 Bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan secara berke pembelajaran pendidikan kesihatan sekolah rendah di Malaysia. Terdapat beb

Upload: seladang80

Post on 03-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 1203PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NAMA : MUHAMAD NORALISHAH BIN MD DAUDNO. MATRIKULASI : 820807085847001NO. KAD PENGENALAN : 820807-08-5847NO. TELEFON : 019-4774597ALAMAT E-MAIL : [email protected]

NAMA TUTOR : ENCIK AHMAD HUSAIRI BIN KHAIRUDDINPUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2014Bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan secara berkesan dalam pembelajaran pendidikan kesihatan sekolah rendah di Malaysia. Terdapat beberapa definisi kemahiran berfikir yang diutarakan atau dikemukakan oleh tokoh-tokoh pemikir tentang maksud kemahiran berfikir.

Pandangan serta pendapat tokoh pemikir seperti George (1970), Ed ward de Bono (1976), Mayer (1977), Cha ffee (1988), Vincent Ryan Ruggiero (1984) dan John Barell (1991) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Schmalz (1973) menegaskan KBAR termasuk kemahiran kognitif mengigat semula adalah kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa atau konteks yang lazim. Quellmalz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT apabila diberikan beberapa tugasan untuk diselesaikan seperti :

Menganalisis Banding Beza Merumus Mentafsir Menilai Menjana Idea

Lew is dan Smith (1993) berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu menerina baharu, seterusnya memproses maklumat tersebut, membuat penilaian serta membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang bukan lazim. Pendapat tokoh pemikir seperti Tomei (2005) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang baharu.

Oleh itu, kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

Terdapat dua peringkat kemahiran berfikir iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kementerian juga akan menambah nisbah soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dalam PBS dan peperiksaan awam secara sistematik dalam tempoh tiga tahun akan datang. Soalan ini akan berasaskan taksonomi Bloom yang menguji kemahiran mengaplikasi , menganalisis, menilai, dan menjana. Pentaksiran akan diperkukuh dengan memasukkan kemahiran kretif dan penyelesaian masalah. Bagi mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Fokus utama KBAT dalam mengaplikasi kebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu terhadap sesuatu masalah atau situasi baharu. Menilai serta membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui pemeriksaan dan kritikan untuk menganalisis, mencerakin atau menstruktur maklumat kepada bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain.

Kemahiran berfikir setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid juga perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji, dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza. Pada masa yang sama, pentaksiran berasaskan sekolah juga akan menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi

Dalam mengajar Pendidikan Kesihatan strategi pengajaran amat penting untuk memastikan pelajar dapat dengan berkesan apa yang hendak disampaikan oleh guru. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber atau bahan, berasaskan tugasan atau aktiviti (Mok Soon Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran berfikir hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber atau bahan dan strategi tugasan atau aktiviti. Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang boleh mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Kepakaran guru amat diperlukan dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi dan teknik yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Kerana itulah kaedah yang paling kerap dan popular digunakan oleh guru-guru untuk merangsang pelajar berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah teknik penyoalan. Guru-guru boleh membentuk dan mengemukakan soalan-soalan mengikut aras seperti yang dikelaskan dalam Taksonomi Bloom. Guru yang mengajar kemahiran berfikir tidak dapat mengawal setiap faktor dan proses perkembangan pelajar dalam kemahiran itu. Selain daripada guru, faktor-faktor yang memepengaruhi proses perkembangan kemahiran pelajar termasuklah diri pelajar itu sendiri, Kurikulum kemahiran berfikir yang digunakan, peraturan yang digunakan di sekolah, perubahan baru pada teknik mengajar yang digunakan oleh guru perubahan baru pada teknik mengajar yang digunakan oleh guru, perubahan baru pada teknik belajar yang diperkenalkan kepada pelajar, prosedur yang digunakan untuk menilai keberkesanan kurikulum.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DALAM BENTUK GRAFIK TERHADAP PEMUPUKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Mata Pelajaran : Pendidikan KesihatanTarikh: 4 April 2014Hari: IsninMasa: 7.40 am 8.40 amTahun : Tahun 5Bilangan Murid: 24 orangTunjang Pembelajaran: Kesihatan Diri dan KeluargaTajuk: Kesihatan DiriSubtajuk: Seksualiti

Hasil Pembelajaran:

Aras 1: Memahami maksud akil baligh, haid dan ihtilam.: Menerangkan perubahan fizikal semasa akil baligh.: Menerangkan langkah penjagaan kebersihan yang diambil semasa haid dan ihtilam

Objektif: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

1. Menerangkan maksud akil baligh, haid dan ihtilam dengan tepat dan jelas.2. Menyenaraikan 7 daripada 12 perubahan fizikal yang berlaku selepas akil baligh.3. Menyatakan langkah-langkah penjagaan kebersihan semasa haid dan ihtilam.4. Murid dapat mengamalkan cara hidup sihat dan bersih khususnya semasa haid.

Pengetahuan sedia ada murid1. Bagi murid muslim, mereka pernah melihat ibu atau kakak mereka tidak solat atau berpuasa dengan sebab uzur.2. Murid pernah menghadiri majlis berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang hampir baligh.

Penerapan nilai: Hormat-menghormati dan sopan santun

BBM: Petikan, Kad manila, gambar, kad soalan, slaid power point.

KBKK: Membuat urutan, perbandingan, menjana idea.

TKP: Kecerdasan kinestatik, kecerdasan muzik, dan kecerdasan linguistik.

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

SET INDUKSI

( 5 Minit )Lagu Aku Dah Dewasa

Rentak Old McDonald Had a FarmTKP :Kecerdasan Muzik dan KinestatikMurid diminta menari dan menyayi bersama-sama guru, lagu Aku Dah Dewasa

Guru membuat perkaitan antara lirik lagu dengan isi pembelajaran hari ini. Slaid Powerpoint

LANGKAH 1(15 Minit )Contoh Soalan : Apakah maksud akil baligh.? Apakah maksud haid? Apakah maksus ihtilam?

Maksud : Akil baligh satu proses yang berlaku semasa proses pertumbuhan dan pembesaran manusia.

Haid Darah yang keluar dari rahim.Guru bertanya secara rambang kepada murid tentang maksud akil baligh, haid dan ihtilam.

Murid diminta memberi maksud berdasarkan pemahaman sedia ada mereka.

Guru menerangkan maksud akil baligh, haid dan ihtilam dengan menayang slaid powerpoint.

Slaid Powerpoint

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Ihtilam Suatu keadaan apabila air mani keluar secara tidak sedar semasa bermimpi sesuatu yang memberahikan.Murid diminta mencatat setiap maksud tersebut sebagai bahan hafazan.

LANGKAH 2(20 Minit )Menyenaraikan perubahan-perubahan fizikal yang berlaku selepas akil baligh.

KBAT : Proses PerbandinganMurid dibahagi kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 2 kumpulan murid lelaki dan 2 kumpukan murid perempuan. Setiap ahli kumpulan adalah seramai 6 orang.

Kumpulan murid lelaki akan dibekalkan dengan kad gambar L manakala kumpulan murid perempuan dibekalkan dengan kad gambar P.

Kad Gambar

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Pembentangan oleh wakil kumpulan TKP : Kecerdasan linguistik

Rumusan Perubahan-perubahan fizikal selepas akil baligh.Setiap kumpulan diminta berdiskusi dan menyenaraikan perubahan-perubahan fizikal yang mereka nampak di dalam kad gambar masing-masing.

Wakil kumpulan akan menyusun dan membacakan hasil dapatan kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan diedarkan dengan modul pegajaran untuk dibuat perbandingan dan juga catatan. (Bahan pengukuhan)

Guru membimbing murid membuat rumusan tentang perubahan-perubahan yang berlaku selepas akil baligh.

Murid diedarkan dengan lembaran aktiviti.

Hasil dapatan murid disemak oleh guru.

Slaid Powerpoint

Lembaran aktiviti

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

LANGKAH 3(15 Minit )Menyatakan langkah-langkah penjagaan kebersihan semasa haid dan ihtilam.

KBKK : Proses menyusun mengikut kriteriaGuru bertanyakan murid jika ada di antara mereka yang mengenali produk dengan jenama stayfree, :kotex, whisper, laurier dan lain-lain jenama. Bersoal jawab dengan murid-murid tentang kegunaan tuala pelekat wanita dan iklankan di kaca televisyen.

Murid diedarkan dengan satu petikan karangan.

Murid menyenaraikan langkah-langkah penjagaan kebersihan berdasarkan petikan yang dibaca

Guru membantu murid membina pengukuhan yang peripentingnya menjaga kebersihan khususnya semasa haid.

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN/BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

PENILAIAN(5 Minit )Ingat kembali maksud akil baligh, haid dan ihtilam.

Generalisasikan tentang perubahan-perubahan fizikal semasa akil baligh.

Kepentingan menjaga kebersihan semasa haid.

KBKK : Membina rumusan.Guru meminta murid menyebut dan mengigat kembali maksud akil baligh, haid dan ihtilam.

Murid menyatakan yang mereka akan mengalami perubahan fizikal apabila mencapai akil baligh.

Guru mengingatkan dan menegaskan kepada murid agar memahami situasi semasa haid dan bersedia menghadapinya. Guru menegaskan perbuatan mengejek kawan yang dalam haid adalah perbuatan tidak matang dan tidak sopan serta tidak menghormati perasaan orang lain. Lagipun, haid adalah fungsi normal badan perempuan yang sihat dan bersifat peribadi.

Guru menggalakkan murid menambah pengetahuan melalui pembacaan buku-buku mengenai akil baligh, haid dan ihtilam.

Penerangan tentang kaedah dan kemahiran berfikir aras tinggi bernilai tambah yang dipilih dalam setiap langkah pengajaran yang dirancang dengan berkesan.Pada set iduksi, guru memilih agar murid nyanyikan lagu Aku Dah Dewasa yang liriknya ada kaitan dengan isi pelajaran. Guru mudah untuk kaitkan dengan isi pelajaran untuk langkah seterusnya. Murid dapat memperlihatkan kecerdasan muzik dan kinestatik masing-masing. Murid yang berbakat boleh diserap dalam pasukan koir sekolah.Langkah pertama, guru menggunakan kaedah bersoal jawab dan memberi peluang murid menjana idea. Guru cuba kaitkan dengan pengalaman sedia ada murid (konstruktivisme). Guru menggunakan kaedah resepi iaitu penerangan secara kelas maksud haid dan ihtilam dengan jelas.Langkah kedua, di samping mencerap gambar yang diberikan dan membuat perbandingan (KBAT), murid juga dikehendaki berdiskusi (berbincang) dalam kumpulan untuk mendapatkanhasil tugasan. Wujudlah percambahan fikiran dan murid dapat memperlihatkan kecerdasan interpersonal yang masing-masing miliki. Modul pembelajaran disediakan oleh guru sebagai bahan pengukuhan. Murid menjawab lembaran kerja secara individu.Langkah ketiga, guru mulakan dengan kaedah bersoal jawab tentang jenama tuala pelekat. Seterusnya murid membaca petikan yang disediakan. Beberapa orang murid diminta membaca secara mekanis dengan nada dan intonasi yang betul ( kecerdasan verba linguistik) daripada petikan, murid menyenaraikan langkah-langkah penjagaan kebersihan (KBAT : proses menyusun ikut kriteria).Penutup secara kognitif dengan mebuat rumusan semula dan efektif agar murid menambah pengetahuan bacaan.

6.0KESIMPULAN

Pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman sebenar merupakan antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep. Ini kerana murid pada umumnya telah mempunyai serta membentuk idea mereka sendiri mengenai suatu perkara atau fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan pengalaman yang pernah dialami. Idea mereka mungkin betul, mungkin tidak tetapi isu yang penting di sini ialah seseorang guru harus mampu menggunakan kekuatan yang ada pada murid untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan. Jadi dalam soalan pengajaran Pendidikan Kesihatan, murid harus diberi peluang belajar memahami sesuatu perkara melalui pengalaman sendiri. Setelah mengalami sesuatu perkara itu, mereka akan dapat membuat rumusan apakah tindakan ke arah kebaikan yang patut mereka ambil. Guru juga perlu merancang cara pengajarannya , dengan cara mengambil kira atau melihat dari segala aspek yang berkaitan iaitu objektif, pengetahuan sedia, bahan (isi pelajaran dan peralatan), dan aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang murid.

Seseorag guru itu perlu menilai pembelajaran murid sama ada secara langsung atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran. Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan guru dapat mengenal pasti sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai pemahaman murid guru juga perlu menganalisis dan menilai keberkesanan perancangan dan pembelajarannya (iaitu refleksi kendiri) sebaik sahaja selesai sesuatu sesi pembelajaran.

Lampiran 1

AKU DAH DEWASA

Semasa kanak-kanak,Badanku kecil,Kini ku dewasa,Murid LelakiOhBadanku sasa

Dulu kukecilEmak selaluMenghiasku.Murid PerempuanKini ku dewasa Melawa Jadi hobi ku.

Lihatlah kami Semakin tinggi,Suara dah berubahSemuaItulah tanda Kami kini Dah dewasa.

Rentak : Old McDonald Had A Farm

Lampiran 2

KAD AKTIVITI P

Lampiran 3KAD AKTIVITI L

7.0 RUJUKAN

Abd. Ghafar M.D (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd.

Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Edisi 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi (edisi pertama). Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pemikiran Kreatif dan Inovatif:kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharuPemikiran Kritis dan Penaakulan:keupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; danKeupayaan Belajar:keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjanghayat.Bab 2: Visi dan Aspirasi, halaman 5, PPPM 2013-2015Merombak peperiksaan kebangsaandan pentaksiran berasaskan sekolah(PBS) untuk meningkatkan secaraberperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi

2.0 STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIRRajendran ( 2010) menghuraikan pelbagai strategi dan teknik mengajar kemahiran berfikir yang boleh diamalkan oleh guru-guru di bilik darjah. Strategi dan teknik tersebut diringkaskan dalam Rajah 1 berikut;

2.1 TEKNIK PENYOALAN

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yangseimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abadke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap muriduntuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskandalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap muridakan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiranberfikir.Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari arasrendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanankepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untukmengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalammembuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.KBAT PeneranganMengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilaidalam situasi berlainan untuk melaksanakansesuatu perkaraMenganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian keciluntuk memahami dengan lebih mendalam sertahubung kait antara bahagian berkenaanMenilai Membuat pertimbangan dan keputusanmenggunakan pengetahuan, pengalaman,kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasiMencipta menghasilkan idea atau produk atau kaedahyang kreatif dan inovatifJadual 1: Penerangan KBATKemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulummata pelajaran.KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktivitiberbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalahdan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir sepertipeta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalanaras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkanmurid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaranmereka.

21