kawalan kelahiran

7
Kawalan kelahiran, kadang kala bersinonim dengan pencegahan hamil, adalah suatu regimen satu atau lebih tindakan, peralatan, atauperubatan yang diikuti untuk mencegah atau mengurangkan kebarangkalian mengandung atau kelahiran . Pencegahan hamil juga boleh merujuk khusus kepada mekanisme yang bertujuan mengurangkan kemungkinan pensenyawaan ovum oleh spermatozoon . Sejarah kawalan kelahiran bermula dengan pengetahuan yang persetubuhan boleh menyebabkan kehamilan. Bentuk terawal kawalan kelahiran adalah koitus terganggu , pesari dan penggunaan herba yang dipercayai boleh mencegah kehamilan atau merupakan abortifasien . Rekod terawal penggunaan kawalan kelahiran ialah arahan membuat pesari pencegahan hamil dari Mesir Purba . Terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal kelahiran, setiapnya dengan ciri-ciri tersendiri . Sebagai contoh, kondom merupakan satu-satunya yang juga melindungi dengan baik dari penyakit berjangkit melalui seks. Pandangan budaya dan agama terhadap kawalan kelahiran juga banyak berbeza. 1) Kaedah Semula jadi Kaedah beritma atau kaedah masa selamat Fungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalam kitar haid 2) Kaedah Penghalang Kondom Fungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj Kaedah Kawalan Kehamilan Kondom Diafragma

Upload: danisharyan

Post on 20-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

Kawalan kelahiran, kadang kala bersinonim dengan pencegahan hamil, adalah suatu regimen satu

atau lebih tindakan, peralatan, atauperubatan yang diikuti untuk mencegah atau mengurangkan

kebarangkalian mengandung atau kelahiran. Pencegahan hamil juga boleh merujuk khusus kepada

mekanisme yang bertujuan mengurangkan kemungkinan pensenyawaan ovum oleh spermatozoon.

Sejarah kawalan kelahiran bermula dengan pengetahuan yang persetubuhan boleh menyebabkan

kehamilan. Bentuk terawal kawalan kelahiran adalah koitus terganggu, pesari dan penggunaan

herba yang dipercayai boleh mencegah kehamilan atau merupakan abortifasien. Rekod terawal

penggunaan kawalan kelahiran ialah arahan membuat pesari pencegahan hamil dari Mesir Purba.

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal kelahiran, setiapnya dengan ciri-ciri tersendiri. Sebagai

contoh, kondom merupakan satu-satunya yang juga melindungi dengan baik dari penyakit berjangkit

melalui seks. Pandangan budaya dan agama terhadap kawalan kelahiran juga banyak berbeza.

1) Kaedah Semula jadi

Kaedah beritma atau kaedah masa selamat

Fungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalam kitar haid

2) Kaedah Penghalang

Kondom

Fungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj

Kaedah Kawalan Kehamilan Kondom

Diafragma

Fungsi : Bulatan berbentuk spring yang dipasang pada pintu masuk uterus. Sperma dihalang daripada memasuki serviks.

Kaedah Kawalan Kehamilan diafragma

3) Kaedah Mekanikal

Alat Kontraseptif dalam Rahim (IUCD)

Fungsi : Menghalang penempelan embrio pada dinding uterus

Kaedah Kawalan Kehamilan IUCD

4) Kaedah Hormon

Pil Cegah Kehamilan

Fungsi : Mengandungi hormon seks perempuan yang menghalang berlakunya pengovulan

Kaedah Kawalan Kehamilan Pil cegah kehamilan

5) Kaedah Kimia

Spermisid

Fungsi : Bahan kimia dalam bentuk jel, pil, buih, krim yang membunuh sperma

Kaedah Kawalan Kehamilan spermisid

6) Kaedah Pembedahan

Vasektomi

Fungsi : pembedahan kecil pada duktus sperma yang dipotong dan diikat. Sperma dari testis tidak dapat sampai ke zakar

Kaedah Kawalan Kehamilan vasektomi

Ligasi

Fungsi : Pembedahan kecil pada tiub falopio yang dipotong dan diikat. Sperma tidak dapat disenyawakan dengan ovum.

Kaedah Kawalan Kehamilan ligasi

Perlu diketahui juga kaedah pencegahan kehamilan ini ada yang bersifat sementara dan ada juga yang bersifat kekal.

Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yang membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka berhenti menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

Kaedah pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang TIDAK membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka menggunakan kaedah ini.

1. Merebaknya Gejala Sosial

Oleh kerana mudahnya golongan remaja untuk mendapatkan alat cegah hamil ini, maka tidak mustahil ada yang mengambil kesempatan di atas perkara ini. Seks sebelum nikah dan bertukar-tukar pasangan boleh mengakibatkan keruntuhan masyarakat bermoral. Gejala sosial yang berleluasa juga boleh mendorong kepada perkara-perkara yang tidak bermoral lain seperti kes buang anak dan dera seksual.

2. Penyakit Seks Yang Berleluasa

Kaedah kawalan kehamilan yang digunakan kadang-kadang juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka ini boleh mendedahkan remaja kepada penyakit yang berkaitan dengan sistem seksual seperti siflis dan gonorhea.

3. Peningkatan Kadar Jenayah

Penggunaan alat cegah hamil bagi tujuan yang disalahgunakan juga boleh mengakibatkan peningkatan pada kadar jenayah. Kes buang bayi dan jenayah rogol boleh berlaku apabila bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah.

4. Kemandulan Kekal

Bagi kebanyakan remaja yang ingin mencuba kaedah kawalan kehamilan ini, beberapa risiko terpaksa diambil seperti kemandulan kekal. Ini boleh berpunca daripada bahan kimia yang digunakan atau juga pil cegah hamil yang boleh menganggu hormon badan. Gangguan yang berlaku memungkinkan berlakunya kemandulan kekal kepada seseorang individu itu.

Seperti yang telah saya jelaskan berulangkali dalam artikel sebelum ini, penggunaan kaedah kawalan kehamilan ini hanyalah untuk pasangan yang sudah berkahwin. Penyalahgunaan kaedah ini boleh membawa kepada kemudaratan jangka masa pendek, dan jangka masa panjang.

Kebaikan Kawalan Kehamilan

1. Merancang keluarga sesuai dengan keperluan

Bagi keluarga yang belum bersedia untuk mempunyai keluarga yang besar, kerana kos perbelanjaan yang tinggi, maka kaedah kawalan kehamilan adalah sesuai untuk digunakan. Di zaman sekarang yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi, maka wajarlah bagi keluarga yang berpendapatan kecil untuk merancang isi bilangan keluarga yang sepadan. Ini juga bagi memastikan setiap ahli keluarga mendapat yang terbaik untuk segala keperluan mereka.

2. Boleh menyelamatkan nyawa

Dalam sesetengah keadaan, kaedah kawalan kehamilan berupaya menyelamatkan nyawa. Sebagai contoh seorang ibu yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi jika beliau mengandung, boleh memilih kaedah ini bagi mengelakkan daripada membahayakan nyawa. Bagi situasi ini, bakal ibu boleh mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum meneruskan niat untuk menjadi seorang ibu.

Keburukan Kawalan Kehamilan

1. Menghadkan bilangan anak

Salah satu keburukan kawalan kehamilan adalah dapat menghadkan bilangan anak dan sekaligus mengecilkan bilangan ahli keluarga. Ini boleh mengakibatkan kurangnya kemesraan dalam kalangan ahli keluarga yang lain. Apa pun, semuanya bergantung kepada didikan dalam sesebuah keluarga itu.

2. Menyebabkan kemandulan

Kaedah kawalan kehamilan yang digunakan dengan cara yang tidak betul juga boleh menyebabkan berlakunya kes kemandulan kekal. Dos yang berlebihan dan cara guna yang salah boleh menjadi antara faktor penyumbang untuk kes sebegini. Pengambilan pil cegah hamil juga berupaya untuk mengubah aturan sistem hormon dalam tubuh yang akhirnya akan menyebabkan sistem hormon terganggu.

3. Mengurangkan populasi negara

Kawalan kehamilan juga mampu mengurangkan populasi negara. Ini kerana setiap keluarga hanya mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil. Bilangan ahli keluarga yang kecil ini sudah tentu tidak banyak membantu dalam meningkatkan populasi negara. Malah beberapa negara yang mengamalkan kawalan kehamilan terhadap rakyatnya kini terpaksa berdepan dengan masalah lain pula iaitu, bilangan penduduk yang berkurangan.