bpc - kelahiran kecemasan

Upload: muhammad-aslam

Post on 13-Oct-2015

178 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kelahiran Kecemasan - Badan Pertolongan Cemas Presentation

TRANSCRIPT

KELAHIRAN KECEMASAN

KELAHIRAN KECEMASANHS 223 2AKUMPULAN 2

Ahli Kumpulan:Hairul Ameelda Bt Hairul Ikhsan 2012474776Nooramiza bt Mohamad Fauzi 2012602302Nur Diyanah bt Mohd Zainuddin 2012251218Nur Hanis bt Jauhari 2012493126Nur Hidayah bt Shahruddin 2012493914Nurul Iwani bt Nordin 2012485834

Komponen utama sistem pembiakan lelaki3Testis yang juga dikenali sebagai gonads lelaki atau buah zakar terdapat dalam struktur yang dikenali sebagai skrotum iaitu kerandut bauh zakar. Pada manusia,terdapat sepasang testis dengan setiap satu seberat 10-15 gram, 5 cm panjang,bergaris pusat 2.5 cm, berbentuk bujur dan berwarna putih kemerahan. Setiap testismengandungi 1000 salur halus yang disebut tubul seminiferus, yang setiap satunya sepanjang 1.2-1.8 meter. Di tubul semeniferus ini, sebanyak 300 juta spermadisintesis setiap hari.Selain mensistesis sperma melalui satu proses yang dinamakanspermatogenesis, testis juga menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai testosteron. Hormon ini mula disintesis sewaktu bayi lelaki di dalam kandungan lagidan akibat pengaruh hormon inilah testis yang pada ketika itu berada di abdomen turun ke dalam skrotum dua bulan sebelum dilahirkan.TestisStruktur anatomi testis

SpermaSperma dihasilkan oleh testis melalui proses spermatogenesis. Apabila diejakulasi,sperma boleh hidup selama 48 jam di salur pembiakan wanita. Sperma terdiridaripada bahagian kepala, badan dan ekor. Kepala mengandungi bahan nukleardan granul yang dikenali sebagai akrosom. Di sini, terdapat enzim hialuronidasedan proteinase yang memudahkan sperma menembusi ovum. Bahagian badan mengandungi mitokondrin yang penting untuk metabolisme. Hasil metabolisme pula menghasilkan tenaga yang penting untuk pergerakan sperma. Ekor berfungsi untukmenolak sperma ke hadapan. Kadar kelajuan pergerakan sperma dalam farajwanita adalah kira-kira 3mm/minit. Sperma sampai ke salur uterus 30-60 minit selepas hubungan seks.Struktur sperma

TestosteronSemasa lelaki mencapai usia akil baligh, kelenjar pituitari anterior menghasilkan hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang folikel (FSH) dan hormonpeluteinan (LH). FSH kemudian bertindak terhadap tubul seminiferus untukmerangsangkan spermatogenesis. Bagi LH, selain membantu mematangkansperma yang terdapat di tubul seminiferus, tugas utamanya adalah untuk merangsangkan testis menghasilkan hormon testosteron.Fungsi hormon ini adalah untuk perkembangan organ seks seperti penis,testis, kelenjar prostat dan vesikel seminal. Selain itu, ciri-ciri kelelakian seperti suara garau, janggut, misai, dada melebar, pertumbuhan bulu ketiak dan pelvis juga dipengaruhi oleh testosteron.Salur di testisEpididimisSperma diangkut keluar dari testis melalui salur yang disebut epididimis. Salurini mempunyai kepanjangan kira-kira 6 meter dan berdiameter 1 milimeter.Salur epididimis ini berada di dalam epididimis yang panjangnya hanya 3.8cm. Dari segi fungsi, salur ini adalah tempat sperma mengalami permatanganyang memakan masa antara 18 jam hingga 10 hari. Salur ini juga menyimpansperma dan menolaknya ke arah uretra semasa ejakulasi. Sperma bolehtersimpan di salur ini sehingga empat minggu.Duktus Vas DeferensDuktus Vas Deferens dikenali juga sebagai salur semen (salur mani) yangmempunyai salur sepanjang 45 cm. Fungsi duktus ini untuk menyimpansperma dan menolaknya ke arah uretra semasa ejakulasi.

Salur ejakulasiTerdapat dua salur ejakulasi dimana masing-masing sepanjang 2 cm dan berfungsi untuk menolak sperma ke uretra prostat.

UretraUretra merupakan salur terakhir sistem pembiakan lelaki. Ia merupakanlaluan bagi sperma atau air kencing. Pada lelaki, uretra melalui kelenjarprostat, diafragma urogenital dan penis.

Struktur salur ditestisKelenjar seks aksesorVesikel seminalmenghasilkan cecair yang pekat, bersifat alkali dan kayadengan fruktosapenting untuk vialibiliti sperma.

Kelenjar prostatmenghasilkan cecair yang bersifat alkali dan penting untuk mobilitisperma. Cecair alkali meneutralkan keadaan asid di faraj wanita dan menggalakkan pergerakan sperma

Kelenjar bulbouretramenghasilkan bahan beralkali yang berfungsi untuk melingdungi sperma dengan cara meneutralkan asid di uretra.

Struktur salur di testisSemen (Mani)Semen merupakan campuran sperma dan rembesan vesikel seminal kelenjarprostat bulbouretra. Ia bersifat alkali, rembesan daripada kelenjar prostatmenjadikan mani berwarna keputihan susu, sementara cecair vesikel seminaldan kelenjar bulbouretra menjadikannya bermukus. Ia juga meneutralkan keadaan asid di uretra lelaki dan faraj wanita. Semen mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai seminal plasmin yang mempunyai keupayaan untuk membunuh bakteria. Ini adalah untuk memastikan persenyawaan berlaku tanpa gangguan.PenisFungsi penis adalah untuk memasukkan sperma ke dalam faraj. Sewaktu perangsangan seks, arteri yang membekalkan penis mengembang dan banyak darah akan mengisi sinus darah. Ini menyebabkan penis menjadi tegang. Semasa ejakulasi mani, spinkter di dasar pundi kencing tertutup bagi menghalang kemasukkan mani ke dalam pundi kencing.ORGAN REPRODUKTIF WANITA FUNGSI-FUNGSI : 1 Menghasilkan ovum 2 Menyediakan persekitaran untuk persenyawaan 3 Memelihara fetus sehingga dilahirkan 4 Proses laktasi (penyusuan)Organ reproduktif wanita terbahagi kepada dua, iaitu : 1) Organ luar vulva / pendulum2) Organ dalam vagina, uterus, tiub fallopian, dan ovari

TANDA-TANDA KEHAMILAN1) Payudara membengkakSebelum kedatangan haid, payudara mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

2) Loya atau muntah (morning sickness)Seawal dua hari selepas persenyawaan, bakal ibu mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

3) Kerap buang air kecilSebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), bakal ibu mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

4) Tidak dating haidTidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

5) Suhu badan meningkatSuhu badan bagi wanita hamil selalunya leboh tinggi dari normal.

6) Kembung perutWanita hamil selalunya akan mengalami kembung perut.

7) Rasa lelah dan mengantuk yg terlebihTahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan berasa keletihan yang amat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

8) Sakit kepalaSakit kepala merupakan salah satu tanda-tanda yang biasa dialami wanita hamil disamping tanda-tanda yang lain.

9) Lebih sensitif terhadap bauanDeria rasa wanita hamil lazimnya akan berubah dari segi rasa dan bau.

Tahap kehamilan normalKehamilan normal berlaku selama 40 minggu iaitu 3 trimester (1 trimester : 3 bulan). Berikut merupakan perkara perkara yang mungkin dialami oleh si ibu ketika hamil.

TRIMESTER I ( Minggu ke 1 12 )Tubuh badan si ibu akan mengalami banyak perubahan. Perubahan hormon adalah yang paling ketara dan seterusnya mempengaruhi sistem tubuh badan. Cepat keletihanPayudara membengkakSakit perut dengan/atau tanpa muntah ( morning sickness)Sakit kepalaMengidam bahkan membenci makanan tertentu.Sakit gigiSembelitPerubahan mood

TRIMESTER II ( Minggu 13 - 28 )Tompok kulit yang lebih gelap biasanya di atas hidung, pipi, kening atau bibir.Pembengkakkan pergelangan jari, kaki dan wajah.Warna lebih gelap pada bahagian puting dan ketiak. Kulit wajah juga nampak lebih gelap (juga dikenali sebagai topeng kehamilan)Kesemutan tangan (carpal tunnel syndrome)Garis samar dari pusat ke arah kemaluan dalam bentuk bulu halus.Muncul strectch mark pada paha, perut, dada dan punggung.Perut semakin membesar.Gatal di perut, telapak tangan dan telapak kaki.Badan, bahagian pinggul serta paha terasa sakit.

TRIMESTER III ( Minggu 29 40 )Kesukaran bernafasKebocoran pada tender payudara.Sering membuang airKontraksi Braxton Hicks atau sebaliknya.Pembengkakkan pergelangan kaki, jari dan wajahCirit-biritPusat menonjolSukar untuk tidurHeartburnMasalah tidur

Kelahiran kecemasan

Sebelum bersalinJangan panik supaya anda mampu fokus kepada kelahiran tersebut.Hubungi doktor atau talian kecemasan jika mampu. Jika berada di dalam kereta, berhenti di tepi jalan dan pasangkan lampu kecemasan. Ini bertujuan supaya tiada kemalangan berlaku Baringkan ibu di tempat selesa, angkat kedua- dua belah lutut. Suruh ibu bertenang.Beritahu kepadanya anda akan membantunya sebaik mungkin. Beritahu kepada si ibu, setiap kali rasa sakit , tarik nafas dalam- dalam. Dapatkan peralatan seperti air bersih (sebaiknya air yang dimasak), kain, benang & gunting / pisau yang bersih.Jangan tarik atau pusing kepala bayi kerana bayi akan keluar sendiri apabila diteran. Minta si ibu untuk meneran lagi sehingga nampak kepala bayi.

Setelah bayi selamat keluar,lakukan perkara tersebut : Tiarapkan bayi seketika,angkat sedikit kakinya. Pastikan kaki si bayi lebih tinggi daripada kepalanya. Ini bertujuan untuk mengeluarkan sebarang cecair dari mulut dan hidung bayi.Pastikan bayi itu menangis. Jentik tapak kaki si bayi jika tiada tangisan didengari.Potong tali pusat bayi. Berikut merupakan kaedah untuk memotong tali pusat bayi : Ikat tali pusat dengan benang atau tali halus pada jarak sejengkal dari pusat bayi.Buat satu lagi ikatan kira- kira 2-3 cm dari ikatan pertama tadi Potong tali pusat di antara 2 ikatan tali dengan pisau ataupun gunting yang bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan darah daripada memancut dari tali pusat yang telah dipotong. Bersihkan bayi dan balut dengan selimut dengan segera.Letakkan bayi dalam pangkuan ibunya .Selepas 20-30 minit, lihat uri yang dikeluarkan dari rahim.Simpan uri dalam apa- apa bekas yang ada untuk diperiksa oleh doktor kelak.Bersihkan serta selimutkan si ibu.Bawa kedua - duanya ke hospital.

Selepas bersalinPastikan bayi mendapat pelalian/imunisasi seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadual imunisasi adalah seperti yang berikut :

Pastikan bayi mendapat susu ibu secara ekslusif sekurang- kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan.

Pengamalan pantang larang.Antara pantang larang tersebut ialah :

Berbengkung / barut perutBerbengkung dengan olahan campurankapur sirih dan limau nipis selama antara 3 hingga 7hari pertama selepas bersalin. Campuran ini mempercepatkan pengecutan peranakan dan mengempiskan perut. Terdapat juga ibu-ibu yang menggunakan ragi untuk tujuan ini.Elakkan makan makanan sejuk dan berangin:Makan sejuk dan berangin boleh beri kesan pada rahim. Rahim boleh mengembang dan urat - urat juga boleh mengembang. Makanan sejuk seperti ais batu, boleh menyebabkan sakit tulang. Makanan berangin boleh memberi kesan pada kepala dan perut.

KELAHIRAN BAYI KECEMASAN (SEBELUM DAN SELEPAS)Bagi wanita yang mengandung, satu proses yang menjadi kelaziman ialah bersalin atau melahirkan bayi. Proses kelahiran bayi boleh berlaku sama ada secara normal atau secara kecemasan.

Kelahiran secara normalProses kelahiran yang berlaku apabila usia kandungan sudah mencecah lebih kurang 9 bulan 10 hari. Proses kelahiran ini dilakukan tanpa pembedahan cesarean. Semasa kelahiran secara normal, kelahiran bayi akan berlaku secara spontan di mana bayi akan keluar melalui saluran peranakan atau dikenali vagina.

Kelahiran secara kecemasanBeberapa tanda dan gejala awal yang akan muncul sebelum tibanya waktu kelahiran untuk melahirkan bayi yang perlu diambil perhatian ialah:Bahagian belakang terutamanya di bahagian pinggang berasa sakit.Bahagian abdomen seperti di sekitar pusat berasa sakit.Kesakitan yang berselang-seli dengan dengan keredaan. Kesakitan ini kemudiannya diikuti dengan sakit yang lebih panjang berbanding dengan masa keredaannya.

Keadaan gelisah, cemas dan berpeluh yang dialami oleh ibu.Pada peringkat awal, lendir akan keluar beserta dengan sedikit darah dari kemaluan ibu. Ini seterusnya diikuti dengan keadaan di mana air ketuban pecah dan menyebabkan air ketuban keluar dengan banyak.Kepala bayi akan kelihatan menonjol pada bahagian faraj ibu.Pembukaan servik pada peringkat kedua kelahiran bayi

Apabila berlakunya kelahiran kecemasan, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil perhatian sebelum, semasa dan selepas kelahiran bayi. Sebelum kelahiran bayiIbu mestilah ditenangkan dan diberi nasihat supaya bernafas melalui mulut dan tidak meneran kesakitannya.

b.Sebelum proses kelahiran, ibu hendaklah dibantu ketika hendak membuang air kecil atau air besar. Ini kerana ianya akan memudahkan kelahiran bayi dan mengelakkan komplikasi dan masalah kepada bayi.

Tempat tidur hendaklah disediakan sebaiknya supaya ibu berasa selesa. Untuk mengelakkan darah dan air ketuban membasahi tilam, tilam perlu dilapik dengan plastic atau kain getah.Alatan untuk kelahiran bayi seperti besin berisi air, sabun, pisau atau gunting bersih, tali pengikat atau benang, lampin dan tuala hendaklah disediakan.Ibu hendaklah dibaringkan secara menelentang dan dibengkokkan kedua-dua kakinya.

Semasa kelahiran bayiSemasa saat kelahiran bayi, galakkan ibu meneran sewaktu berlaku pengecutan otot rahim. Ibu juga hendaklah dinasihatkan supaya menarik nafas secara dalam dan melepaskannya melalui mulut berulang-kali.

Bayi hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Semasa bayi mula menonjol keluar, jangan tarik atau memusingkan bayi.

Pastikan tali pusat tidak membelit leher bayi. Sekiranya berlaku belitan, uraikannya.Badan, mata dan hidung bayi hendaklah dicuci dengan kapas yang telah dibasahkan.

Bayi diangkat dengan memegang kedua belah pergelangan kakinya agar lendir dapat keluar dari mulut dan hidungnya.Tapak kaki bayi hendaklah ditepuk untuk memberi rangsangan kepadanya. Lakukan beberapa kali sehingga bayi menangis.Jika tiada tangisan selepas 3 minit, bantuan pernafasan kepada bayi hendaklah diberikan.Kemudian, bayi diselimutkan dan tali pusat diikat kira-kira 15cm dari pusatnya dikedua bahagian. Seterusnya, tali pusat dipotong dengan gunting yang bersih.

Selepas kelahiran bayiCuci ibu supaya berada dalam keadaan selesa.Mengurut bahagian abdomen ibu supaya dapat membantu pengecutan rahim.Pakaikan tuala wanita kepada ibu.Gerakan nadi ibu hendaklah diperiksa dan jumlah kehilangan darah hendaklah diukur.Sekiranya perlu, dapatkan bantuan perubatan.

Kesimpulannya, kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan semasa melahirkan bayi kerana proses melahirkan bayi merupakan satu proses yang memenatkan. Malah, perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan akan menyebabkan ibu berasa penat dan agak sensitif selepas bersalin terutamanya dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas bersalin. Oleh itu, penjagaan selepas bersalin perlu diberi perhatian supaya proses penyembuhan akan berjalan dengan lancar.Antara yang boleh dilakukan oleh ibu ialah:Mengamalkan diet yang sihat supaya memperoleh tenaga dan nutrient yang cukup.

Bagi ibu yang menyusukan anak, ibu hendaklah minum banyak air.

Ibu hendaklah mendapatkan rehat yang secukupnya seperti tidur dalam masa 8 jam sehari.Ibu juga hendaklah mengamalkan senaman kerana dapat membantu ibu menenangkan diri dan baik untuk penyembuhan badan. Tetapi, ibu perlu mendapatkan nasihat dari pengamal perubatan sebelum mula bersenam.

-TAMAT-SEKIAN, TERIMA KASIH