kataganda-120417232316-phpapp02.pptx

14

Upload: rosmawati-mohamad-yusof

Post on 15-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

No Slide Title

KATA GANDA

Kata ganda terbahagi kepada lima bahagian.(a) Kata Ganda Seluruh(b) Kata Ganda Separa(c) Kata Ganda Berima/Bersajak(d) Kata Ganda Menyaling(e) Kata Ganda SemuSetiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja dengan menggunakantanda sempang ( - ).

Kata Ganda SeluruhKata dasarnya diulang dan digandakan.Contoh pagi-pagi, benar-benar, bulat-bulat, guru-guru, baring-baring...1. Mata-mata itu sedang mengawal persimpangan jalan.2. Ular sawa itu menelan bulat-bulat seekor anak kambing.3. Pelajar itu rajin-rajin belaka.Kata Ganda SeparaKata ganda separa mengalami pengulangan sukukata pertama pada kata asalnya.Contohbola-bola = bebola laki-laki = lelakikuda-kuda = kekuda daun-daun = daunlayang-layang = lelayang kabu-kabu = kekabu1. Ramai tetamu datang ke majlis hari lahirnya.2. Gegendang telinganya pecah.3. Bantalnya diisi dengan kekabu.Kata Ganda BerimaKata ganda berima ialah perkataan yang ditambahmengalami perubahan bunyi.Contohhuru-hara, kering-kontang, kuih-muih, mundar-mandir,gunung-ganang, pindah-randah, bukit-bukau.1. Pemandangan gunung-ganang sungguh indah sekali.2. Kuih-muih yang dibuat oleh Puan Aini sungguh enak.3. Rakyat akan hidup dalam huru-hara sekiranya berlaku peperangan.Biasanya, salah satu perkataan yang mengalami penggandaan berima tidak boleh digunakan secaraberasingan sebagai kata bebas.Perhatikanlah bahawa perkataan yang berhuruf condong itu tidak boleh digunakan secara berasingan.Contoh batu-batan gunung-ganang mandi -manda serta-merta warna-warni gilang-gemilangINTAGJusteru itu, ada juga kedua-dua perkataan yangmengalami penggandaan berima tidak bolehdigunakan secara berasingan sebagai kata bebas.Contoh gotong-royong huru-hara huyung-hayang mundar-mandir porak-peranda tungkus-lumusINTAGKata Ganda MenyalingKata dasar itu diulang dengan menggunakan awalan meN-.Contoh bantu-membantu, karang-mengarang, kejar-mengejar, tari-menari, tawar-menawar.1. Penduduk desa itu hidup-membantu.2. Dia membeli barang itu tanpa tawar-menawar lagi.3.Pertandingan masak-memasak itu diadili oleh tukang masak yang berpengalaman.Kata Ganda SemuKata ganda semu membawa makna yang tertentu.Contohapi-api, anai-anai, anting-anting, epok-epok,gado-gado, jentik-jentik, labi-labi, oleh-oleh..1. Agar-agar yang dijual di kedai Mak Limah sungguh sedap rasanya.2. Wajahnya iras-iras wajah ibunya.3. Badannya gatal-gatal kerana digigit pijat-pijat.NOTAPENTINGKata ganda semu bukan membawa makna banyak seperti kata gandayang lain.PERINGATANContoh Kesalahan Pembetulan* dua orang budak-budak* beberapa buah kedai-kedai* semua negeri-negeri

* dua orang budak* beberapa buah kedai* semua negeriContoh Kesalahan Pembetulan* Budak-budak itu nakal-nakal belaka.* Pelajar-pelajar itu rajin- rajin belaka.* Jalan-jalan di ibu kota lebar-lebar belaka.

* Budak itu nakal- nakal belaka.* Pelajar itu rajin- rajin belaka.* Jalan di ibu kota lebar-lebar belaka.Latihankuih-muihsayur-mayurteka-tekikusut-masaibukit-bukauhutan-belantara1. ________________ di gerai itu amat lazat.

2. _______________ yang dijual di pasar itu sangat segar.Kuih-muihSayur-mayurkuih-muihsayur-mayurteka-tekikusut-masaibukit-bukauhutan-belantara3. Rambutnya ________________________ kerana baru bangun daripada tidur.4. Tarzan tinggal di ________________________ bersama binatang-binatang buas.5. Jawapan bagi ________________________ amat mudah sekali.kusut-masaihutan-belantarateka-teki