topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

Click here to load reader

Post on 19-Jun-2015

1.374 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Top i k DeriadanSeni 3HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar; 2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar; 3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran danpembelajaran; 4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria;dan 5. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepadapenggunaan kemahiran deria. PENGENALANTopik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkanTuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpastiapa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akanmendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yangdilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiridaripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria iniadalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIAPerkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahirhingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyakdipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untukitu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkanlagi perkembangan diri setiap individu.

2. TOPIK 3 DERIA DAN SENI43Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deriasemasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanaktelah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenalobjek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan danpendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketikaberumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangankepekaan derianya.Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan inimerupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantunaluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi denganmenggunakan deria.Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung denganpersekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuatpertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.3.1.1SentuhanSentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspekperkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanaksebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapatmelaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajarakan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yangberbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar(terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuaisuatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapatmengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat ataujauh.Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu,kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanakakan berasa selamat. 3. 44TOPIK 3 DERIA DAN SENI3.1.2 DengarMendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria inilebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktivitiseni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnyaketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, merekaakan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidangpergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergeraksama ada cepat atau lambat.3.1.3 LihatMelihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapatmengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orangbuta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiranberdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya danseterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan senivisual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruangiaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat. 4. TOPIK 3 DERIA DAN SENI453.1.4 RasaRasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deriaini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsibermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepadarangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itudirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahlipsikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderungmempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yangmenjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikutpengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkanperasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuatsesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinyaakan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mudmuzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsanganapabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukanpergerakan.Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktivitipembelajaran.(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam strukturkognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaranbaru.3.1.5 HiduHidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secarasemulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkanunsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:(a) Kebolehan Mental PelajarFaktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapatpembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.(b) Pendekatan PengajaranGuru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakanolehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah:(i) Pendekatan Inkuiri PenemuanPelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasipenyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara 5. 46TOPIK 3 DERIA DAN SENI mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. (ii)Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. (iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.AKTIVITI 3.1 Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.3.2KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIAKepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satupersepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulitakan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalampersekitarannya (sila lihat Rajah 3.1). 6. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 47 Rajah 3.1: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran3.2.1 PersekitaranPersekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagiperkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yangmendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak,yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untukmenyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usahauntuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks prosespengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan SeniVisual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. GuruPendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yanglain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadisumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruhmasyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklahcuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yangsesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. 7. 48TOPIK 3 DERIA DAN SENIMewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakantanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian.Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perludititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumberpengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraantampak kanak-kanak.Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting keranaia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranyaialah:(a) Aspek Fizikal(i)Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah.(ii) Peredaran Udara Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.(iii)Stor Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.(iv) Panel dan Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid.(v)Perabot Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid.(vi) Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.(b) Aspek Emosi(i)Hiasan Dalaman Susun atur perabot, perala