kssr2011 110521112300-phpapp02
Post on 08-Jul-2015
1.817 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 1
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2011 KSSR
1. Tahukah anda apa itu KSSR?
TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan
dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada
tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah.
Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi
guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan
matlamat kerajaan.
2. Mengapa Transformasi?
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.
Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 2
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2011 KSSR
3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR
KBSR KSSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga
bidang:
Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembangan diri individu
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam
tunjang:
Komunikasi
Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan
estetika
Sains dan teknologi
Keterampilan diri
Bahan kurikulum:
Sukatan Pelajaran
Bahan kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum
Reka bentuk kurikulum:
Linear
Reka bentuk kurikulum:
Modular
Organisasi kuriikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaran Teras dan Elektif
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(lCT) secara eksplisit
Fokus:
3M (Membaca, menulis, mengira)
Fokus:
4M (Membaca, menulis, mengira dan
menaakul)
Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2011 KSSR
4. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas
KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah
Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal ber-
dasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran
bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati
keperluan murid-murid berkeperluan khas ini.
Bagi Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah
ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran
yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual
Suaian.
Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran
Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
dan Pendidikan Islam yang diubahsuai.
Sementara bagi Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya dibuahsuai
termasuklah:
Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku,
Kemahiran Manipulatif)
Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris dan matematik
Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik)
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani.
Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak
ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh
kerajaan.
Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan
awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan
khas ini.
Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka
seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses
pembelajaran.
Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2011 KSSR
5. Kurikulum terbaik sekolah rendah.
Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin
ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik,
menyeronokkan dan bermakna.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh
persekolahan yang ditetapkan.
Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci
mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan
pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained)
yang dinamakan sebagai modul.
Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid.
Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas,
modul teras to dan modul elektif.
Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1
Modul Teras Asas
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Gina
Bahasa Tamil
Matematik
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2011 KSSR
Modul. Teras Tema
Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan
Teknologi
Modul Elektif
Bahasa Arab
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata
pelajaran teras dan mata pelajaran elektif.
Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk murid-
murid tahun empat.
Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2
Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Modul Sains dan Teknologi
Matematik
Sains
Reka Bentuk dan Teknologi / ICT
Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual
Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2011 KSSR
Modul Kemanusiaan
Sejarah
Mata Pelajaran Elektif
Modul Komunikasi Elektif
Bahasa Arab
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai
Bahasa Kadazandusun
6. Pentaksiran
KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan
sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan
kepada peperiksaan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang
lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan
dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran.
Akt iv i t i pemulihan, pengukuhan dan pe nggayaan d i laksanakan
mengikut keper luan murid bagi memast ikan murid mencapaisan dard
yang d i te tapkan.
7. Tiga Kemahiran baru merentas subjek.
Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi
memast