kata penegas

3
KATA PENEGAS 1 Kata penegas, yang juga disebut partikel, ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. 2 Terdapat dua jenis kata penegas seperti yang berikut: Kata Penegas yang menegaskan frasa predikat atau bahagiannya 1 Kehadiran -kah, -lah, dan -tah hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagiannya yang ditegaskan itu dikedepankan dalam ayat. 2 Ketiga-tiga kata penegas ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya. 3 Perhatikan penggunaan kata penegas tersebut dalam ayat. Kata Penegas Contoh Penggunaan dalam Ayat -kah 1 Berapakah usia kamu sekarang, Devi? 2 Adakah dia masih belajar di kolej itu? 3 Siapakah guru Bahasa Malaysia kamu? -lah 1 Bangunan itulah yang paling tinggi di bandar ini. 2 Itulah kasut baharu yang saya beli semalam. 3 Dialah yang mendermakan wang kepada mangsa banjir itu. -tah 1 Manatah barang-barang lain yang dibeli itu? 2 Bilatah nasib mereka akan berubah? 3 Apatah daya kita yang daif ini. Kata Penegas yang menegaskan frasa subjek atau frasa predikat 1 Kata penegas ini bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat, sama ada dalam subjek atau predikat. 2 Perhatikan penggunaan kata penegas tersebut dalam ayat. Kata Penegas Contoh Penggunaan dalam Ayat pun 1 Murid-murid perempuan pun mengambil bahagian dalam © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009 Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3 1 Kata yang hanya menegaskan frasa predikat atau bahagiannya contohnya -kah, -lah, dan - yang menegaskan frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya dan frasa predikat atau bahagiannya contohnya juga, jua, sahaja,

Upload: shana-ana

Post on 28-Sep-2015

266 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

KATA PENEGAS

KATA PENEGAS

1Kata penegas, yang juga disebut partikel, ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

2Terdapat dua jenis kata penegas seperti yang berikut:

Kata Penegas yang menegaskan frasa predikat atau bahagiannya1Kehadiran -kah, -lah, dan -tah hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagiannya yang ditegaskan itu dikedepankan dalam ayat.2Ketiga-tiga kata penegas ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya.

3Perhatikan penggunaan kata penegas tersebut dalam ayat.

Kata PenegasContoh Penggunaan dalam Ayat

-kah1 Berapakah usia kamu sekarang, Devi?

2 Adakah dia masih belajar di kolej itu?3 Siapakah guru Bahasa Malaysia kamu?

-lah1 Bangunan itulah yang paling tinggi di bandar ini.2 Itulah kasut baharu yang saya beli semalam.3 Dialah yang mendermakan wang kepada mangsa banjir itu.

-tah1 Manatah barang-barang lain yang dibeli itu?2 Bilatah nasib mereka akan berubah? 3 Apatah daya kita yang daif ini.

Kata Penegas yang menegaskan frasa subjek atau frasa predikat 1Kata penegas ini bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat, sama ada dalam subjek atau predikat.

2Perhatikan penggunaan kata penegas tersebut dalam ayat.

Kata PenegasContoh Penggunaan dalam Ayat

pun1 Murid-murid perempuan pun mengambil bahagian dalam acara itu.2 Borang penyertaan yang tidak lengkap pun diterima oleh pihak penganjur.

juga1 Adik saya juga ingin mengikut saya ke perpustakaan.

2 Murid itu ingin juga menyertai Persatuan Bahasa Inggeris.

hanya1 Pertunjukan itu hanya diadakan pada waktu malam.

2 Hanya warganegara Malaysia berhak menyertai peraduan itu.

memang1 Kanak-kanak memang suka makan aiskrim.

2 Memang Encik Lim akan menjadi pengurus syarikat.

lagi1 Kereta api dari Singapura belum tiba lagi.

2 Hujan turun lagi pada sebelah malam.

PERINGATANTerdapat beberapa perkataan yang dieja bercantum dengan kata penegas pun. Perkataan-perkataan itu disebut kata majmuk dan dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Senarai perkataan itu diberikan dalam kotak di bawah ini.

INFO BAHASA

Dalam binaan atau penulisan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penegas seperti di bawah ini:

1Kesalahan menulis kata penegas pun serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.

Contoh:

(a)Siapa-siapapun boleh menyertai pertandingan itu. (X)

(b)Siapa-siapa pun boleh menyertai pertandingan itu. ()

2Kesalahan tidak meletakkan kata penegas -kah pada kata tanya yang diletakkan di awal ayat tanya.

Contoh:

(a)Siapa pemuda yang berbadan sasa itu? (X)

* Siapakah pemuda yang berbadan sasa itu? ()

(b)Berapa harga kereta yang kamu beli itu? (X)

* Berapakah harga kereta yang kamu beli itu? ()3Kesalahan meletakkan kata penegas -kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.

Contoh:

(a)Ayah kamu sakitkah? (X)

* Ayah kamu sakit? ()

(b)Hidung budak itu berdarahkah? (X)

* Hidung budak itu berdarah? ()

4Kesalahan meletakkan kata penegas -kah di hujung ayat tanya dengan kata tanya yang terletak di hujung ayat.

Contoh:

(a)Nama kamu siapakah? (X)

* Nama kamu siapa? ()

(b)Kapal terbang itu tiba bilakah? (X)

* Kapal terbang itu tiba bila? ()

Kata Penegas

adapunandaipunataupunbagaimanapunbiarpun

kalaupunkendatipunlagipunmahupunmeskipun

sungguhpunsekalipunwalaupun

yang hanya menegaskan frasa predikat atau bahagiannya

contohnya -kah, -lah, dan -tah

yang menegaskan frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya dan frasa predikat atau bahagiannya

contohnya juga, jua, sahaja, hanya, pun, lagi, dan memang

PAGE 2 Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3