kata nama.doc

6
TATABAHASA A. GOLONGAN KATA 1. Dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis golongan kata: KATA NAMA 1. Kata Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan manusia, binatang, tempat, benda dan konsep. 2. Kata Nama terbahagi kepada tiga jenis iaitu - Kata Nama Khas - Kata Nama Am - Kata Ganti Nama 3. Kata Nama Khas ialah perkataan yang membawa makna khusus kepada sesuatu nama orang , benda , binatang atau tempat . 4. Huruf pertama untuk Kata Nama Khas mesti bermula dengan huruf besar . 5. Kata Nama Am ialah kata yang menamakan sesuatu secara am / umum. 6. Kata Nama Am boleh terbina dengan kata dasar ataupun kata terbitan . 7. Kata Nama Am ditulis dengan huruf kecil kecuali selepas tanda noktah. 8. Contoh Kata Nama Khas dan Kata Nama Am : Kategori Kata Nama Khas Kata Nama Am Manusia Tun Ali, Puan Maznah, Ah Kau, Mary, Wanita, lelaki, sasterawan, guru, kerani, pekebun Binatang/ haiwan Pak Belang, Sang Kancil, Raja Singa, Si Tompok Burung, buaya, unta, ikan, harimau, gajah Golongan Kata Kata Kata Kata Penggunaan

Upload: seluang1

Post on 14-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Hampehs! What The Hell Is It?

TATABAHASA

A. GOLONGAN KATA

1. Dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis golongan kata:

KATA NAMA

1. Kata Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan manusia, binatang, tempat, benda dan konsep.

2. Kata Nama terbahagi kepada tiga jenis iaitu

Kata Nama Khas

Kata Nama Am

Kata Ganti Nama3. Kata Nama Khas ialah perkataan yang membawa makna khusus kepada sesuatu nama orang, benda, binatang atau tempat.

4. Huruf pertama untuk Kata Nama Khas mesti bermula dengan huruf besar.

5. Kata Nama Am ialah kata yang menamakan sesuatu secara am / umum.

6. Kata Nama Am boleh terbina dengan kata dasar ataupun kata terbitan.

7. Kata Nama Am ditulis dengan huruf kecil kecuali selepas tanda noktah.

8. Contoh Kata Nama Khas dan Kata Nama Am :

KategoriKata Nama KhasKata Nama Am

ManusiaTun Ali, Puan Maznah, Ah Kau, Mary,Wanita, lelaki, sasterawan, guru, kerani, pekebun

Binatang/haiwanPak Belang, Sang Kancil, Raja Singa, Si TompokBurung, buaya, unta, ikan, harimau, gajah

TumbuhanMeranti, Manau, Seroja, SemaluPadi, pokok, kekacang, rumput

TempatIpoh, Kampung Tawas, Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau RedangPulau, pangsapuri, sekolah, tasik, jalan

Benda Sanyo, Proton Wira, Arcopal, Bonia, Orlando, SingerTikar, seterika, kipas, buku, komputer

Abstrak / konsepAnimisme, Islam, Akta Makanan 1993, jibrail, Kemahiran HidupCita-cita, urusan, mata pelajaran, undang-undang

9. Kata Ganti Nama ialah kata yang menggantikan suatu kata nama.

10. Kata Ganti Nama terbahagi kepada:

I. Kata Ganti Nama Diri

II. Kata Ganti Nama Tunjuk

III. Kata Ganti Nama Tanya

IV. Kata Ganti Nama Tempat

V. Kata Ganti Nama Tak Tentu ( umum )

I. Kata Ganti Nama Diri

Kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia

Terbahagi kepada 2 bentuk iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak Kata ganti nama terbahagi kepada 3 jenis

a) Kata Ganti Diri Pertama

b) Kata Ganti Diri Kedua

c) Kata Ganti Diri Ketiga

BentukKata Ganti Diri IKata Ganti Diri Ke-2Kata Ganti Diri Ke-3

Tunggalaku, saya, daku, hamba, patik, beta

Contoh ayat :

1. Hamba berasal dari Sabah

2. Saya akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini.awak, engkau, anda, tuan hamba, tuanku, kamu

Contoh ayat :

1. Siapakah nama kamu?

2. Tuan hamba berasal dari mana?dia, beliau, ia, baginda

Contoh ayat :

1. Dia akan berkahwin pada minggu depan.

2. Baginda akan berangkat ke majlis itu esok.

Jamakkami, kita

Contoh ayat :

1. "Kami akan belajar hingga berjaya", kata Ali kepada gurunya.

2. Kita perlu menabung untuk masa depan.kamu semua, kalian, anda semua

Contoh ayat :

1. "Kamu semua mesti mengambil bahagian", kata guru.

2. "Kamu semua diundang ke majlis itu", kata Encik Ali.mereka

Contoh ayat :

1. Mereka semua bertengkar apabila berjumpa.

II) Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Ganti Nama Tunjuk ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan keadaan.

Kata Ganti Nama TunjukCara menggunakannyaContoh ayat

IniUntuk menunjukkan sesuatu benda, manusia, binatang dan tempat yang dekat dengan orang yang bercakap.Rumah ini telah lama tidak didiami.

ItuUntuk menunjukkan sesuatu benda, manusia, binatang dan tempat yang jauh dari orang yang bercakap.Rumah di atas bukit itu dipunyai oleh Encik Jalil.

Begini/Begitu/DemikianUntuk menunjukkan keadaan atau cara melakukan sesuatu.Dia berkelakuan begitu sejak kematian ibunya.

III) Kata Ganti Nama Tanya

Kata Ganti Nama Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan nama orang, benda, tempat, masa, harga, bilangan dan keadaan.

Kata Ganti Nama Tanya digunakan dalam ayat-ayat tanya.

Biasanya, Kata Ganti Nama Tanya diikuti dengan akhiran 'kah'.

Kata Ganti Nama TanyaCara menggunakannyaContoh ayat

ApaUntuk menanyakan nama, benda, tempat dan binatangApakah nama binatang ini?

ManaUntuk menanyakan tempatAwak tinggal di mana?

Bila

BagaimanaUntuk menanyakan masa.

Untuk menanyakan keadaan dan cara.Tarikh ujian itu bila?

Bagaimanakah cara untuk membantunya?

SiapaUntuk menanyakan nama orangSiapakah nama kamu?

Mengapa/KenapaUntuk menanyakan sebabMengapakah orang ramai berkumpul di situ?

BerapaUntuk menanyakan bilangan dan hargaBerapakah harga sekilo cili kering?

IV) Kata Ganti Nama Tempat

menggantikan nama sesuatu tempat.

Kata Ganti Nama TempatContoh Ayat

Sini

( menunjukkan tempat yang dekat )Dia ke sini menaiki kereta.

Situ

( menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh )Jangan pergi ke situ kerana bahaya.

Sana

( menunjukkan tempat yang jauh )Dia ke sana kerana bapanya sakit kuat.

V) Kata Ganti Nama Tak Tentu.

Kata yang menunjukkan sesuatu secara tidak pasti / tidak tentu.

kata ganti nama tak tentu terhasil daripada proses penggandaan penuh kata ganti nama tanya :

Kata Ganti Nama TanyaKata Ganti Nama Tak TentuContoh Ayat

apaapa-apa1. Ambillah apa-apa yang awak suka.

2. Apa-apa hal, saya tidak mahu bertanggungjawab.

siapasiapa-siapa/sesiapa1. Sesiapa yang berminat boleh mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

2. Ada sesiapa di dalam rumah?

manamana-mana1. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak

2. Pilihlah mana-mana yang awak berkenan.

bilabila-bila1. Ayah akan balik bila-bila masa sahaja.

2. "Awak boleh datang ke rumah saya bila-bila masa awak suka", kata Ani.

Peta Minda Mudah Ingat :Manusia : Mariam,

Abdullah, Putih

Hidup

Bukan Manusia :

Nama Khas

Pak Belang,

Tompok, Jibrail

Tak Hidup : Klinik Dr. Fauzi,

Sekolah Sultan Mohd Jiwa,

Kampung Cempaka, Malaysia

Manusia : kerani,

polis, jurutera

Hidup

Bukan Manusia :

tupai, gergasi,

Kata NamaNama Am

nuri,

pokok cempaka

Institusi : sekolah,

Universiti, pejabat, jabatan

Tak Hidup

Konkrit

Bukan Institusi

Abstrak

Tunjuk : ini, itu

Ganti Nama

Tanya : apa, siapa, mana

Diri

pertama

Orang

kedua

Ketiga

Tempat : sini, sana, situ

Tanya : apa, mana, siapa, bila, bagaimana, mengapa, berapa

Tak Tentu (Umum) : apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila.

Golongan kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Penggunaan Bahasa