kata nafi

2
KATA NAFI Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif. Dalam bahasa Melayu baku, kata nafi adalah seperti yang berikut:- Perhatikan penerangan di bawah ini. Kata Nafi Penerangan Ayat Contoh Tak/ tidak Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif dan frasa kerja. 1 Ramlan tidak mengendahkan nasihat ibu bapanya. 2 Mereka tidak bersetuju dengan cadangan kami. 3 Mata pedang itu tidak tajam. 4 Fikirannya tidak waras. bukan Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama. 1 Pemuda itu bukan pegawai polis. 2 Ayahnya bukan peguam. 3 Anjing itu bukan anjing peliharaan Encik Leong. 4 Basikal itu bukan basikal yang baru dibelinya. Dalam penulisan, kata nafi bukan dan tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif. Contoh: 1. Ah Keong tidak di biliknya sewaktu kejadian rompakan itu berlaku. 2. Ayah Mei Fun tidak ke pejabat hari ini kerana demam. 3. Bungkusan itu bukan untuk tunangnya. 4. Khalid bukan di Sarawak sekarang. Dalam penulisan, kata nafi bukan boleh digunakan untuk frasa-frasa yang lain daripada frasa nama dengan syarat maksudnya adalah untuk menekankan pertentangan secara lebih jelas. Contoh: 1. Salman bukan bergaduh dengan Salim tetapi bergurau sahaja. © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu 1 tak, tidak dan

Upload: sazmani

Post on 14-Jun-2015

2.116 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: KATA NAFI

KATA NAFIKata nafi ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif.Dalam bahasa Melayu baku, kata nafi adalah seperti yang berikut:-

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nafi Penerangan Ayat Contoh

Tak/tidak Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif dan frasa kerja.

1 Ramlan tidak mengendahkan nasihat ibu bapanya.2 Mereka tidak bersetuju dengan cadangan kami.3 Mata pedang itu tidak tajam.4 Fikirannya tidak waras.

bukan Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama.

1 Pemuda itu bukan pegawai polis.2 Ayahnya bukan peguam.3 Anjing itu bukan anjing peliharaan Encik Leong.4 Basikal itu bukan basikal yang baru dibelinya.

Dalam penulisan, kata nafi bukan dan tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif.Contoh:

1. Ah Keong tidak di biliknya sewaktu kejadian rompakan itu berlaku.2. Ayah Mei Fun tidak ke pejabat hari ini kerana demam.3. Bungkusan itu bukan untuk tunangnya.4. Khalid bukan di Sarawak sekarang.

Dalam penulisan, kata nafi bukan boleh digunakan untuk frasa-frasa yang lain daripada frasa nama dengan syarat maksudnya adalah untuk menekankan pertentangan secara lebih jelas.Contoh:

1. Salman bukan bergaduh dengan Salim tetapi bergurau sahaja.2. Guni padi itu berjahit bukan dengan benang tetapi dengan tali rafia.

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata nafi seperti yang berikut:-

1. Kesalahan menggunakan kata nafi tak atau tidak untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila frasa nama menjadi predikatnya. Contoh:

a) Cik Jamaliah tidak jururawat. (X) b) Cik Jamaliah bukan jururawat. (√)

2. Kesalahan menggunakan kata nafi bukan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila frasa kerja menjadi predikatnya. Contoh:

a) Mahyun bukan belajar dengan tekun. (X) b) Mahyun tidak belajar dengan tekun. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1

tak, tidak dan bukan