huraian ringkas kalimah nafi isbat dan penerangan ringkas fardhu ain ( new update)

14
Page1 1. KALIMAH NAFI & ISBAT (KALIMAH TAUHID) Setiap mukallaf WAJIB MENAFIKAN “dewa-dewa”, berhala atau apa sahaja yang disembah oleh orang kafir sebagai “tuhan” atau َ هَ لِ إbagi mereka. Tidak ada ayat al-Quran atau hadith yang mengiktiraf “dewa-dewa” atau berhala sebagai “tuhan” atau َ هَ لِ إbagi orang kafir. Perlu diketahui, menurut adat, berhala bukannya tuhan. Berhala yang disembah oleh orang kafir BUKANNYA tuhan bagi penyembahnya. Berhala itu hanyalah sembahan mereka, BUKANNYA tuhan mereka. Tuhan bagi semua manusia, Islam atau bukan Islam adalah adalah Allah. Tuhan pada adat ialah "TUKANG”. Tuhan yang dimaksudkan oleh akal dan syara’ “TIDAK SAMA” dengan tuhan yang maksudkan oleh adat. Oleh kerana itu dalam Islam. Tuhan hanya wujud berdasarkan hukum akal dan hukum syara’. Dalilnya ialah, ayat pertama di dalam al-Quran dan ayat pertama surah al-Fatihah yang bermaksud : “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” “Segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan sekalian alam”. Lihat dalil tambahan iaitu, dialog antara Fir’aun dan tukang sikat anaknya (Mashitah). Fir’aun bertanya kepada Mashitah, “adakah Tuhan selain aku? Mashitah menjawab, “Ya, Tuhanmu dan Tuhanku ialah ل ”. Sesungguhnya, tuhan bagi sekalian manusia (sama ada Islam atau kafir) hanya Allah, kerana firman-Nya dalam surah an-Nas, ayat ke-1 dan 3, yang bermaksud : Kata olehmu, aku berlindung kepada tuhan (yang menjadikan) sekalian manusia” “Tuhan sekalian manusia1 1 Lihat makna “Tuhan”, َ هَ لِ إdan Allah, menurut hukum adat, akal dan syara’ dalam siapaALLAH.blogspot.com

Upload: lukman

Post on 05-Jul-2015

33.321 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e1

1. KALIMAH NAFI & ISBAT (KALIMAH TAUHID)

Setiap mukallaf WAJIB MENAFIKAN “dewa-dewa”, berhala atau apa sahaja

yang disembah oleh orang kafir sebagai “tuhan” atau “ َإِلَه ” bagi mereka. Tidak ada

ayat al-Quran atau hadith yang mengiktiraf “dewa-dewa” atau berhala sebagai “tuhan”

atau “ َإِلَه ” bagi orang kafir.

Perlu diketahui, menurut adat, berhala bukannya tuhan. Berhala yang disembah

oleh orang kafir BUKANNYA tuhan bagi penyembahnya. Berhala itu hanyalah

sembahan mereka, BUKANNYA tuhan mereka. Tuhan bagi semua manusia, Islam atau

bukan Islam adalah adalah Allah. Tuhan pada adat ialah "TUKANG”. Tuhan yang

dimaksudkan oleh akal dan syara’ “TIDAK SAMA” dengan tuhan yang maksudkan oleh

adat. Oleh kerana itu dalam Islam.

Tuhan hanya wujud berdasarkan hukum akal dan hukum syara’. Dalilnya ialah,

ayat pertama di dalam al-Quran dan ayat pertama surah al-Fatihah yang bermaksud :

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

“Segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan sekalian alam”.

Lihat dalil tambahan iaitu, dialog antara Fir’aun dan tukang sikat anaknya

(Mashitah). Fir’aun bertanya kepada Mashitah, “adakah Tuhan selain aku? Mashitah

menjawab, “Ya, Tuhanmu dan Tuhanku ialah لْال ”.

Sesungguhnya, tuhan bagi sekalian manusia (sama ada Islam atau kafir) hanya

Allah, kerana firman-Nya dalam surah an-Nas, ayat ke-1 dan 3, yang bermaksud :

“Kata olehmu, aku berlindung kepada tuhan (yang menjadikan)

sekalian manusia”

“Tuhan sekalian manusia”1

1 Lihat makna “Tuhan”, “ َإِلَه dan Allah, menurut hukum adat, akal dan syara’ dalam siapaALLAH.blogspot.com

Page 2: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e2

Walaupun demikian, semasa kita mengucapkan kalimah agung الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال

yang bermaksud “tiada tuhan melainkan Allah”, kita DITEGAH MENAFIKAN

“TUHAN” seperti berhala yang diakui oleh orang kafir pada adat. Dalam Bahasa

Arab, ada 7 makna kalimah ”La” ( ال ََ ) atau "TIADA”. 2 Kalimah ( َال ) disini

BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN “tuhan” selain Allah. Apabila dinafikan

juga, ia bermaksud membandingkan Allah dengan makhluk sedangkan Allah

Maha Suci daripada banding. Kenapa bermaksud membandingkan Allah?

Fahamkan dalil akal dan dalil syara’ berkaitan yang akan dinyatakan. Iktikad

MENAFIKAN “TUHAN” seperti berhala sebenarnya bercanggah dengan dalil

akal dan bercanggah dengan makna mengesakan Allah dalam hukum syara’.

Lihat hadith Nabi yang berbunyi :

“Mai yafriku bainan naafi wal isbati fakod kafaro” dan

“Mallam yufarriku bainan nafi wal isbati fakod kafaro.” 3

Yang bermaksud :

“Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”

“Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”

Sesiapa yang menceraikan dan tidak menceraikan antara nafi dan isbat

sebenarnya melambangkan makrifat yang tidak sempurna, masih syak, masih zon

dan masih waham. Keterangannya akan dinyatakan selepas ini.

Justeru, kalimah tauhid الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال َ wajib diucapkan dengan makrifat yang

sempurna, tanpa syak, tanpa zon dan tanpa waham, yakni sekurang-kurangnya had

mai’yah.

Apakah maksud menceraikan dan tiada menceraikan oleh hadith itu? Lihat

keterangan ringkas berikut :

2 Antara maksud atau makna kalimah ”La” ( َال ََ ) ialah menafikan, membandingkan, mensucikan dan

mengesakan. Apakah maksud atau makna yang lain? 3 Ada ulama yang berpendapat bahawa, dua ayat berkenaan bukan hadith.

Page 3: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e3

Hadith : makna tidak menceraikan Hadith : makna menceraikan

Mula-mula dinafikannya َإِلَه kemudian

diisbatkannya ه Sesungguhnya, penafian .لْال

seperti ini adalah menafikan هه kerana ,لْال

makna bagi إِلَهَه ialah هه هلْال dan menurut hadith

itu, hukumnya adalah kafir. 4

Mula-mula dinafikannya makhluk atau

“tuhan” selain Allah seperti berhala,

kemudian diisbatkannya pula ه .لْال

Menurut hadith di atas, hukumnya

adalah kafir.

KEFAHAMAN SEPERTI INILAH

YANG MENJADI PEGANGAN

SEBAHAGIAN BESAR UMAT ISLAM.

Keterangan lanjut dinyatakan seperti di

bawah ini. Sama-sama kita fahamkan

Lihat dan fahamkan makna kalimah "TIADA” atau ( َال) pada Jadual 1 di bawah

Jadual 1

Bil Ayat Maksudnya sebenarnya ialah

1 Tiada yang mendapat

21A dalam SPM

melainkan Nor Amalina.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada

orang lain” yang mendapat hampir 21A atau lebih

dalam peperiksaan SPM lain yang setara.

2 Tiada yang datang

ke tempat ini melainkan

engkau.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, pernah

"ada orang lain” yang datang ke situ dan "wujud

tempat lain” yang seumpamanya.

3

Tiada yang mati dalam

kemalangan itu melainkan

semuanya selamat.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada

orang lain” yang telah mati dalam kemalangan yang

seumpamanya..

4 Tiada orang yang amanah

melainkan Ali.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada

orang lain” yang amanah dan yang TIDAK amanah.

5

Tiada yang membaca

buku ini melainkan Ahmad.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, "ada

orang lain” yang pandai dan tidak pandai membaca.

6

Tiada yang boleh

menerangkan "halnya”

melainkan yang faham.

Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,

sebenar-benarnya "ada orang lain” yang faham

dan boleh menerangkannya.

4 Justeru, menafikan َإِلَه adalah menafikan لْال.

Page 4: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e4

Supaya lebih JELAS, lihat dan fahamkan maksud kalimah pada Jadual 2 berikut

Kalimah 1

TIADA tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) MELAINKAN berhala.

Kalimah 2

TIADA tuhan yang disembah (oleh orang mukmin) MELAINKAN Allah.

Jadual 2

Maksud Kalimah

Bil Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh

Penganut Hindu) Melainkan Berhala

Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh

Orang Mukmin) Melainkan Allah

1 Wujud berhala yang lain, selain

berhala yang disebutkan.

Wujud tuhan yang lain, selain "Allah”

yang disebutkan.

2

Kita pernah melihat berhala lain selain

berhala yang disembah oleh penganut

agama Hindu.

Kita pernah melihat tuhan selain Allah

yang disembah oleh penganut agama

Islam.

3

Kita pernah melihat atau mendengar

agama lain selain agama Hindu.

Kita pernah melihat atau mendengar

agama lain selain agama Islam.

4

Kita pernah melihat penganut agama

lain menyembah berhala yang lain

selain penganut agama Hindu.

Kita pernah melihat penganut agama

lain menyembah Allah selain

penganut agama Islam.

5

Kita yakin bahawasanya berhala

penganut Hindu mempunyai persamaan

dengan berhala yang disembah oleh

bukan penganut agama Hindu.

Kita yakin bahawasanya Allah

mempunyai persamaan dengan "tuhan

selain Allah” yang disembah oleh bukan

penganut Islam.

6

Kita yakin bahawa berhala dan

penganut agama Hindu itu mempunyai

kelemahan.

Kita yakin bahawa Allah dan penganut

agama Islam itu mempunyai

kelemahan.

Apakah maksud yang anda faham daripada Jadual 1 dan Jadual 2 di atas?

Adakah keenam-enam maksud ayat itui SALAH? Jawapannya “TIDAK”. Itulah

sebenarnya salah satu daripada maksud-maksud kalimah `LA” iaitu membuat

BANDING bagi Allah. Semua contoh kalimah "TIADA” di atas menunjukkan WUJUD

yang setara, WUJUD yang seumpama, WUJUD suatu yang boleh dijadikan

perbandingan bagi Allah, WUJUD kelemahan dan sebagainya.

Page 5: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e5

Oleh sebab itu, MAHA SUCI ALLAH DARIPADA SUATU PERBANDINGAN

kerana Allah itu :

ههههههههههههههليسهكمثلههشيء

Oleh sebab itu, lafaz perkataan "TIADA” pada kalimah "Tiada tuhan yang

disembah (oleh penganut Hindu) melainkan berhala” sebenar-benarnya secara

tidak sedar atau “tanpa niat” telah mengakui bahawasanya:

1) Wujud berhala yang lain, selain berhala yang dilafazkan.

2) Kita pernah melihat berhala lain selain berhala yang disembah oleh

penganut agama Hindu.

3) Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Hindu.

4) Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah berhala yang lain

selain penganut agama Hindu.

5) Kita yakin bahawasanya berhala penganut Hindu mempunyai persamaan

dengan berhala yang disembah oleh bukan penganut agama Hindu.

6) Kita yakin bahawa berhala dan penganut agama Hindu itu mempunyai

kelemahan.

Oleh sebab itu, kalimah `LA” dalam kalimah الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال َ BUKAN bermaksud

MENAFIKAN tuhan selain Allah seperti berhala atau sebarang benda yang disembah

oleh orang kafir kerana ianya membawa makna, ada yang SETARA dengan Allah, ada

yang seumpama-Nya, ada BANDING bag Allah dan sebagainya yang membatalkan

makna esa.

Maksud sebenar kalimah `LA” ialah MENETAPKAN bahawa TIADA YANG

MENJADIKAN SEKALIAN ALAM MELAINKAN ALLAH. Makna sebenar bagi

kalimah itu adalah sama dengan ayat Allah yang berbunyi :

Al-Baqarah : 163

Yang maksudnya ialah “Tiada Tuhan melainkan Dia (yakni Allah).

Page 6: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e6

MUSTAHIL ALLAH MENAFIKAN ADA TUHAN SELAIN DIA, YANG

MENJADIKAN SEKALIAN ALAM atau MUSTAHIL ALLAH MENAFIKAN ada tuhan

yang SETARA dengan-Nya atau menafikan berhala yang disembah oleh orang

kafir. Amat-amat mustahil kerana, Allah Ta’ala Maha Mengetahui akan zat-Nya

MAHA SUCI DARIPADA BANDING. Iktikad PENAFIAN ITU SEBENARNYA

MELETAKKAN ALLAH SAMA TARAF DENGAN MAKHLUK dan sebahagiannya

tanpa sedar telah MENGHINA ALLAH. Maka amat-amat mustahil dan TIDAK

DITERIMA oleh orang YANG BERAKAL melainkan orang yang JAHIL lagi SYIRIK

kepada ALLAH.

Kenapa membawa maksud mungkin tanpa sedar atau “tanpa niat? Kita sama-

sama fahamkan contoh tambahan ini.

Katalah anda ditakdirkan bekerja sebagai penyelia dan penilai di Jabatan U

suatu negeri. Skop tugas anda ialah menyelia, menilai dan memberi cadangan

penambahbaikan kerja-kerja tukang kebun dan Ketua Jabatan U. Skop kerja Ketua

Jabatan U ialah mentadbir Jabatan U. Bilik rehat Ketua Jabatan U ialah sebuah bilik

berhawa dingin sesuai dengan pangkatnya.

Skop kerja tukang kebun pula ialah menyiram bunga di kawasan yang terdedah

dengan cahaya panas dan hujan, menanam bunga, mencambahkan bunga, membuang

bunga-bunga yang sudah tidak sesuai dan sebagainya. Tempat berehatnya ialah di

sebuah bilik khas yang sesuai.

Ditakdirkan semasa anda datang melaksanakan arahan, Ketua Jabatan U

melaksanakan cadangan mewajibkan semua pekerja memakai blazer atau kot

semasa menjalankan tugas, termasuklah tukang kebun yang terbaik dan paling

beradab bernama Tulus bin Ikhlas. Ketua Jabatan U bercadang demikian untuk

menjadikannya sebagai identiti jabatannya. Apakah agaknya jawapan tukang kebun

dan apakah agaknya laporan anda?

Page 7: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e7

Sebagaai tukang kebun, sudah pasti En. Tulus Ikhlas keberatan memakai blazer

kerana tidak sesuai. Dengan hati yang tulus dia pasti berkata, “ini satu cadangan yang

kurang bijak dan memalukan” kerana didalam fikirannya, blazer atau kot

melambangkan status pekerjaan. Justeru dia berasa TIDAK LAYAK untuk memakai

blazer semasa bekerja ditengah panas matahari. Anda sebagai penyelia, yang datang

memakai blazer sudah tentu menulis laporan, TIDAK SETUJU dengan arahan Ketua

Jabatan U. Tukang kebun perlu dikecualikan. Sekiranya Ketua Jabatan U meneruskan

cadangannya dengan apa jua alasan seperti “TIADA NIAT” menyinggung perasaan

orang atau “tanpa niat”, tetapi tukang kebun yang menurut fitrah tetap dapat

merasakan maksud tersirat yang kurang baik iaitu “kurang bijak dan memalukan”.

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang melafazkan

,dan "MENAFIKAN” tuhan selain Allah لْال atau berzikir dengan kalimah الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال

sebenar-benarnya secara tanpa sedar atau “TANPA NIAT” TELAH MEMBATALKAN

MAKNA ESA kerana bercanggah dengan ayat Qul seperti di dalam surah al-Ikhlas. 5

Lihat semula maksud membatalkan makna esa dalam siapaALLAH.blogspot.com.

Jadi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadith :

“Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”

“Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.”

Fahamkan semula maksud menceraikan dan tiada menceraikan seperti

kerangan ringkas berikut :

Hadith : makna tidak menceraikan Hadith : makna menceraikan

Mula-mula dinafikannya َإِلَه kemudian

diisbatkannya ه Sesungguhnya, penafian .لْال

seperti ini adalah menafikan هه kerana ,لْال

makna bagi إِلَهَه ialah هه هلْال dan menurut

hadith itu, hukumnya kafir. 6

Mula-mula dinafikannya “tuhan”

selain Allah seperti berhala,

kemudian diisbatkannya pula ه .لْال

Menurut hadith di atas, hukumnya

kafir..

5 Sesungguhnya setiap perkataan (lidah), perbuatan (anggota) dan iktikad (hati) mukallaf wajib

mengatakan bahawasanya Allah Ta’ala ESA 6 Justeru, menafikan َإِلَه adalah menafikan لْال.

Page 8: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e8

Keterangan seperti ini. Lihat dan fahamkan kalimah berikut :

“TIADA yang menerangi alam semesta (bumi) MELAINKAN matahari” 7

Adakah maksud ”TIADA” pada semua kalimah sebelum ini sama dengan

maksud ”TIADA” pada kalimah di atas? Orang yang menurut fitrah, pasti menjawab,

TIDAK. Kenapa? Kerana :

1. Kita tidak pernah melihat ada objek kedua yang setara dengan matahari.

2. Kita tidak pernah mendengar bahawa ada objek lain yang mungkin setara

dengan matahari.

3. Kita tidak menafikan bulan, bintang dan sebagainya yang menerangi

sebahagian alam.

4. Yakin dan tahkiq dalam hati bahawasanya hanya matahari yang menerangi

alam semesta.

5. Suci daripada syak, zon atau waham bahawa "tiada yang menerangi alam

semesta (bumi) melainkan matahari” kerana cahaya objek lain TIDAK layak

sama sekali dibandingkan dengan cahaya matahari.

6. Jika dinafikan juga objek lain, sesungguhnya orang yang menafikan itu

TIDAK MENGENAL MATAHARI.

7. Sesungguhnya kalimah "TIADA” itu BUKAN MENAFIKAN cahaya bintang

atau planet lain.

Justeru, kalimat “tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan

matahari” menunjukkan bahawa dengan sesungguhnya, kita tidak pernah melihat,

tidak pernah mendengar bahawa, ada matahari kedua, yang menerangi muka bumi

atau alam semesta. Kita tidak menafikan benda-benda lain yang menerangi rumah,

jalanraya dan sebagainya kerana, cahayanya TIDAK LAYAK sama sekali, untuk

dibandingkan dengan cahaya matahari. Lihat Jadual 3 berikut :

7 Cuba lihat dan fahamkan lain-lain hadith Nabi yang menerangkan kalimah NAFI & ISBAT ibarat MATAHARI.

Page 9: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e9

Lihat dan fahamkan kalimah itu dengan kalimah nafi isbat seperti pada Jadual 3 :

Jadual 3 : Fahamkan Maksud Dalil Akal

Bil TIADA yang menerangi muka bumi

MELAINKAN matahari

TIADA tuhan (yang menjadikan

sekalian alam ) MELAINKAN Allah

1 Tidak pernah ada objek kedua yang

setara dengan matahari.

Tidak pernah ada tuhan kedua yang

setara dengan Allah.

2

Tidak pernah didengar bahawa ada

objek lain yang mungkin setara

dengan matahari.

Tidak pernah di dengar bahawa ada

tuhan lain yang mungkin setara dengan

Allah.

3

Kita tidak menafikan bulan, bintang

dan sebagainya yang menerangi

sebahagian alam.

Kita tidak menafikan berhala atau apa

sahaja yang disembah oleh sebahagian

orang kafir.

4

Yakin dan tahkiq dalam hati

bahawasanya hanya matahari yang

menerangi alam semesta.

Yakin dan tahkiq dalam hati

bahawasanya hanya Allah yang

menjadikan alam semesta.

5

Suci daripada syak, zon atau

waham bahawa "tiada yang

menerangi alam semesta (bumi)

melainkan matahari” kerana cahaya

objek lain TIDAK layak sama sekali

dibandingkan dengan cahaya

matahari.

Suci daripada syak, zon atau waham

bahawa "tiada tuhan yang menjadikan

sekalian alam (bumi) melainkan Allah”

kerana kuasanya TIDAK layak sama

sekali dibandingkan dengan kekuasaan

Allah.

6

Jika dinafikan juga objek lain,

sesungguhnya orang yang menafikan

itu TIDAK MENGENAL MATAHARI.

Jika dinafikan juga berhala,

sesungguhnya orang yang menafikan itu

TIDAK MENGENAL ALLAH.

7 Sesungguhnya kalimah "tiada” itu

BUKAN MENAFIKAN BINTANG.

Sesungguhnya kalimah "La” itu BUKAN

MENAFIKAN BERHALA dsb.

Menafikan ”tuhan” selain Allah sebenar-benarnya telah mencampur-adukkan 3

hukum.8 Kenapakah dikatakan mencampur-adukkan 3 hukum?

8 Perkataan mentauhidkan Allah TIDAK boleh dicampuradukkan dengan perkataan yang membatalkan makna

esa. Tuntutan mengesakan Allah dengan menyebut الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال sama dengan tuntutan memuji Allah dalam solat 5

waktu. Kita diperintahkan oleh Allah supaya memuji-Nya ketika solat. Dalam ertikata lain, semasa memuji Allah

dalam solat, JANGAN dicampuradukkan dengan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana membatalkan

Page 10: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e10

Yang mana hukum adat, akal dan syara’? Mencampur-adukkan 2 atau 3 jenis

hukum adalah ditegah. Hukum syara’, akal dan adat, sama sekali TIDAK bercampur

hingga hari kiamat. Dalil bahawasanya, ia ditegah dari segi syara’ ialah, hadith di atas.

Dari sudut hukum adat pula, mustahil, kerana “bercampur”. Lihat perumpamaan

berikut :

Tiga orang lelaki Malaysia (keturunan Arab, Cina dan India) di

tangkap kerana merompak di Arab Saudi. Mustahil perompak itu

menerima hukuman yang “bercampur” yakni dihukum menurut undang-

undang di 2 atau 3 buah negara. Mustahil pesalah itu dihukum menurut

undang-undang sivil seperti yang diamalkan oleh Malaysia. Mustahil

juga, perompak itu dihukum menurut undang-undang komunis di

Negara China. Mustahil juga, perompak itu dihukum menurut undang-

undang Negara India. Meskipun undang-undang semua negara itu

mempunyai persamaan, ia bukanlah makna “bercampur”.

Melaksanakan hukuman kepada pesalah tersebut, menurut undang-

undang Islam di Arab Saudi, bukannya menafikan undang-undang di

Malaysia, China ataupun India.

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya sesiapa yang MENAFIKAN

tuhan selain Allah itu, sebenar-benarnya, membatalkan makna mengesakan kerana

bercanggah dengan maksud ayat Qul dalam surah al-Ikhlas.

Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang

MELAFAZKAN KALIMAH الَ إِلَهَ إاِلَّ للل atau BERZIKIR dengan kalimah لْال dan

"MENAFIKAN” tuhan selain Allah atau menafikan berhala maka sebenar-benarnya

secara tidak sedar atau “tanpa niat” telah MEMBATALKAN MAKNA ESA yakni

BUKANLAH ORANG YANG MENTAUHIDKAN ALLAH kerana bercanggah dengan

ayat ke-163 surah al-Baqarah dan ayat Qul di dalam surah al-Ikhlas.

makna mengesakan dan mencacatkan salah satu daripada syarat sembahyang (iaitu segala yang HALAL diluar

solat adalah HARAM didalam solat kecuali bacaan solat dan membaca al-Qur’an).

Page 11: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e11

Diambil daripada itu, sesungguhnya iktikad "MENAFIKAN” tuhan selain Allah

atau berhala bertentangan dengan Qur’an dan hadith Nabi kerana tidak mempunyai

dalil akal yang mentahkiqkannya.

Iktikad "MENAFIKAN” itu sebenarnya membawa maksud seperti berikut :

1. Wujud tuhan yang lain, selain "Allah” yang dilafazkan.

2. Kita pernah melihat tuhan selain Allah yang disembah oleh penganut agama

Islam.

3. Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Islam.

4. Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah Allah selain

penganut agama Islam.

5. Kita yakin bahawasanya Allah mempunyai persamaan dengan "tuhan selain

Allah” yang disembah oleh bukan penganut Islam.

6. Kita yakin bahawa Allah dan penganut agama Islam mempunyai kelemahan.

7. Kita telah membandingkan Allah Ta’ala dengan makhluk.

Justeru, dengan penuh keyakinan dan tahkiq, bahawasanya, HANYA matahari

yang menerangi bumi (alam semesta). Itulah dalil akal yang menunjukkan

bahawasanya, KALIMAH “LA” BUKAN MENAFIKAN ”TUHAN” SELAIN ALLAH.

Kita tidak pernah mengetahui, tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar,

ada ”tuhan” selain Allah yang menjadikan alam semesta (muka bumi).9

Diambil daripada makna, Allah Ta’ala Maha Esa, maka yang WUJUD, yang

QIDAM, yang BAQO hingga yang MUTAKALLIMUN, itulah ALLAH. Justeru semua

maksud kalimah itu adalah serupa dengan maksud,

الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال ََ iaitu “tiada tuhan melainkan Allah” Maksud

kalimah tauhid itu adalah sama dengan ayat dalam surah : Al-Baqarah : 163

yang bermaksud “Tiada Tuhan Melainkan Dia yakni Allah” هه ه ههه

9 Makna paling tepat bagi َإِلَه ialah yang menjadikan alam semesta..

Page 12: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e12

Mustahil Allah menafikan Diri-Nya Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Itulah

dalilnya daripada Qur’an bahawasanya Allah MENEGAH kita menafikan selain Dia

ketika menyebut kalimah الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال atau ketika BERZIKIR dengan kalimah لْال

Ayat itu bukannya menafikan makhluk atau perbuatan makhluk. Begitulah juga

dengan makna sifat 20, iaitu :

”tiada yang wajib WUJUD melainkan Allah”

”tiada yang “QIDAM” melainkan Allah”

”tiada yang KEKAL melainkan Allah” hingga

”tiada yang “MUTAKALLIMUN” melainkan Allah”

Semua kalimah ”LA” atau ”TIADA” pada ayat-ayat itu BUKAN BERMAKSUD

MENAFIKAN kewujudan makhluk, BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN kekalnya

makhluk dan sebagainya melainkan, MENETAPKAN bahawa TIADA YANG

MENJADIKAN SEKALIAN ALAM MELAINKAN ALLAH dan menurut perintah Allah

supaya MENTAUHIDKAN-NYA melalui ayat dalam surah al-Ikhlas ”Kata Olehmu

Allah Ta’ala ESA

serta menyatakan SUMPAH dan BERSAKSI SUDAH DIKENALNYA ALLAH

IAITU ZAT YANG MENJADIKAN DIRINYA.

Kita bersumpah dengan sesungguhnya dan dengan sepenuh keyakinan dan

tahkiq, bahawasanya

Allah Ta’ala ESA tiada yang seumpama-Nya.

هههههinkayهههليسهكمثلههشيء

Page 13: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e13

Maka sesungguhnya kalimah

الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال

“Tiada Tuhan Melainkan Allah”

TIDAK SAMA SEKALI

MENAFIKAN ”TUHAN” YANG LAIN, SELAIN ALLAH

kerana membandingkan Allah dengan makhluk.

Maksud sebenarnya ialah

MENETAPKAN bahawa TIADA YANG MENJADIKAN SEKALIAN

ALAM MELAINKAN ALLAH.

Justeru, apabila dinafikan juga kewujudan makhluk, ketika menyebut ”tiada yang

wujud melainkan Allah”, atau menafikan makhluk ketika menyebut kalimah ”tiada

tuhan melainkan Allah” sesungguhnya, tanpa disedari, “tanpa niat” TELAH

MENGAKUI bahawasanya, wujud tuhan selain Allah yang mempunyai kuasa

menjadikan, daripada tiada kepada ada dan sebagainya sedangkan “tuhan” yang

disembah oleh orang kafir itu TIDAK LAYAK sama sekali dibandingkan dengan Allah.

Maka, iktikad yang ”menafikan makhluk” adalah iktikad orang yang syak, zon dan

waham, yakni terkeluar daripada iktikad sebenar.

Dalam erti kata lain, hanya orang yang SEMPURNA makrifatnya dan tanpa

syak, tanpa ragu-ragu dan tanpa was-was, bahawasanya, TIADA YANG

MENJADIKAN SEKALIAN ALAM MELAINKAN ALLAH,10 maka diucapkannya

kalimah tauhid, sama seperti yang dinyatakan Allah di dalam Qur’an.

الَ إِلَهَ إاِلَّ لْال ََ yang bermaksud

“Tiada Tuhan (yang menjadikan sekalian alam) melainkan 11.”لْال

Wallohua’lam.

10

Alam semesta TIDAK sama dengan sekalian alam. Alam semesta ialah alam yang zahir pada pancaindera

manusia sahaja. Maksud sekalian alam adalah lebih luas iaitu, meliputi alam ghaib. 11

Lihat maksud ayat Allah dalam surah al-Fatihah bahawa makna Tuhan ialah yang menjadikan sekalian alam.

“Segala puji bagi Allah iaitu Tuhan yang menjadikan sekalian alam” al-Fatihah : 2

Page 14: Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat Dan Penerangan Ringkas Fardhu Ain ( NEW Update)

Pag

e14

Soalan :

1. Apakah makna kalimah Allah?

2. Apakah makna kalimah Ilah atau إِلَهَهه ? Terangkan.

3. Apakah makna kalimah Tuhan?

4. Apa bezanya pengertian kalimah Tuhan dari kalimah Allah?

5. Sebutkan kalimah nafi dan isbat?

6. Apakah makna Tuhan yang disebutkan dalam al-Qur’an?

7. Apakah makna Allah yang disebutkan dalam al-Qur’an?

8. Berapakah maksud kalimah “LA”? Nyatakan.

9. Bolehkah kita menafikan makhluk ketika menyebut kalimah Tauhid?

Terangkan.

10. Sebutkan hadith yang berkaitan kalimah nafi dan isbat.

11. Apakah maksud sebenar kalimah nafi dan isbat?