kata majmuk1

Upload: nazri-hussein

Post on 12-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Kata majmuk ialah rangkaran dua kata dasar atau lebih. Ia membawa makna-makna tertentu. Kata majmuk pada umunya dieja berpisah. Terdapat 4 jenis Kata Majmuk.

  • Jenis Pertama : Kata majmuk bebas.

    Perkataan yang dikenali sebagai Kata Majmuk Bebas ialah seperti berikut.

    1: Terima Kasih.2: Luar Biasa.3: Alat Tulis.

    Ayat Contoh 1 : Zainal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Sulaiman atas undangan makan tengah hari yang telah diberikan kepadanya di Hotel Angkapuri.

    Ayat Contoh 2: Setiap Pelajar memerlukan alat tulis yang lengkap agar ia akan memudahkan mereka untuk menduduki peperiksaan dengan tenang tanpa harus menghiraukan kekurangan keperluan mereka.

  • Jenis kedua : Kata majmuk istilah khusus. Kata majmuk istilah khusus mempunyai erti yang khas dalam bidang ilmu tertentu.

    Perkataan yang terdiri daripada Kata Majmuk Istilah Khusus ialah seperti berikut.1: Urus Setia.2: Mata Pelajaran.3: Kertas Kerja. Ayat Contoh 1: Ashriq dikenali sebagai seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya kerana dia tidak pernah gagal untuk mendapatkan markah yang tertinggi bagi setiap mata pelajaran yang diambilnya.

    Ayat Contoh 2: Encik Jamil harus memastikan bahawa setiap karyawannya menyelesaikan kertas kerja yang telah di bahagikan secara adil.

  • Jenis ketiga : Kata Majmuk Isitilah Khusus (gelaran)Perkataan berikut adalah contoh-contohnya.

    1: kencing manis2: bidang sains dan teknologi.

    Ayat Contoh 1: Nenek saya yang sudah lama menghidap penyakit kencing manis masih degil dan tidak mahu mendengar nasihat doktor untuk berhenti makan makanan yang mengandungi banyak gula.

    Ayat Contoh 2: Kegigihan dan sikap tidak mahu menyerah terserlah dalam diri Nadiah yang telah lulus dan mendapatkan segulung ijazah dalam bidang sains dan teknologi setahun yang lalu

  • Jenis keempat: Kata majmuk kiasan mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya (literal) dan kata majmuk kiasan juga sering dirujuk sebagai simpulan bahasa.

    Perkataan yang terdiri daripada Kata Majmuk Kiasan ialah seperti berikut.1: darah daging (anak sendiri)2: buah mulut (perkara yang menjadi bahan perbualan)3: mandi keringat (melakukan kerja bersungguh-sungguh) Ayat Contoh 1: Pemodenan dan kemajuan yang sudah menyebar di seluruh dunia ini menyebabkan teknologi menjadi darah daging kita.

    Ayat Contoh 2: Perbuatan Hakim dan Rozana yang amat menjijikan telah menjadi buah mulot orang kampung sehingga hari ini.

  • Penggandaan Kata Majmuk terbagi kepada dua bentuk iaitu mantap dan tidak mantap. Ia seperti yang berikut :

    Melibatkan penggandaan pada perkataan hadapan sajaha bagi kata majmuk yang tidak mantap. ( bebas, istilah khusus, kiasan)

    ( B ) Melibatkan penggandaan keseluruhan unsur bagi kata majmuk mantap dan beberapa simpulan bahasa.

  • Contoh: Perdana Menteri = Perdana perdana Menteri.Ayat Contoh 1: Perdana-perdana menteri sedang berbincang tentang masalah pencemaran udara yang berlaku agar ia tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti penduduk negara.

    Contoh: Alat tulis = Alat-alat tulis.Ayat Contoh 2: Alat-alat tulis ialah salah satu keutamaan jika ingin menduduki peperiksaan kerana tanpa adanya perkakas tertentu, kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

  • Contoh: Kakitangan = Kakitangan-kakitangan.Ayat Contoh 1: Syarikat itu memberikan jumlah bonus yang banyak kepada kakitangan-kakitangan yang telah lama bekerja di situ untuk menunjukkan satu sifar penghargaan.

    Contoh: warganegara-warganegara.Ayat Contoh 2: Pemerintah menganggarkan bahawa pembangunan siasah Singapura akan mengalami beberapa perubahan yang agak ketara dalam tempuh masa 20 tahun memandangkan warganegara-warganegara yang semakin berpendidikan dan berfikiran terbuka.

  • Dalam bahasa melayu, ada 15 perkataan yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh.

    1: antarabangsa 9: matahari2: sukarela 10: olahraga3: beritahu 11: tandatangan4: kakitangan 12: pesuruhjaya5: bumiputra. 13: barangkali6: matahari. 14: dukacita7: suruhanjaya. 15: sukarela8: kerjasama

  • Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam 2 bentuk. Yang pertama ialah apabila menerima imbuhan awalan ataupun akhiran. Ejaan perkataan-perkataan ini akan dieja perpisah.

    1: Campur Aduk = Bercampur Aduk.2: Temu bual = Ditemu Bual.3: Ambil Alih = Mengambil Alih.

    Ayat Contoh 1: Saya telah ditemu bual oleh seorang wartawan mengenai acara pelancaran album kumpulan The Urban Sensation minggu lalu.

    Ayat Contoh 2: Farah mengambil alih posisi Farid sebagai pengurus syarikat kerana Farid telah mengkhianati syarikat itu dengan mendedahkan kesemua rahsia-rahsia yang diperoleh.

  • Kedua, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi cantum. Contohnya.

    1: Campur Aduk = mencampuradukkan2: Satu Padu = menyatupadukan.3: Tunjuk Ajar = menunjukajarkan.

    Ayat Contoh 1: Fahmi yang dikenali sebagai director filem Melayu kerap mencampuradukkan pelbagai rupa kebudayaan dalam jalan ceritanya.

    Ayat Contoh 2: Cikgu Siti telah mencuba sedaya upaya untuk menyatupadukan pelajar-pelajarnya yang sering bertengkar tentang perkara-perkara yang tidak penting dan di luar pelajaran sekolah.

  • Hasil Kerja :Annisa. 5N1.Lydia. Kristie. 4E4Saiful Affendy. 5N1.