kata kerja

3
KATA KERJA 1. MAKSUD:Semua jenis perbuatan atau aktiviti yang dijalankan. 2. BAGAIMANA MENENTUKAN KATA KERJA: i. tidak berimbuhan : tidur, makan, baca, kira ii. imbuhan ‘meN……’ : menari, mendapat, menggaru, menyapu iii. imbuhan ‘meN…..kan’ : menjalankan, meratakan, menggalakkan, iv. imbuhan ‘meN…..i’ :menjuarai, merasai, menggagahi, menyertai v. imbuhan ‘memper….kan’ : mempertahankan, memperjuangkan vi. imbuhan ‘memper…..i’ : mempercayai, memperhayati, memperingati vii. imbuhan ‘memper…..’ : memperbesar, mempercantik, memperluas viii. imbuhan ‘di…’ : dibaca, diletak, dimakan ix. imbuhan ‘di…kan’ : dijalankan, dibacakan, ditamatkan x. imbuhan ‘diper….kan’ : diperkhabarkan, dipermainkan xi. imbuhan ‘diper…i’ : dipercayai, diperhayati xii. imbuhan ‘diper…’ : diperbesar, diperluas, diperpanjang xiii. imbuhan ‘ber….kan : bertemankan, berdasarkan, berpandukan xv. imbuhan ‘ber….’ : berjalan, berkata, bermain ixv. imbuhan ‘ter….’ : terbawa, termakan, terangkat 3. JENIS KATA KERJA: A.KATA KERJA TRANSITIF (KTT) a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan objek di hadapannya sebagai pelengkap. Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. ( tugas ialah pelengkap) b. Apakah imbuhan kata kerja tak transifit? -perkataan yang berimbuhan ‘meN….kan’ : menjalankan, menceritakan -perkataan yang berimbuhan ‘meN….i’ : menjalani, mengubati -perkataan yang berimbuhan ‘memper….kan’ : memperjuangkan, memperkayakan -perkataan yang berimbuhan ‘memper….i’ : memperingati, memperbaiki -perkataan yang berimbuhan ‘ber….kan’ : bertemankan, bersuamikan -imbuhan ‘meN…’ yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah c. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif.

Upload: nor-azman-mohammed

Post on 15-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kata Kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Kerja

KATA KERJA

1. MAKSUD:Semua jenis perbuatan atau aktiviti yang dijalankan.

2. BAGAIMANA MENENTUKAN KATA KERJA:i. tidak berimbuhan : tidur, makan, baca, kiraii. imbuhan ‘meN……’ : menari, mendapat, menggaru, menyapuiii. imbuhan ‘meN…..kan’ : menjalankan, meratakan, menggalakkan,iv. imbuhan ‘meN…..i’ :menjuarai, merasai, menggagahi, menyertaiv. imbuhan ‘memper….kan’ : mempertahankan, memperjuangkanvi. imbuhan ‘memper…..i’ : mempercayai, memperhayati, memperingativii. imbuhan ‘memper…..’ : memperbesar, mempercantik, memperluasviii. imbuhan ‘di…’ : dibaca, diletak, dimakanix. imbuhan ‘di…kan’ : dijalankan, dibacakan, ditamatkanx. imbuhan ‘diper….kan’ : diperkhabarkan, dipermainkanxi. imbuhan ‘diper…i’ : dipercayai, diperhayatixii. imbuhan ‘diper…’ : diperbesar, diperluas, diperpanjangxiii. imbuhan ‘ber….kan : bertemankan, berdasarkan, berpandukanxv. imbuhan ‘ber….’ : berjalan, berkata, bermainixv. imbuhan ‘ter….’ : terbawa, termakan, terangkat

3. JENIS KATA KERJA:

A.KATA KERJA TRANSITIF (KTT)

a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan ‘objek’ di hadapannya sebagai pelengkap.Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (‘tugas’ ialah pelengkap)

b. Apakah imbuhan kata kerja tak transifit?-perkataan yang berimbuhan ‘meN….kan’ : menjalankan, menceritakan-perkataan yang berimbuhan ‘meN….i’ : menjalani, mengubati-perkataan yang berimbuhan ‘memper….kan’ : memperjuangkan, memperkayakan-perkataan yang berimbuhan ‘memper….i’ : memperingati, memperbaiki-perkataan yang berimbuhan ‘ber….kan’ : bertemankan, bersuamikan-imbuhan ‘meN…’ yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah

c. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif.

Page 2: Kata Kerja

i. Kata kerja transitif tidak boleh hadir di hujung ayat. (mesti ada objek pelengkap)Salah:

-Bapa saya sedang menjalankan.-Dia tidur dengan berbantalkan.

Betul:

-Bapa saya sedang menjalankan tugas.-Dia tidur dengan berbantalkan lengan.

ii. Selepas kata kerja transitif, jangan letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’. (contohnya – akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, dan lain-lain)Salah:-Dia menceritakan tentang pengalamannya di luar negara.-Ibu sedang merindui akan anaknya.-Dia bersuamikan dengan seorang doktor.

Betul:

-Dia menceritakan pengalamannya di luar negara.-Ibu sedang merindui anaknya.-Dia bersuamikan seorang doktor.

iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan ‘objek’ dan bukan perkataan lain.Salah:

-Dia menghadapi banyak masalah.-Kakak menarik dengan kuat tangan adik.-Kami menendang dengan deras bola itu.

Betul:

-Dia banyak menghadapi masalah.-Kakak menarik tangan adik dengan kuat.-Kami menendang bola itu dengan deras.

B. KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT)

a. KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.

b. Contoh :

i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas ‘berjalan’)ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas ‘berlari’)

Page 3: Kata Kerja

c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif?-perkataan yang berimbuhan ‘ber…..’ : berjalan, bercerita, bekerja-perkataan yang berimbuhan ‘ter….’ : terangkat, terbawa, tercapai-perkataan yang berimbuhan ‘di…’ : diangkat, ditembak, diambil-perkataan yang berimbuhan ‘di ….kan/i : dijalankan, dihadiahi, dihadiahi-perkataan yang berimbuhan ‘diper…kan/i : diperdayakan, dipersalahi-imbuhan ‘meN….’ yang diikuti ‘tempat’ : menyanyi di pentas (tempat)

d. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif. (KKTT)

i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’ jika ayat hendak dipanjangkan. (contohnya – akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain)Salah:-Dia bertemu rakannya di bandar.-Dia bercerita pengalamannya di luar negara.-Perompak itu berlari tepi jalan raya.-Saya tidak terangkat kotak itu.-Buku itu dibaca kakaknya.

Betul:

-Dia bertemu dengan rakannya di bandar.-Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara.-Perompak itu berlari di tepi jalan raya.-Saya tidak terangkat akan kotak itu.-Buku itu dibaca oleh kakaknya.