kata kerja
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Roudhahtul Isa (08D0008), Halifah Husaini (08D0013), Diploma Pendidikan Rendah 2008/2011. TOPIK PEMBENTANGAN: KATA KERJA, Semester 4 (Tahun 2010), Pensyarah/pengendali Kursus: Cikgu Kartika, Nama Kursus: ASAS NAHU BAHASA MELAYU II, UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM.TRANSCRIPT

Kata Kerja
Oleh:Hjh Nur RoudhahtulQiyah Bte Hj Isa
(08D0008)Nurul Halifah Bte Husaini (08D0013)
PL 0225: Asas Nahu Bahasa Melayu

Isi kandungan• Definisi• Mengenal Kata Kerja• Pecahan
• Kata Kerja Tunggal• Kata Kerja Terbitan

Definisi

Kata Kerja• Kata yang menggambarkan perbuatan
yang kita lakukan.
• Contohnya, kita boleh:– Bermain– Tidur– Menulis– Bermacam-macam lagi

• Binatang dan pokok pun boleh membuat bermacam-macam kerja.
• Contohnya: – Kucing boleh melompat.– Ikan boleh berenang.– Bunga boleh berkembang & lain-lain lagi.
Kata Kerja

• Benda-benda mati juga boleh bekerja.
• Contoh:– Jam boleh berjalan.–Kereta boleh meluncur.–Awan boleh berarak & sebagainya.
Kata Kerja

Mengenal Kata Kerja

Mengenal Kata Kerja• Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal
Kata Kerja?• Salah satu caranya adalah dengan mencuba
memberi Kata Bantu pada perkataan itu. • Kalau boleh sudah tentu perkataan itu Kata
Kerja.• Kata bantu ialah akan, belum, telah, sudah,
masih, pernah, dan sedang.Mengenal Kata Kerja

• Contoh:–Makan• Sudah makan? (ada makna)
–Bola• Sudah bola? (tiada makna)
–Mandi• Sudah mandi? (ada makna)
–Pokok• Sudah pokok? (tiada makna)
Mengenal Kata Kerja

Pecahan


Kata Kerja Tak Transitif
Penggunaan:• Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dan
perbuatan itu tidak terkena kepada orang lain atau benda lain.
Terbahagi kepada 2 jenis:
Kata Kerja Tak Transitif yang tak
berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif yang tak berpelengkap
• Ia adalah Kata Kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya sebagai perlengkap.
• Ia juga mempunyai makna yang sempurna.
Kata Kerja Tak Transitif yang tak berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif yang tak berpelengkap
• Contoh:– Bangun– Jatuh– Menangis
• Contoh ayat:– Semua penonton bangun.– Durian jatuh.– Adik menangis.

Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap
Penggunaan:Kata Kerja yang mesti dijelaskan lebih
lanjut.
Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap

• Contoh:–Menjadi–Berbuat– Tinggal
• Contoh ayat:–Bila saya dewasa, saya hendak menjadi
Doktor.– Saya tinggal di Kampong Mata-Mata.
Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap

• Ayat seperti contoh-contoh itu tadi menunjukkan Kata Kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap.
• Ianya hendaklah diikuti oleh unsur pelengkap.
• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada Kata Kerja Tak Transitif ialah:– Kata Adjektif sebagai pelengkap– Frasa Sendi Nama sebagai pelengkap.– Kata nama sebagai pelengkap.
Kata Kerja Tak Transitif yang berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Adjektif sebagai pelengkap
• Contoh:– Genting, kukuh, jahat, baik, lemah, adil dan yang
selebihnya hadir sesudah Kata Kerja Tak Transitif untuk melengkapkannya.
–Contoh ayat:i. Keadaannya semakin genting.ii.Kesihatan ibunya beransur baik.iii.Hari demi hari, badannya menjadi lemah.

Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Frasa Sendi nama sebagai pelengkap
• Penggunaannya:Yang hadir selepas Kata Kerja Tak Transitif bagi
mendukung makna ‘tempat’.
• Contoh:• Berada• Tinggal• Menetap• Membelok
Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Frasa Sendi nama sebagai pelengkap

• Contoh ayat:
i. Mereka berada di KL.ii. Saya tinggal di Kampong Sengkarai.iii. Keretanya membelok ke kiri.
Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Frasa Sendi nama sebagai pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkap
• Penggunaannya– Mesti diikuti oleh pelengkap kata nama.
Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkap

Yang berimbuhan (ber-…kan)
• Contoh ayat:–Dia berbantalkan lengan.–Pengemis itu berselimutkan kotak.
Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkap

Yang diikuti dengan perkataan “menjadi” dan “ada”
• Contoh ayat:–Dia menjadi guru.–Orang itu ada harta.
Kata Kerja Tak Transitif menggunakan Kata Nama sebagai pelengkap

Kata Kerja Transitif• Kata kerja yang menerima penyambut
sesudahnya, iaitu objek.• Menjawab pertanyaan ‘apa?’,
mempunyai ‘pelaku’ dan ‘penyambut’.• Terbahagi kepada 2 jenis:
Ayat Aktif
Kata Kerja Transitif
Ayat Pasif

• Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran –kan/ -i.
• Contoh:–Membeli–Menaiki–Memasukkan–Makan
Kata Kerja Transitif (Ayat Aktif)
Kata Kerja Transitif

• Contoh ayat:
i. Ali membeli buku. (Ayat Aktif) Ali – Pelaku (Penyambut) – membeli apa? = Buku
ii. Esha suka menaiki basikal. Esha – Pelaku (Penyambut) – Menaiki apa? = Basikal
Kata Kerja Transitif

Kata kerja Transitif (Ayat Pasif)
• Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
• Ayat yang mengandungi kata ‘oleh’, ‘di’ imbuhan awalan ‘ter….’.
• Contoh:– Dibeli– Dinaiki– Dimasukkan– Kumakan
Kata Kerja Transitif

• Contoh ayat:
- Buku dibeli oleh Ali. (Ayat Pasif)Apa yang dibeli oleh Ali? = BukuBuku itu dibeli oleh? = Ali
- Basikal telah dinaiki oleh Esha. (Ayat Pasif) Apa yang dinaiki oleh Esha? = BasikalBasikal itu dinaiki oleh? = Esha
Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Tunggal

Kata Kerja Tunggal
• Perkataan yang boleh berdiri dengan sendirinya tanpa menggunakan imbuhan.
• Kerana, perkataan itu sudah jelas dan mempunyai makna yang sempurna.
• Contohnya:– Balik– Mara– Terbang

• Contoh ayat:
–Murid-murid itu balik ke rumah.–Kumpulan askar itu pun mara.–Burung helang terbang di angkasa.

Kata Kerja Terbitan

Kata Terbitan• Hampir semua perkataan boleh
menerima imbuhan untuk menjadi Kata Terbitan.
• Perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan dipanggil Kata Terbitan.

• Contoh kata akar yang menjadi kata dasar:
Kata dasar yang berbentuk Kata Akar
Kata Terbitan
Pakai Pakaian
Angkat Berangkat
Oleh Peroleh
Dapat Pendapatan
Henti berhenti
Tua ketua

Kata Kerja Terbitan• Jadi, mana-mana Kata Kerja yang
mempunyai imbuhan dipanggil Kata Kerja Terbitan.
• Contohnya:Kata Kerja Imbuhan Kata Kerja Terbitan
Makan Me- Memakan
Main Ber- Bermain
Baca Di- dibaca

Rujukan

• Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika Berdasarkan Tatabahasa Dewan. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
• Nik Safiah Karim, farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.