pengenalan kata kerja

Click here to load reader

Post on 28-Dec-2015

143 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Pengenalan kata kerja.Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Menurut Nik Safiah Karim (2008). Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.Contoh:a) Anis tidur.b) Bom itu meletup.c) Munirah sedang membaca buku.d) Pesawat itu mendarat di landasan.

Daripada contoh ayat tersebut, perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja kerana menunjukkan perbuatan. Selain itu, perkataan tersebut menjadi kata inti dalam frasa kerja yang menjadi predikat.

Ada dua makna yang dimiliki oleh kata kerja, iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan. Kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang jelas menunjukkan perbuatan,aksi atau tindakan fizikal. Manakala, kata kerja keadaan ialah kata kerja yang tidak menampakkan secara jelas akan sesuatu perbuatan itu dilakukan, dan tidak menunjukkan adanya gerak perbuatan.

Kata kerja perbuatanContoh: a) Muhammad membuat kerja itu.b) Kanak-kanak bermain bola.c) Ibu menyapu lantai.d) Tukang kebun memotong rumput.Kata kerja keadaan.Contoh:a) Cawan itu pecahb) Lelaki itu sudah mati.c) Khjd) Khg

Ciri-ciri kata kerja.Kata kerja dapat disertai oleh kata bantu di depannya. Antara contoh kata kerja bantu ialah sudah, masih, telah, belum, masih.

Contohnya;sudah lupabelum menjaditelah bertaburanmasih diperhatikan

kata kerja juga dapat dijadikan perintah. Contohnya:

diam!Perbesarkan!Buatkan!Tunjukkan

Kata kerja dapat dinafikan dengan kata nafi tidak. Contohnya:

tidak makantidak menjaditidak belajartidak terkatakan

Penggolongan Kata KerjaKata kerja dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu: a) Kata kerja aktifb) Kata kerja pasif

Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Penggolongan kata kerja dapat digambarkan seperti rajah yang berikut:Tanpa pelengkap

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja aktifberpelengkap

Kata kerja pasifKata kerjaberpenerangKata kerja aktif transitif

Kata kerja aktifKata kerja aktif tak transitifKata kerja ini ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut selepasnya. Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif dapat berdiri sendiri dalam binaan ayat. Contohnya:

a) Air sungai naik..b) Dia sedang bekerjac) Rumah itu terbakar

Terdapat tiga jenis kata kerja aktif tak transitif, iaitu:

1) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap2) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap3) Kata kerja aktif tak transitif berpenerang

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkapKata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek, dan ayat yang terhasil mengandungi makna yang lengkap. Kata kerja jenis ini dapat berdiri sendiri dalam predikat ayat. Contohnya:

a) Abang sudah balikb) Dialah tempat saya merujukc) Pokok kelapa itu bergoyangd) Ayah bersembahyang

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap boleh diperluaskan dengan keterangan. Keterangan ialah unsur tambahan dalam ayat yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Contohnya:

a) Abang sudah balik dari kerjab) Dialah tempat saya merujuk tentang bahasac) Pokok kelapa itu bergoyang dengan kuatd) Ayah bersembahyang di surau

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkapKata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan pelengkap selepasnya untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap seperti ayat (1) hingga (6), ayat itu tidak mempunyai makna yang sempurna. Contohnya:

1) Petani itu bertanam.2) Petani itu bertanam jagung.3) Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat.4) Pelajar-pelajar tidak boleh berbuat jahat.5) Puan Noni berada.6) Puan Noni berada di Seremban.

Ayat yang mengadungi pelengkap juga tidak dapat dijadikan ayat pasif. Contohnya:

a) Muniandy ada wang.b) Wang diada oleh Muniandy.c) Afendi menjadi guru.d) Guru dijadikan oleh Afendi.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama.

a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

i) Abang beristerikan orang Johor.ii) Kedua-dua pengantin itu berbimbingan tangan.iii) Perangainya memeningkan kepala.

b) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:

i) Lelaki itu bertubuh sasa.ii) Penyakit nenek beransur pulih.iii) Suasana menjadi genting.

c) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:

i) Cikgu Karim tinggal di rumah itu.ii) Kakak Lim bermaustatin ke Australia.iii) Pelajar-pelajar berada di padang.

Kata kerja aktif tak transitif berpenerangKata kerja aktif tak transitif berpenerang terdiri daripada kata kerja aktif tak transitif diikuti oleh kata nama. Kata nama yang mengikuti kata kerja aktif tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana unsur penerang tersebut boleh ditiadakan, dan ayat yang terhasil tetap sempurna. Contohnya:

i) Pak Samad bersawah padi.ii) Ismail berkereta Waja.iii) Mereka berjalan kaki ke situ.

Kata Kerja Aktif transitifKata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang mesti disertai oleh objek selepasnya dalam ayat aktif untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Objek terdiri daripada frasa nama. Tanpa objek, ayat yang terhasil tidak lengkap. Contohnya:

a) Ali sedang memukul ularb) Ali sedang memukul.

Kata kerja aktif transitif menggunakan imbuhan men, men I, menksn, memper, memperI, dan memperkan. Contohnya, mencuci, menduduki, mendermakan, membaca, memperolehi dan mempersilakan.

Contoh ayat:

a) Saya mencuci pinggan selepas makan.b) Kamu akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan Oktober nanti.c) Pak Ahmad mendermakan wang sebanyak RM300 kepada Tabung Dana Sri Insand) Cikgu sedang membacakan buku cerita hantu kepada kami.e) Anisa memperolehi markah penuh dalam matapelajaran Bahasa Melayu.f) Ayah mempersilakan tetamu yang hadir masuk ke rumah.

Selain itu, ayat yang mengandungi objek bagi kata kerja transitif boleh mengalami proses pasif. Contohnya:

a) Murid sedang membaca buku.b) Buku sedang dibaca oleh murid-murid.c) Adik mengayuh basikal.d) Basikal dikayuh oleh adik.

Kata kerja yang mempunyai frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja dengan satu objek dan kata kerja dengan dua objek.

i) Kata kerja dengan satu objek. Contohnya:a) Kita menentukan nasib kita.b) Pelajar-pelajar menyiapkan tugasan itu.c) Pemburu menembak harimau.

ii) Kata dengan dua objek.Frasa nama sebagai dua objek hadir selepas kata kerja transitif. Objek yang menjadi penyambut langsung selepas kata kerja ialah objek tepat (OT). Objek yang tidak menjadi penyambut langsung kepada kata kerja dan hadir di selepas objek tepat ialah objek sipi (OS). Contohnya:

a) Kamal mencarikan adiknya pekerjaan. OT OSb) Ibu menghidangi tetamu sepinggan kuih. OT OS

Kata kerja pasif.Kata kerja transitif pasif berfungsi dalam ayat pasif melalui proses perubahan ayat aktif kepad ayat pasif. Kata kerja pasif digunakan dalam ayat yang menunjukkan subjek ayat dikenalai. Contohnya:

a) Suzana menjahit baju.b) Baju dijahit oleh Hazirah.c) Aiman mencampakkan kotak itu.d) Kotak itu dicampakkan oleh Hazim.

Sementara itu, kata kerja pasif juga boleh berawalan ber-, ter-, di--kan, di--I, ke--an, ter--kan, ter--I, dan penanda pasif kena. Contohnya:

a) Bangkai itu ditutup dengan kertas.b) Baju itu belum berbasuh.c) Pintu itu masih terbuka.d) Dia tidak dibenarkan pergie) Pelajar itu kepanasan di padang sekolah.

Pembentukan kata kerja Kata kerja terdiri daripada empat bentuk, iaitu:i) Kata kerja tunggalii) Kata kerja terbitan.iii) Kata kerja majmuk.iv) Kata kerja ganda.

Kata Kerja TunggalKata kerja tunggal ialah kata kerja yang tidak berimbuhan. Kata kerja tunggal dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contohnya:

tidurlahirpulanggugurhidupgagalhancurrebahterbangdatangbalikpatah

kata kerja tunggal juga berbentuk akronim. Antaranya ialah berdikari, hakis, pulihara dan ubahsuai.

Kata kerja terbitan.Kata kerja terbitan terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Awalan kata kerjaAwalan yang membentuk kata kerja terbitan ialah beR-, teR-, meN-, di-, mempeR-, dipeR-.

Awalan beR-i) Bentuk awalan beR-Awalan beR- mempunyai dua bentuk bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu ber- dan be-.

berburuberasapbertapaberjiranberenangbelajarberangkai belunjur

ii) Awalan beR- menjadi ber- jika bercantum dengan semua kata dasar, kecuali dengan perkataan yang huruf pertamanya ialah r. contohnya:

beR + angkat = berangkatbeR + ekor = berekorbeR + buka = berbukabeR + guna = bergunabeR + cermin = becerminbeR + hujah = berhujah

walau bagaimanapun, ada tiga perkataan yang dikecualikan daripada peraturan di atas, iaitu bekerja, belunjur dan belajar.

iii) Awalan beR- menjadi be- apabila bercantum dengan semua kata dasar yang bermula dengan huruf r.

beR + runding = berundingbeR + rantai = berantaibeR + ramai = beramai

iv) Fungsi awalan beR-Awalan beR- berfungsi untuk membentuk kata kerja. Awalan beR- boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya:

beR + kebun (KN) = berkebun (KK)beR + suruh (KK) = bersuruh (KK)beR + murah (KA) = bermurah (KK)beR + oleh (KT) = beroleh (KK)

selain itu, awalan beR- membentuk kata kerja aktif tak transitif. Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap, atau kata kerja tak transitif berpelengkap. Contohnya:

a) Le