penggunaan kata kerja
TRANSCRIPT
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KATA KERJA ATAU FRASA DALAMDOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN
(DSKP)
1
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Penggunaan kata kerja dan frasa dalam penulisan Standard Kandungan dan Standard Prestasi DSKP Tahun 6:
1. Mengenal pasti2. Menyatakan3. Memerihalkan4. Menghubungkait5. Menjelas dengan
contoh6. Menjelaskan
melalui contoh
7. Mencirikan8. Mengitlak9. Menjana idea10.Menaakul11.Mentafsir
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Penggunaan kata kerja dan frasa dalam penulisan Standard Kandungan dan Standard Prestasi DSKP Tahun 6:
12. Meramal13.Melakar14.Membuat
kesimpulan15.Berkomunikasi16.Mengeksperimen17.Menjalankan
penyiasatan
18.Mereka bentuk19.Menyelesaikan
masalah20.Mencerakinkan21.Menjalankan
projek
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 Mengenal pasti Mengecam atau mengingat semula
sesuatu perkara Boleh ditaksir secara lisan, bertulis,
lakaran atau TMKContoh:SK 3.1 - SP 3.1.1 •Mengenal pasti jenis mikroorganisma melalui pemerhatian menerusi pelbagai media
•Jawapan: Ada 5 jenis mikroorganisma iaitu fungi, protozoa, alga, bakteria dan virus
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2 Menyatakan Memberitahu, memaklumkan, melaporkan Boleh ditaksir secara lisan, bertulis, lakaran
atau TMK
Contoh:SK 6.2 - SP 6.2.1 •Menyatakan maksud geseran
•Jawapan: Geseran adalah daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan dan menentang arah gerakan
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 Memerihalkan Menceritakan, menerangkan, menyatakan
dengan jelas,menghuraikan Boleh ditaksir secara lisan, bertulis, lakaran
atau TMKContoh:SK 4.1 – SP 4.1.3Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan.
Jawapan: o Persaingan berlaku oleh kerana sumber keperluan asas
adalah terhad. Tumbuhan memerlukan 4 faktor untuk hidup dan meneruskan pertumbuhan iaitu air, cahaya matahari, nutrien dan ruang.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4 Menghubungkait Membuat perkaitan dalam sesuatu
keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.Contoh:SK 4.2 – TP 5: Menghubungkait interaksi antara tumbuhan dengan proses fotosintesisPenerangan:Murid boleh menjelaskan mengapa tumbuhan bersaing atau bekerjasama berdasarkan keperluan fotosintesis.- Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air kerana air
diperlukan dalam proses fotosintesis- Pokok dedalu memanjat untuk mendapatkan cahaya
matahari bagi membolehkannya menjalankan fotosintesis.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5 Menjelas dengan contoh Membuat penjelasan tentang sesuatu
perkara dengan memberi contoh yang sesuai
Contoh:SK 12.1 - SP 12.1.1 • Menjelas dengan contoh jenis dan kegunaan mesin ringkas
Penerangan:Murid perlu menjelaskan kegunaan setiap satu jenis mesin ringkas dan memberikan contoh yang sesuai.Contoh jawapan:Gear roda bergerigi bertujuan untuk memudahkan pergerakan. Contohnya gear pada basikal.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 Menjelaskan melalui contoh Menggunakan contoh yang sesuai
untuk menerangkan sesuatu perkara
Contoh:SK 5.1 – SP 5.1.2Menjelaskan melalui contoh haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan.
Jawapan: Badak Sumatera menjadi haiwan terancam kerana pemburuan haram. Periuk Kera menjadi tumbuhan terancam kerana penerokaan kawasan hutan. Penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti haram hendaklah ditingkatkan.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7 Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat,
kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek
Contoh:SK 8.1 – TP 1Mencirikan makanan yang telah rosak
Penerangan:Antara ciri makanan yang rosak adalah berbau busuk, berbuih, berkulat, berasa masam, berubah warna dan rasa, melekit.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 Mengitlak Membuat pernyataan umum terhadap
sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan ituContoh
SK 3.1 – SP 3.1.34 Mengitlak mikroorganisma ialah benda hidup dan kebanyakaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Penerangan: Murid seharusnya dapat membuat pernyataan umum bahawa mikroorganisma adalah benda hidup selepas menjalankan penyiasatan mengenai proses hidup mikroorganisma. Penyiasatan itu juga akan membuatkan murid menyedari bahawa kebanyakan mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9 Menjana idea Menghasilkan idea berkaitan sesuatu
perkara. Biasanya proses ini dijalankan dalam
bentuk perbincangan kumpulan dan ia boleh dijelmakan dalam bentuk carta, catatan dllContoh: SK 9.1 – TP 5:Menjana idea kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang
Penerangan: Murid menyatakan/menyenaraikan kesan sekiranya bahan pembuangan bahan buangan dilakukan secara tidak terancang.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10 Menaakul Memberi penerangan munasabah untuk
menyokong hujahan, tanggapan, rumusan atau keputusan yang telah dibuat.
Contoh:SK 8.1 – TP 5Menaakul kesuaian kaedah pengawetan dengan jenis makanan dari segi tempoh, tekstur, rupa dan rasa.Jawapan:Daging lebih sesuai diawet menggunakan kaedah penyejukbekuan berbanding penyalaian kerana boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Tekstur, rupa dan rasa juga tidak banyak berbeza dengan daging segar.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11 Mentafsir Memberi penerangan atau penjelasan
mengenai sesuatu ayat atau gambar rajah
Contoh:SK 10.1 – TP 6 :Mentafsir gambar rajah peringkat-peringkat gerhana mengikut urutan yang betul
Penerangan:Murid mampu menerangkan mengenai peringkat gerhana yang berlaku berdasarkan gambar rajah mengikut urutan yang betul.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12 Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Contoh: SK 3.1 – TP 4:Meramal faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
mikroorganisma
Penerangan:Murid menjangkakan faktor yang menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma berdasarkan pengalaman sendiri, contohnya melalui perbuatan membasuh tangan sebelum makan, membiarkan air susu terdedah.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13 Melakar
Contoh:SK 11.3 – TP 3:Melakar gambarajah untuk menunjukkan fenomena gerhana Bulan berlaku apabila kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari serta sifat cahaya bergerak lurus.
Penerangan:Murid boleh membuat lakaran saiz Bumi, Bulan dan Matahari dengan nisbah yang munasabah. Seterusnya satu garis lurus menyambung titik kutub utara Matahari, Bumi dan Bulan menunjukkan sifat cahaya.
Merupakan satu cara atau proses melukis secara kasar atau membuat rajah yg hampir baik utk mendapatkan gambaran yg dimaksudkan.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14 Membuat kesimpulan Membuat ringkasan atau rumusan
daripada apa yang dibicarakan/dipelajari daripada sesuatu prosesContohSK 6.1 – TP 3: Membuat kesimpulan faktor yang mempengaruhi geseran.
Penerangan:Murid membuat kesimpulan bahawa jisim objek dan jenis permukaan mempengaruhi geseran setelah menjalankan eksperimen terhadap faktor-fator tersebut.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15 Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan
mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk lukisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
Contoh:SK 10.1 – TP 5 : Berkomunikasi tentang kesan fenomena gerhana kepada kehidupan di Bumi.
Penerangan:Murid membuat carian maklumat, memilih yang sesuai, menyusun dan boleh mempersembahkannya samada melalui buku skrap, poster, peta minda, persembahan multimedia atau lakonan drama. Antara kesan langsung fenomena gerhana matahari adalah suhu sekitar akan jatuh beberapa darjah dah haiwan liar akan keliru seketika.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
16 Menjalankan penyiasatan Proses menguji/membuktikan sesuatu
perkara atau kaedah menyelesaikan sesuatu masalah yang dijalankan secara sistematik.Contoh:
SK 7.1 – SP 7.1.3:Menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor persaingan antara tumbuhan.
Penerangan:Murid menjalankan satu penyiasatan untuk membuktikan faktor persaingan antara tumbuhan. Contoh:Murid menggunakan tumbuhan intraspesis dengan membuat pemerhatian tentang faktor persaingan ruang, air dan cahaya matahari.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
17 Mencerakinkan Memisahkan dan menghuraikan
sesuatu kepada bahagian-bahagian asasnyaContoh:SK 12.1 – TP 4: Mencerakinkan mesin kompleks kepada mesin ringkas dengan menggunakan contoh
Penerangan:Murid mestilah mampu menyatakan setiap mesin ringkas yang terdapat dalam satu mesin kompleks yang dijadikan contoh.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 Mereka bentuk Menghasilkan secara maujud atau membuat
lakaran idea penghasilan sesuatu yang baru atau pengubahsuaian kepada yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancang
Contoh: SK 12.3 – SP 12.3.1Mereka bentuk model mesin dengan menggabungkan beberapa konsep sains yang telah dipelajari.
Penerangan: Murid boleh menghasilkan objek secara maujud atau hanya membuat lakaran idea model mesin tersebut. Model mesin yang direka bentuk mestilah melibatkan lebih daripada satu konsep sains yang telah dipelajari.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
19 Menyelesaikan masalah Menggunakan pengetahuan berkaitan
sesuatu konsep atau perkara untuk menyelesaikan permasalahan dalam situasi yang diberikanContoh:SK 7.1 – SP 7.1.3:Menyelesaikan masalah berkaitan kelajuan menggunakan rumus
Penerangan:Murid boleh menggunakan rumus kelajuan bagi menyelesaikan situasi atau soalan yang dikemukakan.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
20 Menjalankan projek Kerja atau aktiviti yang dijalankan untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara.Contoh:SK 8.1 – SP 8.1.5:Menjalankan projek mengawet sejenis makanan dengan pelbagai kaedah.
Penerangan:Murid mengawet sejenis makanan (ditetapkan oleh guru atau hasil kata sepakat murid) dengan pelbagai kaedah pengawetan yang telah dipelajari untuk mengetahui kesesuaian kaedah dengan jenis makanan.Aktiviti boleh dijalankan samada satu kelas menggunakan satu jenis makanan atau satu kumpulan dengan satu jenis makanan. Setiap kumpulan mesti menaakul kesesuaian kaedah yang dipilih.
Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA