kata kerja bergambar

Download Kata Kerja Bergambar

Post on 01-Mar-2016

261 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

verbs

TRANSCRIPT

Kata Kerja Bergambar Menjemur / Menyidai

Menyidai / Menjemur Puan Chong dan anaknya menyidai pakaian yang dicuci di bawah sinaran matahari yang terik.

Seekor burung merpati hinggap di atas dahan pohon sambil melihat alam yang tidak ternilai.Hinggap

Seekor lembu sedang meragut rumput di padang yang luas menghijau.Meragut

Anna berjogging di sekitar Taman Indah untuk membakar kalori yang berlebihan bagi menjaga kesihatan dirinya terjamin.Berjogging

Kim Ho memadam papan hitam sebelum guru Bahasa Melayu melangkah masuk ke dalam kelasnya.Memadam

Mak Cik Rohayah menganyam tikar mengkuang di halaman rumahnya untuk mencari rezeki.Menganyam

Mak Cik Su menjunjung sebakul buah-buahan sambil menjinjing beg plastik yang dipenuhi dengan sayur sayuran menuju rumahnya.Menjunjung sambil menjinjing

Encik Rahman bermandi peluh mencangkul tanah untuk menanam sayur sayuran di kebun.Mencangkul

Ai Ling membuang sampah ke dalam sebuah tong sampah yang besar untuk menjaga kebersihan alam sekitar.Membuang Sampah

Ahmad dan Salim menggergaji papan dengan cermat untuk membina reban ayam di belakang rumahnya.Menggergaji