kata kerja

12

Click here to load reader

Upload: mohd-fithri-bin-jemari

Post on 04-Jul-2015

1.131 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata kerja

KATA KERJAKATA KERJA

Kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesuatu ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat.

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Page 2: Kata kerja

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.

KATA KERJA TRANSITIF

1. Kerani yang rajin itu sedang menaip surat.

2. Baginda segera memanah haiwan yang ganji itu.

3. Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya pagi tadi.

4. Pegawai polis yang mengabaikan tugasnya telah dipecat.

5. Graham Bell telah mencipta telefon dalam kurun kesembilan belas.

Page 3: Kata kerja

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.

KATA KERJA TRANSITIF

6. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggarperaturan.

7. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratucantik.

8. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untukmempelajari muzik di Singapura.

Page 4: Kata kerja

Kata Kerja Tak Transitif

KKTT (tanpa pelengkap) ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Semua orang pulang Adik saya masih tidur. Padi sedang menguning. Pemuda itu tersenyum. Mereka asyik berbual.

Page 5: Kata kerja

Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek namun boleh hadir unsur keterangan.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

1. Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila sayamenegurnya.

2. Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.

3. Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota

4. Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras.

5. Pokok itu layu kerana tidak disirami air.

6. Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penatsemalam.

Page 6: Kata kerja

Kata Kerja boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.

NAMA KERJA TERBITAN

AWALAN AKHIRAN APITAN

bergerak (gerak) pecahkan (pecah) beralaskan (alas)

menggertak (gertak) tujukan (tuju) mengajarkan (ajar)

terjatuh (jatuh) lepaskan (lepas) berguguran (gugur)

KATA KERJA TAK TRANSITIF

IMBUHAN

Page 7: Kata kerja

kata namasebagaikata dasar

melaut (laut)bersukan (sukan)menjalankan (jalan)bersenjatakan (senjata)menjala (jala)

kata kerjasebagaikata dasar

kata sifatsebagaikata dasar

tertidur (tidur)memperingati (ingat)memasukkan (masuk)mengajarkan (ajar)bekerja (kerja)

memanaskan (panas)menggemari (gemar)menghalusi (halus)mempercepatkan (cepat)menguning (kuning)

Page 8: Kata kerja

1 Secara berkumpulan, bina ayat daripada senarai kata kerja berikut.

1. timbang

2. terperanjat

4. tendang

3. melancong

5. bertabur

6. memasukkan

7. memasuki

9. beralaskan

8. mengajar

10. memendekkan

Page 9: Kata kerja

Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya. Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif dan kata kerja juga.

KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKS

1. Zainudin memanggil pakciknya Encik Dapur.

2. Dia menggelar abangnya orang kaya baru.

3. Orang Kampung itu menganggap Pak Leman ketua.

4. Orang tua saya menyangka saya jahat.

5. Mereka semua menganggap Kamal bodoh.

Page 10: Kata kerja

Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya. Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif dan kata kerja juga.

KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEK

6. Dia memandang saya hina.

8. Sulaiman mempelawa saya makan.

9. Sultan memerintahkan bendahara beredar.

10. Abang mengajak saya menonton.

11. Ibu menyuruh kakak berkemas.

Page 11: Kata kerja

Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.

KATA KERJA TAK TRANSITIFBERPELENGKAP

1. Penyakit ginjal adiknya beransur pulih.

2. Kehidupan keluarganya bertambah bahagia.

3. Cerita itu bertemakan kasih sayang.

4. Anak Pak Leman tidak berbuat jahat lagi.

5. Kami semua tinggal di Estet Permahan Teck Whye.

Page 12: Kata kerja

Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.

KATA KERJA TAK TRANSITIFBERPELENGKAP

6. Orang tua itu diam di rumah anak tunggalnya.

7. Pelancong Jepun itu menginap di Hotel Bahagia.

8. Abang sulungnya hendak menjadi pegawai bomba.

9. Mereka berbekalkan semangat ketika masuk ke dalam hutan.

10. Nadia menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya.