kata kerja

4
BAB 4 : TATABAHASA NORAISYAH HUSNA AFANDI KATA KERJA Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) A. Kata Kerja Transitif 1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama) Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung. 2. perempuan itu menjual sayur. 3. Bapa sedang menulis surat. Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Upload: aisyasensei

Post on 05-Jul-2015

1.076 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Kerja

BAB 4 : TATABAHASA NORAISYAH HUSNA AFANDI

KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )

B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada

benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau

sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan,

menduduki, mempersilakan.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

Contohnya: Atan mendengar radio.

mendengar ialah kata kerja transitif

radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper,

memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.

2. perempuan itu menjual sayur.

3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan

seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan

sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Page 2: Kata Kerja

BAB 4 : TATABAHASA NORAISYAH HUSNA AFANDI

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat

ialah benda yang kena buat

atau penyambut.

(a) Pak Abu menjala ikan.

(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.

(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.

(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.

(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.

(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )

Dia suka membaca buku

Jamilah memukul seekor ular

Abidin menjual kuih-muih

Ramli berjalan ke sekolah

Kereta itu melanggar seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri

kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak

mempunyai penyambut.

Contohnya ::

1. Mereka berjalan pada hari cuti.

2. Anjing itu sedang tidur.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

Page 3: Kata Kerja

BAB 4 : TATABAHASA NORAISYAH HUSNA AFANDI

Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan

Kami mandi di tasek itu.

Dia senyum semasa berjalan

Saya menyanyi dengan kuat

Hassan berjalan ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat,

yakni tidak memerlukan objek lagi.

2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber,

men, ter, ber... an,

dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar.

(c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah

‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.

Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.

2. Emak sedang menidurkan adik.

3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.

4. Halim mengikuti perbualan mereka.

5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Page 4: Kata Kerja

BAB 4 : TATABAHASA NORAISYAH HUSNA AFANDI

7.3 Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi

yang tidak berawalan men.

Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif

diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga

3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.

Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.

Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan

kaupersilakan.

5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.

Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan