kata kerja

7
KATA KERJA Kata kerja ialah perkataan yang menyatakan perbuatan atau perlakuan. makan minum belaja r membaca terambil berjalan diliha t membesarka n

Upload: aman-shah

Post on 22-Jun-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata kerja

KATA KERJA

Kata kerja ialah perkataan yang

menyatakan perbuatan atau

perlakuan.

makan minum belajar membaca

terambil berjalan dilihat membesarkan

Page 2: Kata kerja

CONTOH DALAM AYAT

Adik sedang minum susu.

Mereka sedang berjalan ke sekolah.

Yang belajar di London itu anak sulungnya.

Amalan membaca buku cerita sangat baik.

Pameran yang dilihatnya itu anjuran sekolah kami.

Pelajar yang terambil buku adiknya daripada Tahun 2

Marikh.

Perkerja yang sedang membesarkan jalan sangat kuat.

Budak yang sedang makan pisang itu daripada Tahun

1 Marikh.

Page 3: Kata kerja

JENIS KATA KERJA

Terbahagi kepada dua, iaitu :

1 – Kata Kerja Aktif : - kata kerja yang

hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang

mengutamakan subjek asal sebagai judul.

2- Kata Kerja Pasif :- kata kerja yang

memberi tekanan kepada objek asal.

Page 4: Kata kerja
Page 5: Kata kerja

KATA KERJA AKTIF

Bayi itu selalu menangis.

Saya ke sekolah dengan menaiki bas.

Ibu menghidangi tetamu sepinggan kuih.

Murid yang telah pulang itu murid baharu.

Anak Encik Ismail yang menjadi kerani sangat rajin.

Pemuda yang sentiasa tersenyum itu sangat gembira.

Yang menjalankan tugas dengan baiknya itu ialah ketua pengawas.

Pekerja-pekerja yang sedang memperlebar jalan itu daripada Jabatan

Kerja Raya.

Page 6: Kata kerja

KATA KERJA PASIF

Sudahkah kautulis surat itu?

Bola itu ditendang oleh Ahmad.

Jalan yang telah dilebarkan itu tidak rata.

Baju yang belum berjahit pakaian seragamnya.

Borang yang belum kuhantar masih di atas meja saya.

Suasana kedinginan sepanjang malam sungguh syahdu.

Yang kena panggil oleh Guru Besar ialah pelajar Tahun

Empat Mawar.

Page 7: Kata kerja

VIDEO TENTANG KATA KERJA

http://amanshahskbud4.wordpress.com/

nota-2/kata-kerja/