kata kerja

15
KATA KERJA Kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebaris ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat. KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK TRANSITIF

Upload: abdul-manaf-bin-mohd-yasir

Post on 02-Jun-2015

18.707 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Slaid pengajaran dan penerangan

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Kerja

KATA KERJA

Kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebaris ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat.

KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Page 2: Kata Kerja

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.

KATA KERJA TRANSITIF

1. Kerani yang rajin itu sedang menaip surat.

2. Baginda segera memanah haiwan yang ganji itu.

3. Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya pagi tadi.

4. Pegawai polis yang mengabaikan tugasnya telah dipecat.

5. Graham Bell telah mencipta telefon dalam kurun kesembilan belas.

Page 3: Kata Kerja

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.

KATA KERJA TRANSITIF

6. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggarperaturan.

7. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratucantik.

8. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untukmempelajari muzik di Singapura.

Page 4: Kata Kerja

Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

1. Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila sayamenegurnya.

2. Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.

3. Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota

4. Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras.

5. Pokok itu layu kerana tidak disirami air.

6. Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penatsemalam.

Page 5: Kata Kerja

Kata Kerja boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.

NAMA KERJA TERBITAN

AWALAN AKHIRAN APITAN

bergerak (gerak) pecahkan (pecah) beralaskan (alas)

menggertak (gertak) tujukan (tuju) mengajarkan (ajar)

terjatuh (jatuh) lepaskan (lepas) berguguran (gugur)

KATA KERJA TAK TRANSITIF

IMBUHAN

Page 6: Kata Kerja

kata namasebagaikata dasar

melaut (laut)bersukan (sukan)menjalankan (jalan)bersenjatakan (senjata)menjala (jala)

kata kerjasebagaikata dasar

kata sifatsebagaikata dasar

tertidur (tidur)memperingati (ingat)memasukkan (masuk)mengajarkan (ajar)bekerja (kerja)

memanaskan (panas)menggemari (gemar)menghalusi (halus)mempercepatkan (cepat)menguning (kuning)

Page 7: Kata Kerja

1 Secara berkumpulan, bina ayat daripada senarai kata kerja berikut.

1. timbang

2. terperanjat

4. tendang

3. melancong

5. bertabur

6. memasukkan

7. memasuki

9. beralaskan

8. mengajar

10. memendekkan

Page 8: Kata Kerja

Selain KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF, Kata Kerja juga boleh dibahagikan pada jenis-jenis berikut.

KATA KERJA

KATA KERJADWIOBJEK

KATA KERJARANGKAP

KATA KERJATRANSITIF KOMPLEKS

KATA KERJA TAKTRANSITIF BERPELENGKAP

Page 9: Kata Kerja

Kata kerja yang boleh mengambil dua objek, iaitu objek langsung dan objek tak langsung. Perhatikan objek tak langsung ini.

KATA KERJA DWIOBJEK

1. Wanita muda itu memberikan anaknya sebotol susu.

2. Yusman hendak mengambilkan adiknya buah mangga.

3. Kakak saya telah mengirimkan ibu wang.

4. Ayah akan membelikan saya sebuah basikal baru.

5. Nenek sudah membacakan kami hikayat Si Tanggang.

Page 10: Kata Kerja

Objek tak langsung boleh berubah menjadi frasa kata depan.

KATA KERJA DWIOBJEK

1. Wanita muda itu memberikan sebotol susu kepada anaknya.

2. Yusman hendak mengambilkan buah mangga untuk adiknya.

3. Kakak saya telah mengirimkan wang kepada ibu.

4. Ayah akan membelikan sebuah basikal baru untuk saya.

5. Nenek sudah membacakan hikayat Si Tanggang kepada kami.

Page 11: Kata Kerja

Kata kerja yang diikuti kata kerja lain. Ayat yang terbentuk dianggap ayat majmuk yang berasal daripada gabungan dua baris ayat.

KATA KERJA RANGKAP

1. Mak Timah duduk menjahit hingga lewat malam.

2. Pak Leman pergi memancing di sungai itu.

3. Dia tidur meniarap di atas sebuah katil yang besar.

4. Adik Rasyidah belajar menulis dengan ibunya.

5. Lukman berjaya memujuk adiknya yang menangis itu.

Page 12: Kata Kerja

Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya. Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif dan kata kerja juga.

KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKS

1. Zainudin memanggil pakciknya Encik Dapur.

2. Dia menggelar abangnya orang kaya baru.

3. Orang Kampung itu menganggap Pak Leman ketua.

4. Orang tua saya menyangka saya jahat.

5. Mereka semua menganggap Kamal bodoh.

Page 13: Kata Kerja

Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya. Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif dan kata kerja juga.

KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKS

6. Dia memandang saya hina.

8. Sulaiman mempelawa saya makan.

9. Sultan memerintahkan bendahara beredar.

10. Abang mengajak saya menonton.

11. Ibu menyuruh kakak berkemas.

Page 14: Kata Kerja

Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.

KATA KERJA TAK TRANSITIFBERPELENGKAP

1. Penyakit ginjal adiknya beransur pulih.

2. Kehidupan keluarganya bertambah bahagia.

3. Cerita itu bertemakan kasih sayang.

4. Anak Pak Leman tidak berbuat jahat lagi.

5. Kami semua tinggal di Estet Permahan Teck Whye.

Page 15: Kata Kerja

Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.

KATA KERJA TAK TRANSITIFBERPELENGKAP

6. Orang tua itu diam di rumah anak tunggalnya.

7. Pelancong Jepun itu menginap di Hotel Bahagia.

8. Abang sulungnya hendak menjadi pegawai bomba.

9. Mereka berbekalkan semangat ketika masuk ke dalam hutan.

10. Nadia menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya.