karya moden

65

Upload: at05f

Post on 18-Aug-2015

108 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KARYA MODEN
Page 2: KARYA MODEN

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLID20111047479

KHAIRUL AZHAR BIN USOFD20111047500

MUHAMMAD HANIS BIN ZULKHAIRID20111047517

SHAH AFFENDY JAFRID20111047644

NURUL AMIRA BINTI ALID20111047534

SARIMAH BINTI JAMILD20111047525

FREADY ANAK HANGD20111047549

NAMA PENSYARAH : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI

Page 3: KARYA MODEN

RAJA MERONG MAHAWANGSA

RAJA MERONG MAHAPUDISAT

RAJA PHRA ONG MAHAPUDISAT

(SULTAN MUZAFFAR SYAH)

RAJA SERI INDERAWANGSA (RAJA

BERSIONG)

4. RAJA KEDAH (RAJA SERI

MAHAWANGSA)

3. RAJA PATANI (PUTERI)2. RAJA PERAK1. RAJA SIAM

Bunga Emas, Perak,(mangka)

Turun takhta

Peluk Islam

Page 4: KARYA MODEN

SINOPSIS HMM• Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang

belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Dia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa.

Page 5: KARYA MODEN

• Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Page 6: KARYA MODEN

• Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah.

Page 7: KARYA MODEN

Rungkaian Pensejarahan Melayu Tradisional dalam HMM

• Unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu– Burung geroda, binatang mitis hindu kenderaan Visynu

dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman adalah antara unsur mitos yang diceriterakan dalam HMM

• Perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam• Kedatangan Islam pada waktu itu ke negeri Kedah– Hindu -> Islam

Page 8: KARYA MODEN

ISI DAN MESEJKHAIRUL AZHAR BIN USOF

D20111047500

Page 9: KARYA MODEN

Asal Usul Keturunan Raja

• Kisah raja-raja ini bermula daripada Raja Merong Mahawangsa. Ayah Merong Mahawangsa berbangsa indera-indera manakala ibunya daripada golongan dewa-dewa.

• Dalam Hikayat ini diceritakan juga tentang perkahwinan antara raja dengan raja, raja dengan manusia biasa dan raja dengan gergasi.

Page 10: KARYA MODEN

Contoh

• Perkahwinan antara raja dengan raja Raja Merong Mahapudisat telah dikahwinkan dengan

anak raja dan dikurniakan tiga putera dan seorang puteri.

• Perkahwinan antara raja dengan manusia biasa Perkahwinan antara Raja Bersiong dan anak orang

huma.• Perkahwinan antara raja dengan gergasi Perkahwinan antara Raja Seri Maha Inderawangsa dan

cucu kepada Nang Miri Gergasi.

Page 11: KARYA MODEN

Penubuhan Kerajaan dan Pembukaan Negeri

• Setiap kawasan yang dipilih untuk dibuka adalah baik daripada segi struktur muka bumi dan strategik.

• Selain bertujuan meluaskan kuasa, pembukaan negeri atau kawasan baharu juga bertujuan untuk memajukan dan meramaikan rakyat di tempat yang tidak maju.

• Pembukaan kawasan baharu juga bertujuan merajakan anak-anak raja yang baharu. Contoh :

Penubuhan Kerajaan Langkasuka Penubuhan negeri Kedah

Page 12: KARYA MODEN

Salasilah Raja-raja

• Dalam bab ini diceritakan salasilah raja-raja bermula daripada Raja Merong Mahawangsa sehingga raja yang terakhir sewaktu zaman penulisan hikayat ini.

• Pemilihan pemerintah atau raja mengikut waris keturunan.

• Diceritakan setiap kisah yang berlaku terhadap setiap raja yang memerintah negeri Kedah.

Page 13: KARYA MODEN

Raja Merong Mahawangsa

+isteri

Raja Merong Mahapudisat

+isteri

Raja Seri Maha Inderawangsa

+Isteri

Raja Ong Maha Perita Daria (Raja Bersioang)

Raja Buluh BetungPuteri Seluang

Raja Pra’ Ong Mahawangsa (Sultan

Mudzalfal Shah)

Raja Mu’adzam ShahRaja Mahmud Shah

Raja Sulaiman Shah

X Y Z

Page 14: KARYA MODEN

Proses Pengislaman Raja dan Seluruh Negeri

• Proses pengislaman raja dan seluruh negeri diceritakan dalam bab terakhir Hikayat Merong Mahawangsa.

• Kisah Raja Pra’ Ong Mahawangsa meminum air kencing Penghulu Iblis telah memberi hidayah kepada baginda untuk memeluk Islam.

• Sheikh Abdullah sangat berjasa dalam membawa jalan yang benar kepada rakyat Kedah.

• Kehidupan Islam diamalkan sebaik-baiknya. Sebagai contoh, Undang-undang Allah dan bayaran zakat dilaksanakan.

• Berhala yang disimpan dikeluarkan dan dimusnahkan.

Page 15: KARYA MODEN

Nilai Budayadalam

Hikayat Merong Mahawangsa

Muhammad Hanis Bin ZulkhairiD20111047517

Page 16: KARYA MODEN

Definisi @ Konsep

• Budaya adalah elemen penting yang membezakan manusia dengan hidupan lain.

• Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

• Kehidupan sesuatu masyarakat bergantung kepada kebudayaan yang diamalkan.

Page 17: KARYA MODEN

Taat perintah raja

• Rakyat perlulah mentaati segala perintah raja kerana rakyat berpegang kepada konsep daulat.

• Sesiapa yang ingkar akan perintah raja akan dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau mendapat nasib yang buruk.

Page 18: KARYA MODEN

Contoh:

• “Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itupun mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat serta memegang senjata masing2 tangan.”

Page 19: KARYA MODEN

Adat Perkahwinan

• Adat perkahwinan yang dilaksanakan semasa perkahwinan Raja Merong Mahadipusat.

• Peristiwa berkaitan persiapan perkahwinan yang dilaksanakan seawal 40 hari 40 malam.

• Turut dimeriahkan dengan bunyi-bunyian,

hidangan makanan dan disambut dengan penuh meriah oleh segala menteri, hulu balang dan orang ramai.

Page 20: KARYA MODEN

Contoh:

• “menjadi empat puluh hari empat puluh malam yang berjaga makan minum dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian, terlalulah ramainya. Setelah genaplah empat puluh hari, maka pada hari yang baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan anakanda baginda itu”

Page 21: KARYA MODEN

Budaya Islam

• Peristiwa berkaitan nilai budaya ini ditonjolkan melalui peristiwa pengislaman Sultan Kedah.

• Contohnya, Sheikh Abdullah memberitahu perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang hamba yang beragama Islam.

Page 22: KARYA MODEN

Contoh:

• “Itulah tuanku, yang bernama tiang agama pada syariat Nabi Muhammad Rasulullah pada segala kaum umatnya yang mahu menurut kitab Quran serta Sabdanya itu, supaya termasyhurlah nama raja menteri di dalam negeri itu mengerjakan amal ibadat akan Allah subahanahu wa taala, adalah sudah dengan tempatnya rumah akan ganti Ka’batu’Llah di negeri Mekah Madinah.”

Page 23: KARYA MODEN

P A N D A N G A N H I D U P D A L A MHikayat merong

mahawangsaSHAH AFFENDY JAFRI

D20111047644

Page 24: KARYA MODEN

Maksud pandangan hidup secara umum

menurut Mohd. Rashid Hj. Md. Idris,

Abd, Rahman Napiah, dan Seri Lanang

Hj. Rohani (2015: 126) ialah satu konsep

mengenai pandangan hidup alam

semesta secara keseluruhan

terutamanya dilihat melalui satu sudut

pandangan yang dipengaruhi oleh satu

sistem nilai tertentu.

Page 25: KARYA MODEN

Terdapat beberapa pandangan hidup yang

dikenal pasti dalam hikayat yang dikaji iaitu

menghormati autoriti, percaya pada takdir,

berpegang pada janji, mengaggungkan dan

mempercayai kekuasaan Tuhan, mengambil

keputusan daripada tindakan yang difikirkan,

sentiasa memelihara hubungan baik, pemenang

akan berkuasa, dan memerintah dengan adil dan

saksama.

Page 26: KARYA MODEN

•Menghormati autoriti

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ini, dapat dilihat

pandangan hidup burung garuda yang tetap

menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan

yang berkuasa di dunia pada waktu itu. Walaupun burung

garuda tersebut merancangkan kejahatan dengan berniat

mahu memisahkan Raja Rum dengan puteri benua China,

dia tetap bertanya dan merujuk kepada Nabi Allah

Sulaiman untuk memberitahu akan rancangannya itu.

Page 27: KARYA MODEN

Maka kata burung garuda kepada burung rajawali: ‘Dimana dapat ia sekalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada boleh jadi, tetapi nantilah dahulu, aku

hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman karena ia itu raja besar di dalam dunia ini.

Jikalau sudah ada seperti yang demikiann itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya

anak raja dua buah negeri itu’(halaman 3)

Page 28: KARYA MODEN

•Mengagungkan dan mempercayai

kekuasaan Tuhan

Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai akan

kekuasaan Tuhan. Baginda percaya bahawa hanya Tuhan yang

mempunyai kuasa atas segalanya dan manusia atau makluk Tuhan

tidak dapat menentukan sesuatu perkara sekalipun. Baginda percaya

kepada janji Tuhan dan kekuasaan Tuhan. Kepercayaan baginda dapat

dilihat semasa baginda berkata-kata dan memberi pengajaran dan

tauladan kepada raja-raja dan menteri-menteri berkenaan dengan

tindakan burung garuda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan

dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk

bersatu.

Page 29: KARYA MODEN

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai segala raja2

dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah engkau

dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang

menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala

makluknya, dalam empat perkara ini hendaklah

jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan

janji daripada Tuhan alam. Pertama rezki, sedikit

atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala

makluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya

juga. ( halaman 20)

Page 30: KARYA MODEN

•Sentiasa memelihara hubungan baik

Dalam hikayat ini, Raja Seri Mahawangsa berfikir dan berharap akan

hubungan baik antara dia dan adik beradiknya akan berkekalan

sampai anak cucunya. Dengan demikian, nama baik sahaja yang

diingat orang pada masa akan datang, bukannya kejahatan.

Page 31: KARYA MODEN

‘Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak

saudaraku itu,’ dengan tilik nazarnya dan fikirnya yang putus

di dalam hatinya, biarlah jangan lagi tersebut nama

kejahatan pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi

berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak

chuchu jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja2

dan pada khalayak sekalian.’

(halaman 37-38)

Page 32: KARYA MODEN

Nilai ilmu

NURUL AMIRA BINTI ALID20111047534

Page 33: KARYA MODEN

NILAI ILMU

Mana Sikana

Ilmu Teologi

Ilmu Etika

Ilmu Estetika

Ilmu Mantik

Ilmu Metafizik

a

Ilmu Kosmolog

i

Page 34: KARYA MODEN

ILMU TEOLOGI

Ilmu tentang Tuhan atau ilmu ketuhanan.

Maka titah raja, “Hendak-lah saudara-ku keempat turutkan saperti kehendak tuan Sheikh Abdullah ini, barang kata-nya itu dengan hukum Allah dan sabda Nabi Muhammad Rasullah lagi yang di-dalam kitab Qur’an itu jua yang diturut oleh tuan ini.”(HMM: 147)

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung garuda! Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia” (HMM : 5)

Page 35: KARYA MODEN

ILMU ETIKA

Ilmu tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal.

Maka segala menteri hulubalang pun gemar-lah sangat melihat budi pekertinya serta dengan pandai mengambil hati sekalian menteri hulubalang tambah pula di-atas segala fakir, miskin, dagang santeri sekalian serta dengan tegor sapa siapa yang bertemu dengan dia. (HMM: 46)

Bermula ada-lah sa-orang orang Seri Gunong Ledang bernama Kampar yang amat jahat-nya. (HMM: 70)

Page 36: KARYA MODEN

ILMU ESTETIKA

Ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian.

Maka darah pun banyak-lah tumpah ka-bumi mengalir seperti ayer deras laku-nya dan kepala pun seperti buah masak gugor ka-bumi dan berkaparan segala senjata yang patah dan sumbing dan rosak binasa, itu pun jadi sula dan ranjau menikamkan kaki tangan orang yang berkelahi. (HMM: 156)

Page 37: KARYA MODEN

ILMU KOSMOLOGI

Ilmu yang mengkaji tentang hal-hal yang berhubung dengan alam.

Maka datang-lah pula burung geroda itu dengan hebat dan garang-nya seperti tiada berlawananlah kelakuan rupa-nya; datang dengan angin ribut, guroh, petir, kilat sabong menyabung. (HMM : 11)

Maka ada-lah kapada suatu hari ketika burong garuda itu pergi menchari makan tiada ia di-pulau itu, maka turun-lah tuan puteri anak Raja China itu serta dengan inang pengasoh-nya datang ka-tepi laut itu menchari ketam, siput di-susur pantai itu. (HMM : 20)

Page 38: KARYA MODEN

SARIMAH BINTI JAMILD 20111047525

Teknik Kepengarangan

Page 39: KARYA MODEN

UNSUR BAHASA

• Pengarang menggunakan istilah Arab yang jelas dalam hikayat ini.

Sa-bermula maka tersebutlah-lah perkataan negeri Baghdad itu sa-lama peninggal nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

(Halaman 11)

Page 40: KARYA MODEN

unsur Mitos

• Berfungsi untuk menghidupkan sesuatu karya. Unsur ini dapat dilihat melalui cerita dongeng.

“Hai burung garuda! Demi tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia.” Maka sembah burung garuda “Ya Nabi Allah, atas pekerjaan itu atas hambamulah mencheraikan dia.”

(Halaman 5)

Page 41: KARYA MODEN

Teknik Pemerian

• Pengarang banyak menggunakan teknik pemerian bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih jelas.

Hatta pada suatu hari Raja Bersiong dudok di balai rongnya sa-telah datang-lah tengah hari rembang maka Raja Bersiong pun masok-lah ka-istana pergi mandi. Maka tatkala itu gerau yang di-dapor itu pun tengah memotong sayor bayam dengan gopoh-nya hendak di-perbuat gulai lechek maka terleka-lah mata-nya sedikit, maka tersayat-lah hujong jari-nya dengan pisau. Maka pada sangkanya tiadalah keluar darah itu.

(Halaman 67)

Page 42: KARYA MODEN

Teknik Pemujukan• Teknik ini digunakan untuk menarik perhatian

seseorang sama ada untuk kebaikan atau keburukan.

“Hai chuchuku, tiada apa-nya nenek hendak berbuat di-atas chuchu-ku yang tiga berhamba ini, hanya nenek menanti janji dengan Nabi Allah Sulaiman jua: tiada berapa lama-nya nenek hendak kembalikan chuchu-ku kepada bonda chuchu-ku jua.Maka sekarang ini di-mana jua tempat-nya segala pakaian chuchu-ku di-dalam istana ayah bonda chchu-ku di Benua China itu-kah ada atau kepada tempat yang lain-kah?Hendaklah chuchu-ku katakan kapada nenek supaya boleh nenek pergi ambil beri akan chucu-ku.

(Halaman 23)

Page 43: KARYA MODEN

Teknik Pencontohan

• Pengarang menggunakan teknik ini tetapi tidak menggunakan perkataan yang memperlihatkan sebarang perkataan yang boleh dianggap sebagai contoh.

Sa-telah sudah balai itu maka di-nama-nya akan dia Langkasuka, kerana mengerjakan itu dengan makan minum dan bersuka-sukaan serta dengan beberapa binatang jenis-nya daripada rusa, kijang, pelandok, napoh, sapi dengan segala perburuan yang di-makan oleh sakalian-nya; terlalu-lah amat kesukaan-nya serta dengan tepok tarinya...”

(Halaman 19)

Page 44: KARYA MODEN

Teknik Analogi

• Pengarang ingin menunjukkan gambaran yang berlebihan tentang sesuatu perkara.

Sa-telah demikian itu maka di-kerjakan orang lima ratus itu dengan tempek sorak-nya terlalu ramai-nya saperti akan terchabut kota itu daripada kebanyakan tentera yang melanggar empat penjuru kota itu. Jikalau guroh halilintar di langit sa-kali pun tiada kedengaran lagi daripada sangat banyak azamat bunyi itu.

(Halaman 76)

Page 45: KARYA MODEN

Seni BahasaFREADY ANAK HANG

D20111047549

Page 46: KARYA MODEN

• Pengkarya-pengkarya sastera Melayu tradisional sememangnya orang yang begitu hebat dari segi penguasaan bahasa.

• Agar pembaca dapat menggambarkan kehebatan watak-watak yang digambarkan dalam karya.

• Dalam karya sastera tradisional, pengarang kebiasaannya menggunakan teknik-teknik seperti teknik metafora, teknik hiperbola, dan teknik simile, untuk menimbulkan rasa kagum pembaca terhadap karya yang mereka baca.

Page 47: KARYA MODEN

Teknik Metafora

• Perkataan Yunani

• Gabungan dua buah perkataan iaitu kata ‘meta’ dan ‘pherein’.

• ‘Meta’ membawa maksud memindahkan.

• ‘Pherein’ pula bermaksud membawa.

Page 48: KARYA MODEN

• Nik Hassan Basri (2005) mengatakan sifat gaya bahasa perbandingan metafora adalah mengandungi satu perkataan yang bersifat konkrit dan satu perkataan pula yang bersifat abstrak.

• Contoh: Rimba kehidupan

• Membandingkan sesuatu secara tidak terus.

Page 49: KARYA MODEN

Contoh

• Maka di-dalam negeri Kedah ini pun jangan sa-kali2 anak-ku suroh tinggalkan kerana zaman ini banyak sangat bumi yang hampa yang tiada orang diam diami… (ms 43)

• Sa-telah sudah siap maka tunggul panji2 pun berkibaran-lah serta disuroh-nya pula gendang perang menaikkan berani hati yang takut. (ms 75)

Page 50: KARYA MODEN

• Maka Raja itu ka-negeri Kelinggi pun tiada ia tundok dan ka-Benua Siam pun ia tiada di-ta’alok kerana hati-nya keras hingga ia dudok menghimpunkan ra’ayat-nya daripada bangsa Semang dan Wila dan ra’ayat bukit dan sa-bagai-nya di-gelar-nya nama penghulu yang besar2-nya di-suroh-nya dudok berkeliling tasek Ayer Tawar itu…(ms 88)

• …sama ekor pun bersimbat-lah ber-karang membicharakan bisa senjata-nya. (ms 94

Page 51: KARYA MODEN

Teknik Hiperbola

• Memberi gambaran yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu yang diperkatakan.

• Menarik perhatian pembaca untuk terus sesebuah membaca karya.

• Tidak mementingkan ketepatan gambaran.

Page 52: KARYA MODEN

• Bahasa Yunani• Gabungan perkataan ‘hyper’ dan ‘ballien’ • Hyper bermaksud melebihi • ‘Ballien’ bererti luahkan atau keluarkan• Contoh: darahnya terpercik seperti hujan

membasahi bumi

Page 53: KARYA MODEN

• Corbett dan Connors, 1999 (Abu Hassan Abdullah, 2013: 87) hiperbola ialah penggunaan istilah yang membesar-besarkan dengan tujuan memberi penekanan atau kesan memperhebat.

Page 54: KARYA MODEN

Contoh

• …Sa-telah itu maka burong garuda itu pun terbang-lah naik ka-udara sampai pergi mengaras awan udara, berasap-lah kelihatan dunia ini. (ms 4)

• Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarek busar anak panah-nya yang bernama Ayun2an itu ka-udara, bergemuroh-lah bunyi-nya saperti halilintar mem-belah, maka segera di-tepiskan dengan sayap-nya tiada kena. (ms 10)

Page 55: KARYA MODEN

• Maka banyak-lah kaum gergasi itu mati, bertimbun2 bangkai-nya; darah pun banyak-lah tumpah ka-bumi saperti ayer sebak laku-nya. (ms 96)

Page 56: KARYA MODEN

Teknik Simile

• Kata-kata perbandingan dan kata-kata ini bersifat eksplisit

• Seperti bak, laksana, bagai, ibarat, tamsil, dan umpama

• Teknik simile digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau perkara dengan perkara yang lain dengan menggunakan kata-kata perbanding

Page 57: KARYA MODEN

Contoh

• … ada pun pelayaran angkatan anak Raja Rum hendak pergi kahwin ka-benua China itu ada-lah saperti burong terbang dan tiang-nya saperti batang pepara laku-nya… (ms 8 - 9)

• … barang di-mana berlaboh dan berhenti itu saperti pulau yang besar serta dengan segala bunyi2an pun di-palu orang-lah terlalu adzmat bunyi-nya saperti akan terangkat-lah lautan itu. (ms 9)

Page 58: KARYA MODEN

• Maka sorak tempek pun terlalu-lah adzmat tambahan dengan bunyi bedil meriam pun saperti berteh… (ms 12)

• Demi di-dengar oleh Raja Kelana Hitam maka naik marah-lah ia, muka-nya pun merah saperti bunga raya serta titah-nya,… (ms 92)

Page 59: KARYA MODEN

Bahasa

• Bahasa amat memainkan peranan yang penting dalam memastikan teknik penceritaan dapat disampaikan dengan berkesan.

• Bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam sesebuah cerita juga menunjukkan zaman yang sedang dilalui oleh sesebuah kerajaan.

Page 60: KARYA MODEN

• Penggunaan Bahasa Arab jelas dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Buktinya????

Page 61: KARYA MODEN
Page 62: KARYA MODEN

• Maka barang siapa membacha dia jangan-lah di-bicharakan lagi, terlalu amat sempurna bichara-nya; kerana hikayat ini tahu-lah kami akan perkataan kerana sabda Nabi Sallalallahu ‘alaihi-wassalam, “Tafakkaru fi zatulahi”, ya’ani bicharakan oleh mu pada segala kebesaran Allah, jangan kamu fikirkan pada zat Allah. (ms 2)

Page 63: KARYA MODEN

• ...di-buangkan oleh segala malaikat ka-laut yang bernama kalzum dengan sebab hendak menetapkan shari’at Nabi Muhammad Rasul-Allah dengan keramat kitab Quran dan hendak menentukan i’tikad yang sa-benar-nya yang bernama ugama Islam wa-rahamtul-ilahi wa barakatuh. (ms 112)

Page 64: KARYA MODEN

KESIMPULAN

• Mitos dan lagenda yang disisipkan dalam hikayat ini menjadi suatu gambaran kepada kuatnya kepercayaan animisme masyarakat terdahulu, yang diketahui lebih awal mengenal agama Hindu sebelum datangnya agama Islam. Justeru, jelas menunjukkan bahawa, karya sastera lama ini sebenarnya memiliki nilai estetikanya yang tersendiri dan mampu merangkumkan segala tatacara hidup bermasyarakat, pembelajaran berkenaan keagamaan, kerajaan dan nilai murni hanya melalui sebuah hikayat yang tidak diketahui penulisnya namun boleh memberikan pelajaran kepada pembacanya hingga ke hari ini.

Page 65: KARYA MODEN

SEKIAN TERIMA KASIH