karya moden novel juara

76
BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU ANALISIS KARYA MODEN ‘JUARA’ AINI ATIROH BT IBRAHIM D20121057957 MARLIANA BT HASSAN D20121057961 NUR SYAZWANIE BT ISMAIL D20121057974 NURUL WAJEEHAH BT MD YUSOF D20121057978 NORHAFIZAH BT ABD RAHIM D20121057979 AT05 Kumpulan A Semester 2, Sesi 2015/2016 PENSYARAH Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani DISEDIAKAN OLEH :

Upload: norhafizahabdrahim

Post on 15-Apr-2017

416 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karya Moden Novel Juara

BMS3022KARYA AGUNG MELAYUANALISIS KARYA MODEN

‘JUARA’

A I N I A T I R O H B T I B R A H I M D 2 0 1 2 1 0 5 7 9 5 7M A R L I A N A B T H A S S A N D 2 0 1 2 1 0 5 7 9 6 1N U R S Y A Z W A N I E B T I S M A I L D 2 0 1 2 1 0 5 7 9 7 4N U R U L W A J E E H A H B T M D Y U S O F D 2 0 1 2 1 0 5 7 9 7 8N O R H A F I Z A H B T A B D R A H I M D 2 0 1 2 1 0 5 7 9 7 9

AT05 Kumpulan ASemester 2, Sesi 2015/2016

PENSYARAHDr. Seri Lanang Jaya Hj.

RohaniDISEDIAKAN OLEH :

Page 2: Karya Moden Novel Juara

SINOPSIS NOVEL JUARA• Juara mengisahkan Mamat dan anak-anak buahnya yang terdiri

daripada Mat San , Jali, Seli, Sani dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka , iaitu Abang Lazim ayah kepada Sani dan Salim kerana ditembak mati selepas mereka memenangi laga lembu.

• Mamat merupakan ahli politik yang meletak jawatan setelah gagal dalam pilihan raya sebanyak dua kali walaupun beliau merupakan antara orang kuat yang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau meletak jawatan disebabkan oleh masyarakat sudah tidak memerlukan lagi khidmatnya dan terdapat persaingan dengan parti lain.

• Setelah kalah dalam politik di Kelantan, Mamat berpindah ke Siam dan mula mendekati laga lembu melalui Abang Lazim. Kehebatan Mamat dalam bidang laga lembu memang tidak dapat disangkal lagi kerana beliau dapat menilai lembu dan menjadikannya dihormati anak buahnya.

Page 3: Karya Moden Novel Juara

o Mamat sebenarnya ingin menuntut bela atas kematian sahabatnya, Abang Lazim.Dipercayai dilakukan oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan kumpulan mereka yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Calet dengan lembu mereka, iaitu Langsat.

o Selepas Calet mati ditembak bersama Abang Lazim, Mamat mula melatih Aral yang merupakan lembu muda. Setahun telah berlalu selepas peristiwa berdarah itu, Aral akan beradu dengan seekor lembu dari Pulau Lonel yang merupakan lembu Pak Isa. Sebelum berlaku pertarungan juara tersebut, Pak Isa telah membuat persediaan yang rapi terhadap lembunya dengan membaluti tanduk lembu dengan besi agar lebih tajam dengan tujuan ingin membunuh Aral.

o Namun, yang berlaku pada hari tersebut bukanlah laga lembu, tetapi pertarungan hebat antara Pak Isa dengan Mamat. Hal ini disebabkan oleh Pak Isa yang masih tidak berpuas hati dan berdendam kerana kalah pada suatu waktu dahulu manakala Mamat pula berdendam disebabkan kematian Abang Lazim.

o Dalam pertelingkahan yang berlaku telah diakhiri dengan kematian Pak Isa yang mati ditembak oleh Mamat di hadapan semua penyokong laga lembu.

Page 4: Karya Moden Novel Juara

PEMIKIRAN

Page 5: Karya Moden Novel Juara

DEFINISI

• S. Othman Kelantan (1997) mendefinisikan pemikiran sebagai idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikal dalam mindanya untuk memikirkan sesuatu masalah dalam masyarakatnya. Pemikiran itu disebarkan di dalam lingkungan masyarakatnya atau keluar daripada masyarakatnya.

• Mohd Yusof Othman (1998) menyatakan bahawa pemikiran mempunyai pengertian yang luas dan boleh diterangkan dalam pelbagai pendekatan. Namun, berfikir merupakan suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan seseorang.

Page 6: Karya Moden Novel Juara

PERJUANGAN MELAYU • Usaha-usaha yang ditunjukkan pemimpin-pemimpin

untuk sama-sama berdemokrasi bagi membantu kemerdekaan orang Melayu. Kelantangan Mahamud Larin, Yahya Hasan dan Mamat menyuarakan hak sebagai rakyat asal tanah Melayu kepada kerajaan British. Ini menyebabkan mereka menjadi perhatian masyarakat untuk membantu menyuarakan hak mereka serta rakyat menyokong mereka dengan sepenuh hati.

“Kemudian apa yang diperjuangkan itu mendapat kejayaan yang cemerlang. Pilihanraya pertama diadakan. Ini sebagai batu uji untuk melihat hasrat rakyat mahu merdeka.…walaupun kejayaan itu merupakan kejayaan yang separuh kerana wakil-wakil rakyat masih ada yang dilantik, akan tetapi usahanya untuk mendapatkan kemerdekaan telah menjalar dan berakar.”

(Juara, 1976:55)

Page 7: Karya Moden Novel Juara

PERBANDINGAN POLITIK DAN LAGA LEMBU• Mamat digambarkan kalah dalam pilihan raya dan

seterusnya membawa diri ke Kelantan. Dia memilih daerah Bangnara bagi memulakan kehidupan untuk melupakan perjuangan politiknya semasa di Kelantan. Di situ Mamat bersahabat dengan Abang Lazim yang sama-sama berjuang dengan prinsip masing-masing.

• Semangat politik itu rupa-rupanya tidak pernah luntur dalam diri Mamat. Rasa mahu berkuasa itu sangat kuat hingga menjadikan beliau seakan kabur akan tanggungjawab sebenarnya.

• Menunjukkan kepada pembaca bahawa melaga lembu dan mengumpul pengikut untuk memperbanyakkan taruhan dengan pilihanraya, menabur janji dan kemudian senyap setelah menang tidak mempunyai perbezaan.

Page 8: Karya Moden Novel Juara

• Kalah menang, tawa sendu dalam “mencari diri” di gelanggang laga lembu juga tidak banyak berbeza dengan kalah menang dan tawa sendu mereka yang berjuang di atas platform politik moden dengan lesen demokrasi. Dalam juara, laga lembu ialah politik, politik ialah lembu, sebagaimana yang ditegaskan oleh novelisnya:

“gelanggang politk dengan gelanggang lembu itu tidak jauh

bezanya dengan praktik. Lembu itu pun sama dengan politik,

sama-sama diperjudikan. Kalau lembu itu kalah, orangnya pun

kalah.Kalau politk kalah, orangnya pun kalah.Politik itu

lembu.Dan lembu itu politik!”

(Juara, 1976:74)

Page 9: Karya Moden Novel Juara

SIKAP PEMIMPIN YANG TIDAK MENJADIKAN DIRINYA SEBAGAI ROLE MODEL• Pemimpin sendiri tidak menjadikan dirinya sebagai role

model, menunjukkan teladan yang baik supaya pengikut dapat berubah menjadi manusia yang lebih baik

• Sebagai contoh, Mamat yang sepatutnya menjadi ketua keluarga yang memberikan contoh keperibadiaan dan akhlak yang baik kepada keluarganya tidak terjadi dalam novel ini.

• Walau bagaimanapun, Mamat bukanlah seorang yang buta keseluruhan mengenai situasi yang membelit dirinya itu. Dia meletakkan harapan pada Jusuh. Anak lelaki bongsunya ini dihantar belajar ke sekolah agama di Kelantan.

Page 10: Karya Moden Novel Juara

CONTOH:“Jusuh adalah diri dia sendiri.Kegagalan dia memberi pelajaran, ertinya kegagalan jusuh untuk menjadi manusia. Kegagalan dia menanam otak ke dalam anak laki-lakinya yang seorang ini, akan hilang semua keturunan yang selamanya dikenal sebagai pejuang. Sekalipun perjuangannya tidak pernah dikenang walau seurat benang pun.” (Juara, 1976:39)

Page 11: Karya Moden Novel Juara

LAGA LEMBU SEBAGAI BUDAYA HIDUP

• Kegiatan laga lembu dianggap sebagai sebuah kegiatan judi. Laga lembu merupakan satu pertandingan lawan antara dua ekor lembu dalam bong iaitu tempat lembu dilagakan. Lembu yang dapat mengalahkan lawan iaitu membunuh lawan atau dapat bertahan lebih lama berbanding lawan akan dikira sebagai pemenang.

• Abang Lazim orang yang begitu handal dalam soal laga lembu. Begitu juga Mamat. Ketika Calet iaitu lembu kepada Abang Lazim dipertandingkan, Mamat telah menjadi juara. Calet akan dilagakan dengan lembu Pak Isa yang bernama Langsat. Dalam pertandingan ini, mamat telah menggunakan tipu helah bagi memenangkan Calet. Akhirnya, dengan wang pertaruhan sebanyak 200 ribu bath, Langsat telah berjaya dikalahkan.

Page 12: Karya Moden Novel Juara

CONTOH:‘Pagi ini Calet akan diadukan ! Malam semalam keputusan akhir telah dicapai. Pertaruhan ini paling besar dalam sejarah pertarungan lembu. Pak Isa telah menetapkan dua-ratus ribu bhat. Abang Lazim menyanggupinya. Ada dua-puluh orang-dalam… “Pakcik Lazim ditembak!’’ Dia seperti terpukau mendengar itu, tidak percaya sama sekali..’

(Juara,

1976:67-80)

Page 13: Karya Moden Novel Juara

KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA• Mamat mempunyai seorang isteri iaitu Minah dan tiga

orang anak perempuan serta seorang anak lelaki bernama Jusuh. Kehidupan keluarga ini aman dan damai. Buktinya, mereka masih setia walaupun Mamat telah kalah dalam pilihanraya dan ikut sama-sama melarikan diri ke Siam.

• Selain itu, kasih sayang mereka juga dipamerkan ketika Mamat menghadapi musibah. Sebagai contoh, Mamat telah cedera parah setelah ditanduk oleh Arah. Namun mereka tetap setia merawat Mamat.

Page 14: Karya Moden Novel Juara

CONTOH:“Demo dah makan ubat” suara Minah separuh berbisik ke telinganya. Dia menggeleng sedikit. Minah mengambil ubat butir di dalam bekas nescafe. Mencurahkannya dalam tapak tangan. Membawanya ke mulut mamat. “

(Juara, 1976 : 111)

Page 15: Karya Moden Novel Juara

FALSAFAH DALAM KARYA MODEN JUARA

Page 16: Karya Moden Novel Juara

Perbincangan tentang sesuatu secara terperinci untuk mendapatkan jawapan yang sebenar

Pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran

Cinta kepada ilmu dan kebenaran

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang

menjadi dasar ilmu-ilmu lain

DEFINISI FALSAFAH

Page 17: Karya Moden Novel Juara

Bidang Falsafah

Etika

Metafizika

Sejarah

Sosial

Ekonomi

Kosmologi

Politik

Logik

Page 18: Karya Moden Novel Juara

Falsafah Politik • Aplikasi dan tujuan sistem

pemerintahan • Dalam novel ini aspek falsafah politik

merupakan aspek yang paling banyak diutarakan oleh S.Othman Kelantan.

• Mamat sebagai watak utama yang memainkan peranan sebagai orang politik dan mengalami kekalahan seterusnya memasuki perlawanan laga lembu.

Page 19: Karya Moden Novel Juara

Sistem Politik dalam Perlawanan Laga Lembu

• Walaupun Mamat telah mengalami kekalahan dalam bidang politik, namun dalam pertandingan laga lembu, Mamat ialah juara.

• Mamat merasa bahawa kepuasan semasa memenangi perlawanan berlaga lembu seolah-olah sama seperti kemenangan dalam bidang politik.

• Penulis seolah-olah ingin menggambarkan yang bahawa dunia politik dengan perjudian melaga lembu ini setaraf dan tiada perbezaannya yang ketara.

Gelanggang politik dengan gelanggang lembu itu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu kalah, orangnya pun kalah. Kalau politik kalah, orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu pun politik!

(Juara 1976: 74)

Page 20: Karya Moden Novel Juara

Pemimpin yang Berpaling Tadah Terhadap Parti Politik

• Hassan yang telah menyertai parti yang lain seterusnya berjaya memenangi pilihan raya.

• Hassan telah menyertai parti lain kerana telah menentang perjuangan oleh bapa mertuanya.

• Oleh itu, seseorang yang ingin memperoleh kejayaan dalam hidupnya sanggup melakukan apa-apa termasuklah sanggup mengkhianati keluarnya sendiri.

Kemudian Faisah keluar kerana pertunangannya dengan seorang orang politik partinya sendiri, Hassan. Kemudian Hassan berpaling tadah dalam politik. Menantunya menentangnya dengan memasuki parti lain.

(Juara 1976:38)

Page 21: Karya Moden Novel Juara

Falsafah Etika • Pemikiran tentang moral,

pendidikan dan pengajaran • Ilmu tingkah laku manusia yang

boleh dilihat dari segi baik dan buruknya yang dapat ditentukan oleh akal

Page 22: Karya Moden Novel Juara

Hidup Hendaklah Berpegang pada Janji

• Sikap ini dapat dilihat pada Pak Mat yang berjanji akan bersara dalam bidang poltik sekiranya mengalami kekalahan dalam pilihan raya dan akhirnya dia menunaikan janjinya.

“Saya akan bersara dari politik kalau saya kalah dalam pilihan raya ini!”

(Juara, 1976:8)

Page 23: Karya Moden Novel Juara

Pertolongan Perlu diberi Kepada yang Memerlukan

• Dalam novel Juara ini, watak Jali telah menyelamatkan Pak Mat daripada lembu yang sedang naik minyak.

• Pak Mat mungkin akan mengalami kecelakaan jika Jali tidak menolong Pak Mat.

Mamat tersedu dalam hatinya. Dia diselamatkan oleh Jali. Ketika dia sedang diterjah oleh Aral iu, Jali baru tiba untuk menyambung menoreh getah di situ... Jali melihat Aral sedang mengerjakan dia. Jali mula-mulanya menyangka suatu permainan. Apabila, melihat itu sungguh-sungguh lalu masuk cuba menetak lembu itu. Akan tetapi, mujurlah Jali agak panjang akalnya. Dicapainya sebatang kayu.

(Juara, 1976: 69)

Page 24: Karya Moden Novel Juara

Falsafah Sosial • Perkataan sosial merupakan segala yang

berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

• Dalam bidang falsafah sosial pula ia merupakan gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual.

• Terdapat banyak falsafah sosial yang diselitkan dalam novel ini.

• Antaranya berkaitan dengan aktiviti masyarakat kampung, pergaulan semasa novel tersebut ditulis dan sebagainya.

Page 25: Karya Moden Novel Juara

Budaya Laga Lembu dalam Kalangan Masyarakat Melayu

• Dalam novel ini, banyak mengisahkan masyarakat Melayu yang menetap di sempadan Siam dan Kelantan.

• Orang lelaki di sana akan mengisi masa lapang mereka dengan berlaga lembu.

• Dalam watak Mamat, beliau juga sering menyertai aktiviti laga lembu sehingga mendapat gelaran ‘Pahlawan Lembu’.

• Mamat seorang yang memberi perhatian kepada lembu berbanding kepada isteri dan anak-anaknya. Hal demikian dapat dilihat melalui petikan yang berikut :

Jali diam. Mamat diam. Masing-masing mengagak betapa kecewanya seseorang yang kalah dalam perjudian lembu begitu. (Juara 1976:26)

Mamat segera melihat keberangan dan kehandalan Calet memenangi pertarungan pagi tadi. (Juara, 1976:11)

Page 26: Karya Moden Novel Juara

Masyarakat yang Menyalahi Undang-undang Memberi Kesan Buruk

• Terdapat peristiwa yang menceritakan tentang masyarakat kampung yang menyalahi undang. Bagi mereka, membalas dendam merupakan perkara yang biasa.

• Bagi mereka, membalas dendam merupakan perkara yang biasa. Dalam hal tersebut dapat dibuktikan apabila Abang Lazim, Pak Is dan Dolah Munduk dibunuh.

• Setelah itu, pihak berkuasa Siam telah berjaya menangkap Mamat iaitu suspek dalam kes tersebut namun setelah 15 hari, Mamat dibebaskan.

• Peristiwa ini dapat dilihat semasa mayat Abang Lazim diusung ke rumah

“Dua orang lelaki anak Abang Lazim membasahi mayat ayahnya dengan air mata. Kemudian, tegak seperti seekor tedung. Mencapai ladingnya. Mencapai kelewang, pistolnya. Akan tetapi kedua-dua beradik itu disabarkan juga.”

(Juara 1976 : 6)

Page 27: Karya Moden Novel Juara

Falsafah Metafizika

• Metafizika atau metafizik iaitu falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan.

• Menurut Seri Lanang et. al (2016), metafizika ialah bidang falsafah yang mempunyai kaitan dengan kewujudan dan keberadaan.

• Bidang metafizika ini boleh dipecahkan kepada tiga aspek iaitu ketuhanan, manusia dan benda-benda yang tidak berakal.

Page 28: Karya Moden Novel Juara

Percaya kepada Takdir Allah S.W.T

• Pak Mat percaya bahawa setiap manusia mempunyai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

• Berikutan dengan peristiwa Pak Mat yang hampir-hampir kehilangan nyawa sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama selepas perlawanan laga lembu yang berkemungkinan dia akan ditembak seperti Pak Lazim tetapi Pak Mat telah pulang terlebih dahulu.

• Kali kedua pula semasa dia ditikam oleh lembunya sendiri ketika lembunya naik minyak.

Dia mulai sedar. Ada usaha hendak membunuhnya. Tuhan yang menyelamatkannya. Tuhan masih melihat kebaikannya hendak memelihara anak isterinya... Dan, itulah dua kali dia terlepas daripada bahaya. Abang Lazim ditembak. Dia pulang awal. Aral menikamnya. Jali menyelamatkannya. Ya Tuhan! Mamat berseru dalam hatinya.

(Juara, 1976: 6)

Page 29: Karya Moden Novel Juara

NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP

Page 30: Karya Moden Novel Juara

NILAI BUDAYA• Nilai budaya dapat mempengaruhi

perbuatan yang berhubung dengan alam, kedudukan manusia dengan alam, hubungan sesama manusia dan sebagainya.

• Nilai budaya ini akan menjadi panduan dan rujukan dalam kehidupan masyarakat dalam hal-hal tertentu seperti tingkah laku yang berlandaskan budaya.

Page 31: Karya Moden Novel Juara

PANDANGAN HIDUP• Pandangan hidup adalah suatu konsep

yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam.

• Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat.

Page 32: Karya Moden Novel Juara

SEMANGAT SETIA KAWAN• Semangat setia kawan ditunjukkan dalam diri

mamat terhadap kawannya Abang Lazim. Mamat tidak dapat menahan dirinya apabila melihat rakannya dibunuh di hadapan matanya sendiri.

• Pandangan hidup yang ingin diketengahkan melalui nilai budaya ini adalah mengenai kasih sayang yang wujud dalam persahabatan. Persahabatan yang baik secara tidak langsung dapat melahirkan kasih sayang yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Page 33: Karya Moden Novel Juara

• Contoh: Dia dipaksa bersabar dalam seluruh kehancuran dadanya. Dia tahu, tindakan segera tidak akan tidak akan menghasilkan apa-apa. Tapi hati manakah dapat melihat kawan mati di depan mata?Bentaknya.

(Juara, 1: 1976)

Page 34: Karya Moden Novel Juara

AKIDAH ISLAM• Terdapat nilai budaya Islam yang

diketengahkan dalam novel juara. Budaya akidah Islam ini dapat dilihat melalui watak Mamat. Mamat telah menuliskan kalimah Allah pada mayat Abang Lazim sebelum dikapankan dengan sempurna.

• Pandangan hidup tentang nilai budaya akidah Islam dapat dilihat apabila Mamat mendahulukan agama dalam setiap perlakuannya.

Page 35: Karya Moden Novel Juara

• Contoh:Kemudian tiga orang anak-anaknya mengucupi mayat itu seorang demi seorang. Mamat menuliskan kalimat Lailaha illallah melintang dahi mayat abang Lazim dengan telunjuk kanannya dengan tulisan isyarat.

(Juara, 5 :1976)

Page 36: Karya Moden Novel Juara

TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA

• Nilai budaya ini dapat dilihat melalui watak Mamat dan Abang Lazim. Walaupun bidang perjuangan mereka berbeza, namun mereka tidak mudah berputus asa.

• Jelas dapat dilihat dalam diri Mamat dan Abang Lazim yang sentiasa berjuang dalam lapangan mereka. Biarpun terdapat pelbagai rintangan dan dugaan, mereka tidak mudah berputus asa.

Page 37: Karya Moden Novel Juara

• Contoh: Dia dan abang Lazim menerima nasib yang sama. Perjuangan yang sama. Hanya berbeza lapangan. Abang Lazim berjuang untuk orang-orang yang bertaruh dalam perjudian laga-lembu. Dia berjuang untuk memenangi kemerdekaan bagi orang-orang yang anti dan separuh anti-kemerdekaan.

(Juara, 6: 1976)

Page 38: Karya Moden Novel Juara

PERJUANGAN DALAM DIRI

• Nilai budaya ini ditonjolkan melalui watak Mamat atau lebih dikenali sebagai Pak Mat. Semangat perjuangan dalam diri Pak Mat dilihat apabila dia betul-betul berjuang untuk menuntut pembelaan atas kematian Abang Lazim.

• Pandangan hidup yang ingin diketengahkan melalui nilai ini adalah semangat perjuangan dalam diri akan mendorong individu tersebut dalam mencapai hasrat yang diingini.

Page 39: Karya Moden Novel Juara

• Contoh:Mamat kemudian kembali ke dalam dadanya. Ke dalam ingatannya. Dia sedang berjuang sekarang. Perjalanannya juga adalah perjalanan orang yang sedang berjuang. Tapi kepulangannya ke Kelantan bukanlah kepulangan pejuang kemerdekaan. Bukan. Dia dapat merasakan itu bukan. Bukan sama-sekali. Tapi dia pulang untuk mengesan musuhnya.

(Juara, 19:1976)

Page 40: Karya Moden Novel Juara

• Pengarang telah menonjolkan watak seorang ayah yang berpandangan jauh dalam novel ini. Pak Mat telah menghantar anaknya ke sekolah Inggeris yang terletak di Pasir Mas kerana dia mahu anaknya mengubah nasib mereka sekeluarga.

• Pandangan hidup yang ingin diketengahkan ialah ilmu pelajaran amat penting bagi seseorang individu. Selain itu, ilmu pelajaran juga mampu mengubah nasib keluarga serta membezakan antara baik dan buruk

BERPANDANGAN JAUH

Page 41: Karya Moden Novel Juara

• Contoh:Jusuh masih belajar di sebuah sekolah Inggeris di Pasir Mas. Dia mengharapkan anak laki-lakinya ini akan beroleh tempat tegaknya yang baik di Kelantan. Dia mengharapkan Jusuh akan tetap naik dengan pelajarannya.

(Juara, 13:1976)

Page 42: Karya Moden Novel Juara

TEPATI JANJI• Nilai budaya ini jelas dilihat melalui watak Pak

Mat yang berjanji akan bersara sekiranya dia kalah dalam pilihan raya.

• Menepati janji merupakan satu sifat yang melambangkan peribadi yang baik. Individu yang cemerlang merupakan individu yang menepati janji dalam membuat satu perjanjian.

• Sikap sentiasa menepati janji akan menjadikan sesuatu hubungan atau persahabatan akan bertambah kukuh.

Page 43: Karya Moden Novel Juara

• Contoh:Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihanraya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik.

(Juara, 13:1976)

Page 44: Karya Moden Novel Juara

ESTETIKADAN

KEPENGARANGAN

Page 45: Karya Moden Novel Juara

MAKSUD ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

Estetika :

Aspek keindahan,yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan.

Kepengarangan :

Keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang dalam mengolah jalan penceritaan.

Page 46: Karya Moden Novel Juara

Estetika dalam Juara

•Nilai estetika dalam sesuatu karya yang digarap akan menimbulkan kesan yang baik dan indah kepada pembaca.

•Perkara ini bertujuan untuk menarik minat pembaca dalam menghayati sesuatu yang hendak disampaikan oleh penulis

•Umumnya, estetika adalah cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan.

•Secara khususnya, estetika sebenarnya merupakan bidang ilmu yang membahaskan keindahan, cara sesuatu seni itu terhasil dan penghayatan oleh pembaca.

Page 47: Karya Moden Novel Juara

1. Metafora

•Gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang lazim terdapat dalam puisi.

•Sifat gaya bahasa metafora ini ringkas, padat, tersusun rapi dan kebiasaanya terdiri daripada dua patah perkatan.

Page 48: Karya Moden Novel Juara

Contoh :

Dia meniti di atas mayat itu dengan matanya yang dipenuhi air hening    (Juara, halaman 2)

Malam sudah berlabuh. Di sana sini tentera malam menyerkup perkampungan sekitar    (Juara, halaman 11)

Page 49: Karya Moden Novel Juara

2. Personifikasi

•Pemberian atau penyerapan sifat-sifat manusia kepada benda yang tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan sastera dan berseni.

•Personifikasi juga merupakan perlambangan atau pengemukaan benda yang tidak bernyawa sebagai mempunyai sifat-sifat manusia.

Page 50: Karya Moden Novel Juara

Contoh :

Seolah-olah seluruh kawasan diselubungi dan dicekik kesepian.   (Juara, halaman 2)

Dikerahnya fikirannya untuk berbicara.   (Juara, halaman 45)

Perlahan-lahan, ya perlahan-lahan, seperti bulan yang berjalan, seperti mentari, ingatannya kembali ke dalam kepalanya.    (Juara, halaman 46)

Page 51: Karya Moden Novel Juara

3. Simile

•Gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan secara langsung dengan sesuatu benda.

•Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesan penegasan maksud atau menimbulkan keadaan berirama.

•Penggunaan simile ini mudah dikesan kerana gaya bahasa ini menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bagai, umpama, laksana dan sebagainya.

Page 52: Karya Moden Novel Juara

Contoh :

Tapi kaupun garang seperti Calet apabila berlawan.    (Juara, halaman 121)

Perlahan-lahan, ya, perlahan-lahan, seperti menarik sesuatu yang sangat berat di dalam lumpur, dia cuba menarik kesanggupan fikirannya.   (Juara, halaman 45)

Page 53: Karya Moden Novel Juara

4. Sinkof/sinkop

Gaya bahasa yang menggunakan singkatan kata.

Contoh :

“Kalau kau sanggup membuat segala-galanya, mengapa aku tak berani?” Abang Lazim menegaskan.    (Juara, halaman 65)

“Tak habis-habis kau mengusik kakakmu.” Minah separuh mengomel.    (Juara, halaman 85)  

Page 54: Karya Moden Novel Juara

5. Bahasa dialek

• Satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial yang berbeza dengan bahasa standard.

• Dialek merupakan loghat khas bagi daerah itu. Umumnya, kebanyakan negeri di Malaysia ini mengamalkan dialek yang tersendiri.

• Melalui novel Juara, dapat dilihat penulis menggunakan dialek kelantan memandangkan cerita ini adalah berlatarbelakangkan Siam yang merupakan sempadan negeri tersebut

Page 55: Karya Moden Novel Juara

Contoh :

“Demo dah makan ubat?” Suara Minah separuh berbisik ditelinganya.    (Juara, halaman 83)

“Biar ambo balik.” Kata Mat San. (Juara, halaman 87)

“Aku tak lih kata gitu” jawab Mamat dengan perlahan.    (Juara, halaman 88)

Page 56: Karya Moden Novel Juara

Teknik Kepengarangan dalam Juara

•Penulisan S. Othman Kelantan banyak menunjukkan kemampuannya dalam meneroka pemikiran dan permasalahan dalam konteks pembangunan negara dan masyarakat serta pergolakan politik tanah air.

•Kepengarangannya adalah berdasarkan prinsip ‘bukan cerita yang diutamakan tetapi mesej yang dipentingkan.’

Page 57: Karya Moden Novel Juara

• Pengarang banyak menulis dengan menonjolkan ciri-ciri kritikan halus yang membina.

• Dalam novel Juara, pengarang mengemukakan kiasan dan ibarat dalam teks karyanya.

• Kiasan adalah hikmah atau pengajaran daripada kejadian yang digambarkan manakala ibarat pula akan diperoleh dalam bahagian akhir sesebuah cerita yang diterapkan.

• Kiasan muncul pada metafora atau perbandingan yang dipilih manakala ibarat pula adalah kesan pengajaran fungsi yang dipilih.

Page 58: Karya Moden Novel Juara

• Dalam novel Juara, pengarang memaparkan perlawanan laga lembu yang juga dilihat sebagai perlambangan perjuangan dalam politik.

• Pengarang menggarap jalan penceritaan yang lebih menarik iaitu melambangkan perlawanan laga lembu sebagai simbolik kepada perjuangan politik yang diketengahkan.

• Sebagai mana dunia perlagaan lembu, pengikut yang bertaruh menjadi mangsa kepada juara lembu.

• Dapat dirumuskan bahawa perlakuan laga lembu adalah seperti perlakuan politik.

Page 59: Karya Moden Novel Juara

Contoh :

Mamat tiba-tiba teringat kepada perjuangan politiknya. Gelanggang politik dengan gelanggang lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan.Kalau lembu kalah orangnya pun kalah.Kalau politik kalah orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan, lembu itu politik, fikir Mamat sebentar.

(Juara: m/s 101)

Page 60: Karya Moden Novel Juara

• Pengarang turut menggunakan teknik imbas kembali.

• Pengarang jelas memaparkan Mamat dengan mengimbas kembali saat-saat perjuangan politiknya dalam pilihan raya dan kekalahannya sehingga menyebabkan dia bersara.

Page 61: Karya Moden Novel Juara

Contoh :

“Lawannya yang dianggap mentah dan tolol dalam perjuangan itu menjadi pahlawan atas kekalahannya. Dan, dengan ingatan yang kukuh dan azam yang kuat, dia mengingati akan sumpahnya – dia akan bersara daripada politik.”

“Dengan perasaan yang sangat terharu dan dukacita yang tidak terperikan dia pun bersara daripada politik!.”

(Juara, halaman 85)

Page 62: Karya Moden Novel Juara

NIILAI ILMU

Nilai ilmu ialah pengetahuan yang mempunyai nilai dan berguna kepada penerima maklumat atau pembaca teks

tersebut.

Page 63: Karya Moden Novel Juara

NILAI ILMU

Ilmu Politik

Ilmu Keagamaan

Ilmu Mengenai

Lembu

Ilmu Rumahtangga

Ilmu Pertahanan

Diri

Page 64: Karya Moden Novel Juara

ILMU POLITIK

Berdasarkan novel Juara, pengarang menggambarkan watak Mamat sebagai seorang tokoh politik yang terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan tanah air.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, Mamat mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya dengan tujuan untuk terus kekal menjadi pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat.

Namun begitu, perjuangannya dalam bidang politik terhenti setelah beliau gagal dalam pilihan raya tersebut. Contohnya dapat dilihat melalui petikan di bawah:

Page 65: Karya Moden Novel Juara

Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihanraya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara: setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik.

Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. Perjuangan masih perlu. Tapi apa boleh buat. Rakyat sendiri menetukan kedudukan. Masing-masing kita haruslah mengucapkan selamat jalan kepada politik apabila rakyat membuktikan bahawa mereka tidak mahu!”

(Juara, 1976 : 13)

“Tapi ayah masuk politik,” Faisah menyampuk.“Tentu, kata dengan tenang dan sungguh-sungguh“Belajar setakat itupun boleh masuk politik,” Jusuh seolah-olah kagum

dengan ayahnya.“Bukan soal pelajaran Suh. Bukan.” Dia cuba menerangkan semudah

mungkin. “Politik ialah soal kesedaran mahu kebebasan. Mau kemerdekaan tanah air.”

(Juara, 1976: 37)

Page 66: Karya Moden Novel Juara

ILMU KEAGAMAAN

Ilmu keagamaan ialah ilmu pengetahuan tentang ajaran

agama.

Ilmu ini sangat penting dalam mengatur dan merencanakan

kehidupan seseorang manusia.

Ilmu keagamaan ini dapat dilihat semasa mengendalikan dan mengurus jenazah Abang

Lazim yang telah dibunuh selepas memenangi acara laga

lembu.

Page 67: Karya Moden Novel Juara

Kemudian mayat itu dibasuh. Dimandikan. Orang di bawah berpusu-pusu. Mereka menunmpangi kerusuhan keluarga yang kehilangan kepala itu.

Mamat memerhati lagi mayat Abang Lazim. Kapas telah menenggelamkan semuanya. Dan saat akhir, isteri Abang Lazim menanamkan matanya habis-habis ke atas muka suaminya yang pejam pucat. Kemudian tiga orang anak-anaknya mengucupi mayat itu seorang demi seorang. Mamat menuliskan kalimat lailahaillallah melintang dahi mayat Abang Lazim dengan telunjuk kanannya dengan bahasa isyarat. Dia menggigit bibir bawahnya. Menyepetkan sedikit matanya. Dia sedih melihat keberangkatan sahabatnya secara trajik. Dan dia merasakan bahwa itulah saat yang teragung dalam hidupnya, selepas dia meninggalkan perjuangan politik sejak hampir sepuluh tahun yang lalu.

(Juara, 1976 : 5)

Page 68: Karya Moden Novel Juara

ILMU MENGENAI LEMBU

Novel Juara banyak menceritakan hal

mengenai lembu. Watak utama dalam novel ini

mempunyai ilmu mengenai lembu.

Kelebihan Mamat yang boleh menilai dan

memilih lembu yang terbaik untuk

perlawanan amatlah disegani oleh golongan

yang gemarkan perlawanan laga lembu

ini apatah lagi anak buahnya sendiri.

Berbekalkan ilmu mengenai lembu ini menjadikannya juara

dalam setiap pertandingan laga

lembu.

Page 69: Karya Moden Novel Juara

“Tanda ini mudah tertipu”, kata Mamat lagi. “Kadang-kadang pusaran tanda kijang itu dibuat-buat sahaja. Waktu kita membeli senang tertipu. Pusaran boleh dibuat dengan pelepah pisang. Dikerat dan dipolet dua tiga kali. Pusaran kijang itu tidak akan hilang dalam sehari dua.”

Sani diam saja. Jali juga diam. Salim juga. Mereka tidak begitu jelas tentang ilmu lembu. Memang mereka akui kepakaran Mamat dalam hal ini. Gemulah Abang Lazim sayangkan Mamat kerana ilmu lembu inilah. Fikir Jali.

“Kalaupun Aral ini nak kalah, dia boleh menipu dengan berpusing dua kali. Lawannya akan keliru. Dia boleh menikam maut,” Mamat berkata sambil menggosok-gosok di bawah pusat lembu muda yang sasa itu.

(Juara, 1976 : 31-32)

Page 70: Karya Moden Novel Juara

ILMU PERTAHANAN DIRI

Ilmu pertahanan diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri daripada serangan musuh.

Peristiwa Jali, Sani dan Mat San berlawan dengan Dolah. Pertemuan mereka dalam satu perlawanan laga lembu telah menyebabkan satu pergaduhan antara mereka.

Dolah yang cuba menyerang terlebih dahulu berjaya dihalang oleh Jali dan akhirnya berlaku pertelingkahan yang menyebabkan Dolah mati.

Page 71: Karya Moden Novel Juara

Dolah menoleh cepat-cepat. Juga kawannya. Mereka agak heran dengan kemunculan Sani yang tiba-tiba itu. Dolah segera menyedari kehadiran Sani yang mendadak demikian. Dia cuba memasukkan tangannya ke dalam bajunya. Tapi dengan tiba-tiba muncul Jali. Jali terus saja melayangkan kelewangnya ke kepada Dolah. Kawannya cuba mengeluarkan senjatanya. Mat San segera menyambar tulang rusuknya. Kawan Dolah terkokol-kokol. Bila Mat San cuba membuat tikaman sekali lagi, kawan Dolah tidak membiarkan keadaan yang tidak seimbang itu terjadi. Dia terus berlari sepantas-pantasnya. Menyelinap di celah-celah pokok getah. Mat San cuba mengejarnya. Tapi dia segera mengerit.

(Juara, 1976 : 110-111)

Page 72: Karya Moden Novel Juara

ILMU RUMAH TANGGA

Perkara yang paling penting dalam menjamin hubungan sesebuah perkahwinan agar terus kekal ialah suami dan isteri perlu tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Berpegang pada prinsip urusan rumahtangga adalah tanggungjawab suami isteri secara bersama merupakan prinsip yang terbaik.

Keluarga Mamat digambarkan sebagai watak yang cukup harmoni dan saling menghormati. Mamat mempunyai seorang isteri iaitu Minah dan tiga orang anak perempuan serta seorang anak lelaki bernama Jusuh.

Kehidupan keluarga ini aman dan damai walaupun Mamat telah kalah dalam pilihanraya dan ikut sama-sama melarikan diri ke Siam.

Page 73: Karya Moden Novel Juara

“Kemerdekaan itu seperti juga kita berumahtangga,” katanya dengan senyum. Menenggelamkan matanya ke dalam wajah isterinya yang berbedak tipis. Menyambung. “Sesuatunya mesti kita cari sendiri. Kalau tidak, anak-anak yang akan dilahirkan tidak sempurna. Persediaannya tidak ada. Rumah itu tidak selesa.”

Minah membungkam juga. Minah lebih suka mendengar daripada berkata-kata. Inilah kelebihan Minah, fikirnya. Minah tidak banyak cakap. Minah cepat bertindak dan setia dalam hidup. Minah sebenarnya adalah perempuan sejati. Kesetiaannya kepada suami dan anak-anak tidak terhingga. Kalau dia menangis, tangisannya kerana memikirkan hal-hal anak-anaknya. Kalau Minah gembira, kegembiraannya kerana anak-anaknya juga. Seratus persen Minah dilahirkan untuk suami dan anak-anaknya.

(Juara, 1976 : 56)

Page 74: Karya Moden Novel Juara

Kesimpulan• Secara keseluruhannya, novel Juara karya S. Othman

Kelantan merupakan anologi kepada isu politik di negeri Kelantan.

• Beliau telah mengaitkan perlawanan laga lembu dan dunia politik merupakan salah satu permainan dalam dunia yang melibatkan kemenangan, kekalahan dan perjudian bagi mendapatkan nama, pangkat dan gelaran.

• Dalam karya ini juga menyelitkan kehidupan dunia politik yang sanggup membunuh demi mendapatkan apa-apa yang dihajati.

• Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa politik yang ingin dibawa oleh penulis adalah politik yang penuh dengan kekotoran dan kekekajaman semata-mata.

Page 75: Karya Moden Novel Juara

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  S. Othman Kelantan (1997). Pemikiran Satira dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.  S. Othman Kelantan (2005). Juara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. S.Othman Kelantan (1976). Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.   Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd Rashid Md. Idris (2016).

Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 76: Karya Moden Novel Juara

SEKIAN,TERIMA KASIH