karangan spm 2

Upload: darishana

Post on 10-Oct-2015

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Kepentingan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.

Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya, masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan menekan satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Kecanggihan teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.

Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita. Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman sosial seperti Skype. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan.

Dalam konteks ini, para murid dapat menggunakan Internet untuk membantu pembelajaran mereka juga antara kepentingan teknologi maklumat kepada manusia. Senario ini dapat dilihat apabila sudah ada banyak laman blog yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam blog tersebut, terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk menghafal sesuatu sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan sendiri oleh guru-guru cemerlang yang ada di seantero Malaysia. Rentetan itu, hal ini akan sedikit sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan seseorang murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik lantas membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerelang.

Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju lain.

TEKNOLOGI MAKLUMATTeknologi maklumat mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara. Anda ingin menyuarakan pandangan tentang kebaikan teknologi maklumat untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Tulis pandangan anda selengkapnya.Jawapan contoh

Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang begitu diberikan oleh negara kita. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

Selain itu teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologiu maklumat. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Selain itu dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita.Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara.Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa kini pun, pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.

AMALAN BERJIMAT CERMAT AMAT DIGALAKKAN DALAM KEHIDUPAN

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhekmah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan di kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Namun, bagaimanakah cara-cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat?Jika ditelusuri secara mendalam, kepentingan amalan berjimat cermat dalam kehidupan ialah membantu seseorang ketika susah seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Hal ini kerana, melalui membantu seseorang ketika susah akan mengurangkan masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah di negara kita. Selainitu, melalui membantu seseorang ketika susah dapat meningkatkan tarafkehidupan seseorang masyarakat. Natijahnya, masyarakat yang susah dapat meringankan beban yang mereka hadapi. Tamsilnya, wang sudah di simpan di bank dapat dikeluarkan bagi menghadapi saat-saat getir dalam hidup. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa berjimat dapat menjadi tangan ghaib yang membantu kita pada saat tiada yang boleh membantu.Jika dikaji sekali lagi, amalan menjimatkan wang boleh dijadikan sebagai tabung simpanan wang kita untuk masa depan. Hal ini kerana, wang simpanan itu boleh dijadikan bekalankita apabila menghadapi kesusahan pada hari muka. Hal ini bertepatan dengan pepatah lama iaitu sediakan payung sebelum hujan. Natijahnya, kita tidak akan menhadapi kesulitan wang pada masa akan datang. Misalnya, kita pelru menabung wang kita dengan membuka akaun simpanan bank atau menyimpannya di rumah sahaja. Jadi jelaslah bahawa amalan berjimat cermat boleh memberi jaminan untuk masa depan kita nanti.Jika dikaji seterusnya, amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan pengguna yang bijak kerana dapat mengelakkan pembaziran dalam membelanjakan wang. Dalam hal ini, seorang pengguna yang bijak akan lebih berwaspada dan lebih peka ketika membeli barang. Bahkan juga, seorang pengguna yang bijak juga akan membeli barangan keperluan kehidupan seharian sahaja dan tidak membazirkan wang dengan membeli barang yang tidak memberi apa-apa faedah. Sebagai tamsilny, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu mengetahui isi kandungan dan sum ber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat juga dapat hidup dengan lebih kondusif.Oleh itu, ternyatalah benar bahawa dengan mengamalkan amalan berjimat cermat dapat melahirkan pengguna yang bijak.

Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan murni dan seharusnya amalan ini dipraktikkan sejak azali lagi khusunya sewaktu kecil lagi. Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang yang mereka hajati. Biarpun lambat namun barang yang dihajati itu tetapakan dapat dimiliki. Dengan amalan menabung ini, sedikit sebanyak ia dapat menjamin masa hadapan kerana seperti kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Menurut kata Dato Dr. Fadzillah Kamsah, amalan menabung ini perlu diajar kepada anak-anak dari kecil lagi supaya amalan menabung ini dapat memberi faedah dan manfaat pada masa hadapan.Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut, amalan berjimat cermat juga dapat memupuk amalan menabung. Dengan menabung kita dapat mengumpul wang untuk masa hadapan anak-anak. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa haruslah mengamalkan amalan menabung ini untuk menjamin pendidikan anak-anak. Seringkali, dikaitkan isu kewangan dalam negara kita yang kian menjadi racun dalam masyarakat. Sebanyak 1440 kes perceraian dalam masyarakat kita ini berpunca daripada kemerosotan kewangan. Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin mereka akan menhadapi masalah ini dan akhirnya sebagai penyelesaian mereka akan bercerai. Jadi sebagai langkah penyelesaian amalan menabung haruslah dipraktikkan sejak dari dulu lagi untuk menjamin kebahagiaan keluaraga di masa hadapan. Dengan itu, anak-anak boleh menikmati kemewahan dan keselesaan hidup.Jika ditelusuri secara mendalam, amalan berjimat cermat adalah amalan yang paling bagus dan seharusnya amalan ini dipraktikkan oleh semua orang. Jika diperhatikan amalan menabung ini dapat menjadikan masyarakat berjimat cermat. Dengan amalan menabung ini, seseorang itu dapat membeli barang-barang yang mereka inginkan. Biarpun lambat tetapi barang yang mereka hajati itu dapat dibeli.Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan berjimat cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa hadapan. Oleh itu, kita haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan itu sahaja, kita juga haruslah memainkan peranan penting dalam mengamalkan amalan berjimat cermat dan kita juga perlu menunjukkan teladan yang baik supaya generasi akan datang dapat mencontohi sikap ini. Amalan ini harus ditanam dalam diri masing-masing sejak dari kecil lagi oleh ibu bapa bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi menjadi bubur.

Kesan-Kesan Teknologi Maklumat (ICT)Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran danseyogianya manusia memperoleh pelbagaiinputbaharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjayamenginjaktamadun dunia kepada situasi yang lebihkompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.

Kehadiran teknologi maklumat merupakananugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi,Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dari segi ekonomi,urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisiendengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga munculseperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilahwww.sesuatu.com.mybukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkatglokalmalah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat jugameningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industrikita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat.Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya.Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysiaberdiri sama tinggi, dan duduk sama rendahdengan negara-negara maju yang lain.

Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumatmengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang bolehmenggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas danberbaurfitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin.Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaananarkimungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Teknologi maklumat juga menjadiwahanapenyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikapbagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masingingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepatbagai belut diketil ekordalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.

Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergibagai aur dengan tebingdan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.

Kosa kata:1. seyogia sepatutnya, selayaknya2. input sumber3. menginjak mengubah4. kompetitif bersaing5. glokal tempatan6. berbaur bercampur7. anarki porak-peranda8. wahana saluran9. kebejatan keruntuhanFaktor Gejala sosial dalam kalangan Remaja

Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hinggatahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru,senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa,guru,masyarakat,dan negara. Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini.Namun begitu,apakah punca kepada kegagalan tersebut?

Kemelut ini sebenarnya bermula daripada diri remaja itu sendiri.Perkataan remaja atau adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu adolescere yang bermaksud membesar atau membesar menjadi matang.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,remaja merupakan seorang yang mulai dewasa,sudah akil baligh,dan sudah cukup umur untuk berkahwin.Dari segi perspektif Islam pula,remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh.Pada peringkat ini,golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.Apabila mengaitkan diri remaja dengan gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini,kita dapat melihat sikap ingin mencari sesuatu yang baharu atau sikap ingin tahu yang ada dalam diri remaja sebagai satu faktor yang utama.Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja.Lazimnya mereka gemar mencuba sesuatu yang baharu.Setiap perkara yang terlarang,itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Contohnya,fenomena lumba haram yang terjadi akibat keinginan remaja untuk menunjukkan belang mencerap keseronokan bersama rakan sebaya.Selain itu,masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya.Menurut Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,masalah dadah yang merupakan masalah utama,masih merupakan ancaman besar negara.Hal ini membuktikan,betapa seriusnya masalah dadah.Lebih-lebih lagi,gejala ini melibatkan golongan remaja.

Selain itu,remaja kini lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut atau terpengaruh dengan gaya dan cara hidup orang lain.Kita dapat lihat pada hari ini,budaya asing semakin mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan remaja seperti cara pemakaian,makanan mahupun cara pemikiran.Remaja seolah-olah mengagung-agungkan budaya asing.Mereka beranggapan bahawa budaya asing yang diikuti adalah cara hidup moden yang seiring dan sesuai dengan dunia yang kini semakin canggih dan moden.Sebaliknya,mereka menganggap bahawa cara hidup berlandaskan ajaran agama adalah kuno dan tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman moden ini.Justeru,hal ini menyebabkan remaja tidak mempunyai pegangan dalam hidup dan bertindak menjalani kehidupan mengikut cara mereka sendiri.Apabila keadaan ini terjadi,remaja akan mudah terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.Antara contoh yang paling releven ialah budaya black metal dalam kalangan remaja yang lahir sebagai akibat daripada pengaruh budaya asing.

Di samping itu,ibu bapa turut menjadi faktor perdana apabila membincangkan isu yang melibatkan remaja.Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan sebagai individu yang dekat dengan remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja.Namun begitu,ibu bapa kini mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap anak-anak.Hal ini kerana ibu bapa kini rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka.Keadaan ini menyebabkan remaja membesar tanpa belaian kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu dan bapa.Di sinilah timbulnya perasaan seolah-olah diri remaja tidak dihargai dan terabai.Lebih-lebih lagi,apabila remaja berhadapan dengan masalah keluarga.Menurut Dr. Syed Hasan Ahmad,apabila remaja membuat andaian bahawa ibu bapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku perkara tidak diingini dalam keluarga terbabit,remaja itu akan berasa marah,kecewa,dan memendam perasaan. Justeru,remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka merasakan kehidupan menjadi kosong sebagai akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa.Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan aset signifikan dalam membentuk diri remaja.

Disuntik nilai tambahnya,kurang didikan agama dan moral turut menjadi punca gejala sosial dalam kalangan remaja.Pendidikan agama dan moral perlu diberi keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi kerana didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir yang tidak baik seperti merokok,melepak,dan kegiatan lumba haram.Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa yang menjelaskan kepadakita betapa pentingnya anak-anak dididik sejak kecil dengan didikan agama dan moral.Akhbar Utusan Malaysia,30 September 2002,menyatakan bahawa sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenalpasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah yang seterusnya mengundang gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Di sini kita dapat melihat peranan didikan agama dan moral dalam diri remaja kerana kita yakin dan percaya bahawa apabila mereka mengetahui hukum-hukum agama,sudah pasti mereka tidak akan menjerumukan diri ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan.Selain itu,Nabi Muhammmad S.A.W. sendiri mengingatkan kita agar meninggalkan akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa yang bersih dan tenang.Izharnya,mereka yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang tidak menghayati ajaran agama.Ingatlah agama tanpa ilmu adalah buta,,manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

Tambahan pula,selain ibu bapa,rakan sebaya turut menjadi punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang rapat dengan remaja selain ibu bapa.Malah remaja kini lebih banyak meluangkan masa dengan rakan berbanding dengan keluarga.Hal ini menyebabkan remaja terlalu mempercayai rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja bersama-sama tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.Selain itu,remaja takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan rakan-rakan sekiranya tidak mengikut perbuatan mereka.Contohnya,apabila sekumpulan pelajar merokok,pasti remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang sama.Keadaan ini akan menimbulkan konflikdalam diri remaja yang tidak mahu disisihkan atau dianggap tidak berani mencuba.Akhirnya,remaja akan memilih untuk menyertai rakan dengan mengikut perbuatan mereka itu.Dalam hal ini,remaja perlu sedar bahawa mereka perlu bijak memilih rakan.Hal ini kerana apabila berkawan dengan penjual minyak wangi,harumnya akan melekat pada badan kita,manakala apabila berkawan dengan tukang besi,bahang kepanasan akan turut kita rasai.Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan diri remaja.

Di samping itu,pihak sekolah lebih mementingkan prestasi akademik pelajar berbanding pembentukan sahsiah diri pelajar.Berdasarkan makalah yang dipetik daripada Dewan Masyarakat keluaran bulan Mei 2004,terdapat sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang,yang bertindak ganas memukul seorang pelajar lelaki sehingga patah tulang rusuk kanannya.Apabila disiasat,puncanya begitu remeh namun kemelut yang dicetuskan menggemparkan negara berikutan persepsi pelajar sekolah yang cemerlang akademiknya turut terlibat dalam gejala yang tidak sihat seumpama ini.Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa remaja kini hanya diberi penekanan terhadap prestasi akademik dan tidak diberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah diri remaja.Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.

Akhir sekali,banyak faktor yang menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja.Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sempurna supaya dapat mengelakkan fenomena ini daripada terus berleluasa.Gejala-gejala sosial ini sememangnya boleh ditangani andai terdapat sinergi daripada semua pihak.Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Sesungguhnya,remaja merupakan harapan bangsa.Oleh itu,masalah yang membabitkan golongan remaja tidak wajar dibiarkan begitu sahaja tanpa ada titik noktahnya.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI [ICT]

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpamakatak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalammeningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatik (ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar.

Satelit

Jika ditinjau secara lebih mendalam lagi, ICT bukan sahajamembantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICTpenting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran. Jika dahulu, pelayar merujuk kepada kedudukan bintang di langit untuk dijadikan sebagai kompas semasa belayar. Jika dahulu ada yang merujuk keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca ataupun mempercayai ramalan ahli nujum. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Banjir, ribut taufan, tsunami, dan gempa bumi adalah antara contoh fenomena alam yang tidak dapat tidak kita sebagai manusia perlu untuk mengawalnya dengan membuat persediaan rapi kerana kita perlu sediakanpayung sebelum hujan. Dengan ramalan fenomena El Nino dan La Nina yang tepat itu, kita dapat membuat persediaan awal. Sebagai contohnya, sistem satelit aeronautik (USA) dapat menghubungi kapal terbang yang melintasi Lautan Atlantik dan Pasifik. Teknologi komunikasi pelayaran juga penting dalam sistem pengangkutan udara dan laut. Teknologi ini berfungsi sebagai panduan pelayaran. Sistem Satelit Laut (IMMARISAT) dapat mengesan kapal-kapal yang menghadapi masalah di samping berfungsi sebagai panduan.

Hubungan Antarabangsa

Sudah terang lagi bersuluhbahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICTmempercepat hubungan antarabangsa.Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapanDunia Tanpa Sempadan.Kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit.Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta seperti siaran langsung konsert artis popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.

Pembelajaran Berbantukan Komputer

Kewujudan ICT turut membantu dalamsistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalammenjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka, hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit. Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin ditemui. Kes penculikan kanak-kanak tersebut pernah menggegarkan seluruh Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan yang menyayatkan hati, tetapi dengan adanya kamera video dapat merakamkan lokasi beg yang terkandung mayat kanak-kanak tersebut. Dengan CCTV juga, kes disiplin yang berlaku di sekolah dapat dikawal oleh pihak sekolah.

Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahubersama-sama rakyatbagai aur dengan tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia. Punca - Punca Gejala SosialBanyak yang boleh nak diperkatakan tentang gejala sosial antaranya ialah:-

FAKTOR GEJALA SOSIAL

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.

Dunia Cinta Remaja

Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

Terlalu Banyak Masa Lapang

Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.

Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

Pengaruh Artis

konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.

Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesan Ke atas Masyarakat Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

Kesan Ke atas Negara Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.Jalan Penyelesaian Terhadap Gejala SosialGejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.PERANAN IBU BAPASesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengangejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga.Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untukberbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunatTarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh justtake for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak

PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

PERANAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?PERANAN MEDIA MASSA

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.MENGGERAKKAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.