karangan umum 2

20

Upload: mohd-fithri-bin-jemari

Post on 03-Jul-2015

3.759 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

smk abdullah munshi 2011

TRANSCRIPT

Page 2: karangan umum 2

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa yangberkesan? Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa denganbetul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baikatau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap.Dewasa ini, kita sering mendengar berita tentang pelajar-pelajar yangterlubat dalam gejala sosial yang tidak sihat dan penyalahgunaandadah. Mengapakah hal ini boleh berlaku dalam kalangan pelajar? Halini berlaku kerana mereka mudah terpengaruh dengan anasir-anasirnegatif. Selain itu, pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini tidakdapat menguruskan masa dengan cekap, justeru mereka seringmembuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Oleh keranaitu, pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupanseorang pelajar.

Page 3: karangan umum 2

Setelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yangpenuh dengan pancaroba hidup, ibu pertiwi kita kinimengalami revolusi gelombang ketiga iatu gelombangteknologi maklumat. Kerajaan telah merangka dan merencanapelbagai formula dan strategi yang pragmatik lagikomprehensif dalam usaha untuk membolehkan negaraMalaysia “ Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengannegara-negara gergasi lain dalam era siber ini. Negara kitagagah dan bangga dengan kejayaan yang kita tempa dalambidang teknologi maklumat. Namun di sebalik tabirnya,kejayaan dalam bidang teknologi maklumat ini turutmeninggalkan pelbagai impak negatif yang menyebabkanmasalah sosial dalam kalangan pelajar meningkat saban hari.Oleh sebab itu, beberapa langkah proaktif perlu diambiluntuk menangani masalah ini.

Page 4: karangan umum 2

Ayat Topik

Setelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yang penuh dengan

pancaroba hidup, ibu pertiwi kita kini mengalami revolusi gelombang ketiga iatu

gelombang teknologi maklumat

Ayat Huraian

Kerajaan telah merangka dan merencana pelbagai formula dan strategi yang

pragmatik lagi komprehensif dalam usaha untuk membolehkan negara

Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara

gergasi lain dalam era siber ini. Negara kita gagah dan bangga dengan

kejayaan yang kita tempa dalam bidang teknologi maklumat. Namun di sebalik

tabirnya, kejayaan dalam bidang teknologi maklumat ini turut meninggalkan

pelbagai impak negatif yang menyebabkan masalah sosial dalam kalangan

pelajar meningkat saban hari

Ayat Penyimpul

Oleh sebab itu, beberapa langkah proaktif perlu diambil untuk

menangani masalah ini.

Page 5: karangan umum 2

Kebahagiaan dan kejayaan adalah satu perkara yangamat berharga dan tidak boleh dibeli dan dimiliki denganwang ringgit.Malah,kebahagiaan dan kejayaan jugamerupakan penawar yang amat mujarab.Semestinya setiapindividu mempunyai keinginan dan impian untuk mencapaikebahagiaan dan kejayaan terutamanya sepasang insanyang bergelar ibu dan bapa.Sudah menjadi lumrah hidupbahawa setiap ibu bapa mempunyai harapan yangmenggunung terhadap anak-anak.Namun,pujangga adamengatakan yang kejayaan tidak datang bergolek.Olehitu,anak-anak perlu berusaha sebaik mungkin dan berdiriteguh dengan menggalas tanggungjawab atau misi untukmerealisasikan impian ibu bapa.Tetapi,bagaimanakah carauntuk merealisasikannya?Sesungguhnya,di mana adakemahuan di situ ada jalan.Terdapat pelbagai uslub yangboleh dilakukan oleh anak-anak untuk mengorak langkahmenuju ke arah kejayaan tersebut.

Page 6: karangan umum 2

Mempunyai 3 komponen utama:

1) Pendahuluan – satu isi

2) Isi-isi penting – lima isi

3) Penutup - satu isi

4) Melebihi 350 pp.

(isi- fakta utama + huraian + contoh + kesimpulan)

PENTING!!!!

*TULIS SATU ISI PENTING DALAM SATU PERENGGAN SAHAJA.

Page 7: karangan umum 2

PENTING!!!

- Penulisan isi karangan mesti ada sekurang-kurangnya 5 fakta untuk menghuraikankehendak soalan secukupnya.

- Setiap isi WAJIB mengandungi:

a) Ayat fakta/ ayat isi.

b) Ayat huraian.

c) Ayat contoh.

d) Ayat kesimpulan.

Page 8: karangan umum 2

Kaedah

IMBaKUP

Idea

Mengapa

bagaimana

Kesan

Ungkapan

menarik/kata

tokoh/peribahasa

Penegasan

Page 9: karangan umum 2

Apa

Sebab apa

Kesan apacontoh

kesimpulan

Page 10: karangan umum 2

Idea : menghormati dan mentaati kedua ibu dan bapa kita

Mengapa : lagi,ibu bapa kita telah menjaga dan membesarkan kita

Bagaimana: itu,kita perlulah menghormati dan mengenang jasa

mereka.Sebagai seorang anak yang mithali,kita seharusnya mendoakan

kesihatan dan keselamatan kedua ibu bapa kita.Kita tidak boleh

menderhaka kepada mereka

Ungkapan: Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa"keredhaan Allah

terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa"

Penegasan: hidup.Sekiranya kita hidup dengan penuh

keredhaan,nescaya kita semakin hampir untuk merealisasikan harapan

kedua-dua permata hati kita.

Page 11: karangan umum 2

Perkara yang boleh dilakukan untuk merealisasikanimpian ibu bapa ialah menghormati dan mentaati keduaibu dan bapa kita.Sejak kecil lagi,ibu bapa kita telahmenjaga dan membesarkan kita persis "menatang minyakyang penuh".Mereka telah mencurahkan kasih sayang yangsecukupnya dan bersabar dengan kerenah kita.Olehitu,kita perlulah menghormati dan mengenang jasamereka.Sebagai seorang anak yang mithali,kita seharusnyamendoakan kesihatan dan keselamatan kedua ibu bapakita.Kita tidak boleh menderhaka kepada mereka sepertibercakap dengan nada yang lantang dan menggunakanbahasa yang kesat.Dalam Al-Quran ada menyatakanbahawa"keredhaan Allah terletak kepada keredhaan keduaibu bapa".Potongan ayat ini jelas menekankan bahawakeredhaan kedua ibu bapa itu amat penting daripadasegala-galanya.Malah,keredhaan juga boleh diumpamakansebagai kunci ke arah kebahagiaan dan kejayaanhidup.Sekiranya kita hidup dengan penuh keredhaan,nescaya kita semakin hampir untuk merealisasikanharapan kedua-dua permata hati kita.

Page 12: karangan umum 2

Idea : menyediakan jadual waktu

Mengapa : dapat membantu pelajar-pelajarmenguruskan masa secara cekap dan berkesan.

Bagaimana: pelajar akan mendisplinkan diri untukmenepati masa dan tidak membuang masa denganperkara tidak berfaedah.

Kesan: mengelakkan pelajar-pelajar daripadakesuntukan masa untuk mengulang kaji apabilapeperiksaan sudah hampir.

Page 13: karangan umum 2

Ungkapan : sediakan payung sebelum hujan

Penegasan: pengurusan masa yang cekapmemberikan masa yang cukup kepada parapelajar untuk bersedia menghadapipeperiksaan.

Page 14: karangan umum 2

Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesanialah para pelajar digalakan untuk menyediakan jadual waktupembelajaran. Namun begitu, terdapat juga dalam kalangan pelajaryang menyediakan jadual waktu persendirian, tetapi tidakmengikutinya. Jadual waktu belajar merupakan elemen yangpenting untuk mendidik para pelajar supaya menitikberatkanaspek masa dengan mendisplinkan diri untuk menepati masa.Selain itu, jadual waktu belajar juga dapat membantu pelajar-pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya merekamempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaransecara holistik dan bersedia menghadapi peperiksaan. Hal inidapat mengelakkan para pelajar daripada kesuntukan masa untukmengulang kaji pelajaran apabila peperiksaan sudah hampir kelak.Pelajar –pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada mereka yangmembuat persediaan awal, bak kata pepatah sediakan payungsebelum hujan. Manakala pelajar yang tida membuat persediaanawal akan sentiasa ketinggalan dalam segenap aspekpembelajaran. Oleh itu, pengurusan masa yang cekap memberikanmasa yang cukup kepada pelajar –pelajar untuk berbuatpersediaan awal.

Page 15: karangan umum 2

Bentuk kumpulan seramai 5 orang dalam satukumpulan.

Kump 1 Kump 2 Kump 3 Kump 4 Kump 5 Kump 6Mohamad

Farhan Bin M.

Nazari

Muhammad

Ashraf B Abdul

Jamil

Muhammad

Nurhidayat B

Mohd

Muhammad

Shahnizam

Kamaludin

Muhammad

Syahni Fitri M.

Derafi

Muhammad

Azhar Bin

Nordin

Mohamad

Shafik B Mohd

Ali

Erni Haryati Bt

Azhari

Muhammad

Okasha Bin

Ariff

Muhammad

Syafiq Bin

Ma’sum

Muhammad

Yadiy Bin

Yawahid

Khairun

Nurazmira

Kamarulzaman.

Aidil Nur Bt

Mustafa

Fathin Athirah

Bt Mohamad

Radzi

Mursyiddah Bt

Johari

Nor Shamirah

Bt Sulaiman

Nur Natasha

Balqis Bt

Shamsul

Mashitah Bt

Abdul Majeed

Anis Nabilah Bt

Azhar

Syaliza Bt Shah

KolitNoor Seha Izzati

Mohamad

Shafie

Nur Aliah Bt

Rosli

Nur Syaahidah

Bt Mohd Nasir

Siti Hajar Bt

Abdullah

Siti Norfatihah

Bt Mohd Jamal

Siti Norsyafikah Bt

Roslan

Page 16: karangan umum 2

Dapatkan:

a) Kertas mahjong.

b) Pen marker.

c) Bahan bacaan.

Tunggu arahan seterusnya dengan sabar.

“gejala rasuah ibarat kanser yang semakinmembarah.

Cadangkan langkah-langkah membanterasnya”

Page 17: karangan umum 2

Ikut arahan berikut:

a) Baca bahan bacaan yang telah diberikandalam keadaan senyap.

b) Sila bina rangka karangan yang lengkap.

c) Sila pilih SATU isi yang baik dan huraikanmengikut spesifikasi yang telah diberikan.

- Idea

- Mengapa

- Bagaimana

- Kesan

- Ungkapan menarik.

- Penegasan

Page 18: karangan umum 2

Contoh pendahuluan.

Pascakemerdekaan negara menyaksikan pertumbuhanekonomi yang begitu rancak. Namun, dalam usaha menujuera modenanisasi, negara kita terpaksa pula berhadapandengan suatu penyakit sosial yakni rasuah. Apabila disebuttentang gejala rasuah, umum sudah mengetahui bahawarasuah adalah suatu penyakit yang sungguh bahaya danboleh meranapkan peradapan bangsa dan seterusnyamemusnahkan negara. Jika amalan rasuah dalam kalanganmasyarakat, terutamanya dalam kalangan kakitangankerajaan amat serius dan tidak dapat dikawal, maka sesebuahnegara yang membangun dan aman tidak dapat dilahirkan.Walaupun isu ini hangat diperkatakan, pernahkah terlintasdalam benak kita, apakah maksud rasuah? Sesungguhnya,rasuah boleh diertikan sebagai amalan makan suap dankegiatan memberi atau menerima sogokan kebendaan, samaada dalam bentuk dalam bentuk wang atau pun hadiah untukmencapai matlamat tertentu. Oleh sebab itu, sebelum kudismenjadi tokak, maka usaha-usaha untuk membanterasnyaperlu dilakukan segera.

Page 19: karangan umum 2
Page 20: karangan umum 2

Dalam kerendahan hatiada ketinggian budi.

Dalam kemiskinan hartaada kekayaan jiwa.

Dalam kesempitan hidupada kekuasaan ilmu.

ADAP MENUNTUT

ILMU