karangan pelajar spm

13
Dalam usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem pengajaran dan pembelajaran secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan pendidikan maya. Pepatah ada mengatakan ‘zaman beralih, musim bertukar’,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah. Jika kita menerobosi secara terperinci tentang sisitem pendidikan maya ini, banyak kelebihan yang bakal kita dapati. Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar. Dalam nada yang serupa, menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa. Di samping itu, para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah mengendalikan telesidang yang

Upload: chandransub

Post on 23-Jun-2015

3.395 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Pelajar SPM

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem pengajaran dan pembelajaran secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan pendidikan maya.

Pepatah ada mengatakan ‘zaman beralih, musim bertukar’,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah. Jika kita menerobosi secara terperinci tentang sisitem pendidikan maya ini, banyak kelebihan yang bakal kita dapati.

Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar.

Dalam nada yang serupa, menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.

Di samping itu, para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah mengendalikan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi. Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Dalam hal ini, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan oleh kerajaan. Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar.

Demi melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan pendidikan maya dalam kalangan masyarakat. Antara usaha yang telah di lakukan ialah menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.Menerusi teras yang keenam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Page 2: Karangan Pelajar SPM

berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan tidak kira sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, menerusi PIPP, sebanyak 60 buah sekolah telah dinaik taraf sebagai sekolah kluster. Sekolah Kluster dapat disignifikasikan sebagai satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti kecemerlangannya dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Penggunaan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan perlu diikuti oleh semua pelajar sekolah kluster. Misalnya, beberapa sekolah kluster telah mengambil beberapa langkah untuk mempraktikkan pendidikan maya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti menghantar tugasan melalui e-mel dan juga melakukan pembentangan melalui pengunaan komputer. Para pelajar juga digalakkan untuk menguasai perisian komputer seperti Microsoft Words, Microsoft Power Point dan sebagainya. Di samping itu, banyak universiti telah diiktiraf sebagai Universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita.

Kesimpulannya, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengaajaran dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi horizon minda para pelajar. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksnakan secara menyeluruh. Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain.

(810 patah perkataan)ADILAH NUR BINTI YAHYA

5 CERDIK SMAK SULTAN ISMAILJOHOR BAHRU, JOHOR, 2009

Page 3: Karangan Pelajar SPM

AKTIVITI: FORUM (WARISAN BANGSA)

Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga dinegara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan danIban. Namun begitu, akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikitamalan dan cara hidup yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana, masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam masyarakat, sebagai contoh,pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda memakai kainsarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGIpada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah.

Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia berada dihadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakahsebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apapula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini?Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai puncahilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orangtokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaituDatuk Seri Atiq Azman. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara,Dato’ Afiq Agos dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk RadinSyamel.Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuaisekali jika Datuk Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. BaiklahDatuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?Datuk RadinSyamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan bangsamembawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan olehsegolongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapatpelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa, kita dapatimereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golonganlelakinya lebih gemar memakai ’kain semutar’. Dalam kalangan kaum Hindusendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik dalamkaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budayaCina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makananCina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan.Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus padapeninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunanyang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kitayang terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor danbangunan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaanInggeris yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudanbangunan ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amatberlainan dengan seni bina Melayu pada masa itu. Selain menjadi bukti dalamsejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing.Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.2Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah takrifanringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakanelemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalamkalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang.Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang kepentingankepentinganmengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri.Datuk SeriAtiq Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan penonton,

Page 4: Karangan Pelajar SPM

kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih dahulu.Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi, warisanbudaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialahpenggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untukmembentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargaidan meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negaramaju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negaratersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun ,pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya,Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia.Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semuanegara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dankebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-matauntuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untukdimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara majudalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perludimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidakmenghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amatlonggar jati diri dan semangat patriotiknya.Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisanbangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda.Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yangpenuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam ,yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perluberterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yangberjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenekmoyang yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantanPerdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahuMalaysia muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru manamanabudaya negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlupastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi.Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang palingmenarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada golonganmuda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa iniseolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya.Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato’ Afiq Agosuntuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.3Dato’Afiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kitatidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk KamusDewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif , proses yangmembolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya)disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka.Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilainilaihidup dalam masyarakat.Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memangberupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negaramaju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktivitidunia, dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderungmelihat negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-samadapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasimuda sehingga kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat

Page 5: Karangan Pelajar SPM

dominan. Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanyajarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam sebagai pakaian harian, malahtidak juga menjadi pilihan semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satukerugian kerana pakaian merupakan salah satu identiti bangsa Cina selainbahasa ibunda.Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnyapenghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangannenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telahhampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kitalihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cinadan India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkanpengetahuan ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman MiniMalaysia di Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenalirupa bentuk rumah-rumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripadapelbagai kaum dan etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentangperkara ini.Pengerusi: Terima kasih Dato’. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahlipanel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisanbangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakanbagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupanmasyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah DatinSeri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih agarbatik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantanMenteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja kerasmempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapiadan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketikaitu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasarpasarmalam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunanbangunanbersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana,Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat cinta akan negarasewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat kesan-kesanpeninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargaiwarisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati.4Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualai’kum.Sehingga jumpa lagi.( TEKS UJIAN LISAN BERKUMPULAN )

Page 6: Karangan Pelajar SPM

Teks Lisan 4 ArifMuhammad Nasir IbrahimMuhammad Hafiz BaharudinAisyamariam UlzaWong Xin Yi

UJIAN LISAN BERKUMPULANPERBINCANGAN ILMIAH: FORUM

TAJUK: MELESTARI ALAM SEKITAR

Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru sempena kempen “Sayangi Bumi Kita”

Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir Ibrahim mengucapkan selamat dating kepada semua yang ada di sini. Semuga kedatangan Tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T. Sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran di seluruh dunia. Hal ini amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor.

Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah Datuk Muhammad Hafiz Ali , Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.

Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang persoalan ini. Silakan Doktor.

Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.

Antara punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainyaPencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia ialah

Page 7: Karangan Pelajar SPM

pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja . Antaranya ialah pencemaran udara. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran air,contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran tanah,contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan. Di Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya ialah pencemaran laut; lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi.Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan . yang menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan permasalahan ini kepada datuk Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk pencemaran ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Sementara itu, pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini seyerusnya dikenali sebagai penyakit Minamata .Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada kehidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang pembiakan makanan laut . dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan.Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kesan penggunaan sumber air yang tersebut . Itu sahaja pendapat saya saudara pengerusi.Pengerusi: Terima kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara kita. yang

Page 8: Karangan Pelajar SPM

tidak diselia rapi . Oleh itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh kementeriaannya.Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila disebut Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telahpun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia .Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani isu ini.Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini. Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita. Assalamualaikum.

Page 9: Karangan Pelajar SPM