79703680 karangan bm spm pemanasan global

Upload: yoga-raj

Post on 13-Oct-2015

179 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

  • PEMANASAN GLOBAL

    Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar

    dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh

    beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida

    dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan

    berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya

    perkara ini tidak dicegah.

    Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan

    pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas

    tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon

    monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat

    menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon

    terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.

    Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-

    sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita,

    tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi

  • akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui

    oleh para saintis sehingga ke hari ini.

    Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan

    akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata

    lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan

    ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.

    Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang

    melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku

    pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di

    bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.

    Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab

    yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang

    tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan

    kenderaan perlu kita dititikberatkan.

    Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa.

    Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian

  • daripada penghuni bumi ini perlu mengambil kangkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih

    serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah

    terhantuk baru nak mengadah, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat

    sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.

    GEJALA PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

    Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada akhbar harian tentang jenayah yang

    tidak asing lagi seperti gejala pembuangan bayi. Kadar pembuangan bayi yang tidak berdosa itu kian

    meningkat. Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati di setiap

    media massa dan media elektronik mengenai penemuan seorang mayat bayi dijumpai di dalam tin

    biskut dan berita mengenai bayi yang digonggong oleh seekor anjing jalanan. Persoalannya, di

    manakah letaknya sikap bertanggungjawb dan belas kasihan si ibu yang berani-berani membuang

    bayinya begitu sahaja? Mereka yang tidak mahu bertanggungjawab seharusnya berfikir mengikut

    akal bukan bertindak mengikut hati dan nafsu serakah. Bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa

  • binasa. Jadi, kita sebagai insan yang berguna mesti menjauhkan diri daripada terjebak dalam

    melakukan jenayah tersebut.

    Masyarakat sarwajagat akan acap kali menunding jari kepada remaja-remaja yang sedang merentasi

    zaman permodenan. Hal ini demikian kerana, kita dapat melihat anak-anak muda tidak kira lelaki

    mahupun perempuan mengamalkan pergaulan bebas. Gejala yang tidak sihat ini secara tidak

    langsung menjadi faktor pembuangan bayi yang semakin meningkat. Remaja yang sering melepak

    dan membuang masa di pusat- pusat beli belah dianggap sebagai sampah masyarakat. Fungsi minda

    remaja yang cetek, malah keinginan malakukan perzinaan yang mendalam merupakan salah satu

    sebab perzinaan secara sesuka hati berlaku. Remaja kurang asas pendidikan agama yang kukuh dan

    hilang rasa bertanggungjawab terhadap bayi tersebut lalu mengorbankan nyawa bayi yang tidak

    berdosa itu. Jadi, dalam konteks ini, remaja harus beringat sebelum kena, jimat sebelum habis dalam

    bersosial sesame masyarakat.

    Selain itu, punca pembuangan bayi ialah ledakan kemajuan teknologi atau media elektronik yang

    semakin meluas dan canggih memberi pendedahan unsure seks dan bahan yang tidak berfaedah

    kepada remaja. Di samping itu, terdapat tayangan filem yang berunsurkan seks rangsangan minda,

    VCD, gambar- gambar porno di dalam internet menjadi sebab yang turut mendorong terjebak ke

    dalam lembah perzinaan. Sebenarnya, apa-apa yang berlaku berpunca daripada diri remaja itu sendiri

    sama ada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Segala keputusan terletak di tangan

  • mereka sendiri. Hanya mereka sahaja mampu mengubah pendirian pilihan dalam hidup mereka. Kata

    orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    Seterusnya, didikan agama daripada ibu bapa bekurang atau terlebih merupakan faktor pembuangan

    bayi. Namun begitu, wajarkah kedua-dua ibu bapa kita dipersalahkan? Sudah tentu kita sama sekali

    perlu bepandangan terbuka dalam hal- hal pembuangan bayi. Ini bermakna, ibu bapa tidak patut

    dipersalahkan kerana mereka telah berhempas pulas memberi didikan yang sempurna, tetapi anak-

    anak berubah persepsi setelah membawa haluan sendiri. Anak- anak bersikap seperti membujur lalu

    melintang patah dengan bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Terutamanya, anak- anak yang

    belajar di IPT-IPT berasa diri mereka bebas dan boleh melakukan apa-apa sahaja. Oleh itu, janganlah

    kita gemar menunding jari terhadap orang lain yang mesalahnya berpunca daripada diri kita sendiri.

    Bagi mengatasi gejala pembuangan bayi di negara kita, modus operandi yang berkesan hendaklah

    diambil oleh semua pihak. Salah satu cara mengatasi pembuangan bayi ialah pihak kerajaan

    berperanan menguatkuasakan undang-undang mengenai kes pembuangan bayi dengan mengenakan

    hukuman dan denda yang setimpal.Misalnya, pihak polis harus mengingatkan mana-mana pasangan

    yang membuang bayi akan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

    Sebagaimana yang kita ketahui, membunuh ialah sesuatu kesalahan besar yang dianggap jenayah

    apabila melakukannya. Dengan ini,pasangan remaja yang berkeinginan membuang anak akan berasa

    takut dan gentar sekaligus pembuangan bayi boleh berkurangan.

  • Alpukah lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi gejala tersebut ialah peranan ibu bapa

    memastikan anak-anak di bawah penjagaan yang baik. Ibu bapa seharusnya mengawasipergerakan

    anak-anak ketika berada di luar rumah dan dengan siapa mereka berkawan. Justeru, pergaulan bebas

    dalam kalangan remaja dapat membendung masalah pembuangan bayi. Sehubungan dengan itu, ibu

    bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing dalam

    mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinakan keadaan anak-anak. Jadi, ibu

    bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada

    anak-anak sendiri jika tidak diawasi dengan baik.

    Intihanya, gejala pembuangan bayi yang semakin serius tiada penghujung sekiranya tidak ada

    kesedaran dalam kalangan masyarakat sarwajagat untuk megubah sikap. Langkah- langkah yang

    diambil seharusnya menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan seperti kata pepatah sediakan

    paying sebelum hujan agar tidak berlakunya perbuatan terkutuk itu. Gejala tersebut merupakan satu

    kesalahan yang amat kejam daripada haiwan. Sedangkan haiwan pun tidak berlaku kejam terhadap

    anaknya, malah haiwan itu lebih menyayangi anaknya. Anak itu suatu anugerah daripada Tuhan.

    Oleh itu, kita mestilah menghargainya dengan baik dan penuh kasih sayang.

  • Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan bencana alam.

    Sudah lebih dari 5 tahun kita digempar gempurkan dengan urutan kes bencana alam. Cukup

    merangkumi semua jenis bencana seperti pemanasan global, gempar bumi, ribut taufan, banjir, dan

    yang paling mengejutkan dunia sehingga kini iaitu tsunami. Pelbagai konklusi telah dibuat oleh

    pakar meteorologi dan geologi seluruh dunia mengenai persoalan wujudnya bencana alam tersebut.

    Justeru, ramai daripada mereka berpandapat bahawa bencana alam yang menghantui kita pada abad

    kini berpunca daripada kelalaian manusia terdahulu menjaga amanah tuhan; bumi ini. Berikutan

    dengan bencana alam yang sering menimpa kaum manusia seluruh dunia kini, terdapat banyak kesan

    yang dapat kita peroleh.

    Salah satu bencana alam yang boleh dikatakan paling popular sekarang ialah kes pamanasan global.

    Baru-baru ini, kerajaan Malaysia diundang untuk menyertai seminar pemanasan global peringkat

    antarabangsa, bukan untuk berbual kosong bahkan bersama-sama membincangkan permasalahan

    tersebut dan cuba merungkai idea untuk menyelesaikannya. Secara umum, kita mengetahui bahawa

    pemanasan global ini berpunca daripada kesan rumah hijau. Bentuk muka bumi dunia yang kian

    ketandusan hutan tidak dapat menyerap kesemua gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh peralatan

    bermotor menyebabkan cuaca duniamakin meningkat. Hal ini membawa kita kepada permasalahan

    lain iaitu pencairan bongkah ais di kutub utara dan selatan, lalu menyebabkan paras air laut

  • meningkat. Lantas, bencana lain seperti banjir pula berlaku. Akibat daripada banjir, ramai penduduk

    dunia kehilangan tempat tinggal. Mungkin suatu hari nanti jika tiada tindakan diambil dalam masa

    terdekat, banyak negeri-negeri seluruh dunia akan lenyap ditenggelami air laut.

    Kejadian tanah runtuh di Malaysia daripada dahulu sehingga tidak pernah selesai. Manakan tidak,

    pada zaman globalisasi kini manusia lebih mementingkan poket sendiri daripada nyawa ribuan

    manusia lain. Dek sifat mementingkan diri sendiri menjurus segelintir manusia ini menoreh lantas

    menggondolkan bukit-bukau dan gunung-ganang yang sepatutnya menjadi pasak bumi. Pokok-

    pokok serta tunbuhan hijau yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit bukan sekadar hiasan semata-

    mata, bahkan tumbuhan tersebut menggalas tanggungjawab mencengkam tanah dan mengelakkan

    berlakunya hakisan justeru mengelakkan tanah runtuh. Sudahlah kejadian tanah runtuh itu meragut

    nyawa, memusnahkan kediaman, mewujudkan masalah lalu lintas, tanah runtuh juga menyebabkan

    haiwan kehilangan habitat semulajadi mereka. Inikah yang kita mahu untuk generasi akan datang?

    Melihat dan mengenali haiwan, hanya terdapat di muzium sahaja.

    walaupun telah pelbagai jenis bencana alam yang kita alami kini akibat kelalaian manusia terdahulu,

    namun ada perkara yang patut kita banggakan yang telah dilakukan oleh manusia pada zaman

    sekarang. Mungkin benar peribahasa sudah terhantuk baru terngadah mampu membawa keinsafan

    dalam diri seseorang insan. Lihatlah disekeliling kita pada hari ini, kerana telah insaf akan

    kerosakkan yang dilakukan dahulu, para saintis telah melahirkan idea baharu untuk menyelamatkan

    dunia seperti penggunaan air dan elektrik untuk menggantikan penggunaan minyak petrol sebagai

  • peneraju alatan bermotor. Selain itu, kebanyakkan pendingin hawa telah digantikan dengan bahan

    mesra alam iaitu bebas CFC. Perubahan-perubahan tersebut mungkin kelihatan terlalu kecil untuk

    dibenggakan namun tanpa kita sedari perkara seperti inilah yang bakal merubah keadaan dunia

    menjadi lebih baik.

    Oleh hal yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa masalah bancana alam ini berlaku akibat

    kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Oleh itu, sikap saling menuding jari tidak harus ada, malah kita

    seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyelasaikan masalah ini. Selain itu,

    perkara utama yang amat penting dalam sesuatu permasalahan adalah perlu wujud kesedaran. Dalam

    kes ini iaitu bencana alam, kesedaranlah yang menjadi punca manusia berhenti daripada melakukan

    kerosakkan dan daripada sinilah tercetusnya idea pembikinan peralatan-peralatan baharu yang

    menggunakan bahan mesra alam. Walaupun kita sudah terhantuk baru terngadah untuk berubah

    menjadi yang lebih baik namun kita tidak harus berhenti setakat ini sahaja kerana kita pasti tidak

    mahu pisang berbuah dua kali.

    PEMANASAN GLOBAL

    Khamis, 2009 November 05

    Label: ISU -ISU UTK KARANGAN

  • Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang

    telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih

    sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini

    sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun

    ke-19.

    Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini,

    kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih

    kurang dalam seratus tahun saja, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula

    menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat

    sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke-21. Fenomena ini kita panggil pemanasan

    global.

    Kesan rumah hijau

    Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor seperti perubahan aktiviti

    Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa

    pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila

    sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula

  • keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.

    Seperti yang telah kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari satu objek bergantung kepada

    suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya didalam

    gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan

    suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam

    bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-dioksida, methane dan nitrogen oksida,

    yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri

    mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga

    tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera

    bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.

    Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19,

    berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri

    kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan

    fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu

    seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida telah dinaikkan sebanyak 30

    peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah

    hijau.

    Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland,

    telah hilang separuh jisimnya.

  • Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di Switzerland,

    telah hilang separuh jisimnya.

    Kesan dari pemanasan global

    Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut

    meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak

    kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara,

    terutamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan

    kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.

    Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air

    minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau.

    Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan ais di Greenland yang menyebabkan tahap air

    laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.

    usaha untuk menangani masalah

    Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri

  • untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang

    memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha

    ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa

    ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad.

    Disebabkan perjanjian ini tidak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk

    melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat

    masih mengancam.

    Pemanasan global

    Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah

    dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih

    pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh

    10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2

    generasi sahaja.

    Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis,

    iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di

    rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik

  • akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras

    laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

    Faktor pemanasan global

    Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan

    Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi

    yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan

    laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat

    memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan

    panjang daripadanya.

    Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan

    bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.

    Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.

    Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

    Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran

    bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah

  • menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia

    akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

    Pelepasan karbon dioksida

    Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan

    toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian

    sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun

    2005.

    Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara

    bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada

    atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi

    seperti itu.

    IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di

    atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon

    dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan

    pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

    Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air

    atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan

  • menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun seperti

    India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk

    di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

    Kesan pemanasan global di Malaysia

    Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan

    berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan

    sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan ,

    manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

    Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala

    Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali

    kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih

    banyak kejadian banjir.

    Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat

    Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di

    Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta

    mereka bertindak secara betul dan tepat

    Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita.

    Pelbagai jenis blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan

  • dan tidak kurang pula yang membawa keburukan.

    Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam konteks negara kita

    Malaysia.

    JAWAPAN LENGKAP

    Blog boleh ditakrifkan sebagai satu situs atau portal maya yang mencatat

    pandangan penulis blog dalam bentuk jurnal. Fenomena blog semakin mendapat

    perhatian sejak akhir-akhir ini selepas kejayaan para blogger mengubah pendirian

    masyarakat dalam Pilihan Raya Umum tahun 2008. Blog kini sudah menjadi media

    alternatif yang memberi pandangan tentang sesuatu isu daripada sudut yang

    berbeza. Blog juga dapat berfungsi sebagai sumber rujukan kepada masyarakat. Kita

    haruslah bijak dalam menilai pandangan penulis blog kerana ada maklumat yang

    disampaikan hanya untuk menjaga kepentingan orang yang tertentu sahaja. Jadi,

    kita harus membicarakan tentang kebaikan dan keburukan blog dalam konteks

    negara Malaysia.

    Pada hemat saya, blog dapat menjadi sumber rujukan bagi sesuatu perkara. Penulis

  • blog dapat mengutarakan pelbagai jenis isu. Kita ambil contoh blog yang berkaitan

    dengan kesihatan. Blog ini menerangkan tentang tip-tip dan petua untuk menjaga

    kesihatan daripada segi permakanan, senaman dan gaya hidup. Jadi pembaca blog

    tersebut dapat mengetahui cara yang betul dalam menjaga kesihatan mereka. Selain

    itu, blog yang bertemakan penulisan dapat menerangkan cara penulisan yang betul

    terutamanya kepada pelajat yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

    Tuntasnya, fungsi blog sebagai sumber rujukan tidak dapat disangsikan lagi.

    Seterusnya, blog juga berfungsi sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat.

    Penulis blog megutarakan isu yang akan beliau bahaskan. Penulis blog yang lain

    juga akan memberi pandangan mereka tentang isu tersebut. Hal ini akan

    mengalakkan penulis blog untuk berfikir dengan kritis dan kreatif. Kesannya, kita

    dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Perkara

    ini selaras dengan seruan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 untuk melahirkan

    lebih ramai lagi modal insan yang berminda kelas pertama bagi menwujudkan

    masyarakat yang progresif. Jelaslah bahawa pertukaran pendapat para blogger

    dapat membentuk masyarakat yang memiliki tahap intelektual yang tinggi.

  • Selanjutnya, blog dapat mengalakan rakyat Malaysia untuk membaca. Tabiat

    membaca sangat penting dalam proses permatangan pemikiran masyarakat

    Malaysia amnya. Individu yang rajin membaca akan memperolehi pelbagai jenis

    informasi. Jadi mereka dapat menggunakan ilmu yang ada untuk dijadikan panduan

    hidup. Hal ini kerana penulis blog yang kreatif dapat menarik minat pembaca untuk

    membaca blog beliau. Kita sudah sedia maklum bahawa masyarakat yang membaca

    dapat melahirkan golongan intelektual yang ramai kerana membaca adalah nadi

    ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, blog dapat menwujudkan masyarakat yang rajin

    membaca.

    Pada pandangan saya, blog juga mempunyai keburukannya juga. Blog dapat

    memberi maklumat yang bias tentang sesuatu isu. Kita ambil contoh peperangan

    siber antara Malaysia dan Indonesia. Penulis blog yang tidak beretika akan

    menghasut rakyat di kedua-dua buah negara ini untuk membenci sesama sendiri.

    Kesannya, lebih ramai masyarakat yang mempunyai sentimen perkauman yang

    tinggi diwujudkan. Hal tersebut dapat mengeruhkan lagi ikatan silaturahim

    masyarakat dua serumpun ini. Situasi ini dapat digambar sebagai pisau yang ada di

    dapur, jika digunakan dengan niat yang elok maka hidangan yang lazat dapat

    disajikan. Jika niat penggunanya jahat maka binasalah jawabnya. Sesungguhnya,

  • penulisan yang tidak beretika dapat membentuk masyarakat yang memiliki nilai yang

    negatif.

    Selain itu, blog juga dapat melahirkan masyarakat yang baling batu, sembunyi

    tangan. Fenomena ini sering berlaku jika penulis blog tersebut memiliki niat yang

    bruk terhadap orang lain. Mereka akan menggunakan nama samaran untuk

    menjatuhkan imej seseorang. Mereka akan menyebarkan fitnah bahawa individu

    tersebut telah melakukan perkara yang terkutuk dan menjijikan. Kes ini sering

    berlaku untuk menjatuhkan imej artis atau ahli politik yang tertentu. Perkara seperti

    ini akan menjerat pembaca yang kurang matang dalam menilai sesuatu penulisan.

    Mereka akan percaya bahawa fitnah tersebut adalah nyata. Tegasnya, sikap baling

    batu, sembunyi tangan blogger yang tidak beretika dapat menjatuhkan imej

    individu lain.

    Selanjutnya, pembaca blog akan membazirkan masa mereka dengan membaca blog

    picisan. Hal ini akan menyebabkan mereka akan lupa tentang tugasan dan

    tanggungjawab. Jadi kerja mereka kan berlambak dan ini akan mengganggu

    produktiviti mereka khusunya pekerja yang membaca blog pada waktu pejabat.

  • Impaknya, sikap yang suka bertangguh akan membantutkan operasi sesebuah

    organisasi. Kita sudah sedia maklum bahawa masa itu emas. Jadi pembaca blog

    seharusnya bijak dalam menilai apa yang lebih penting untuk dilakukan pada masa

    yang tertentu. Terbuktilah bahawa pembaca blog akan membazirkan masa jika

    membaca pada waktu dan tempat yang tidak sesuai.

    Konklusinya, blog merupakan serampang dua mata yang memiliki kebaikan dan

    keburukan yang tersendiri. Kita haruslah bijak dalam menilai sesuatu isu yang

    dibangkitkan dalam blog. Hal ini kerana tidak semua blog mempunyai penulis yang

    beretika. Hal ini kerana banyak garam, banyak udangnya, banyak orang, pelbagai

    ragamnya. Perkara ini selari dengan seruan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6

    tentang gagasan Satu Malaysia yang bercogankan Rakyat Didahulukan, Pencapaian

    Diutamakan. Saya berharap fenomena blog dapat melahirkan individu yang

    berfikiran kreatif dan kritis untuk membina Negara bangsa yang cemerlang,

    gemilang dan terbilang.

    MEMBACA tentang gejala mat rempit yang semakin berleluasa di negara kita

    bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Adalah 'rahsia terbuka' bahawa majoriti

  • remaja yang terlibat dalam kegiatan ini adalah Melayu dan beragama Islam. Inilah

    yang mencemaskan kita. Rasulullah SAW bersabda yang antara lain bermaksud,

    Apabila melihat kemungkaran, hendaklah kamu tegah dengan tangan (kuasa), jika

    tidak mampu tegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah membenci

    dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim) Oleh itu, adalah

    tanggungjawab umat Islam untuk sama-sama mencari penyelesaian isu ini yang jika

    dibiarkan ibarat barah yang semakin serius. Golongan mat rempit dilaporkan turut

    terbabit dalam jenayah seperti pergaduhan, rompak, ragut dan rogol. Malah, bagi

    yang lebih ekstrem sanggup membunuh. Persoalannya, sampai bila masalah ini

    akan berlarutan. Undang-undang sudah ada, cuma barangkali ia belum cukup

    menggerunkan mat-mat rempit. Justeru pendekatan keagamaan boleh diguna pakai

    sebagai jalan keluar masalah ini.

    Tugas utama tentunya terletak kepada ibu bapa. Ini bertepatan dengan hadis

    Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua

    ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (muttafaqun

    alaih). Para pendakwah perlu turun padang untuk sama-sama menyinsing lengan

    membantu menangani gejala ini. Ketika ini, nasihat atau kuliah agama di masjid dan

    surau tidak lagi berkesan. Sebabnya, majoriti mat rempit ini bukan 'melepak' di

    kawasan tersebut. Sebaliknya, lokasi atau port mereka adalah di kawasan seperti

  • Dataran Merdeka di Kuala Lumpur atau Dataran Espanade di Kuantan, Pahang.

    Memanglah kematian itu pasti akan berlaku kepada manusia. Tetapi melibatkan diri

    dalam kegiatan merempit, ibarat menjemput kematian dalam keadaan yang

    mengerikan.Kalau terus mati akibat kemalangan tidak mengapa. Ini tidak. Ada

    mangsa yang terus merana akibat kecacatan kekal seperti kudung kaki atau tangan

    akibat kemalangan jalan raya.

    Justeru, para pendakwah termasuk pertubuhan bukan kerajaan harus berganding

    bahu menyusun strategi agar mampu menembusi kelompok terbabit. Golongan ahli

    politik tanpa mengira ideologi yang sayangkan bangsa dan agama juga perlu turut

    serta dalam usaha ini. Bukan hanya pandai 'berkokok' di atas pentas retorik. Pada

    masa yang sama, usaha seperti menyediakan litar lumba bagi 'menghalalkan'

    kegiatan remaja ini perlu diusahakan. Mana tahu, ada di kalangan mereka yang

    mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa persis pelumba

    profesional Itali, Valentino Rossi. Masjid-masjid juga perlu 'meraikan' golongan

    remaja begini. Para imam dan pegawai masjid mesti mempunyai kaedah hikmah dan

    psikologi. Gunakan 'jarum suntikan' secara halus untuk menarik mereka kembali ke

    pangkal jalan. Jika perlu adakan siri bimbingan fardu ain khas kepada golongan ini

    terutama tentang kepentingan solat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang

    bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: hidupmu sebelum

  • matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu,

    mudamu sebelum tuamu dan kekayaanmu sebelum kemiskinanmu". (Riwayat Imam

    Ahmad dan Baihaqi).

    BAHAN BACAAN 2

    UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 06/05/2009

    Cari punca asas masalah mat rempit

    PELBAGAI pihak telah menyuarakan kebimbangan dan kerisauan mereka mengenai

    isu mat rempit, peragut, perompak dan pelbagai aktiviti jenayah yang melibatkan

    remaja termasuk yang terjerumus ke dalam kancah perlumbaan haram. Boleh

    dikatakan saban hari terdapat berita yang melaporkan orang awam menjadi mangsa

    kepada golongan penjenayah termasuk mat rempit. Terdapat beberapa individu yang

    telah menulis kepada media menyatakan kemarahan mereka mengenai perkara

    tersebut, terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa kepada golongan

    remaja yang ganas tersebut. Sungguhpun pihak polis telah meningkatkan operasi

    'berbahaya' terhadap mat rempit - dengan beberapa anggotanya mendapat cedera -

    tetapi badan penguat kuasa ini dilihat belum lagi dapat menghentikan atau

    menghapuskan kegiatan tersebut.

  • Kebanyakan mat rempit adalah daripada kalangan remaja yang berumur di antara 15

    ke 19 tahun. Soalan yang timbul ialah apakah yang terjadi terhadap bimbingan ibu

    bapa kepada remaja tersebut? Kerajaan, terutamanya pihak Kabinet perlu

    mengambil langkah-langkah berpatutan dan berkesan untuk menangani dan

    menghentikan kegiatan negatif ini. Pada pandangan saya, kita perlu mencari punca

    asas kepada masalah mat rempit ini. Adakah kerana mereka berasal daripada

    keluarga yang bermasalah dan tidak mendapat bimbingan daripada ibu bapa? Atau

    mereka tidak ada tempat yang sesuai untuk beriadah daripada tekanan atau untuk

    melampiaskan tenaga mereka? Sekiranya benar, pihak kerajaan perlu menyediakan

    lebih banyak kemudahan sukan atau rekreasi untuk kegunaan remaja dan anak-anak

    muda kita.

    Kita memerlukan lebih banyak padang bola, gelanggang badminton dan bola

    keranjang, kemudahan sukan yang termampu oleh golongan remaja. Di bandar dan

    pekan kita perlu ada lebih banyak kemudahan bersukan dan beriadah. Dalam hal ini

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan juga semua kerajaan negeri

    perlu memastikan pihak berkuasa tempatan menyediakan kemudahan bersukan dan

    rekreasi yang mencukupi di bandar, pekan dan daerah. Tujuannya untuk membantu

    membangunkan golongan remaja yang sihat tubuh badan dan mentalnya dan

  • supaya mereka tidak menjadi mat rempit atau melakukan aktiviti yang negatif.

    Kerajaan juga perlu menyemak semula semua peruntukan undang-undang yang

    relevan untuk memperkuatkan penguatkuasaan undang-undang dan membendung

    gejala mat rempit dan perlumbaan haram.

    Di antara cadangan lain yang patut dipertimbangkan termasuklah

    mengklasifikasikan mat rempit yang melakukan kesalahan berulang sebagai 'remaja

    bermasalah' yang kemudiannya dihantar ke sekolah pemulihan akhlak seperti

    Sekolah Henry Gurney, di mana mereka akan diberikan kaunseling dan latihan

    kemahiran. Kepada ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk

    mendidik anak-anak yang masih di bawah jagaan mereka, mungkin terdapat alasan

    yang munasabah untuk mengenakan bon jaminan kepada ibu bapa tersebut

    terhadap perilaku anak-anak mereka.

    BAHAN BACAAN 3

    UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 15/03/2010

    Remaja, rempit dan filem

    REMPIT menjadi profesion remaja Melayu yang paling diingati apabila diwirakan

  • dalam beberapa filem tempatan. Rempit yang disekutukan dengan remaja malas,

    buang masa, jahat dan bakal menjadi perompak apabila dewasa menjadi sangat

    dekat dengan remaja Melayu. Ini disebabkan profesion itu dimonopoli oleh remaja

    Melayu dan dipopularkan pula oleh penerbit filem yang juga menyasarkan kepada

    remaja Melayu. Mat rempit hanya watak Melayu yang hebat dalam filem. Keburukan

    mat rempit telah diselimutkan kebaikan melampau semata-mata untuk dijadikan wira

    remaja Melayu. Filem-filem begini menyoroti secara dangkal sisi putih Mat Rempit

    dengan menuangkan pewangi palsu untuk membuang busuknya. Adakah kisah-

    kisah melarat dan mudarat mat rempit boleh dikelaskan sebagai filem remaja yang

    kita mahu lahirkan? Adakah filem-filem begini boleh menjadi cermin untuk menelaah

    sosialisasi remaja masa kini? Sebenarnya kisah-kisah mat rempit bukanlah suatu

    yang berupaya mengangkat idealisme remaja. Mat rempit tidak ada idealisme tetapi

    dipaksa untuk menjadi wira.

    Filem-filem ini memalsukan idealisme remaja Melayu di luar kepompong sempit

    pembuat filem. Remaja Melayu tidak perlu menjadi mat rempit untuk hebat.

    Kepalsuan ini tidak lebih daripada memberikan persepsi bahawa mat rempit pun

    berjaya dalam hidup. Kisah begini hanya diangkat dan ditampal menjadi gambar-

    gambar yang bergerak. Kita hanya boleh berbangga apabila realiti kehidupan yang

    penuh keburukan itu melangsungkan jangka hayat filem tempatan. Kalangan

  • produser atau pengarah kerap memberi alasan bahawa sasaran filem mereka adalah

    remaja. Kata mereka lagi, remaja yang menghidupkan industri filem di negara ini.

    Tanpa remaja, filem Melayu telah lama hilang. Tanggapan itu ada benarnya. Tetapi

    remaja tidak menonton semua filem Melayu, lebih-lebih lagi yang menuntut sedikit

    keterlibatan minda. Filem remaja tidak boleh dipinggirkan. Disebabkan remaja yang

    menentukan pasaran filem dan filem yang menjadi teman dalam dunia keremajaan,

    maka filem yang menjurus dunia remaja menuntut kesungguhan. Malangnya banyak

    filem yang mengambil mudah tentang remaja. Banyak yang menyuluh kehidupan

    dan alam remaja daripada sudut pandangan yang nipis.

    Filem-filem kita tentang kehidupan mat rempit terputus jauh. Rebel Without A Cause

    (1955) arahan Nicholas Ray yang menampilkan pelakon remaja, James Dean dan

    Natalie Wood adalah filem remaja yang pertama dan titik mula di mana filem cuba

    menyusuri kehidupan dan obsesi remaja yang cukup unik. Keunikan dan obsesi itu

    hilang apabila filem kita mengangkat mat rempit dengan sudut pandangan yang

    kosong. Rebel Without A Cause dan James Dean secara mendadak muncul sebagai

    idola remaja di serata dunia. Gaya dan fesyen James Dean merebak dengan pantas

    selepas Rebel Without A Cause sekalipun filem itu dianggap sebagai ganas oleh

    banyak pengkritik. Sebuah lagi filem remaja yang menarik adalah American Graffifi

    (1973) arahan George Lucas. Lucas pernah berkata bahawa filem itu tidak lebih

  • sebuah nostalgianya melayari keremajaan di Amerika. Tetapi pada masa yang sama,

    dia membawa filem itu menyusuri impian dan tuntutan remaja di Amerika Syarikat

    pada dekad 70-an.

    BAHAN BACAAN 4

    UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 07/05/2009

    Ajar peragut, mat rempit dengan hukuman berat

    SUNGGUH sedih dan malang menimpa dua buah keluarga masing-masing di Johor

    dan Kelantan apabila dua wanita yang mengandung maut di tangan peragut. Begitu

    juga nasib warga emas di Pulau Pinang yang menjadi korban peragut. Masyarakat

    juga cukup bimbang dengan kecenderungan kumpulan mat rempit yang kini berani

    bertindak ganas membelasah hingga mati seperti yang menimpa seorang mekanik di

    Kuantan baru-baru ini. Mungkin itu takdir mereka yang ditentukan oleh Tuhan. Tetapi

    insiden itu boleh dielakkan jika kita mengambil langkah-langkah pencegahan

    jenayah lebih awal. Cabaran kepada semua anggota masyarakat sekarang, sampai

    bila kita harus membiarkan peragut dan penjenayah mat rempit bermaharajalela di

    atas jalan raya negara ini?

    Dalam hal ini, pihak berkuasa yang menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat

  • perlu bertindak segera. Jadi, tindakan segera yang perlu diambil oleh Kementerian

    Dalam Negeri bukan setakat mengkaji dan mencari punca penularan gejala lumba

    haram motosikal atau rempit tetapi juga kegiatan jenayah ragut yang semakin

    menjadi-jadi di negara ini. Untuk itu juga kerajaan kena mengambil pendekatan di

    luar daripada kebiasaan. Kita tidak mahu lagi mendengar apabila berlakunya kes-kes

    baru yang didedahkan oleh media massa, maka kita dibentangkan dengan pelbagai

    kaedah penyelesaian untuk menangani isu berkenaan. Sebenarnya isu ragut hingga

    membawa maut dan gejala mat rempit sudah lama diperkatakan. Ia bagaikan sekejap

    panas, sekejap sejuk. Sehingga kini, kita masih belum berjaya menangani kedua-dua

    masalah ini.

    Ke mana semua cadangan tentang penyediaan pendidikan agama, pusat-pusat

    didikan dan kaunseling dan pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat yang

    heboh dibincangkan suatu masa dulu apabila masalah ini timbul. Adakah kita mudah

    melupakan masalah ragut dan mat rempit apabila ia mula kelihatan tidak lagi

    mengancam hidup kita? Kerajaan, badan bukan kerajaan, parti politik dan orang

    awam perlu memberikan idea untuk menyelesaikan isu ini. Carilah kaedah agar

    kegiatan rempit dan ragut dapat dikurangkan dan akhirnya dibanteras secara

    menyeluruh. Untuk menangani masalah ini dalam jangka pendek, tindakan Polis

    Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan

  • perlu diteruskan dalam mengatasi masalah rempit dan jenayah ragut di negara kita.

    Operasi besar-besaran yang diadakan serentak di Kuala Lumpur, Perak, Pulau

    Pinang, Johor dan Selangor berjaya memberkas ratusan pesalah trafik yang

    kebanyakannya adalah remaja bawah umur. Operasi-operasi seperti ini perlu

    diadakan secara berterusan bagi memberi peringatan kepada golongan berkenaan.

    Untuk pelan jangka panjang, kerajaan perlu memikirkan undang-undang lebih ketat

    sebagai langkah-langkah untuk membendung punca yang membawa kepada

    masalah ragut dan lumba haram. Jika kita percaya pada undang-undang ketat dan

    berat daripada pendekatan biasa dapat mendidik dan menangani masalah ragut dan

    lumba haram, maka lakukan. Kita menggesa kerajaan bertegas dan pastikan undang-

    undang yang ingin digubal atau dipinda meletakkan nilai denda atau hukumannya

    amat menggerunkan penjenayah atau pesalah.

    BAHAN BACAAN 5

    UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 30/04/2009

    Menangani fenomena mat rempit

    SEKURANG-KURANGNYA ada dua teori tentang asal usul istilah 'mat rempit'.

    Pertama, menurut Kamus Dewan (Edisi Empat), perkataan 'rempit' terdapat dalam

  • dialek Perak yang bermaksud memukul dengan rotan atau menyesah. Kedua,

    mantan Pengarah Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Noresah Baharum pernah

    memberitahu dalam satu penyelidikan yang dilakukannya bahawa 'rempit' berasal

    daripada gabungan dua perkataan Inggeris, ramp dan it. Ramp merujuk kepada

    perasaan marah dan mengancam seperti seekor singa yang berdiri di atas kaki

    belakang manakala dua kaki hadapan diacu-acukannya ke udara dengan garang.

    Mungkin kerana yang terlibat dalam fenomena ini sebahagian besarnya orang

    Melayu, perkataan 'rempit' didahului dengan singkatan nama 'Mat'.

    Maka terciptalah gelaran 'mat rempit' yang hampir secara automatik dikaitkan

    dengan golongan remaja Melayu. Kita tidak pernah mendengar orang menyebut

    'Ahcong Rempit' dan tidak juga 'Samy Rempit'. Satu lagi penyakit sosial telah

    bertambah di kalangan masyarakat Melayu. Masalah Mat Rempit mungkin hanya satu

    sympton (gejala) atau petanda daripada penyakit sosial yang lebih besar di kalangan

    masyarakat Melayu. Kerana itu yang lebih penting dilakukan barangkali ialah kajian

    sosiologi mengenai fenomena itu. Sedangkan kajian etimologi atau kajian asal usul

    kata 'rempit' itu bolehlah dianggap sebagai nota kaki sahaja. Sememangnya

    masyarakat tidak begitu peduli asal usul perkataan 'rempit.' Yang jelas sekarang

    istilah 'mat rempit' membawa konotasi yang negatif, menimbulkan rasa geram dan

    marah. Isu ini kini telah menjadi satu punca kerunsingan dan keprihatinan.

  • Di peringkat awalnya mat rempit hanya dianggap sebagai pengacau lalu lintas

    kerana keserakahan mereka berlumba motosikal di jalan-jalan raya. Sekarang

    kehadirannya dianggap sudah semakin durjana, sudah semakin tinggi kadar

    jenayahnya. Mereka bukan sekadar mengganggu lalu lintas di jalan-jalan raya yang

    sibuk, tetapi sudah mulai merampas, meragut dan merogol. Salah satu cerita terakhir

    yang semakin menyalakan kemarahan dan rasa benci terhadap mat rempit ialah

    peristiwa penganiayaan dan kezaliman yang terjadi ke atas seorang perempuan

    muda yang pekak dan bisu. Sebuah akhbar mingguan berbahasa Inggeris (26 April

    2009) melaporkan perihal segerombolan mat rempit mengerumuni seorang

    perempuan muda berumur 23 tahun di sebuah stesen minyak. Perempuan muda itu

    ditendang dan dilempang lalu beg tangannya diragut dan dilarikan. Orang sekeliling

    hanya memandang tanpa memberi sebarang pertolongan. Mungkin takut, mungkin

    tak berdaya.

    Bila ibu bapa perempuan muda itu membuat pengaduan di balai polis, secara

    kebetulan satu pengaduan yang lain mengenai jenayah sekumpulan mat rempit di

    tempat lain juga dibuat oleh dua orang yang lain. Keesokan harinya (27 April 2009)

    akhbar yang sama menyiarkan pula satu berita tentang kemarahan meluap-luap

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap jenayah mat

  • rempit yang semakin menjadi-jadi itu. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat

    selama ini pihak berkuasa mengambil pendekatan yang agak lembut terhadap mat

    rempit. Mungkin kerana berita penganiayaan terhadap OKU (orang kurang upaya)

    yang dilakukan mat rempit itu, Shahrizat nampaknya sudah kehilangan sabar dan

    mahu polis mengambil tindakan yang lebih tegas dan keras. Tetapi betulkah selama

    ini polis kurang tegas dan kurang keras? Atau adakah polis kurang kuasa dan

    kurang sumber? Kurang kuasa dalam erti terdapatnya keterbatasan undang-undang

    yang membolehkan polis bertindak lebih tegas dan keras. Dan kurang sumber dalam

    erti bahawa memang pihak polis tidak mempunyai tenaga dan kemudahan yang

    cukup untuk menghadapi masalah tersebut.

    Satu soalan lain yang relevan ialah: Sudahkah dipastikan kekurangan-kekurangan

    lain yang dihadapi pihak polis, seperti kekurangan kerjasama yang diberikan oleh

    jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Bagaimana pula dengan isu kurang

    penyelarasan? Kita menanyakan soalan-soalan tersebut kerana pada hari Ahad (26

    April), Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan diberitakan berkata seolah-olah

    selama ini tidak wujud kerjasama yang berkesan antara pihak polis dan pihak

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha mengatasi masalah mat rempit.

    Shahrizat juga menyebut tentang kajian (atau barangkali hanya satu survey atau soal

    selidik) yang mendapati bahawa remaja-remaja yang terlibat dalam kegiatan mat

  • rempit adalah kerana kebosanan. Lalu beliau marah-marah kepada ibu bapa yang

    dikatakannya lepas tangan mendidik anak-anak mereka hingga terlibat dalam

    kegiatan mat rempit. Kita dapat memahami keprihatinan dan kemarahan Shahrizat

    itu. Tetapi yang lebih penting difahami oleh setiap pihak ialah fenomena mat rempit

    itu bukanlah satu isu yang terpencil untuk dipertanggungjawabkan kepada satu atau

    dua pihak tertentu sahaja.

    Fenomena mat rempit sudah merupakan satu penyakit sosial yang telah mulai

    menular dan merebak kepada berbagai-bagai sektor kehidupan. Oleh kerana itu isu

    ini perlulah ditangani secara bersepadu yang melibatkan ahli-ahli akademik

    (terutama ahli-ahli saikologi dan sosiologi) pakar undang-undang dan kriminologi

    serta penguat kuasa keamanan peraturan lalu lintas. Semoga kita tidak memerlukan

    Pusat Serenti mat rempit untuk menambah pusat Serenti Penagih Dadah yang

    semakin bertambah-tambah itu. Barang dijauhkan Allah.

    Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah ialah Felo Penyelidik Kanan (Pelawat), Akademi

    Pengajian Melayu, Universiti Malaya

    BAHAN BACAAN 6

    UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 28/08/2006

  • Mat rempit tidak cemerlang

    Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN

    Golongan yang digelar mat rempit menjadi satu beban sosial yang baru selepas

    dadah. Ini semua penyakit orang muda yang mahu mencuba sesuatu yang baru

    dalam hidup. Kepada mereka hidup adalah cabaran dan keseronokan. Tapi kita yang

    berada di luar lingkaran golongan ini tentu sukar untuk mengeluarkan mereka dari

    dunia kerempitan itu. Kerana itu walau apa label sekalipun diberikan kepada filem

    Remp-It arahan Ahmad Idham, kita wajar melihat ini sebagai usaha mendekati dan

    mengeluarkan anak-anak muda rempit ini. Ahmad Idham tentu melihat inilah

    sumbangan yang mampu diberikan untuk membetulkan sosial anak muda yang

    tergelincir. Barangkali bagi produser, filem ini ada nilai pasaran kerana mendekati

    dunia pelanggan filem tempatan.

    Mat rempit memang tidak ada apa yang boleh diceritakan, apa lagi untuk dilihat

    idealismenya. Tetapi setidak-tidak ada usaha mendekati golongan ini secara

    psikologikal. Biar mereka melihat kejelekan sendiri di layar lebar. Ahmad Idham

    melakukan kerja sosial yang baik. Dia tentu faham bukan mudah untuk

    mengeluarkan mat rempit dari dunia mereka yang sangat terasing itu. Maknanya di

    sini memahami kesukaran untuk mendekati dan menyelamatkan golongan ini adalah

  • mustahak. Tanpa memahami kita pasti akan membuat kerja pada kulit, bukan isinya.

    Kita semua tentu tertanya-tanya rasional menukar gelaran mat rempit kepada mat

    cemerlang. Ini kerana masalah mat rempit kepada kita bukan kerana namanya mat

    rempit. Masalahnya kerana sikap dan pemikiran mereka. Maknanya bukan kulitnya,

    tapi isinya. Usaha menukarkan mereka menjadi mat cemerlang jauh lebih mudah

    daripada bagaimana filem Remp-It cuba menyelamatkan mat rempit.

    Kenapa tidak mendekati saja mat rempit tanpa menukarkan gelaran mereka? Usaha

    mendekati ini yang sukar dilakukan kecuali kalau kita ada kaedah yang menekankan

    psikologi. Kita kena ingat kalau mereka ini cemerlang, mereka tidak akan hidup di

    atas motosikal dan bawah remang-remang kota raya. Sebab mereka tidak

    cemerlanglah mereka menjadi seperti yang telah terjadi. Bayangkan adakah kalau

    ada golongan ini yang cedera dalam kemalangan, surat khabar akan melaporkan

    Seorang mat cemerlang cedera parah selepas terbabas dalam lumba haram malam

    tadi. Tentu kelakar bunyinya. Moral ceritanya, biarlah mereka terus dikenali dengan

    mat rempit. Nama itu tidak pernah menghalang kita menyelamatkan mereka. Itu pun

    kalau kita jujur mahu menyelamatkan mereka.

    BAHAN BACAAN 7

    UTUSAN MALAYSAI ARKIB : 07/05/2009

  • Banteras mat rempit

    Oleh NORILA DAUD

    UNTUK kesekian kalinya, isu mat rempit kembali menjadi perhatian banyak pihak.

    Meskipun hangat diperdebatkan saban tahun, gelagat mat rempit yang merajai jalan

    raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Timbul kebimbangan

    apakah negara sudah berdepan dengan jalan mati dalam mengatasi gejala mat

    rempit ini? Adakah ia sudah menjadi satu wabak penyakit yang sukar dihapuskan

    sebagaimana sukarnya untuk pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah?

    Andaian itu tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan,

    gejala mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya,

    ia semakin menjadi-jadi dan berleluasa sehingga terjebak dengan jenayah yang lebih

    berat terutamanya kes ragut, rogol, samun berkumpulan malah sehingga

    pembunuhan.

    Justeru, ia menjadi ancaman yang serius kepada keselamatan awam sekali gus

    memerlukan pendekatan yang kolektif dan berkesan untuk menanganinya. Kerana

    itu juga, rakyat sangat berharap perhatian khusus yang diberikan kerajaan menerusi

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelain Mersat mampu membuahkan kejayaan. Jelain

    antara lain dipertanggungjawabkan mencari punca dan mencadangkan kaedah

  • terbaik untuk mengatasi gejala mat rempit tersebut. Malah, Menteri Dalam Negeri,

    Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri menyokong supaya Akta

    Pengangkutan Jalan dipinda bagi memberikan kuasa kepada Jabatan Pengangkutan

    Jalan menahan mat rempit. Adalah wajar untuk pindaan itu dibuat dengan segera

    bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan. Sementelah, golongan itu

    juga berani memperlekehkan undang-undang dan mencabar pihak berkuasa

    termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya.

    Dalam masa yang sama, pihak berkuasa perlu melipatgandakan usaha dan

    menambah kekuatan anggota dalam membanteras gejala ini. Operasi besar-besaran

    seperti sekatan jalan raya seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukannya

    satu langkah pencegahan yang bermusim. Kesungguhan pihak berkuasa itu

    sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun di kalangan mat rempit untuk

    menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan yang besar. Lebih jauh

    seperti yang dicadangkan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul

    Anuar Nasarah, gejala itu ditangani menerusi sebuah jawatankuasa khas yang

    dibentuk oleh kerajaan. Jawatankuasa itu tambah beliau, dianggotai oleh wakil

    Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian

    Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan

    bukan kerajaan (NGO). "Gejala mat rempit boleh diatasi jika semua pihak

  • bekerjasama untuk merancang program bercorak pendidikan dan melaksanakannya

    dengan sistematik, tersusun dan bersepadu," tegasnya.

    Bagaimanapun, dalam menyambut baik langkah penguatkuasaan dari sudut undang-

    undang itu, kerajaan juga diharapkan tidak mengabaikan pendekatan berbentuk

    kemanusiaan. Sering dikaitkan, golongan mat rempit merupakan mereka yang

    mengalami masalah jiwa dan mental yang tidak sihat sepenuhnya. Pandangan ini

    dikongsi oleh Pakar Psikologi Klinikal, Choo Leong Hoey Mei yang berpendapat,

    individu merempit tidak bahagia dengan kehidupan dalam keluarga, tidak berduit

    dan pernah dibuli. Justeru, aktiviti merempit dijadikan jalan keluar untuk mereka

    melarikan diri daripada kekecewaan dan kebosanan hidup. Ia juga tambahnya,

    dijadikan sandaran sementara mereka mendapat sesuatu yang boleh memberi

    kebahagiaan dan kepuasan dalam hidup mereka. Apa yang lebih membimbangkan,

    mat rempit juga mempunyai hubungan yang sangat akrab dalam kelompok mereka.

    Dalam satu kumpulan yang besar, mat rempit boleh melakukan apa sahaja tanpa

    perlu berasa bimbang dengan keselamatan diri kerana sedar mereka sentiasa

    dilindungi oleh rakan yang lain.

    ''Kerana itu juga mereka mudah terdorong untuk berkelakuan samseng apabila

    berada dalam satu kumpulan," ujar beliau. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri,

  • gejala merempit juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi

    kebebasan kepada anak-anak. Ibu bapa seolah-olah lepas tangan dalam soal

    mengawal dan mendidik anak-anak apabila membiarkan mereka berpeleseran

    sehingga awal pagi. Seperti yang dijelaskan oleh pakar perunding psikologi, Khairol

    Anuar Masuan, kerana sikap memberi muka itu juga, anak-anak menjadi semakin

    berani dalam tingkah laku dan pergaulan mereka. Beliau menambah, anak-anak

    berkenaan akan merasakan diri mereka 'hebat' dan angkuh, sekali gus tidak boleh

    ditegur oleh ibu bapa walaupun menjadi mat rempit. ''Jika dahulu ibu bapa

    menghalang anak- anak yang memberontak jiwa mereka untuk menghormati orang

    tua dan ibu bapa serta bekerja di ladang-ladang, perkara seperti itu tidak lagi wujud

    hari ini apabila anak-anak dibiarkan lepas bebas," katanya.

    Kerana itu juga, ada dicadangkan supaya ibu bapa mat rempit turut dikenakan denda

    di bawah peruntukan undang-undang tertentu. Antaranya kerana membenarkan

    anak- anak mereka memiliki dan menaiki motosikal tanpa mempunyai lesen.

    Walaupun cadangan itu mendapat bantahan banyak pihak, namun ia dilihat sangat

    praktikal sekiranya semua pihak benar-benar mahu menghapuskan gejala mat

    rempit. Begitu juga dengan cadangan supaya had umur untuk mendapatkan lesen

    motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun seperti ketika ini kepada 21 tahun.

    Memandangkan majoriti mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun,

  • pelaksanaannya dilihat mampu mengekang gejala mat rempit dari satu sudut yang

    berbeza.

    BAHAN BACAAN 1

    Mencari identiti budaya

    Oleh MOHD. ARIF ATAN

    UTUSAN MALAYSIA

    19 JULAI 2007

    BUKANKAH pelancong antarabangsa lebih cenderung memilih destinasi yang

    menawarkan kelainan dan keunikan tersendiri kebudayaan masyarakatnya? Adakah

    promosi pelancongan kita benar-benar menjadikan ciri-ciri kebudayaan dan

    perayaan kaum Melayu sebagai tumpuan utama dalam promosi pelancongannya di

    luar negara? Kempen Tourism Malaysia dengan tema Malaysia Truly Asia seperti

    sengaja mahu menenggelamkan wajah dan citra kebudayaan kaum Melayu dalam

    promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07). Ini kerana risalah promosi TMM07

    yang diletakkan di tempat duduk pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) gagal

    menonjolkan kebudayaan Melayu sebagai identiti teras dan tarikan utama pelancong

  • ke negara ini. Paparan melampau budaya dan perayaan kaum-kaum lain kerana

    mahu menepati konsep Malaysia sebagai wajah Asia sebenar seperti menjadikan

    Malaysia umpama negara rojak tanpa identiti tersendiri di mata pelancong

    antarabangsa.

    Menarik pelancong dari China tidak boleh dijadikan alasan bagi mewajarkan

    penonjolan kebudayaan yang bukan bersifat kebangsaan untuk tatapan pelancong.

    Sepanjang Januari sehingga Mac tahun ini, pelancong dari China hanyalah

    menduduki tempat kelima dengan 56,903 orang. Sebaliknya, pelancong dari wilayah

    serumpun seperti Indonesia dan Brunei jauh lebih ramai mengunjungi Malaysia.

    Pelancong dari Brunei misalnya yang memiliki kuasa berbelanja lebih tinggi

    mencecah sehingga 78,625 orang untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja.

    Kedatangan pelancong dari China tersebut juga tidak boleh dianggap benar-benar

    menyumbang kepada pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Tidak perlu

    dinafikan sebahagian daripada mereka terbukti terbabit dalam sindiket jenayah,

    kongsi gelap, dan paling ketara ialah pelacuran. Penonjolan kebudayaan etnik lain

    mengatasi ciri kebudayaan nasional berteraskan Melayu hanya menjadikan

    pelancong luar keliru dengan keadaan komposisi kaum dan persekitaran budaya

    sebenar Malaysia.

  • Mereka yang cenderung mahu mencari destinasi yang menawarkan kelainan dan

    keunikan yang tiada di tempat lain tentu kecewa melihatkan promosi TMM07 yang

    keterlaluan menonjolkan kebudayaan dan perayaan kaum bukan Melayu. Malah,

    lebih baik jika mereka terus melancong ke China dan India untuk melihat

    kebudayaan etnik-etnik tersebut. Tidak mustahil juga ada yang mungkin

    menganggap Malaysia hanyalah negara transit warga China dan India bekerja dan

    bercuti di Malaysia sahaja. Impak promosi pelancongan negara terhadap

    pembentukan satu bangsa Malaysia juga perlu difikirkan selain kesan terhadap

    persepsi dan sambutan pelancong luar. Pluralisme kebudayaan iaitu pengekalan ciri-

    ciri kebudayaan oleh kumpulan etnik masing-masing akan semakin kuat lantaran

    terlalu menekankan ciri kebudayaan bukan bersifat pribumi. Adakah ini

    perkembangan yang baik dalam usaha mahu mewujudkan satu bangsa Malaysia

    yang bertolak ansur menerima kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan

    nasional?

    Tidak keterlaluan dikatakan, interaksi kaum dan jurang perpaduan yang semakin

    melebar kini berpunca daripada kesilapan kita terlalu menonjolkan kepelbagaian

    budaya yang hanya menguatkan perpaduan dan kebudayaan etnik sahaja. Oleh itu,

    sewajarnya ciri-ciri kebudayaan tempatan yang berteraskan Melayu dijadikan elemen

    utama menarik kedatangan pelancong terutama dari Barat seperti Australia, United

  • Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Kanada, dan Itali. Masyarakat Barat

    sememangnya dahagakan ciri kebudayaan dan keistimewaan masyarakat pribumi

    sesebuah negara. Namun, akibat kegagalan fokus kita menonjolkan ciri kebudayaan

    bumiputera, jumlah pelancong dari wilayah-wilayah tersebut masih tidak

    menunjukkan peningkatan yang benar-benar menggalakkan. Selain itu, ciri-ciri

    kebudayaan Melayu yang banyak dicorakkan pengaruh Islam juga selari dengan jiwa

    pelancong dari Asia Barat yang menyaksikan ketibaan kira-kira 13,545 pelancong

    dari wilayah tersebut sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.

    Kempen menarik pelancong luar mestilah mengambil kira faktor kebudayaan dan

    persekitaran sosial sebenar. Tentulah kelihatan janggal dan tidak adil untuk

    membiarkan promosi pelancongan mengabaikan perayaan yang disambut orang

    Melayu. Sepatutnya, Tourism Malaysia serta Kementerian Pelancongan meletakkan

    kebudayaan dan identiti Melayu sebagai teras utama aset pelancongan negara. Ini

    kerana penonjolan keterlaluan ciri kebudayaan kaum lain hanya akan menjadikan

    Malaysia tidak jauh berbeza dengan Singapura. Perlu ditegaskan, kebudayaan kaum

    lain di Malaysia hanyalah sebagai nilai tambah yang tidak wajar diperbesar sehingga

    mengatasi kebudayaan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti negara ini.

    Tarian joget misalnya yang telah lama diiktiraf sebagai tarian kebangsaan negara ini

    perlu diketengahkan. Tarian kaum lain misalnya tidak perlu dicampur aduk dalam

  • sesuatu persembahan kesenian bagi tatapan pelancong luar.

    Peruntukan sebanyak RM240 juta untuk TMM07 bagi tujuan promosi pelancongan

    Malaysia di seluruh dunia tidak adil untuk mengabaikan kebudayaan Melayu ke

    pentas dunia. Oleh itu, Ketua Pengarah Tourim Malaysia, Datuk Mirza Mohamad

    Taiyab seharusnya lebih peka terhadap perkara ini. Matlamat TMM07 untuk

    memperoleh pendapatan kira-kira RM44.5 bilion dengan anggaran kedatangan 20.1

    juta pelancong adalah bergantung kepada sejauh mana kita benar-benar ikhlas

    mengetengahkan citra dan kebudayaan nasional sebagai aset pelancongan unik

    negara. Pelancong juga tidak harus sekadar dibawa melawat KLCC, Jalan Petaling,

    restoran mewah dan kompleks beli-belah sahaja. Promosi pelancongan mesti

    menyeluruh agar manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat seluruh

    pelosok negara. Kunjungan pelancong ke Malaysia tentunya lebih bermakna

    andainya mereka juga didedahkan dengan persekitaran budaya masyarakat

    tempatan.

    Program menginap di desa atau dikenal sebagai homestay pasti menyimpan

    kenangan di hati pengunjung luar selain daripada membantu ekonomi masyarakat

    desa. Keindahan alam semula jadi merangkumi pantai, pulau, dan bukit peranginan

    pasti menggamit memori pelancong untuk bertamu lagi di Malaysia. Dalam masa

  • yang sama, peranan bahasa Melayu yang kini dipanggil bahasa Malaysia sebagai

    salah satu simbol kemegahan rakyat Malaysia tidak wajar diabaikan dalam

    keghairahan menarik pelancong luar.

    BAHAN BACAAN 2

    Pelancongan pendidikan perlu unik, menarik

    Oleh WAN MAJID WAN MANSOR

    UTUSAN MALAYSIA

    11 DISEMBER 2007

    ASPEK pendidikan dan ilmu pengetahuan sesungguhnya diberi penekanan dalam

    pembangunan negara termasuk di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Di

    samping ketiga-tiga negeri Pantai Timur mempunyai Universiti Malaysianya sendiri,

    kerajaan negeri perlu mengambil satu langkah ke hadapan dan mencanangkan visi

    masing-masing untuk mengangkat bidang pendidikan tinggi ke tahap yang lebih

    tinggi dan bertaraf dunia. Ini kerana tidak cukup sekadar usaha mendirikan universiti

    dengan kemudahan moden atau membawa institusi menara gading ke kawasan yang

    kurang institusi pendidikan. Kerajaan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan juga

    perlu menyediakan pelan induk menjadikannya sebagai pusat pelancongan

  • pendidikan. Selain itu, pusat berkenaan pula perlu memiliki daya tarikan kuat dan

    keunikan yang membezakannya dengan pusat pendidikan yang sedia ada di negara

    ini. Terengganu kini sedang kiat membina Taman Ilmu di Besut untuk memenuhi

    keperluan pelajar tempatan dan luar negara.

    Taman Ilmu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad

    Badawi ketika pelancaran projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

    (ECER) pada 29 Oktober lalu adalah inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan

    pusat ilmu antarabangsa berkonsepkan kota pendidikan dan pelancongan

    pendidikan. Konsep pembangunan Taman Ilmu di kawasan seluas 700 hektar di

    Besut itu bakal melonjakkan negeri ini sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan

    ilmu bertaraf antarabangsa. Tumpuan dalam bidang ini kata Menteri Besarnya, Datuk

    Seri Idris Jusoh adalah selaras dengan slogan Terengganu sebagai Bumi Warisan,

    Ilmu dan Inovasi. Apabila siap kelak, Taman Ilmu Terengganu mampu menempatkan

    100,000 penghuni daripada kalangan pelajar, tenaga pengajar, kakitangan

    penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pekerja sektor awam dan komersial.

    Tapak projek Taman Ilmu yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri berdekatan

    kawasan pantai akan menukar kawasan itu menjadi bandar universiti bersepadu

    sepenuhnya. Kawasan ini akan dikelilingi pusat perangingan ala kampung, hotel

    bertaraf lima bintang, taman rekreasi pantai dan bandar pinggir laut.

  • Suasana ini sesuai untuk manfaat proses pengajaran dan pembelajaran dengan

    dilengkapi pemandangan dan tumpuan pelancongan. Sebab itu, pada sesetengah

    pihak berpendapat ia seperti konsep universiti terkemuka dan terbaik di dunia,

    Cambridge dan Oxford di Britain. Dengan kehadiran para pensyarah dan pemikir

    terhebat di universiti berkenaan, di samping mempunyai muzium, galeri, seni bina,

    taman herba dan botanik serta kawasan sekitar universiti yang cantik, Cambridge

    dan Oxford berjaya menarik ramai pelajar dan pelancong untuk ke sana setiap tahun.

    Banyak faedah jika Taman Ilmu Terengganu mampu dijadikan sebagai pusat

    pelancongan pendidikan. Antaranya termasuk memberikan dua sumber pendapatan

    kepada kerajaan daripada sektor pendidikan dan pelancongan. Kawasan

    persekitaran pendidikan yang kondusif juga akan menarik minat lebih ramai pelajar

    untuk belajar di sana.

    Besut akan menjadi pusat tumpuan bot dan kapal layar dengan pelbagai destinasi

    pulau dan pantai. Para pelayar boleh melawat beberapa pulau berhampiran dan

    pantai yang menarik. Pun begitu, perancangan meningkatkan taraf infrastruktur

    termasuk kemudahan terminal feri perlu dipercepatkan bagi melonjakkan Besut

    menjadi pusat pelancongan marina, sukan air dan menyusuri sungai. Di samping

    menjadi pintu masuk pelancong ke Pulau Perhentian, Besut juga menawarkan

  • pelbagai percutian berasaskan alam semula jadi untuk seisi keluarga. Pantai dan

    aktiviti menyelam dan penerokaan gua, meluncur angin Laut China Selatan, mandi-

    manda di kolam air panas dan air terjun cukup sesuai untuk pelancong tempatan

    dan asing ke sana. Namun, aspek yang tidak patut dipinggirkan ialah

    mempromosikan budaya dan warisan tempatan setiap tahun kepada pelajar baru dan

    ahli keluarga mereka. Dengan cara itu usaha ini dapat membina rasa cinta para

    pelajar kepada warisan budaya dan seni bina tempatan.

    Berdasarkan pengalaman universiti yang terkemuka, biasanya bekas-bekas pelajar

    akan kembali menziarahi pusat tempat mereka menimba ilmu. Dengan itu, kerajaan

    akan dapat kembali pelaburan dalam pelancongan pendidikan berpanjangan apabila

    setiap tahun ada bekas pelajar yang datang kembali ke Taman Ilmu untuk

    mengimbau kenangan lalu mereka di sini. Banyak negara termasuk anggota ASEAN

    sudah menerapkan konsep pelancongan pendidikan dalam pelan pembangunan

    mereka. Singapura boleh dianggap negara yang berjaya memanfaatkan konsep ini.

    Indonesia pula mempromosikan Universiti Perubatan Udayana di Bali dan

    menstrukturkan semula bandar Yogyakarta menjadi pusat pelancongan pendidikan.

    Begitu juga Hawaii misalnya yang mempotret wilayah itu sebagai pusat tumpuan

    warga China mengikuti latihan bidang perniagaan. Pantai Dendong di Hawaii dikenal

    pasti untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan pendidikan tersebut.

  • Kerajaan menyasarkan 100,000 pelajar asing mendapatkan pendidikan di institusi

    pengajian tinggi (IPT) di negara ini menjelang 2010 berbanding dengan 50,000 pelajar

    sekarang. Jika Malaysia terus menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan

    lokasi kampus yang cantik dan menarik, negara kita berpotensi menjadi negara

    pilihan pelajar asing. Pemikiran untuk mengubah Besut menjadi Taman Ilmu dengan

    konsep pelancongan pendidikan merupakan cadangan yang boleh direalisasikan

    semua pihak. Malaysia memerlukan bukan satu tetapi lebih banyak lagi konsep

    taman ilmu.

    BAHAN BACAAN 3

    UTUSAN MALAYSIA

    ARKIB : 19/06/2008

    Menyuburkan industri pelancongan perubatan Malaysia

    TERDAPAT sesuatu yang cukup istimewa dalam laporan khas yang ditonton oleh

    penulis melalui sebuah stesen televisyen di kota Melbourne baru-baru ini. Dalam

    rancangan Today Tonight yang mendapat rating penonton yang cukup tinggi telah

    memaparkan tentang pengalaman manis beberapa warga Australia yang melalui apa

    yang dikatakan sebagai 'Pelancongan Perubatan' (Medical Tourism) di Malaysia.

  • Malaysia digambarkan sebagai destinasi pilihan selain beberapa negara lain di Asia

    untuk 'berubat sambil melancong.' Memetik kata-kata seorang responden dalam

    laporan berita ini iaitu Lynda Clifford, warga Australia berusia 48 tahun, pe-

    ngalamannya di Kuala Lumpur baru- baru ini digambarkan sebagai 'sambil

    menyelam minum air' kerana dia melalui sesi-sesi rawatan 'fizikal, emosi dan

    spiritual.' Lynda telah berjaya melalui pembedahan wajahnya yang diseliakan oleh

    Dr. Nasir Zahari seorang doktor Melayu tempatan, di sebuah hospital swasta di Kuala

    Lumpur. Dia diberikan juga rawatan bersifat kaunseling bagi memberikan keyakinan

    kepada dirinya sebelum dan selepas sesi pembedahan.

    Dalam masa yang sama, Lynda turut berkesempatan melancong di lokasi-lokasi

    menarik di sekitar tanah air kita selepas menjalani pembedahannya itu. Begitu juga

    dengan pengalaman Rosie Bates, 34 tahun, yang melalui pembedahan perut dan

    liposuction di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. Rosie mengakui

    bahawa dia mendapat layanan 'lima bintang' sepanjang berada di Malaysia dan

    bersyukur kerana di samping ke- jayaan pembedahannya, dia dan suami da- pat

    menghabiskan masa melancong pada kos yang dianggap sangat berpatutan. Kisah

    Lynda dan Rosie ini adalah sebahagian daripada ribuan rakyat Australia bahkan

    kebanyakan negara maju yang lain, yang mengiktiraf akan kemampuan dan

    kepakaran pengamal perubatan dan teknologi perubatan di Malaysia yang setanding

  • dengan apa yang ada di negara mereka sendiri.

    Tambahan lagi bahawa kos yang perlu dikeluarkan untuk 'menyelamatkan nyawa dan

    maruah' atau 'mencantikkan tubuh badan' adalah begitu murah jika dibandingkan

    dengan rawatan di negara mereka sendiri. Apatah lagi jika kos yang di- kenakan

    adalah turut merangkumi pakej percutian yang cukup hebat kerana Malaysia

    memang terkenal memiliki sebegitu banyak tempat-tempat menarik. Melalui laman

    web www.malaysiahealthcare.com, dinyatakan bahawa terdapat beberapa pusat

    perubatan dan hospital swasta dan kerajaan yang menyediakan pakej-pakej tertentu

    dalam 'percutian perubatan.' Beberapa jenis rawatan perubatan yang popular kepada

    kalangan 'pelancong perubatan' juga disenaraikan termasuklah rawatan kardiologi,

    ortopediks, pergigian, pembedahan kosmetik sehinggalah kepada prosedur

    pembedahan minor. Menurut Dr. Norman seorang pakar perubatan tempatan

    Australia dalam temu bual berita Today Tonight ini, kos keseluruhan untuk

    menikmati satu-satu pakej pelancongan perubatan ini secara puratanya adalah satu

    pertiga daripada kos yang terpaksa ditanggung di Australia.

    Dalam kes Lynda, dia hanya mengeluarkan belanja AUD11,600 (kira-kira RM35,000)

    untuk pembedahan sekali gus percutian di Malaysia berbanding AUD20,000

    (RM60,000) hanya untuk kos pembedahan. Ini jelas menunjukkan Malaysia

  • sememangnya telah berjaya memahatkan namanya sebagai salah satu hub

    pelancongan perubatan yang bertaraf dunia. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan

    oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) terdapat peningkatan positif dalam

    jumlah pelancong asing yang mendapatkan rawatan kesihatan di Malaysia iaitu

    seramai 296,687 orang pada tahun 2006 berbanding 75,210 sahaja pa- da tahun 2001.

    Ini merupakan satu perkembangan positif dalam industri pelancongan perubatan ini

    yang mana ia dikatakan telah berjaya menjana pulangan kewangan sebanyak

    RM203.66 juta sehingga tahun 2006 yang lalu. Apabila cerita tentang kualiti

    perubatan di Malaysia diuar-uarkan dalam media massa antarabangsa misalnya

    seperti di Melbourne, ia jelas menunjukkan bahawa masyarakat dunia telah

    membuka 'mata hati' untuk tidak terlalu berideologikan tanggapan bahawa hanya

    negara maju yang pakar dalam dunia perubatan.

    Kita tentunya tidak mahu mendengar komen-komen negatif daripada pihak luar yang

    mengatakan bahawa sektor pelancongan perubatan di Malaysia adalah merugikan

    bahkan mengancam nyawa pelancong yang mengikuti satu-satu proses rawatan di

    sini. Sebagai mana yang ditegaskan dalam laporan Today Tonight, 59 peratus

    pelancong perubatan warga Australia terpaksa mendapatkan rawatan semula di

    negara sendiri kerana kegagalan pembedahan yang dilakukan di negara luar. Untuk

    itu pihak-pihak yang terlibat harus membuktikan bahawa negara kita benar-benar

  • berupaya memberikan rawatan yang bertaraf antarabangsa kepada para pelancong.

    BAHAN BACAAN 4

    UTUSAN MALAYSIA

    ARKIB : 14/01/2010

    Hapuskan sahaja VOA

    Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

    KEMENTERIAN Pelancongan barangkali boleh berbangga kerana berjaya melepasi

    sasaran kedatangan pelancong seperti yang diunjurkan tahun lalu. Jumlah

    pelancong seramai 23.65 juta orang yang dicatatkan tahun lalu jauh melepasi

    sasaran seramai 19 juta orang seperti yang disasarkan. Kejayaan itu meletakkan

    Malaysia di tangga kedua di kalangan negara yang melebih sasaran kemasukan

    pelancong tahun lalu selepas Korea Selatan. Tidak dinafikan, peningkatan pelancong

    tahun lalu yang turut mengatasi jumlah pelancong pada 2008 (22 juta orang) adalah

    sesuatu yang boleh dibanggakan. Apatah lagi industri pelancongan di kebanyakan

    negara agak terjejas lewat dua tahun kebelakangan ini kerana krisis ekonomi global.

    Maka, industri pelancongan negara boleh dilihat sangat kompetitif ketika negara lain

    bergelut mempromosikan pelancongan di negara masing-masing. Ironinya, ketika

    Kementerian Pelancongan meraikan kejayaan melepasi sasaran itu, seramai hampir

  • 40,000 warga India pula dilaporkan hilang secara misteri.

    Mereka ini didakwa menyalahgunakan visa pelancongan dan tinggal di negara ini

    secara tidak sah. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri

    Najib Tun Razak yang ternyata bimbang dengan senario itu. Isu penyalahgunaan visa

    ketibaan (VOA) ini sebenarnya pernah beberapa kali mendapat perhatian pelbagai

    pihak kerana peningkatan mendadak kes penyalahgunaan hanya selepas beberapa

    tahun diperkenalkan. Mula dilaksanakan pada 1 September 2006 sempena Tahun

    Melawat Malaysia, VOA bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong asing

    melawat negara ini seterusnya merancakkan pelbagai rantaian ekonomi. Namun, ia

    dijadikan kesempatan oleh beberapa rakyat asing untuk memasuki negara ini secara

    sah, tetapi enggan pulang meskipun selepas tamat tempoh visa pelancongan

    tersebut.

    Sehingga akhir 2008 misalnya, iaitu selepas kira-kira dua tahun VOA diperkenalkan,

    hampir 30 peratus daripada 251,908 visa yang dikeluarkan telah disalah guna. Ia

    membabitkan lebih 70,000 pelancong yang kebanyakannya berasal dari negara-

    negara konflik dan miskin. Mereka menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk

    mencari pekerjaan serta sebagai transit sebelum ke negara lain terutamanya

    Australia dan New Zealand. Warganegara India, Pakistan, Bangladesh, China dan Sri

  • Lanka adalah antara yang dikenal pasti paling ramai menyalahgunakan visa tersebut.

    Beberapa kes juga dikesan di kalangan pelancong dari Myanmar, Nepal, Afghanistan,

    Bhutan , Hong Kong dan Taiwan. Penyelewengan VOA itu semakin memburukkan

    masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelumnya sudah pun menjadi isu

    negara. Apatah lagi, Malaysia juga sudah sedia dibanjiri dengan buruh asing sah

    yang bekerja di kawasan ladang dan tapak pembinaan.

    Itu belum lagi mengambil kira warga asing yang menyalahgunakan visa pelajar untuk

    tinggal lebih masa. Warganegara Afrika paling ramai yang dikesan memasuki negara

    ini menggunakan visa pelajar tetapi tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

    Kelibat warga asing yang boleh dilihat dengan mudah di kebanyakan kawasan

    mengundang kebimbangan dan rasa tidak selesa di kalangan rakyat tempatan.

    Peningkatan kes jenayah membabitkan warga asing, penyakit berjangkit dan

    kewujudan komuniti yang tidak seimbang adalah risiko yang dikaitkan dengan

    kebanjiran warga asing itu. Isu keselamatan ini juga yang mendesak kepada

    tindakan serius oleh kerajaan termasuk menghapuskan pelaksanaan VOA. Apatah

    lagi selepas beberapa langkah yang diambil oleh Jabatan Imigresen dalam

    menangani perkara itu tidak menunjukkan kejayaan sepenuhnya. Jabatan Imigresen

    sebelum ini pernah memperketatkan pengeluaran visa ketibaan kepada sesetengah

    negara, selain menaikkan kadar bayaran untuk mendapatkan visa daripada RM30

  • kepada RM300.

    Butiran terperinci pelancong asing yang memohon visa juga diambil bagi

    memudahkan kerajaan mengesan pemohon itu sekiranya berlaku kes kecemasan.

    Malangnya, butiran itu masih gagal membantu barangkali kerana tidak ada

    penyelarasan dalam perkongsian maklumat itu di kalangan agensi yang terbabit.

    Dalam masa yang sama, kekuatan anggota juga dipertingkatkan bagi memburu

    pelancong yang tinggal lebih masa ini. Namun kita perlu mengakui bahawa dengan

    kekuatan anggota keselamatan yang tidak seberapa, adalah sukar untuk menjejak

    kesemua pelancong lebih masa itu di seluruh negara. Sementelah, mereka ini juga

    sangat licik bersembunyi bagi mengelak dikesan. Mereka mungkin tidak seperti

    pekerja sah lain yang bekerja di tempat terbuka seperti di pusat membeli-belah,

    bangunan korporat dan sebagainya. Sebaliknya, kebanyakan pelancong lebih masa

    ini bekerja di kawasan-kawasan kampung dan kejiranan yang kecil.

    Mereka bekerja di kedai runcit, restoran, kedai gunting dan kedai jahit mengikut

    kemahiran masing-masing. Disebabkan sudah terlalu biasa pula, rakyat tempatan

    pula tidak mempersoalkan kehadiran warga asing ini selagi mereka tidak

    menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam. Sikap rakyat tempatan

    ini menyebabkan warga asing semakin selesa sehingga ada yang berkahwin dengan

  • rakyat tempatan. Kes-kes ini bukan lagi terpencil kerana masalah anak-anak kaum

    tertentu yang tidak memiliki sijil kelahiran kerap dilaporkan berlaku. Besar

    kemungkinan, anak-anak ini merupakan anak warga asing dan kerajaan perlu

    memberikan taraf kerakyatan atas pertimbangan politik dan kemanusiaan. Kerajaan

    juga perlu mengelak pelbagai beban sosial lain sekiranya anak-anak tanpa taraf

    warganegara ini semakin ramai. Maka, dengan pertimbangan kesan buruk yang

    bakal dihadapi oleh negara dalam jangka masa panjang, adalah wajar sekiranya visa

    ketibaan itu dimansuhkan.

    Sebaliknya, urusan kemasukan pelancong ke negara ini perlu melalui dokumentasi

    yang lebih selamat dan terjamin iaitu menerusi penggunaan pasport antarabangsa.

    Jika visa ketibaan itu dilihat masih wajar dilaksanakan, maka kerajaan perlu merujuk

    kepada kaedah pengeluaran visa ketibaan yang digunakan oleh beberapa negara lain

    terutamanya United Kingdom. Di sana, pemegang visa yang tidak boleh berbahasa

    Inggeris perlu pulang ke negara asal pada penerbangan yang paling awal. Kredibiliti

    pemegang visa juga disaring dengan merujuk kepada pihak bank dan majikan bagi

    memastikan pelancong itu benar-benar melancong pada kemampuan mereka. Ini

    adalah antara yang boleh dijadikan rujukan oleh kerajaan dalam memastikan visa

    negara ini tidak lagi disalahgunakan dengan mudah. Kaedah lain yang dilihat

    munasabah juga adalah dengan memendekkan tempoh visa ketibaan kepada hanya

  • beberapa hari, sesuai dengan tujuan untuk melancong. Pelancong dengan visa

    ketibaan juga wajar mempunyai tiket penerbangan pergi balik yang sah dan

    dikemukakan kepada pegawai imigresen sewaktu mendaftar masuk ke negara ini.

    Posted by ZULKARNAIN FARIHIN PHILIP SELI at 6:41 PM 0 comments

    ISU UTAMA RAMALAN KARANGAN STPM 2010

    Gelombang ancaman virus H1N1

    Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

    [email protected]

    BELUM pun bebas sepenuhnya daripada virus selesema burung, rantau Asia kini

    berdepan pula dengan risiko ancaman virus selesema babi. Ketika ini, virus yang

    dikesan pertama kali di Mexico itu sudah merebak dengan pantas ke beberapa buah

    negara bersempadan termasuk di Amerika Syarikat, Kanada malah sehingga ke New

    Zealand. Sehingga laporan ini ditulis, 103 rakyat Mexico sudah menjadi korban

    dalam tempoh beberapa hari ia mula dikesan. Jumlah itu dijangka meningkat melihat

    kepada betapa pantasnya ia tersebar. Secara ringkasnya selesema babi ini

    merupakan penyakit influenza yang disebabkan virus influenza A subjenis H1N1.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti yang dipetik daripada laporan

  • Reuters, beberapa kawasan di Mexico dikesan dijangkiti strain baru virus H1N1 yang

    belum pernah ditemukan sebelum ini.

    Secara genetiknya, virus selesema babi ini berbeza dengan virus influenza manusia

    H1N1 yang dikesan sebelum ini. Kerana itu juga meskipun virus ini dikenali sebagai

    virus selesema babi, namun strain baru ini tidak pernah ditemukan pada haiwan

    ternakan babi. Ia mengandungi DNA yang menyerupai virus avian, virus babi

    termasuk elemen daripada virus babi Eropah dan Asia serta virus manusia. Agensi

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut,

    virus ini mampu menjangkiti daripada manusia ke manusia. Ia merebak sama ada

    menerusi bersin, batuk atau dipindahkan daripada tangan mereka yang tidak dicuci

    dengan bersih. Sejak Disember 2005 hingga Februari tahun ini, 12 laporan mengenai

    jangkitan virus itu dicatatkan dengan hanya seorang yang mempunyai hubungan

    langsung dengan haiwan babi. Ketika itu, belum dibuktikan virus ini menular

    daripada manusia ke manusia. Wabak virus selesema babi ini difahamkan pernah

    dikesan pada 1941 dan membunuh jutaan nyawa di Eropah. Namun sejauh mana

    kesahihan laporan yang berlegar di beberapa laman sesawang tidak dapat disahkan.

    Apa pun, ia secara tidak langsung menggambarkan betapa wabak ini mampu

    mencetuskan gelombang ancaman yang ganas dan tidak boleh dipandang mudah.

  • Hakikat itu turut diakui oleh pakar virologi dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti

    Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Siti Suri Arshad yang menyifatkan virus itu

    boleh membawa ancaman yang dahsyat. Lebih dahsyat berbanding wabak selesema

    burung dan sindrom pernafasan akut teruk (SARS). Ini kerana katanya, virus itu

    merupakan kombinasi tiga virus dalam satu iaitu yang biasa ditemui di dalam badan

    manusia, burung dan babi. Virus H1N1 sememangnya diketahui wujud dalam badan

    manusia dan babi. Namun, bagaimana virus itu dapat bercampur dengan virus

    daripada burung masih lagi menjadi misteri. Sehingga kini menurut Siti Suri, saintis

    belum dapat memastikan jujukan genom virus tersebut. "Kerana itu juga virus ini

    belum ditemukan vaksinnya. Sementelah saintis antarabangsa sebelum ini memberi

    tumpuan kepada pencarian vaksin bagi virus selesema burung," katanya.

    Siti Suri menambah, penyebarannya yang boleh berlaku daripada manusia ke

    manusia juga menyebabkan virus itu mampu merebak dengan pantas. Justeru

    katanya, kaedah pencegahan terbaik yang boleh diambil oleh kerajaan ialah

    melarang rakyat negara ini berkunjung ke negara yang dilaporkan dijangkiti wabak

    itu. "Langkah kuarantin juga perlu diperketatkan terutamanya di kalangan pelancong

    atau rakyat negara ini yang baru balik dari negara tersebut," tambah beliau.

    Meskipun wabak itu hanya dikesan di Eropah ketika ini, namun rantau Asia berhak

    berasa cemas meskipun diingatkan WHO supaya tidak panik. Pengalaman berdepan

  • dengan wabak hampir serupa iaitu selesema burung sejak 1997 masih menjadi

    misteri sehingga kini. Virus H5N1 yang pertama kali dikesan di Hong Kong itu

    membunuh tidak kurang daripada 247 orang di seluruh dunia. Indonesia mencatat

    kematian tertinggi akibat jangkitan virus tersebut iaitu kira-kira 107 orang.

    Sebelumnya, rantau Asia juga diancam wabak penyakit misteri yang menyamai

    penyakit radang paru-paru tetapi tidak diketahui puncanya (atypical pneumonia).

    Penyakit yang dikenali sebagai SARS itu merebak dengan pantas selepas pertama

    kali dikesan di Asia Timur. Antara negara Asia yang terbabit dengan dengan SARS

    ialah Thailand, Singapura, Taiwan, Filipina, Indonesia, Singapura, China dan Hong

    Kong.

    Malaysia sendiri walaupun berja