karangan catatan hari sukan

2
20 Januari 2012 8.00 pagi Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 telah mengadakan sambutan Hari Sukan yang ke-15.Sambutan ini diadakan di padang sekolah.Guru-guru bertungkus-lumus menghias padang dengan bendera-bendera kecil yang berwarna-warni.Semua khemah dihias dengan riben-riben yang berwarna hijau,kuning,merah dan biru.Para tetamu dan murid-murid mula membanjiri padang. 9.00 pagi Para peserta menyertai acara perbarisan lintas hormat.Peserta-peserta rumah kuning memakai pakaian seperti lebah, peserta-peserta rumah hijau memakai pakaian seperti buaya, peserta-peserta rumah merah memakai pakaian seperti semut dan peserta-peserta rumah biru memakai pakaian seperti ikan.Ketua Murid melafazkan ikrar.Murid-murid turun ke padang untuk membuat sedikit senaman. 11.00 pagi Guru besar,Puan Mazarah binti Mansor memberi sedikit taklimat kepada para tetamu dan murid-murid.Puan Mazarah binti Mansor menasihati murid-murid supaya berhati-hati semasa melakukan acara sukan. Selepas itu beliau merasmikan majlis.Beberapa belon yang berwarna kuning,hijau,merah dan biru dilepaskan ke langit.Para tetamu dan murid- murid bertepuk tangan. 1.00 petang Acara sukan bermula.Pelbagai acara telah dipertandingan. Antaranya lumba lari,lompat tinggi,lontar peluru,sukaneka dan sebagainya.Para tetamu bersorak-sorak dan bertepuk tangan untuk menyokong anak- anak masing-masing.Rakan- rakan peserta memberi sokongan kepada peserta-peserta sambil menunggu giliran mereka untuk berlari.Suasana sangat meriah. 3.00 petang Acara penyampaian hadiah bermula.Rumah kuning telah menjadi johan manakala rumah hijau menjadi naib johan.Olahragawati telah disandang oleh Darshana Araventhan. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Ibu bapa pula mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar anak-anak mereka yang menerima hadiah.Para tetamu menikmati sedikit juadah di kantin sekolah.Murid-murid makan dengan gelojoh.

Upload: rony-arokiasamy

Post on 29-Apr-2017

1.713 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Catatan Hari Sukan

20 Januari 2012

8.00 pagi

Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 telah mengadakan sambutan Hari Sukan yang ke-15.Sambutan ini diadakan di padang sekolah.Guru-guru bertungkus-lumus menghias padang dengan bendera-bendera kecil yang berwarna-warni.Semua khemah dihias dengan riben-riben yang berwarna hijau,kuning,merah dan biru.Para tetamu dan murid-murid mula membanjiri padang.

9.00 pagi

Para peserta menyertai acara perbarisan lintas hormat.Peserta-peserta rumah kuning memakai pakaian seperti lebah, peserta-peserta rumah hijau memakai pakaian seperti buaya, peserta-peserta rumah merah memakai pakaian seperti semut dan peserta-peserta rumah biru memakai pakaian seperti ikan.Ketua Murid melafazkan ikrar.Murid-murid turun ke padang untuk membuat sedikit senaman.

11.00 pagi

Guru besar,Puan Mazarah binti Mansor memberi sedikit taklimat kepada para tetamu dan murid-murid.Puan Mazarah binti Mansor menasihati murid-murid supaya berhati-hati semasa melakukan acara sukan. Selepas itu beliau merasmikan majlis.Beberapa belon yang berwarna kuning,hijau,merah dan biru dilepaskan ke langit.Para tetamu dan murid-murid bertepuk tangan.

1.00 petang

Acara sukan bermula.Pelbagai acara telah dipertandingan. Antaranya lumba lari,lompat tinggi,lontar peluru,sukaneka dan sebagainya.Para tetamu bersorak-sorak dan bertepuk tangan untuk menyokong anak-anak masing-masing.Rakan- rakan peserta memberi sokongan kepada peserta-peserta sambil menunggu giliran mereka untuk berlari.Suasana sangat meriah.

3.00 petang

Acara penyampaian hadiah bermula.Rumah kuning telah menjadi johan manakala rumah hijau menjadi naib johan.Olahragawati telah disandang oleh Darshana Araventhan. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Ibu bapa pula mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar anak-anak mereka yang menerima hadiah.Para tetamu menikmati sedikit juadah di kantin sekolah.Murid-murid makan dengan gelojoh.

Page 2: Karangan Catatan Hari Sukan

4.00 petang

Para tetamu dan murid-murid pulang ke rumah.Guru Besar bersyukur kerana majlis berjalan lancar dan berharap agar sambutan hari sukan ini akan diadakan dengan lebih meriah pada tahun depan.