karangan bm

3
Kehadapan saudari ................... yang selalu diingati. Bagaimanakah keadaan saudari di sana ? Terima kasih atas surat kiriman saudari.. Saya ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk membalas surat saudari kerana saya kekangan masa. Namum begitu, saya cuba membalas surat saudari sebaik mungkin. Persoalan yang diutarakan oleh suadari sangat menarik dan menyedarkan saya mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam penggunaan internet oleh anak-anak. Dunia sekarang sentiasa dihidangkan dengan pelbagai penemuan teknologi baru. Internet boleh diakses walau di mana kita berada. Gajet terkini seperti telefon pintar dan komputer tablet menjanjikan kemudahan yang bukan edikit untuk para penggunanya. Hal ini termasuklah golongan remaja. Oleh yang demikian, ibu bapalah yang menjadi tonggak utama untuk membentuk sahsiah anak-anak bukan sahaja dalam kehidupan seharian malah dalam penglibatan di alam siber yang tiada hadnya. Saudari, Pada pendapat saya, peranan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka dapat manfaat daripada internet adalah mendidik anak-anak supaya menggunakan internet untuk perkara yang berfaedah seperti mencari maklumat tambahan atau pengetahuan yang baru. Seperti saudari sedia maklum, era globalisasi ini menjanjikan dunia tanpa sempadan yang dapat menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Kemudahan internet yang diperkenalkan mempunyai variasi laman web yang pelbagai. Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan memberi garis panduan yang betul dalam melayari internet. Mungkin kedengaran agak janggal, tetapi untuk melayari internet juga memerlukan ibu bapa mengajar tatatertib penggunaanya. Anak-anak perlu didedahkan dengan cara menggunakan internet melalui saluran yang betul. Ibu bapa juga harus menekankan penerapan nilai agama dan moral yang kukuh dalam diri anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana melalui nilai-nilai agama dapat membantu anak-anak mengetahui setiap kebaikan dan keburukan yang datang akibat perbuatan mereka. kesedaran moral yang tinggi akan membataskan tindakan anak-anak daripada melayari laman sesawang yang tidak berfaedah dan mendatangkan kemudaratan. Didikan yang betul dan bersesuaian daripada ibu bapa mampu mengekang penyalahgunaan internet dalam kalangan anak-anak yang mampu membawa implikasi negatif dalam pemikiran anak-anak dan lebih menekankan menfaat yang akan diperoleh daripada kemudahan teknologi ini. Selain itu saya merasakan pantauan secara berkala daripada ibu bapa dapat memastikan anak-anak memperoleh manfaat yang berguna daripada internet. Zaman serba canggih membolehkan setiap komputer dilengkapi dengan program parental controls yang membolehkan ibu bapa menapis laman web yang berunsur lucah atau yang dirasakan tidak sesuai untuk anak-anak mereka. di samping itu saudari, ibu bapa juga perlu kerap memeriksa senarai laman web yang dilayari oleh anak-anak mereka. semua perkara ini sudah tersedia di dalam setiap komputer mahupun tablet seperti ipad. Semua kemudahan ini memudahkan ibu bapa mengawal penggunaan internet. Oleh sebab sekarang ini kanak-kanak seawal umur 6 atau 7 tahun juga sudah pandai melayari internet, tindakan terbaik yang patut dilakukan oleh ibu bapa adalah sentiasa bersama anak-anak ketika mereka melayari internet. Oleh itu, ibu bapa boleh melakukan pemantauan secara langsung terhadap anak-anak. Tanpa kawalan mahupun pantauan dari ibu bapa, anak-anak akan bebas melayari laman sesawang yang mereka gemari dan lama kelamaan

Upload: nur-fitrah

Post on 21-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Bm

Kehadapan saudari ................... yang selalu diingati. Bagaimanakah keadaan saudari di sana ? Terima kasih atas surat kiriman saudari.. Saya ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk membalas surat saudari kerana saya kekangan masa. Namum begitu, saya cuba membalas surat saudari sebaik mungkin. Persoalan yang diutarakan oleh suadari sangat menarik dan menyedarkan saya mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam penggunaan internet oleh anak-anak. Dunia sekarang sentiasa dihidangkan dengan pelbagai penemuan teknologi baru. Internet boleh diakses walau di mana kita berada. Gajet terkini seperti telefon pintar dan komputer tablet menjanjikan kemudahan yang bukan edikit untuk para penggunanya. Hal ini termasuklah golongan remaja. Oleh yang demikian, ibu bapalah yang menjadi tonggak utama untuk membentuk sahsiah anak-anak bukan sahaja dalam kehidupan seharian malah dalam penglibatan di alam siber yang tiada hadnya.

Saudari,

Pada pendapat saya, peranan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka dapat manfaat daripada internet adalah mendidik anak-anak supaya menggunakan internet untuk perkara yang berfaedah seperti mencari maklumat tambahan atau pengetahuan yang baru. Seperti saudari sedia maklum, era globalisasi ini menjanjikan dunia tanpa sempadan yang dapat menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Kemudahan internet yang diperkenalkan mempunyai variasi laman web yang pelbagai. Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan memberi garis panduan yang betul dalam melayari internet. Mungkin kedengaran agak janggal, tetapi untuk melayari internet juga memerlukan ibu bapa mengajar tatatertib penggunaanya. Anak-anak perlu didedahkan dengan cara menggunakan internet melalui saluran yang betul. Ibu bapa juga harus menekankan penerapan nilai agama dan moral yang kukuh dalam diri anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana melalui nilai-nilai agama dapat membantu anak-anak mengetahui setiap kebaikan dan keburukan yang datang akibat perbuatan mereka. kesedaran moral yang tinggi akan membataskan tindakan anak-anak daripada melayari laman sesawang yang tidak berfaedah dan mendatangkan kemudaratan. Didikan yang betul dan bersesuaian daripada ibu bapa mampu mengekang penyalahgunaan internet dalam kalangan anak-anak yang mampu membawa implikasi negatif dalam pemikiran anak-anak dan lebih menekankan menfaat yang akan diperoleh daripada kemudahan teknologi ini.

Selain itu saya merasakan pantauan secara berkala daripada ibu bapa dapat memastikan anak-anak memperoleh manfaat yang berguna daripada internet. Zaman serba canggih membolehkan setiap komputer dilengkapi dengan program ‘parental controls’ yang membolehkan ibu bapa menapis laman web yang berunsur lucah atau yang dirasakan tidak sesuai untuk anak-anak mereka. di samping itu saudari, ibu bapa juga perlu kerap memeriksa senarai laman web yang dilayari oleh anak-anak mereka. semua perkara ini sudah tersedia di dalam setiap komputer mahupun tablet seperti ipad. Semua kemudahan ini memudahkan ibu bapa mengawal penggunaan internet. Oleh sebab sekarang ini kanak-kanak seawal umur 6 atau 7 tahun juga sudah pandai melayari internet, tindakan terbaik yang patut dilakukan oleh ibu bapa adalah sentiasa bersama anak-anak ketika mereka melayari internet. Oleh itu, ibu bapa boleh melakukan pemantauan secara langsung terhadap anak-anak. Tanpa kawalan mahupun pantauan dari ibu bapa, anak-anak akan bebas melayari laman sesawang yang mereka gemari dan lama

Page 2: Karangan Bm

kelamaan membawa kemudaratan atau ketagihan kepada anak-anak. Bukan bermaksud ibu bapa harus mengongkong segala yang dilakukan oleh mereka, tetapi cukuplah sekadar mengambil tahu apa yang dilakukan, dilihat dan dibaca daripada internet.

Saudari yang dihormati,

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk sentiasa memberi galakan kepada anak-anak untuk mencari dan menambah pengetahuan am mereka. galakan untuk memupuk minat membaca juga boleh dilakukan menggunakan internet. Dengan cara ini, anak-anak memperoleh sesuatu yang berguna untuk diri mereka. tanpa galakan dan dorongan daripada ibu bapa, mereka hanya akan melayari internet untuk mencari keseronokan semata-mata tanpa ada hala tuju yang betul. Laman sosial yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tentunya akan menjadi pilihan dan tumpuan utama anak-anak daripada mengumpul maklumat yang berguna. Apabila ada perkara yang kurang difahami oleh anak-anak, ibu bapa sebaiknya menggalakan mereka mencari maklumat mengenai perkara yang tidak difahami itu melalui internet berbanding menjelaskan terus pertanyaan itu kepada anak-anak. Ibu bapa bersama-sama anak-anak mencari gali pelbagai informasi terkini, mengajar anak-anak membaca surat khabar melalui talian terus dalam internet. Hal ini dapat menyuburkan minat dalam diri anak-anak untuk sentiasa merungkaikan pertanyaan melalui internet dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, barulah internet mendatangkan pelbagai kebaikan kepada anak-anak.

Saya berpendapat kemahiran ibu bapa mengenai dunia siber turun memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka beroleh manfaat daripada internet. Bagaimanakah ibu bapa yang buta IT dapat mengetahui apakah yang dilakukan anak-anak di hadapan komputer melayari internet? Tentu sukar dan tidak bermakna tanpa sebarang pengetahuan mengenai internet. Oleh itu, setiap ibu bapa haruslah mempunyai ilmu mengenai alam siber walaupun sedikit. Sekurang-kurangnya tahu apa itu internet dan bagaimana ingin mengakses internet. Ibu bapa tidak sepatutnya hanya menjadi tukang bayar bil bulanan internet sebaliknya turut mempunyai pengetahuan teknologi ini. Tanpa sebarang pengetahuan , ibu bapa mudah ditipu oleh anak-anak dan pantauan terhadap penggunaan internet anak-anak tidak dapat dilakukan. Apabila ibu bapa dilengkapi dengan kemahiran mengenai dunia siber, maka mudahlah bagi mereka untuk mengajar anak-anak menggunakan saluran yang betul. Kejutan budaya bukan sahaja boleh berlaku apabila seseorang individu melangkah ke dunia yang lain daripada kebiasaan mereka, tetapi boleh berlaku apabila penyalahgunaan internet terjadi. Budaya barat terutamanya banyak dimuatkan dalam laman internet kerana merekalah yang mempelopori teknologi ini. Anak-anak akan mudah terpengaruh kerana mereka melayari internet tanpa sebarang sekatan. Hal ini boleh terjadi sekiranya ibu bapa buta IT. Dengan menajamkan dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi memboleh ibu bapa lebih memahami selok belok dunia teknologi maklumat ini seterusnya dapat memastikan anak-anak mendapat manfaat daripada internet.

Sebenarnya terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa namun setakat ini sajalah yang saya mampu kongsikan dengan saudari. Saya pasti saudari bersetuju dengan saya bahawa apabila ibu bapa memainkan peranan secara dominan dalam penggunaan internet anak-anak , pastinya gejala sosial yang semakin menular ditambah lagi dengan kerosakan akhlak dan moral yang semakin

Page 3: Karangan Bm

kritikal dapat diatasi secara efektif. Akhir kalam, saya berharap kita terus berhubung dan berbincang mengenai pelbagai perkara yang menarik dan bermanfaat.