bm extra karangan

38
KERTAS 2 BAHAGIAN B KARANGAN BERPANDU SOALAN 1 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya pencemaran sungai. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Upload: jern-loew

Post on 24-Jun-2015

867 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Extra Karangan

KERTAS 2 BAHAGIAN B KARANGAN BERPANDU

SOALAN 1 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya pencemaran sungai. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Page 2: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 1

Faktor-faktor Pencemaran Sungai Pengenalan Banyak sungai di negara kita telah tercemar. - semakin bertambah dan membimbangkan - boleh menjejaskan kehidupan hidupan akuatik - mengancam kehidupan manusia Idea-idea utama Pembuangan sampah dan najis ke dalam sungai.

- sungai berbau busuk dan meloyakan - pengaliran sungai tersekat dan menjadi cetek - mengotorkan sungai tersebut yang dahulunya amat jernih

Kilang-kilang mengalirkan sisa-sisa toksik ke dalamnya.

- kualiti kebersihan air terjejas - membunuh hidupan akuatik di dalamnya - pendapatan kaum nelayan terjejas

Berlakunya hakisan tanah akibat daripada pembalakan dan penerokaan hutan.

- tanah yang terhakis akan menimbusi sungai - sungai cetek dan airnya keruh - pelbagai sampah turut mendiami sungai ini

Aktiviti mengorek pasir dari dasar sungai.

- air menjadi keruh dan berkeladak - menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam sungai - menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit

Penutup Pencemaran sungai perlu ditangani dengan segera.

- pelbagai pihak perlu berganding bahu - air sumber semula jadi yang maha penting - jangan sampai “ sudah terhantuk baru nak mengadah”

Page 3: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 2

SOALAN 2 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

Page 4: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 3

Tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Pengenalan Malaysia memiliki banyak tempat yang menarik.

- dijadikan destinasi pelancongan yang utama - mampu menarik ramai pelancong dalam mahupun luar negara - setaraf dengan destinasi pelancongan di dunia

Isi-isi Penting Malaysia terkenal dengan gua-gua yang menarik.

- sebagai contoh Gua Niah yang terdapat di Sarawak - menarik ramai pengunjung yang ingin melihat keindahannya - berjaya menarik ribuan pelancong dalam setahun

Keindahan di negara kita memang tidak dapat dinafikan lagi.

- memiliki pesisiran pantai dan laut yang menarik. - sesuai dijadikan tempat beristirehat dan berkelah - pantai Port Dickson,pantai Pulau Langkawi dan pelbagai lagi.

Negara kita juga memiliki keunikan semulajadi.

- Rantau Abang misalnya, menjadi tempat penyu mendarat. - bertelur di kawasan ini dan kemudiannya balik semula ke laut - menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat penyu-penyu ini secara lebih dekat.

Melaka pula terkenal dengan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah.

- banyak tinggalan penjajah terdapat di negeri ini. - antaranya Tugu A.Farmosa,Bangunan Stadhuy’s dan banyak lagi - memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman apabila berkunjung ke sini.

Penutup Sudah terang lagi bersuluh, Malaysia sesuai untuk dikunjungi.

- menawarkan pelbagai pilihan destinasi kepada para pelancong - memberi kepuasan kepada para pengunjungnya - setaraf dengan pusat pelancongan yang ada di dunia ini

Page 5: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 4

SOALAN 3 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat meningkatkan sektor pertanian negara . Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Page 6: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 5

Cara-cara Meningkatkan Sektor Pertanian Pengenalan Sektor pertanian semakin mendapat perhatian oleh kerajaan.

- dapat mendatangkan pulangan yang lumayan - meningkatkan ekonomi negara - menawarkan peluang pekerjaan yang luas

Idea-idea Utama Menjalankan proses penyelidikan yang berterusan.

- menghasilkan benih yang berkualiti - mampu menghasilkan hasil tuaian yang lumayan - mengubah nasib para petani

Menggalakkan penggunaan baja kimia.

- secara sistematik dan berterusan - pertumbuhan hasil pertanian yang segar - tahan daripada serangan penyakit

Strategi pemasaran yang mantap.

- sistem pengangkutan yang canggih - hasil pertanian dibawa dengan cepat ke sesebuah destinasi - mutu tidak terjejas dan sentiasa dalam keadaan segar

Mempelbagaikan hasil sumber pertanian.

- contohnya pembuatan marjerin,jus buah-buahan dan pelbagai lagi - pengetinan makanan berasaskan sumber pertanian negara - dapat diekspot ke luar negara

Penutup Sektor pertanian perlu diperluas dan dimajukan.

- setanding dengan sektor perindustrian - memiliki tanah yang luas - dapat hidup subur di negara kita

Page 7: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 6

Soalan 4 Rajah di bawah menujukkan piramid makanan . Huraikan pendapat anda tentang cara pemakanan yang sihat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

PIRAMID MAKANAN

Page 8: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 7

Cara-cara Pemakanan Yang Sihat Pengenalan Pengambilan makanan yang sihat amat penting.

- sentiasa bertenaga dalam aktiviti harian - tidak mudah diserang penyakit - dapat menikmati kehidupan yang sebenar

Idea-idea Utama Pengambilan makanan mengikut piramid makanan amat penting.

- makan makanan yang seimbang - dapat menzahirkan kandungan karbohidrat,vitamin C dan protein - penting untuk menjana kesihatan yang baik

Dapat mengelakkan pengambilan makanan yang berlemak secara berlebihan.

- tidak baik untuk kesihatan - mewujudkan pelbagai jenis penyakit - boleh menimbulkan kegemukan kepada manusia

Makan makanan segera juga wajar dielakkan.

- mengandungi kandungan garam dan lemak yang tinggi - tidak baik untuk kesihatan - mudah diserang penyakit jantung

Digalakkan makan buah-buahan dan sayuran

- tiada bahan pengawet - mengadungi pelbagai vitamin yang tinggi - melancarkan sistem pencernaan di dalam badan

Penutup Pemakan amat penting dalam kehidupan seharian.

- bijak mengambil makan yang seimbang - sentiasa memperoleh pelbagai zat dan vitamin - terhindar daripada penyakit yang dapat menggugat kebahagian hidup ini

Page 9: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 8

Soalan 5 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan para pemimpin kepada negara. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

1. Tunku Abdul Rahman 2. Tun Abdul Razak 3. Tun Hussein Onn 4. Tun Mahathir 5. Tun Abdullah Ahmad Badawi 6. Datuk Seri Najib Tun Razak

Page 10: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 9

Sumbangan Para Pemimpin kepada Negara Tunku Abdul Rahman

- Bapa Kemerdekaan Negara - berunding secara aman dengan pihak Inggeris untuk memperoleh kemerdekaan - tidak mencetuskan darah atau nyawa atas kebijaksanaannya

Tun Abdul Razak

- Bapa Pembangunan Negara - mewujudkan rancangan Felda di negara kita - taraf hidup rakyat bertambah baik

Tun Husein Onn

- Bapa Perpaduan Negara - melaksanakan pelbagai program dalam perpaduan negara - hidup dalam keadaan aman dan harmoni

Tun Mahathir

- Bapa Pemodenan Negara - membina banyak mercu tanda keagungan negara - membawa negara standing dengan negara maju yang lain

Tun Abdullah

- Bapa Pembangunan Modal Insan - memperkenalkan Islam Hadari - memberantas rasuah habis-habisan

Datuk Seri Najib

- Bapa 1 Malaysia - berkonsepkan perpaduan antara kaum - berjiwa rakyat yang sejati

Page 11: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 10

BAHAGIAN C KARANGAN UMUM SOALAN 1 Kemusnahan hutan yang berlaku di negara kita menimbulkan banyak impak yang negatif. Tuliskan satu karangan tentang kesan-kesan kemusnahan hutan.

Kemusnahan Hutan Dan Implikasinya

PENGENALAN Kebelakangan ini – banyak kawasan hutan diteroka

- mengejar pembangunan dan kemajuan - habitat haiwan turut musnah dan spesis haiwan pupus - mendatangkan kerugian yang besar kepada negara

ISI-ISI UTAMA Habitat haiwan musnah

- sukar untuk mencari makanan - haiwan ini akan mati kebuluran sekiranya fenomena ini berpanjangan - hidup dalam keadaan tidak selesa akibat kekurangan makanan

Haiwan terpaksa berhijrah ke tempat yang lain seperti spesis burung-burung

- akan berhadapan dengan pebagai cabaran - menjadi mangsa binatang yang lain kerana tempat mereka - berkeliaran di kawasan kampung semata-mata untuk mencari perlindungan

Haiwan turut menjadi ganas

- menjadikan haiwan ternakan penduduk kampung sebagai makanan - turut menyerang manusia seperti kes beberapa ekor harimau di Kelantan - mengancam nyawa para penduduk kampung di kawasan pedalaman

Masalah kepupusan haiwan berlaku

- ketiadaan tempat yang sesuai untuk membiak - sering diserang penyakit dan anak-anak haiwan ini sukar untuk membesar - akan pupus ditelan zaman dan generasi akan datang tidak berpeluang untuk

melihat secara dekat Kehidupan semula jadi haiwan terjejas

- berebut-rebut tinggal di kawasan yang terhad - tidak berlaku keseimbangan - haiwan yang lemah sentiasa menjadi mangsa - lebih buruk andainya terpaksa berkongsi dengan manusia

Page 12: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 11

PENUTUP Penerokaan hutan secara berleuasa perlu ditangani

- pihak berkuasa perlu segera campur tangan - hutan perlu dipulihara dan bukan sekadar tempat mengaut kekayaan - kepupusan haiwan dapat dielakkan dan generasi akan datang sama-sama

menikmati spesis haiwan yang unik ini di bumi Malaysia

SOALAN 2 Tuliskan satu karangan tentang Malaysia merupakan sebuah negara pertanian.

Pertanian Di Malaysia

PENGENALAN Malaysia merupakan negara pertanian sejak dulu lagi

- pengeluar utama pelbagai jenis pertanian seperti kelapa sawit,getah,beras dan pelbagai lagi - antara pendapatan utama ekonomi negara

ISI-ISI UTAMA Kelapa sawit adalah tanaman penting yang diusahakan di negara kita

- menghasilkan minyak kelapa sawit dan pelbagai barangan yang lain - punca pendapatan sesetengah golongan dan menawarkan banyak ruang pekerjaan

- antara ekspot utama Malaysia ke negara-negara luar Tanaman getah juga antara yang terbesar di negara kita.

- mengeluarkan susu getah,getah keping dan getah sekerap - bahan penting untuk dibuat pelbagai barangan - tikar getah,kasut,tayar dan pelbagai lagi

Tanaman padi giat dijalankan terutama di utara Malaysia.

- merupakan tanaman tradisi yang dipusakai secara turun-temurun - membekalkan keperluan makanan ruji untuk rakyat di negara ini - diusahakan secara besar-besaran dan ada yang kecil-kecilan

Tanaman nanas dan tanaman kelapa

- diusahakan oleh penduduk yang tinggal di tanah bergambut - tanaman ini hidup subur di kawasan ini - buah kelapa mendatangkan banyak kegunaan manakala nanas pula untuk pasaran

tempatan dan luar negari

Page 13: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 12

Sayur-sayuran pula giat diusahakan di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands. - iklimnya yang sejuk sesuai ditanam pelbagai jenis sayuran - dipasarkan di dalam mahupun di luar negara - antaranya seperti sawi,bayam,kobis,tomato,cili dan pelbagai lagi

PENUTUP Aktiviti pertanian perlu diketengahkan supaya setaraf dengan perindustrian

- sumber pendapatan utama dan menawarkan banyak peluang pekerjaan - tidak adil sekiranya di anak tirikan berbanding bidang ekonomi yang lain - tidak perlu mengimpot bahan makanan dari luar sekiranya kepeluan pertanian di negara

sendiri benar-benar mencukupi

SOALAN 3 Tuliskan satu karangan tentang pelancongan di negara kita.

Malaysia Destinasi Pelancongan

PENGENALAN Malaysia merupakan negara yang aman dan makmur

- mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat - sesuai dijadikan destinasi pelancongan - setaraf dengan destinasi pelancongan di luar negara

IDEA –IDEA UTAMA Banyak destinasi menarik di Malaysia khususnya untuk pelancongan

- menjanjikan kepuasan yang maksima kepada para pengunjung dalam mahupun di luar negara

- contohnya pantai,pulau,tanah tinggi dan pelbagai tempat rekreasi yang menarik - antara yang popular seperti Tanah Tinggi Cameron, Genting Highland, Pulau

Langkawi, Pulau Tioman, Taman Negara, Taman Lipur Lintang dan pelbagai lagi. Sistem pengangkutan di Malaysia sangat efektif

- tiada masalah untuk pergi ke destinasi menarik yang terdapat di negara kita - antara pengangkutan yang ditawarkan ialah komuter, LRT, STAR, bas, teksi dan

pelbagai lagi - dijamin memberi keselesaan yang sepenuhnya kepada para penumpang

Malaysia turut menawarkan pelbagai kebudayaan yang unik - Malaysia didiami oleh pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau,

Kadazan,Murut dan pelbagai lagi

Page 14: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 13

- pelancong dapat mengetahui pelbagai kebudayaan yang menarik dan tersendiri - menikmati pebagai juadah dan makanan tradisional kaum-kaum yang ada di sini

Negara kita juga terkenal dengan syurga membeli-belah. - kompleks beli-belah menawarkan pelbagai barangan yang menarik - harga barangan pula murah dan amat berpatutan - boleh mendapatkan apa-apa sahaja barangan yang diingini Pakej pelancongan yang ditawarkan di negara kita juga agak berpatutan berbanding dentinasi pelancongan di negara yang lain.

- tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi - menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung baik dalam atau di luar negeri - sesuai untuk melancong bersama keluarga ataupun rakan-rakan

PENUTUP Negara Malaysia wajar dikunjungi kerana dijamin selamat - memiliki prasarana yang lengkap dan canggih - menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik - menjanjikan kepuasan yang tidak terhingga kepada para pengunjung

Soalan 4 Setiap kali menjelangnya musim perayaan,jumlah mangsa kemalangan jalan raya meningkat dari hari ke hari sama ada di lebuh raya mahupun di jalan bandaran. Jelaskan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah kematian jalan raya ini.

Langkah-langkah Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan raya

Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun.

- stabil dari aspek ekonomi dalam pelbagai sektor - mampu memiliki pelbagai jenis kenderaan terutamanya motosikal dan kereta - jumlah kenderaan semakin bertambah terutamanya pada musim perayaan

Isi-isi utama Kadar kemalangan yang tinggi tidak boleh dipandang ringan kerana mendatangkan kerugian kepada negara.

- menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang berat antara cara untuk mengatasi fenomena ini.

- menakutkan para pengguna supaya tidak bermaharajalela ketika di jalan raya - memberi iktibar kepada para pemandu yang lain

Page 15: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 14

Pemantauan yang berterusan oleh pihak berkuasa.

- mengadakan operasi had laju dan pelbagai operasi yang lain - menyaman para pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas - secara berterusan dan dipergiatkan terutama pada musim perayaan

Menaik taraf jalan raya yang terdapat di negara kita.

- memastikan jalan raya yang berlubang diturap dan diperluas - meletakkan papan tanda amaran di tempat-tempat yang berbahaya - memasang lampu-lampu isyarat di simpang-simpang yang sibuk

Mengadakan kempen keselamatan jalan raya di dalam media massa cetak mahupun elektrik.

- menyedarkan para pengguna tentang akibat buruk yang bakal berlaku akibat lalai di jalan raya - memberi keinsafan kepada para pemandu supaya lebih berwaspada ketika di jalan raya - mendidik para pengguna supaya mematuhi peraturan lalu linta

Pihak berkuasa juga perlu membina banyak kemudahan kepada pengguna di jalan raya.

- menyediakan kemudahan tempat rehat dan pelbagai kemudahan yang lain - dapat berehat selepas penat memandu dalam jarak yang jauh - dapat berteduh sekiranya hujan lebat sebelum meneruskan perjalanan terutama kepada

para penunggang motosikal Penutup Semua pemandu mestilah mempunyai kesedaran dan menyayangi nyawa mereka.

- memandu dengan berhemah dan bertimbang rasa - had umur pemberian lesen memandu hendaklah dinaikkan untuk memndidik minda - selaras dengan slogan “ Pandu Cermat Jiwa Selamat “

Page 16: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 15

Soalan 5 Gejala buli di sekolah kini semakin membimbangkan dan sering terpapar di dada-dada akhbar.Tuliskan karangan tentang fenomena ini.

Gejala Buli Di Sekolah

Pengenalan Gejala buli semakin berleluasa dan seolah-olah tidak dapat dikawal.

- memeras ugut,memaksa pelajar lain menyiapkan kerja sekolah,menimbulkan kecederaan dalam kalangan pelajar lain dan pelbagai lagi

- banyak dipaparkan di dada-dada akhbar utama negara kita - mendatangkan kecederaan serius dan ada yang membawa kematian

Isi-isi Utama Kebanyakan pembuli ini telah menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah.

- berasa dilindungi dan berasa bebas untuk membuli di sekolah - wujud dalam bentuk berkumpulan dan mendatangkan rasa gerun dalam

kalangan pelajar yang lain - berasakan mereka begitu kuat dan peraturan di sekolah gagal untuk membendung

aktiviti mereka

Para pelajar ini kebanyakan berasal daripada keluarga yang bermasalah. - tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi - ibu dan bapa tidak memperdulikan mereka - kesan daripada perceraian, rumah tangga yang berantakan dan pelbagai lagi

Gejala buli ini mendatangkan kesan yang negatif. - tidak berasa selamat dan takut untuk ke sekolah - menjadi ikutan kepada para pelajar yang lain - proses pembelajaran menjadi tidak efektif dan efisen

Langkah yang drastik amat ditagih untuk memberantas fenomena ini. - guru dan anggota masyarakat terutama ibu bapa wajar berganding bahu - sama-sama terlibat dalam menangani masalah ini dengan mengadakan pelbagai

aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar - gejala samseng sekolah ini dapat ditangani dan suasana persekolahan akan kembali

normal Penutup Gejala buli di sekolah bukan budaya masyarakat timur.

- lebih menumpukan perhatian kepada tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. - tidak melakukan sesuatu yang kurang berfaedah - merugikan diri sendiri dan akhirnya akan memusnahkan masa depan mereka sendiri

Page 17: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 16

SOALAN 6 Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.

Peranan Keluarga Dalam Membentuk Anak-anak Pengenalan Institusi keluarga merupakan sebuah organisasi yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak.

- yang mencorak anak-anak sejak kecil sama ada menjadi insan yang sempurna atau sebaliknya

- perlu dicorak dengan sebaik-baiknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari - melahirkan insan yang benar-benar cemerlang,gemilang dan terbilang.

Idea-idea Utama Anak-anak mestilah diberikan didikan agama sejak kecil lagi.

- dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. - tidak mudah terpengaruh atau terjebak dalam pelbagai gejala negatif - didikan agama akan menjadi pendinding dan benteng yang menghalang mereka

daripada berbuat sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama yang dipraktikkan

Dalam membincangkan tajuk di atas,anak-anak mestilah diajar bertutur dengan penuh sopan santun.

- tidak bertutur dengan kasar atau mengeluarkan kata-kata yang biadab - tidak meninggikan suara terhadap orang yang lebih tua daripadanya - bijak menyusun kata-kata walaupun berada dalam apa jua situasi.

Ibu bapa juga mestilah sentiasa memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak. - banyak menghabiskan masa lapang dengan anak-anak - sentiasa memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi - anak-anak sentiasa menjadikan ibu bapa sebagai tempat mengadu dan bukannya

melakukan perkara yang sebaliknya atas pengaruh rakan-rakan Sudah terang lagi bersuluh,pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mestilah dilakukan secara berterusan.

- penting terutama ketika anak-anak mereka berada di luar rumah - sentiasa mengetahui dengan siapa anak-anak mereka bercampur - anak-anak takut untuk terlibat dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh

memberikan aib kepada keluarga. Ibu bapa juga wajar berjumpa guru-guru di sekolah tempat anak-anak mereka menimba ilmu sekurang-kurangnya dua tiga kali setahun.

Page 18: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 17

- untuk mengetahui perilaku dan sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah - untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam bidang akademik - sentiasa memacu anak-anak mereka di landasan yang betul dalam melahirkan insan

yang soleh dan solehah

Penutup ” Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ” amat bertepatan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

- janganlah apabila ” Sudah Terhantuk Baru Hendak Mengadah ” ataupun yang lebih parah ”Apabila Nasi Sudah Menjadi Bubur ”.

- didiklah anak-anak kerana anak kita harta yang lebih berharga berbanding apa jua harta yang ada di alam maya pada ini

- berbangga kerana berjaya menjadikan anak-anak mereka insan yang sempurna di dunia mahupun di akhirat kelak.

SOALAN 7 Kejadian jenayah yang melibatkan golongan remaja semakin menular. Pada pendapat anda mengapa kejadian ini semakin berleluasa ?

Punca-punca Meningkatnya Kejadian Jenayah

Pengenalan Sering terpapar di dalam media massa tentang kejadian jenayah di negara kita.

- semakin meningkat dari sehari ke sehari - melibatkan golongan remaja dan pelajar sekolah - membimbangkan ibu bapa dan masyarakat umumnya

Idea-idea Utama Pelbagai punca dikenalpasti permasalahan ini berlaku.

- kekurangan didikan agama dan moral sejak kecil - anak-anak mudah dipengaruhi - gagal membezakan yang mana dosa dan pahala

Keluarga yang berpecah-belah akibat ketidakrukunan rumah tangga.

- ibu bapa bergaduh setiap hari - kesan daripada perceraian antara ibu bapa - anak-anak tertekan dan jarang berada di rumah

Pengaruh daripada rakan-rakan sebaya.

- takut dipinggirkan jika tidak menyertai kumpulan mereka - bimbang dilabel sebagai penakut dan pelbagai gelaran yang lain

Page 19: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 18

- terjebak dalam kegiatan jenayah seperi meragut,menyamun dan pelbagai lagi Pengaruh daripada media massa dan kecanggihan teknologi masa kini.

- terpedaya dan ingin mendapat keuntungan dengan cara mudah - mempelajari teknik merompak daripada media massa - mendorong mereka untuk bertindak dengan lebih jauh

Perasaan ingin mencuba dan mencari kepuasan diri.

- tidak matang dalam mengharungi kehidupan - sebagai jalan keluar untuk melepaskan tekanan - seronok dan ketagih apabila berjaya melakukannya

Ingin hidup mewah dan setanding dengan remaja yang lain.

- berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah - tidak berpelajaran kesan daripada kemiskinan - melakukan jenayah untuk menik mati sedikit kemewahan

Penutup Fenomena yang negatif ini mestilah diberantas habis-habisan.

- remaja merupakan tiang negara - bakal memimpin negara pada masa depan - sewajarnya memiliki sifat yang cemerlang,gemilang dan terbilang

SOALAN 8 Pencemaran alam sekitar kini semakin meningkat. Tuliskan satu karangan tentang kesan pencemaran kepada alam maya pada ini.

Kesan Pencemaran Terhadap Alam

Pengenalan Pencemaran alam sekitar semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

- udara di bandar-bandar besar semakin kotor - air sungai di negara kita pula banyak yang tercemar - hutan-hutan yang menghijau pula telah banyak yang digondolkan

Isi-isi penting Pencemaran ini telah memberikan kesan terhadap alam semula jadi.

- sungai-sungai yang dahulunya jernih dan cantik telah tercemar. - air sungai dipenuhi sampah-sarap yang menjijikan - kandungannya air pula telah dicemari sisa-sisa toksik

Page 20: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 19

Udara yang segar kini telah bertukar menjadi kotor.

- banyak berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur - udara yang disedut dipenuhi karbon dioksida - menjejaskan kesihatan manusia

Rimbunan pohon-pohon yang menghijau telah hampir pupus. - kesan daripada pembangunan yang melanda - pokok-pokok banyak yang mati dan tumbang - kesan daripada tanah runtuh dan hakisan

Banjir kilat dan banjir besar turut berlaku. - memusnahkan banyak keindahan alam yang dicipta oleh Tuhan. - menghakis dan meruntuhkan keindahan di tebing sungai - kesan daripada sikap manusia yang begitu rakus

Fenomena cuaca yang tidak menentu turut berlaku.

- cuaca ada kalanya begitu terik dan perit - hujan dan rebut petir berlaku tanpa diduga - kemarau yang berpanjangan turut terjadi

Penutup Keindahan alam semula jadi perlu dipulihara.

- pencemaran yang berlaku perlu diatasi - mendatangkan kebahagiaan kepada manusia - hidup dalam keadaan sempurna dan tidak perlu berasa takut.

SOALAN 9 Pendatang asing dikatakan berlumba-lumba untuk menjadikan negara kita sebagai destinasi mereka. Tuliskan satu karangan tentang punca-punca pendatang asing dating ke negara ini.

Punca-punca Kedatangan Pendatang Asing

Pengenalan Negara kita kini pesat membangun baik dalam pelbagai sektor. - menjadi tumpuan pendatang asing - datang dari pelbagai negara - masuk secara sah mahupun secara haram

Idea-idea Utama Negara kita berdekatan dengan negara mereka. - tidak memerlukan kos yang tinggi

Page 21: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 20

- menyusup secara haram jika tidak berkemampuan - boleh menggunakan jalan darat mahupun jalan laut Pintu masuk ke negara kita terlalu luas

- sukar untuk membuat pemantauan - bilangan anggota tentera,pihak kastam dan polis tidak mencukupi - kekurangan peralatan yang canggih untuk mengesan mereka

Peluang pekerjaan banyak di negara kita. - banyak peluang pekerjaan dalan pelbagai bidang - pembinaan,perladangan dan perindustrian sentiasa memerlukan perkhidmatan mereka - pulangan yang lumayan kerana nilai mata wang kita agak tinggi

Negara mereka miskin dan berlaku pergolakan politik - kekurang bpekerjaan dan banyak pengangguran - sentiasa bergolak dan mengancam nyawa mereka - mencari perlindungan seperti di Malaysia

Budaya di negara kita hampir sama dengan budaya mereka. - tidak menghadapi pelbagai masalah - dapat menikmati penghidupan dan budaya yang seakan serupa - mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat di Malaysia

Penutup Kebanjiran pendatang asing banyak membawa keburukan

- perlu ditangani dengan segera - tidak menyusahkan rakyat di negara sendiri - pengaliran kekayaan negara ke negara lain

SOALAN 10 Peranan masyarakat dalam melahirkan remaja yang berkualiti.

Remaja Tunggak Negara PENGENALAN Remaja merupakan aset negara yang amat penting. - kesinambungan kepada para pemimpin masa kini - mencorak dan melakar negara pada masa depan - jatuh dan bangun negara terletak di tangan mereka IDEA-IDEA UTAMA

Page 22: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 21

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam melahirkan remaja yang berkualiti. - meneguhkan mereka dengan didikan agama sejak kecil. - jiwa mereka kebal dan tahan dengan godaan hawa nafsu - tidak terjebak dalam kancah yang negatif

Guru-guru tidak jemu dalam mendidik mereka dengan ilmu pengetahuan. - mempunyai masa depan yang cerah dan menjadi modal insan yang berguna - pakar dalam bidang-bidang tertentu - tidak menggunakan perkhidmatan orang luar

Masyarakat setempat melibatkan remaja dalam aktiviti yang berfaedah.

- didedahkan dengan semangat bergotong- royong - dilibatkan dengan pelbagai program rukun tetangga - tidak berasa kekok untuk bergaul mesra dengan penduduk setempat

Golongan profesional di negara kita juga boleh bergabung tenaga dalam melahirkan remaja yang mampan dan hebat dalam pelbagai bidang.

- mengadakan seminar,bengkel dan motivasi kepada golongan ini. - memberi petunjuk dan arah yang sebenar kepada mereka dalam kehidupan yang

mencabar - tidak teraba-raba dalam meniti kehidupan yang sempurna

Kerajaan juga mestilah meneruskan program yang ada di samping menambah program yang ada.

- Program Latihan Khidmat Negara mestilah diteruskan sampai bila-bila - Program Rakan Muda pula mestilah digerakkan semula - memastikan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang berguna dapat diterapkan

dalam sanubari mereka PENUTUP Remaja yang berkualiti adalah menjadi impian setiap negara.

- mampu menaikkan imej negara di mata dunia - kemajuan negara akan terus berjalan seperti yang dirancang - bertambah makmur,cemerlang dan gemilang

Page 23: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 22

SOALAN 11 Sempena menyambut Hari Kebangsaan,anda telah menyertai pertandingan menulis karangan yang bertajuk ‘ Semangat sayang akan negara dan kebudayaan tempatan dapat memupuk jati diri dalam modal insan’. Tuliskan karangan anda.

Pembangunan Modal Insan

PENGENALAN Remaja merupakan tulang belakang negara.

- mestilah memiliki jati diri yang baik dan sempurna - tidak mudah terpengaruh dan terperangkap dengan gejala yang negatif - bakal pemimpin negara pada masa hadapan

ISI-ISI UTAMA Memang tidak dinafikan bahawa semangat sayang akan negara dan kebudayaan tempatan dapat membina jati diri yang baik dalam kalangan remaja.

- sanggup berjuang dan berkorban untuk negara - sanggup mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh pihak musuh - sentiasa mengekalkan kemerdekaan yang sedia ada

Mengapa jati diri yang tulin benar-benar ditagih daripada golongan remaja ? - mereka tidak mudah terperangkap dalam pelbagai masalah sosial - contohnya seperti penagihan dadah,jenayah dan pelbagai lagi - mereka akan memiliki sahsiah yang baik dan berfungsi dengan cemerlang dalam

melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Kebudayaan di Malaysia adalah kebudayaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat timur.

- mengamalkan niai-nilai murni yang baik - hormat-menghormati,tolong-menolong dan sayang-menyayangi - menjurus remaja supaya mengamalkan gaya hidup yang teratur dan akhirnya

membentuk jati diri yang cemerlang Budaya negara kita merupakan budaya yang bersangkutan agama.

- melahirkan remaja yang taat dan kuat berpegang kepada ajaran agama - tidak mudah tergugat iman dan terpesong dengan budaya yang lain khususnya budaya

barat - menjalani kehidupan di landasan yang sebenar

Masyarakat di negara kita turut mengamalkan budaya yang diwarisi sejak zaman nenek moyang lagi.

- melentur masyarakat supaya menjadi sebuah bangsa dan negara yang kuat. - sayang akan negara dan budaya yang memiliki nilai estetika yang tersendiri.

Page 24: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 23

- menjana ke arah sebuah masyarakat yang ideal dan efisen PENUTUP Jati diri dalam kalangan remaja mestilah dilentur sejak usia masih muda.

- asas ketahanan remaja dalam menghadapi sebarang rintangan dan cabaran - tidak mudah tewas dalam apa juga godaan yang mendatang - antara cirri penting daam melahirkan remaja yang cemerlang,gemilang dan terbilang

‘REMAJA CEMERLANG NEGARA TERBILANG ‘

Soalan 12 Amalan mulia adalah amalan yang murni dan perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Tuliskan satu karangan tentang pentingnya amalan ini.

Berbudi Bahasa Amalan Mulia Pengenalan Amalan mulia mestilah sejak kecil tanpa mengira pelbagai bangsa.

- bersesuaian dengan budaya timur - mendatangkan manfaat kepada masyarakat

- dipandang tinggi kepada sesiapa yang mengamalkannya Isi-isi Penting Apabila melihat rumah terbakar kita perlu bertindak dengan segera.

- menelefon pihak bomba - membantu mangsa seperti mengangkat barang-barang yang masih dapat diselamatkan - mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran tesebut

Apabila melihat orang buta mahu melintas jalan,kita perlu membantunya. - memastikan orang buta tersebut dapat melintas dengan selamat - mengelakkan daripada berlaku kemalangan - perihatin kepada golongan yang kurang upaya

Rajin membersihkan persekitaran rumah sekiranya mempunyai masa terluang.

- dapat membantu mengurangkan beban ibu dan ayah - berasa bangga memiliki anak seperti kita - menjadi tauladan kepada adik-adik yang lain

Semasa berada di dalam bas yang sesak dengan penumpang kita juga boleh melakukan amalan yang murni.

Page 25: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 24

- memberikan tempat duduk kita kepada perempuan yang mengandung - memberikan kepada kanak-kanak ataupun orang tua juga amat baik

- golongan ini sebenarnya lebih memerlukan daripada kita Bersikap ringan tulang semasa berada di sekolah juga amalan yang terpuji.

- membantu rakan-rakan membersihkan kelas - membantu guru membawa buku-buku latihan ke bilik guru - disenangi dan dihormati oleh rakan-rakan yang lain

Penutup Amalan mulia sewajarnya dijadikan amalan seharian.

- perlu dilakukan di mana sahaja kita berada - dihormati dan disayangi oleh orang lain - kehidupan lebih harmoni dan selesa

SOALAN 13 Masalah disiplin dalam kalangan remaja kini semakin meningkat.Bincangkan punca dan cara-cara untuk menangani masalah ini.

Punca dan cara untuk mengatasi masalah disiplin remaja

Pengenalan Kebelakangan ini masalah disiplin yang melibatkan remaja semakin serius.

- melakukan pelbagai masalah disiplin di sekolah - merokok,ponteng kelas,ponteng sekolah,bergaduh dan pelbagai lagi - meningkat terutama sekolah-sekolah di bandar.

Isi-isi Utama Antara punca mengapa fenomena ini berlaku akibat daripada hasutan kawan-kawan.

- berasa megah dan berasa selamat apabila melakukan sesuatu salah laku - dilindungi oleh rakan-rakan yang lain dan tidak tercabar - bertambahlah masalah buli,pergaduhan ,peras ugut dan pelbagai lagi.

Pengajaran dan aktiviti di sekolah kurang menarik.

- malas dan tidak berasa seronok ketika berada di sekolah. - kerja rumah yang banyak pula dianggap membebankan - mencari jalan untuk ponteng kelas dan ponteng sekolah

Kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga.

Page 26: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 25

- ibu bapa hanya mementingkan kerjaya masing-masing. - kurang melapangkan masa dengan anak-anak - bebas melakukan apa-apa sahaja terutama di sekolah

Pelbagai langkah dapat dilakukan untuk menangani fenomena ini.

- mengetatkan peraturan di sekolah tanpa mengenal bulu - mengenakan hukuman rotan,gantung sekolah dan buang sekolah - takut untuk menimbulkan masalah disiplin dan memberi iktibar kepada pelajar-pelajar

yang lain. PIBG merangka dan melaksanakan lebih banyak program yang bermanfaat untuk para pelajar.

- mengadakan pelbagai aktiviti riadah, seminar dan program motivasi,lawatan sambil belajar dan pelbagai jenis ekspedisi.

- membina kekuatan fizikal dan mental para pelajar - menerapkan pelbagai nilai murni baik secara langsung mahupun secara tidak langsung

PENUTUP Remaja merupakan tulang belakang negara.

- mestilah berkualiti dari aspek mental dan fizikal - menjadi pemimpin yang berguna kepada negara - kesinambungan ke arah kemajuan dan kemasyhuran Negara.

SOALAN 14 Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama.

Perayaan Di Malaysia

Pengenalan Perayaan di Malaysia memaparkan pelbagai perayaan yang disambut di Malaysia

- ciri-ciri masyarakat majmuk yang terdapat di negara ini - satu keunikan dan keistimewaan negara kita - jarang dan sukar ditemui di negara-negara yang lain

Isi-isi Penting Kerajaan turut memberikan kebebasan kepada setiap kaum untuk meraikannya.

- setiap kaum dapat merayakan hari kebesaran tanpa halangan - perlembagaan persekutuan menjamin kebebasan beragama dan mengamalkan budaya

nenek moyang masing-masing - kaum-kaum lain turut menghormati sesuatu perayaan yang disambut oleh rakan-rakan

mereka

Page 27: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 26

Perayaan rakyat Malaysia di sebuah negara yang maju dan makmur. - turut dirayakan dan dikongsi bersama oleh kaum-kaum yang lain - dibuktikan dengan majlis rumah-rumah terbuka yang turut dihadiri pelbagai bangsa

dan agama - tidak kekok untuk merasai pelbagai juadah yang disediakan kerana sudah diamalkan

sejak dahulu lagi

Perayaan menjadi asas perpaduan dan kunci kesejahteraan yang berkekalan. - kunjung-mengunjungi sudah menjadi acara tradisi apabila sesuatu perayaan disambut di negara kita - bertukar-tukar fikiran dan mengenali antara satu sama lain - perpaduan dapat ditingkatkan dan hubungan silaturahim bertambah erat

Memaparkan budaya daripada pelbilang kaum.

- mengetahui dan mempelajari budaya ini - antaranya pakaian,adat dan juga makanan pelbagai kaum - tidak diperoleh di negara-negara yang lain

PENUTUP Perayaan dan tradisi yang sebegini haruslah dipertahankan dan diteruskan

- mencerminkan keutuhan dan kehidupan harmoni rakyat Malaysia - dapat menarik ramai kedatangan pelancong ke negara kita

Page 28: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 27

CONTOH KARANGAN 1

Semangat Patriotik Warga Malaysia

Semangat patriotik amat penting kepada warga Malaysia. Semangat ini perlu ditanam sejak zaman kanak-kanak lagi. Hal ini demikian kerana mendatangkan kesan yang positif terutamanya kepada generasi muda tanpa mengenal bangsa dan agama.. Dalam membincangkan tajuk di atas,pelbagai langkah perlu dilaksanakan supaya semangat patriotik ini dapat disemai terutama kepada generasi muda. Antaranya dengan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun. Justeru pelbagai aktiviti yang dijalankan dapat menyuburkan semangat ini dalam kalangan rakyat di negara kita. Semangat patriotik ini dapat ditingkatkan juga dengan mengibarkan bendera Malaysia semasa mengadakan aktiviti seperti perarakan sempena Hari Kebangsaan. Kemegahan membawa bendera negara kita turut meruapkan lagi semangat anak-anak bangsa. Oleh itu semangat Patriotik akan sentiasa menebal dalam pelbagai golongan. Semangat patriotik amat penting tertanam dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana dengan semangat ini rakyat sanggup berjuang hingga titisan darah terakhir dalam usaha mempertahankan negara daripada serangan musuh. Rakyat juga sanggup berjuang demi negara pada bila-bila masa sahaja. Kemajuan negara turut dapat dipertingkat dengan adanya semangat ini. Rakyat akan berusaha keras demi kemajuan dan kepesatan negara. Justeru mereka sanggup menyumbangkan tenaga,buah fikiran mahupun wang ringgit semata-mata ingin melihat kejayaan cemerlang terus meniti di negara kita. Semangat ini wajar terus diterapkan kepada generasi muda agar terus sebati dalam jiwa mereka. Hal ini penting agar mereka dapat menjadi generasi yang benar-benar tidak berpaling tadah atau sanggup mengkhianati negara jika ditaburkan dengan wang ringgit. Mereka akan menjadi generasi yang kebal daripada gangguan sebarang anasir subversif. Konklusinya, semangat patriotik amat penting kepada setiap warganegara. Ketebalan semangat ini sebenarnya sebagai pemangkin kepada negara dalam merangka pelbagai rancangan dalam merealisasikan Wawasan 2020. Seiring dengan itu juga Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu langkah dalam menyemaikan semangat ini khususnya kepada golongan muda yang bakal mentadbir negara pada masa depan.

Page 29: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 28

CONTOH KARANGAN 2

Jati Diri Warga Malaysia

Jati diri merupakan perasaan dalaman yang sukar untuk dibentuk. Namun begitu banyak langkah boleh dilaksanakan dalam membentuk jati diri yang benar-benar terpuji dalam kalangan generasi muda. Justeru tidak hairanlah kerajaan sanggup mengeluarkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit seperti Program Latihan Khidmat Negara dan pelbagai lagi dalam merealisasikan jati diri yang positif dalam kalangan remaja di negara kita.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk jati diri dalam kalangan remaja. Sejak kecil anak-anak mereka mestilah dididik dengan didikan agama agar dapat menangkis sebarang bentuk gejala negatif yang cuba menghasut dan menggangu mereka.Hal ini penting supaya jiwa mereka tetap kukuh dan tidak mudah terpesong dalam menjalani kehidupan yang penuh mencabar.

Jati diri sebenarnya amat penting dalam menyediakan para pelapis negara. Hal ini amat penting agar mereka dapat mentadbir negara dengan penuh ketelusan dan tidak terperangkap terutama dalam gejala rasuah. Justeru berlaku keadilan dan tidak berlaku kezaliman semasa negara dipimpin oleh golongan ini pada suatu hari nanti.

Kemajuan negara akan berjalan dengan pesat tanpa sebarang gangguan. Jati diri yang ada pada warga Malaysia membolehkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan negara.Golongan profesional dan separa profesional di negara kita akan berganding bahu dalam merealisasikan negara kita agar dapat duduk sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Pelbagai gejala sosial di negara kita dapat dikurangkan. Kerajaan tidak khuatir lagi tentang kewujudan jenayah,masalah sosial , dadah dan pelbagai lagi. Adanya jati diri yang tinggi,golongan ini tidak mudah terperangkap dalam masalah sosial yang ada pada hari ini. Jiwa mereka amat kuat dalam menempuh dan menepis masalah sosial yang cuba meresap dalam jiwa mereka. Negara menjadi aman dan harmoni dan dipandang tinggi oleh negara-negara luar. Jati diri yang ada pada warga di Malaysia menyebabkan nilai-nilai murni menjadi amalan yang sebati dalam kehidupan mereka. Sikap saling menghormati,bantu-membantu dan hidup dalam keadaan sejahtera menjadi amalan masyarakat. Perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum semakin teguh dan pastinya tidak mudah digugat oleh anasir-anasir luar. Sudah terang lagi bersuluh, jati diri adalah aset penting dalam menjadikan negara kita gah di mata dunia. Dengan adanya jati diri dalam kalangan masyarakat,kekangan yang mendatang dapat ditangani dengan mudah. Jati diri akan merubah senario negara dalam menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara yang imejnya mengharum sepanjang zaman walaupun pemimpinnya bersilih ganti.

Page 30: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 29

CONTOH KARANGAN 3

Punca, Kesan dan Gejala Rasuah Di Negara Kita

Gejala rasuah di negara kita bukannya masalah baru namun telah berakar umbi sejak dahulu lagi. Walaupun kerajaan telah berusaha dan menjalankan pelbagai langkah, namun senario ini masih sukar dibendung malah semakin berleluasa. Jika fenomena ini dibiarkan berterusan,pastinya banyak impak yang buruk akan berlaku dan akhirnya negara kita akan tersungkur ke bumi. Pelbagai faktor telah dikenal pasti mengapa fenomena yang tidak bermoral ini wujud di negara kita. Punca utama kerana sikap tamak dan ingin mencari kesenangan dengan jalan mudah. Rasuah dijadikan amalan dan lama-kelamaan telah sebati dalam diri penjawat awam mahupun swasta. Situasi ini ditambah dengan keperluan dan kos yang tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Gejala yang tidak bertamadun ini juga berpunca daripada kurangnya nilai-nilai murni dalam kalangan mereka. Tiada lagi sikap amanah,telus dan yang ada hanyalah memikirkan kesenangan semata-mata. Justeru wang dijadikan keutamaan dalam setiap perkara. Situasi ini diburukkan lagi dengan adanya golongan yang merasuah dalam kalangan rakyat. Pelbagai impak buruk pastinya menjelma jika gejala ini beraja di mata bersultan di hati. Keadilan tidak lagi berlaku manakala golongan yang berduit akan bermaharajalela. Golongan ini pastinya memperoleh pelbagai kemudahan dengan wang yang telah ditabur oleh mereka. Golongan bawahan pula akan terus tertindas,terpinggir dan akhirnya peluang untuk mereka akan tertutup serapat-rapatnya. Pembangunan di negara kita akan dikuasai oleh golongan tertentu sahaja. Tender-tender kerajaan akan dimonopoli oleh golongan perasuah yang pelahap tanpa mengira masa dan tempat. Kuali kerja juga akan terjejas yang mana pembinaan akan dilakukan tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Semuanya dapat ditutup dengan merasuah pagawai-pegawai yang memantau. Justeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) perlu bertindak lebih tegas. Setiap kes tanpa mengira status atau pangkat mestilah dibongkar habis-habisan. Golongan yang terlibat dengan rasuah mestilah diheret ke muka pengadilan. Suruhanjaya ini juga perlu tabah dan tidak takut dengan sebarang ancaman dalam menjalankan tugas mereka. Pihak kerajaan pula wajar mengenakan tindakan yang tegas dalam membendung gejala ini.Hukuman yang berat termasuk hukuman penjara mestilah dikenakan terhadap musuh-musuh negara ini. Hukuman yang dikenakan juga mestilah tidak mengenal bulu. Apa

Page 31: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 30

yang penting jangan sesekali kerajaan berkompromi dengan golongan ini. Tuntasnya, gejala rasuah mestilah dipadamkan daripada terus hidup subur di atas muka bumi yang fana ini. Apa gunanya kemajuan yang terserlah sedangkan pada hakikatnya dipenuhi dengan gejala yang jijik ini. Justeru gejala yang tidak bermoral ini mestilah dihapuskan agar tempisanya langsung tidak menyentuh generasi muda yang bakal memimpin negara. ” JAUHI RASUAH UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA ”

CONTOH KARANGAN 4

Punca, Kesan Dan Cara Menangani Pencemaran Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat besar manfaatnya kepada makhluk yang hidup di atas muka bumi ini. Khazanah yang berharga ini telah kita warisi sejak zaman nenek moyang dan sewajarnya dipertahankan hingga hari ini. Namun apa yang menyedihkan telah berlaku yang mana alam sekitar pada hari ini telah tercemar semata-mata dalam mengejar pembangunan dan kemajuan. Antara punca fenomena ini berlaku akibat daripada pembuangan sisa-sisa toksik oleh sesetengah pengusaha kilang perindustrian.Mereka mengalirkan bahan buangan ke dalam sungai dalam usaha untuk menjimatkan kos. Akibatnya sungai telah tercemar menyebabkan banyak hidupan akuatik telah pupus dan senario ini amat membimbangkan terutama kepada golongan nelayan. Dalam membicarakan tajuk di atas, pencemaran yang berlaku juga kesan daripada pembebasan asap yang berleluasa baik dari kilang perindustrian mahupun dari kenderaan yang terdapat di negara kita. Fenomena ini amat jelas terutama di bandar-bandar besar.Hal ini pastinya amat menghairankan kita semua kerana Jabatan Alam Sekitar telah lama wujud di Malaysia. Mengapakah mereka hanya berpeluk tubuh sahaja? Di mana kuasa dan tanggung jawab mereka selama ini ? Pelbagai impak yang negatif telah berlaku kesan daripada pencemaran ini. Kesihatan penduduk mulai terjejas. Hal ini dapat dibuktikan sewaktu berlakunya jerebu yang melanda negara kita sedikit masa lalu. Orang ramai terdedah dengan pelbagai penyakit seperti batuk,sakit dada,sakit tekak dan pelbagai lagi. Pencemaran yang berterusan ini turut menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. Cuaca di negara kita menjadi tidak menentu. Kepanasan yang melampau turut berlaku serta hujan dan ribut petir berlaku dengan tidak dijangka. Apa yang pasti pelbagai masalah

Page 32: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 31

telah timbul seperti banjir kilat,kemarau dan tanah runtuh. Adalah absurb jika kita mengatakan bahawa semua yang berlaku ini adalah takdir Tuhan. Justeru pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini. Pihak berkuasa mestilah membuat pemantauan dan menangkap serta mengheret golongan yang mencemarkan alam sekitar ke muka pengadilan. Pada masa yang sama hukuman yang berat mestilah dikenakan kepada golongan ini. Adalah lebih afdal lagi jika masyarakat turut sama menyahut kempen sayangi alam sekitar. Justeru pembakaran terbuka yang dilakukan pleh para petani mestilah dihentikan.Selain itu.kempen bumi hijau hendaklah berterusan tanpa sebarang alasan. Bumi yang hijau ini pastinya mampu membebaskan kandungan oksigen yang tinggi dan sudah tentu dapat mengimbangi gas karbon dioksida yang terbebas di negara kita. Andainya fenomena ini berterusan kita juga yang rugi. Janganlah kita bersikap ” Sudah terhantuk baru hendak terngadah ” . Bumi yang indah kurniaan Tuhan ini mestilah terus dipulihara. Senario ini maha penting supaya generasi muda akan terus menikmati nikmatnya sampai bila-bila. Habitat flora dan fauna jua akan terus kekal walaupun era globalisasi menerjah dunia pada masa kini.

”SAYANGILAH ALAM SEKITAR ” CONTOH KARANGAN 5

Institusi Pengajian Tinggi Dan Manfaatnya

Institusi pengajian tinggi tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negara kita.Fenomena ini seolah-olah sinonim dengan kemajuan yang melanda. IPTS yang tumbuh bagai” Cendawan tumbuh selepas hujan ”turut bersaing dengan IPTA yang sedia ada.Senario ini sebenarnya mewujudkan persaingan yang sihat jika dipantau dengan sepenuhnya Kewujudan institusi ini memberikan lebih ruang pengajian kepada para pelajar.IPTA yang sedia ada sebenarnya tidak mampu menampung bilangan pelajar Para pelajar tidak tersekat untuk meneruskan pengajian khususnya selepas SPM. Situasi ini akan mengurangkan para penganggur dalam kalangan usia yang muda Negara juga terkenal sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Secara tidak langsung

Page 33: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 32

menjadi tumpuan para pelajar dari luar negara untuk belajar di sini.Hal ini kerana para pelajar memperoleh pelbagai ilmu yang tidak diperoleh di negara mereka.Impaknya berlaku persaingan yang sihat dari aspek ilmu pengetahuan. Negara dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Antara manfaat yang timbul penghantaran pelajar ke luar negara dapat dikurangkan. Kerajaan pastinya dapat menaja dengan lebih banyak pelajar kerana kos yang jauh berbeza.Dalam jangka masa yang panjang negara akan mampu melahirkan para cerdik pandai di negara kita. Kewujudan IPTS ini turut menyediakan peluang pekerjaan di negara kita. Hal ini kerana masyarakat dapat bekerja di institusi tersebut. IPTS yang terbina ini menawarkan pelbagai jenis pekerjaan seperti yang ada pada IPTA.Warga negara kita juga tidak perlu mengejar pulangan yang lumayan di luar negara. Antara kebaikan yang turut terserlah adalah dapat mengurangkan budaya negatif dalam kalangan pelajar.Para pelajar juga dapat menyambung pelajaran walaupun di IPTS. Apa yang penting masa remaja mereka dipenuhi dengan menimba ilmu pengetahuan. Generasi muda tidak terjebak dalam gejala negatif seperti dadah,Mat Rempit dan pelbagai lagi. Sudah jelas dan terbukti kos pengajian dapat dikurangkan.Belajar di negara sendiri jauh lebih murah jika melanjutkan pelajaran di luar negara. Kos kehidupan sebagai pelajar juga dapat dikurangkan kerana belajar di negara sendiri. Situasi ini pastinya tidak membebankan terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan. Namun begitu IPTS ini perlu dipantau oleh Kementerian Pengajian Tinggi . Hal ini amat penting agar dapat menjamin kualiti kepada para lulusannya. Kerajaan mestilah memastikan bahawa IPTS ini tidak mengutamakan kepada keuntungan semata-mata.Situasi ini supaya imej negara tidak tercemar di mata luar.

Page 34: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 33

CONTOH KARANGAN 6

Punca-punca Meningkatnya Kejadian Jenayah

Sering terpapar di dalam media massa tentang kejadian jenayah di negara kita. Kejadian jenayah ini pula semakin meningkat dari sehari ke sehari. Apa yang membimbangkan aktiviti jenayah ini telah melibatkan golongan remaja dan pelajar sekolah. Senario ini amat menggusarkan ibu bapa dan masyarakat umumnya. Pelbagai punca dikenalpasti permasalahan ini berlaku. Antara faktor utama adalah kekurangan didikan agama dan moral sejak kecil.Justeru anak-anak muda ini mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka.Hal ini kerana mereka jahil dan gagal membezakan yang mana dosa dan pahala. Keluarga yang berpecah-belah akibat ketidakrukunan rumah tangga juga turut dikenal pasti.Antaranya ibu bapa bergaduh setiap hari terutama di depan anak mereka. Situasi ini merupakan kesan daripada perceraian antara ibu bapa. Impaknya anak-anak tertekan dan jarang berada di rumah. Pengaruh daripada rakan-rakan sebaya juga tidak kurang hebatnya. Sesetengah daripada mereka takut dipinggirkan jika tidak menyertai kumpulan tersebut. Kononnya bimbang dilabel sebagai penakut dan pelbagai gelaran yang lain.Akhirnya mereka ini terjebak dalam kegiatan jenayah seperi meragut,menyamun dan pelbagai lagi Pengaruh daripada media massa dan kecanggihan teknologi masa kini. Mereka mudah terpedaya dan ingin mendapat keuntungan dengan cara mudah.Ada antaranya sanggup mempelajari teknik merompak daripada media massa.Kejayaan yang diperoleh mendorong mereka untuk bertindak dengan lebih jauh lagi. Perasaan ingin mencuba dan mencari kepuasan diri turut menghantui golongan ini.Mereka ini sebenarnya tidak matang dalam mengharungi kehidupan sebenar.Ada antara mereka melakukan jenayah sebagai jalan keluar untuk melepaskan tekanan.Mereka berasa seronok dan ketagih apabila berjaya melakukannya berulang kali. Ingin hidup mewah dan setanding dengan remaja yang lain antara punca yang dikenalpasti. Rata-rata remaja ini berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah. Justeru kebanyakannya tidak berpelajaran kesan daripada kemiskinan. Akibatnya mereka ini terdorong melakukan jenayah untuk menik mati sedikit kemewahan. Fenomena yang negatif ini mestilah diberantas habis-habisan Hal ini penting kerana remaja merupakan tiang negara.Pada masa yang sama mereka bakal memimpin negara pada masa depan.Apa yang pasti mereka sewajarnya memiliki sifat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Page 35: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 34

BAHAGIAN D NOVEL

ANALISIS SOALAN KOMSAS GENRE NOVEL PERINGKAT PMR (2002 - 2009)

Tahun Soatan Komsas Yang Diuji Aspek KOMSAS

2002 Tema dan persoalan Tema dan persoalan

2003 Watak dan perwatakan - watak utama Watak dan perwatakan

2004 Nilai: Bekerjasama, bertanggungjawab dan kegigihan – contoh peristiwa bagi setiap nilai

Nilai-nilai murni

2005 Latar: masa, tempat dan masyarakat - contoh peristiwa bagi setiap latar

Latar - masa, tempat dan masyarakat

2006 Tiga perbandingan watak utama dan watak sampingan - Novel Tingkatan 3 sahaja

Watak dan perwatakan

2007 Kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan - Novel Tingkatan 2 & 3 (2 peristiwa daripada setiap novel)

Pengajaran

2008 Nyatakan tiga latar tempat berserta contoh peristiwa yang berlaku - Novel Tingkatan 3 sahaja.

Latar tempat

2009 Berikan tiga contoh yang menggambarkan persoalan berikut: ▪ Persoalan kebijaksanaan seorang pemimpin (Novel Pahlawan Pasir Salak) ▪ Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga ▪ (Novel Novel Tragedi Empat Disember) ▪ Persoalan kegigihan menentang penjajah Inggeris ▪ (Novel Timulak Kapal Perang) ▪ Persoalan tanggungjawab mempertahankan maruah

negara (Novel Kapten Hassan Wira Bangsa)

Persoalan

Page 36: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 35

Ramalan 1 SOALAN Latar tempat adalah tempat sesuatu peristiwa berlaku dalam sesebuah novel.Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan contoh latar tempat dan peristiwa yang berlaku.

Hospital king’s College di London. Nadhirah dan Bushrah menjalani pembedahan di sini yang diketuai oleh Dr.Tan Kai Chah.Pembedahan tersebut akhirnya berjaya dan Nadhirah akhirnya pulih daripada penyakitnya. Pejabat Tan Sri Shamsuddin Zulkifli menemui Tan Sri Shamsuddin dan dia telah menceritakan penyakit dan penderitaan yang dialami oleh anaknya Nadhirah. Justeru atas perasaan simpati dan keprihatinan terhadap golongan yang kurang berkemampuan,beliau telah bersetuju untuk membiayai kos pembedahan Nadhirah dan Bushrah di London. Rumah Zulkifli Di sinilah jenazah Busrah telah dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan. Atas kerjasama daripada jiran dan rakan-taulan, upacara pengebumian Bushrah telah dapat dilaksanakan dengan lancar. Ramalan 2 SOALAN Huraikan TIGA pengajaran yang anda peroleh daripada novel yang anda kaji.

Kita mestilah membantu golongan yang kurang berkemampuan. Tan Sri Shamsuddin seorang ahli koperat yang terkenal telah membiayai kos pembedahan Nadhirah yang menelan belanja RM 350 ribu ringgit. Hal ini kerana sudah menjadi tanggungjawabnya membantu golongan yang kurang berkemampuan. Kita mestilah tabah menghadapai pelbagai cabaran. Nadhirah amat tabah menghadapi penyakitnya yang semakin kritikal. Dia tidak pernah merungut malah jauh sekali untuk membebankan ibu bapanya. Dia sentiasa tabah dan yakin akan sembuh apada suatu hari nanti. Sikap bekerjasama adalah sikap yang terpuji. Jiran-jiran Zulkifli sentiasa membantunya baik dari aspek fizikal mahupun material. Mereka sentiasa memberi sokongan kepada keluarga Zulkifli agar tabah dan cekal menghadapi dugaan daripada Tuhan. Mereka juga turut menghantar Zulkifli dan keluarganya ke lapangan terbang sebelum mereka bertolak ke London.

Page 37: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 36

Ramalan 3 SOALAN Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan binaan plotnya.

PERMULAAN Nadhirah disahkan menghidap penyakit hati dan hempedu . Penyakit Nadhirah semakin lama semakin serius. PERKEMBANGAN Nadhirah terpaksa dibedah di luar negara.Pembedahan tersebut menelan kos yang tinggi. KLIMAKS Bushrah sanggup mendermakan sebahagian daripada hati dan hempedunya kepada Nadhirah. Pembedahan tersebut akhirnya berjaya dilakukan. PELERAIAN Nadhirah telah melanjutkan pelajaran dan berjaya dalam kehidupan. Bushrah pula telah meninggal dunia lima tahun kemudian kesan daripada pembedahan yang dialami. Ramalan 4. SOALAN Berdasarkan novel yang anda kaji,huraikan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

Nilai kasih dan sayang. Bushrah amat menyayangi suami dan anak-anaknya. Justeru dia sanggup mendermakan sebahagian daripada hati dan hempedunya kepada Nadhirah waupun dia sedar bahawa risikonya adalah terlalu tinggi. Nilai keberanian Nadhirah amat berani menghadapi pembedahan pemindahan hati. Dia tetap yakin bahawa pembedahan tersebut akan berjaya dan mampu menyelamatkan nyawanya. Nilai kegigihan Zulkifli amat gigih dalam menuntut ilmu. Walaupun terpaksa belajar sambil bekerja, namun akhirnya dia berjaya memperoleh segulung ijazah,ijazah sarjana dan mencapai taraf hingga peringkat Ph.D.

Page 38: Bm Extra Karangan

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 37

Ramalan 5. SOALAN Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak-watak yang berkonflik dan jelaskan tentang konflik tersebut.

Deli dan orang-orang kampung Pasir Salak berkonflik dengan penjajah Inggeris. Hal ini kerana pihak Inggeris ingin mengutip cukai di kampung tersebut. Hasrat pihak penjajah tersebut mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Kampung Pasir Salak dan mereka mula bangun untuk menetang pihak Inggeris. Apabila pihak Inggeris mendapat tahu perkara tersebut,mereka telah menghantar bala tenteranya untuk memerangi penduduk-penduduk kampung.