karangan 9 laporan

11
KARANGAN 9 LAPORAN BUKA MUKA SURAT 85 (BUKU SIRI CEMERLANG A+ HIJAU) TARIKH: 02/07/12

Upload: judith

Post on 19-Jan-2016

201 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KARANGAN 9 LAPORAN. BUKA MUKA SURAT 85 (BUKU SIRI CEMERLANG A+ HIJAU) TARIKH: 02/07/12. NOTA BESTARI. ❶ Karangan jenis berformat ❷ Ditulis untuk melaporkan sesuatu hal / peristiwa yg berlaku - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KARANGAN 9 LAPORAN

KARANGAN 9LAPORAN

BUKA MUKA SURAT 85 (BUKU SIRI CEMERLANG A+ HIJAU)

TARIKH: 02/07/12

Page 2: KARANGAN 9 LAPORAN

NOTA BESTARI

❶ Karangan jenis berformat❷ Ditulis untuk melaporkan sesuatu hal/

peristiwa yg berlaku❸ Dalam peperiksaan, anda biasanya

diminta melaporkan kegiatan persatuan, lawatan yg anda sertai, perjalanan sesuatu majlis, pertandingan/pameran dan sebagainya.

Page 3: KARANGAN 9 LAPORAN

❹ Dalam peperiksaan anda biasanya mengandaikan diri sebagai pengerusi, setiausaha, dan ahli jawatankuasa persatuan.

❺ Untuk menulis karangan ini anda perlu benar-benar tahu segala peristiwa yang hendak dilaporkan.

❻ Laporan mempunyai format khusus.

Page 4: KARANGAN 9 LAPORAN

Format Laporan

TAJUK LAPORAN: ditulis huruf besar di awal perkataan

PENGENALAN: mesti berkaitan dengan tajuk laporan

ISI LAPORAN: kena ada tarikh, masa, tempat dan huraian berkaitan dengan tajuk

PENGAKUAN PELAPOR Contoh: Disediakan oleh,

Page 5: KARANGAN 9 LAPORAN

TARIKH- ditulis dengan huruf besar disebelah kanan sebaris dengan pengakuan pelapor

TANDATANGAN PELAPORNAMA PELAPORJAWATAN : kena tulis dalam bentuk

(……..)Contoh : (Pengerusi Kelab Penyayang)

Page 6: KARANGAN 9 LAPORAN

Latihan (Praktis 4)Buku Siri Cemerlang A+

(Muka Surat 87)

Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sekolah anda telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Sebagai setiausaha kelab, anda diminta menulis berkaitan dengan sambutan tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya. Panjang laporan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Kelab Kebudayaan dan Kesenian SMK Alor PongsuAktiviti: Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pengerusi: Mohd Syafik bin HamdanSetiausaha: Fatin Nabila binti Saufi

Bendahari: Nurul Humaira binti Abdul Rahman

Page 7: KARANGAN 9 LAPORAN

❶ Mula-mula nak jawab soalan baca dahulu soalan dengan teliti. Apa yg soalan itu mahu.

❷Kenalpasti karangan itu berformat/ tidak❸Cari Tema dahulu – Hari Kebagsaan❹Kemudian Cari Kata kunci – Sambutan

Hari Kebangsaan (apa aktiviti yg dibuat)❺Mula boleh merangka isi yang sekurang-

kurangnya 4-5 isi.

Page 8: KARANGAN 9 LAPORAN

PENDAHULUAN:(i) Tajuk laporan, tarikh, masa dan tempat(ii) Sambutan menggalakkan daripada warga sekolah –

dirasmikan oleh pengetuaContoh:

Laporan Sambutan Bulan KemerdekaanKelab Kebudayaan dan Kesenian

Sekolah Menegah Alor Pongsu 2012

Pada 24 Jun yang lalu, Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu telah mengadakan sambutan bulan Kemerdekaan yang ke-56. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diadakan di dewan Budiman SMK Alor Pongsu. Sambutannya amat menggalakkan daripada warga sekolah. Sambutan ini juga dirasmikan oleh Tuan Pengetua, iaitu Encik Azhar Idrus.

Page 9: KARANGAN 9 LAPORAN

Isi- Isi Penting

1. Nyatakan tujuan sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan – memupuk semangat cinta akan tanah air dalam diri setiap pelajar – menghayati erti kemerdekaan.

2. Semua pelajar mengkuti persekolahan satu sesi – dimulakan dengan membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia.

Page 10: KARANGAN 9 LAPORAN

3. Pelbagai aktiviti diadakan – ada pertandingan menulis esei, pertandingan deklamasi sajak – pertandingan basikal berhias oleh pelajar dan kereta berhias oleh guru.

4. Suasana sambutan meriah – di akhir acara, pemenang menerima hadiah.

Page 11: KARANGAN 9 LAPORAN

Penutup

❶ Upacara penutup oleh Penolong kanan 1 – acara sambutan ini banyak memberi faedah kepada pelajar.

❷ Tulis:- Pengakuan Pelapor- Tarikh- Tandatangan- Nama- jawatan