9. laporan minggu jmsk
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Minggu JMSKTRANSCRIPT
-
Minggu JMSK 2014
Laporan Minggu JMSK
Disediakan oleh : Emy Zulyiana binti Mohd Nor
Pada 26 dan 27 Ogos 2014, Jabatan Matematik, Sains & Komputer telah menganjurkan program
Minggu JMSK bertemakan alam sekitar Beberapa acara menarik diselitkan antaranya adalah
ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar dan pertandingan Water Rocket untuk pelajar-
pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, sementara itu pertandingan Running maths & Recycle Competition
pula lebih memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai ,
Pasir Gudang.
Minggu JMSK ini diadakan bagi mendekatkan lagi jiwa warga PIS dan komuniti dengan
Matematik dan Sains. Tema yang dibawa untuk julung-julung kali ini adalah back to nature.
kerana alam sekitar ini adalah warisan dunia di mana ia satu aset yang sangat berharga dan
harus dipelihara, dijaga dan dikekalkan. Kesedaran tentang penjagaan, amalan harian dan do &
dont kepada alam ini perlu ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa agar masing-masing sedar
dan bertindak kearah memeliharanya.
Bagi program ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar, penceramah khas
dijemput dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor iaitu Puan Nurazuwah binti Omar yang
menjawat jawatan sebagai Penolong Pemelihara Hutan dan juga diiringi oleh pengawas hutan
yang ramah dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengawas hutan iaitu Encik
Nasarudin bin Jais. Ceramah kesedaran berlangsung dengan jayanya dimana terdapat
beberapa aktiviti kuiz dijalankan semasa sesi ceramah untuk menarik perhatian pelajar. Selain
itu, satu pameran mini tentang hutan dan kesedaran kesihatan alam sekitar pada hari pertama.
Selain ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar, pertandingan Water Rocket di
peringkat saringan telah dilaksanakan seminggu lebih awal daripada tarikh Minggu JMSK.
Sebanyak 32 pasukan daripada pelajar semester 1 telah menyertai pertandingan ini dan 10
pasukan telah layak ke peringat akhir. Hadiah yang dimenangi oleh pemenang-pemenang
water rocket adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM 500 untuk tempat pertama, RM 300
untuk pemenang tempat kedua dan RM 200 untuk pemenang ketiga. Peserta-peserta lain pula
memperoleh sijil penyertaan.
-
Minggu JMSK 2014
Pada hari Rabu, 27 Ogos 2014, sesi ceramah Pelan Integriti Nasional telah dianjurkan
dengan menjemput Prof Madya Dr. Shafaai Bin Musa Ketua Pegawai Eksekutif, Institut
Integriti, Kepimpinan & Latihan Semangat DatoOnn (IKLAS) sebagai penceramah. Peserta
yang terlibat adalah 150 orang staf daripada setiap jabatan di Politeknik Ibrahim Sultan. Pada
masa yang sama, pertandingan Running Maths dan Recycle Competition dijalankan dengan
kerjasama pelajar-pelajar PIS, kakitangan JMSK bersama-sama dengan 39 orang pelajar
tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai . Penerapan nilai reuse, reduce
dan recycle dimana pelajar dikehendaki mencipta dari bahan-bahan terbuang, bersama-sama
dengan konsep explorace iaitu pelajar harus menyelesaikan beberapa siri masalah matematik
dalam Running Maths. Dua guru pengiring iaitu Puan Rozita Mahari dan Encik Shahrulazuan
bin Ahmad Jamain telah sudi sama-sama menyertai
Pengarah PIS, Encik Hatta Bin Zainal telah sudi menjadi perasmi pada hari penutup
bersama-sama diiringi dengan Ketua Jabatan JMSK, Pn. Dr. Hjh Siti Zunariah Binti Mohd Said.
Guru kanan dari sekolah iaitu Puan Julaiha Abd Hamid sempat turut serta dalam majlis
tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam menjayakan program ini.
Secara keseluruhannya, kami menerima maklum balas positif dari para peserta
sepanjang dua hari program ini dilangsungkan. Malah guru-guru juga sentiasa berbesar hati
mengalu-alukan bentuk kerjasama seperti ini agar dapat membuka minda pelajar sekolah
terhadap peranan PIS pada komuniti setempat. Adalah menjadi harapan kami kerjasama
seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan
menjadi hub pendidikan dan rujukan setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.
-
Minggu JMSK 2014
Ceramah Kesedaran Kesihatan Alam Sekitar gambar kecil
kelihatan Penceramah Pn NurAzuwah Omar Dan Encik
Nasarudin Bin Jais dari JPNJ.
Aksi para pelajar PIS dalam pertandingan Water Rocket.
Pameran mini dari JPNJ, Pelajar pelajar berminat dengan penerangan jenis-
jenis sampel kayu hutan yang dijelaskan oleh renjer Hutan.
-
Minggu JMSK 2014
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
Umi Kalthom Binti Ramin Dr. Hjh. Siti Zunariah bt Mohd Said
Penyelaras Program Minggu JMSK, Ketua Jabatan matematik Sains dan
Politeknik Ibrahim Sultan. Komputer
14 September 2014 Politeknik Ibrahim Sultan
Bergambar kenangan bersama pelajar Sek Men Kebangsaan Kota Masai bersama pensyarah
CE JMSK Pn. Faezah Md Lajim bersama dengan Guru pengiring Puan Rozita.
Pelajar-pelajar cuba menyiapkan tugasan yang diberikan dalam Recycle Competition